You are on page 1of 1

Rujukan : SRIAM/SR/KM : 12/19

Tarikh : 30 September 2019


Memorial Tunku Abdul Rahman,
Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tuan,

PER : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN

Untuk makluman pihak tuan, kami dari SRI Aman Machang, Kelantan bercadang
mengadakan lawatan sambil belajar ke Memorial Tunku Abdul Rahman.

2. Makluman perincian mengenai lawatan ini adalah seperti berikut;

Tarikh : 10 Oktober 2019 (Khamis)


Masa yang dijangka : 3:30 petang
Bilangan peserta : Guru – 4 orang
Pelajar – 40 orang

3. Program ini merupakan satu landasan untuk memberi pendedahan ilmu dan
pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Sebarang kemusykilan di pihak
tuan bolehlah menghubungi Cik Noraim Binti Ismail (019-9705337). Sebarang perubahan
pihak kami akan maklumkan dari masa ke semasa.

4. Kerjasama dan perhatian pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG”

Yang menjalankan amanah

(MOHD ALWI BIN HJ ABDULLAH)


Guru Besar
Sek. Ren. Islam Aman Machang

s.k. Fail SRIAM


Fail Kelab

You might also like