You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP MAOKIL 2


JALAN ANGSANA Telefon : 07-9191652
85300 LABIS, Fax : 07-9191562
JOHOR DARUL TAKZIM. Email : jba7046@moe.edu.my
___________________________________________________ ________________
_________________
Ruj.Kami : JBA7046.( )
Tarikh : 22 November 2021

Kepada
Ibu Pejabat Polis Daerah
Muar
Jalan Meriam
8400, Muar
Johor

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN PEGAWAI PENGIRING TRAFIK

Berhubung perkara berikut adalah dimaklumkan bahawa SK LKTP Maokil 2 akan mengadakan program
perarakan bagi meraikan persaraan guru sekolah kami. Ketetapan adalah seperti berikut :

Tarikh : 30 November 2021


Hari : Selasa
Masa perarakan : 10.30 pagi
Tempat : SK LKTP Maokil 2

2. Sehubungan dengan ini, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan/puan bagi menyediakan
Pegawai Pengiring Trafik untuk mengiringi konvoi perarakan ini.

3. Dengan ini, pihak kami amatlah berharap agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan
permohonan untuk mendapatkan pegawai pengiring.

Segala kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapa terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.....................................................
(MOHD IBRAHIM BIN SUKARTI)
Guru Besar,
SK LKTP Maokil 2

You might also like