You are on page 1of 3

UM.

J/636/1
06 Julai 2023

Dr. Azizatus Zahro’, S.Pd, M.Pd


Ketua Departemen Sastra Indonesia,
Fakultas Sastra,
Universitas Negeri Malang, INDONESIA

YBrs. Puan

JEMPUTAN KE KOLOKIUM ANTARABANGSA KEARIFAN TEMPATAN DAN KETAMADUNAN MELAYU

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya pihak puan dijemput untuk menyertai Kolokium Antarabangsa Kearifan


Tempatan dan Ketamadunan Melayu pada ketetapan berikut;

Tarikh : 14 Ogos 2023 (Isnin)


Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Auditorium, Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya

3. Kertas kerja yang akan dibentangkan dalam kolokium ini meliputi topik kearifan tempatan
dan ketamadunan Melayu dalam seni bina di rantau Nusantara. Sehubungan itu, kami juga
menjemput pihak puan membentangkan satu (1) kertas kerja bertemakan ‘kediaman
vernakular dari kawasan lokal Malang’.

4. Kertas kerja penuh boleh dihantar selewatnya pada 15 Julai 2023 kepada emel
norhnaa@um.edu.my / ainabdaziz@um.edu.my (u.p Puan Norhana / Puan Aina Nabilah)
untuk dicetak dalam prosiding. Tajuk kertas kerja boleh diberikan terlebih dahulu kepada
pihak sekretariat untuk dimuatkan dalam brosur hebahan.

5. Atas dasar muhibah kedua-dua pihak, penyertaan kolokium ini dibuka secara percuma
kepada semua delegasi Universitas Negeri Malang yang akan hadir ke Universiti Malaya pada
tarikh yang berkenaan. Bersama-sama ini, dilampirkan brosur untuk rujukan tuan/puan
selanjutnya.

Sokongan daripada pihak puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Dr. Wan Salleh Wan Ibrahim,


Profesor Adjung / Pengerusi JK Kolokium Antarabangsa
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
s.k Dr. Wan Salleh Wan Ibrahim, Profesor Adjung/ Pengerusi JK Kolokium, APM.
Profesor Madya Dr. Indirawati Zahid, Timbalan Dekan (PPNP), APM

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: (603) 7967 7200 ● Faks: (603) 7967 7214 ● Emel: apm@um.edu.my ●Website: http://apm.um.edu.my
** Sila gunakan lampiran ini sekiranya penyertaan daripada institusi tuan/puan
melebihi satu (1) orang peserta.

Kepada:

Dekan
Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya
(u.p : Puan Norhana Muhamad / Puan Aina Nabilah Abd Aziz)

PENYERTAAN KOLOKIUM ANTARABANGSA KEARIFAN TEMPATAN DAN KETAMADUNAN


MELAYU

Berikut dilampirkan senarai peserta daripada ………………………………………………


(nama institusi) yang akan menyertai Kolokium Antarabangsa Kearifan Tempatan
dan Ketamadunan Melayu;

Bil. Nama Penuh

***Pihak sekretariat mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak tuan/puan


menghantar staf/pelajar daripada institusi tuan/puan untuk menyertai program ini

You might also like