You are on page 1of 1

Ruj SMKeB 40/006/06 ( )

Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia


SMK Bakai,
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman
En. Mohamad Bin Abdullah
Timbalan Pendaftar,
Pejabat Perhubungan Awam,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang. 7 Oktober 2010

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MELAWAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia, SMK Bakai
bercadang untuk membuat lawatan sambil belajar ke USM, Pulau Pinang seperti maklumat di bawah:
Tarikh: 2 November 2010
Hari: Selasa
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Bilangan Peserta: 50 orang pelajar & 4 orang guru pengiring
Cadangan Tempat Lawatan: Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Canselori USM, Dewan Tuanku
Syed Putra, Perpustakaan Hamzah Sendut, Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan dan Dewan Kuliah USM

2. Tujuan lawatan ini diadakan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman peserta yang
terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah luar bandar agar lawatan ini dapat dijadikan inspirasi kepada
pelajar-pelajar berkenaan supaya dapat mencapai cita-cita yang berjaya.

3. Pihak kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak Tuan. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan kami dahului dengan
ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menjalankan tugas,

s.k Fail Lawatan Sekolah

You might also like