You are on page 1of 2

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

KEMUBU AGRICULTURAL DEVELOPMENT AUTHORITY


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
MINISTRY OF AGRICULTURAL AND FOOD SECURITY MALAYSIA
PS 127 Jalan Dato’ Lundang
15710 Kota Bharu
KELANTAN Tel : 609-744 7088/745 5388
MALAYSIA Faks : 609-744 1053/743 7088
Portal Rasmi :
http://www.kada.gov.my

IKLAN JAWATAN KOSONG

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempelawa Warganegara
Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup serta
berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut: -

1.1 NAMA JAWATAN : PENOLONG JURUTERA


GRED JA29

(i) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana


(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
(ii) Skim Perkhidmatan : Penolong Jurutera
(iii) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
(iv) Jadual Dan Gred Gaji JA29 : Gaji Minimum RM 1,549.00
Gaji Maksimum RM 5,701.00
(v) Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00

1.2 PENGKHUSUSAN BIDANG

Bidang Kejuruteraan Awam.

1.3 SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan


daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29: RM 1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan


daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29: RM 1,935.02)

1
1.4 SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya


Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan

1.5 TARAF JAWATAN

Jawatan di atas adalah bertaraf kontrak.

1.6 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DAN ELAUN

Anggota yang dilantik layak menerima berbagai kemudahan yang sedang


berkuatkuasa di dalam perkhidmatan Lembaga seperti berikut: -

(i) Rawatan percuma di hospital/klinik kerajaan


(ii) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM 160.00
(iii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM 300.00
(iv) Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) - RM 300.00 / RM200.00

1.7 PERMOHONAN DARI PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Anggota-anggota yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan


permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan
salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan terkini.

1.8 PANGGILAN TEMUDUGA

(i) Hanya calon-calon yang layak selepas asas penapisan sahaja akan
dipanggil untuk temuduga;

(ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6)
bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang
permohonannya tidak berjaya.

1.9 KEKOSONGAN : TIGA (3) JAWATAN

1.10 TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 JULAI 2023

You might also like