You are on page 1of 30

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM

MUADZAM SHAH

PUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN


PSIKOLOGI.

TAJUK : TUGASAN ABRAHAM MASLOW MENURUT PANDANGAN ISLAM & SIFAT


WAJIB BAGI RASULULLAH ‫ﷺ‬

DISEDIAKAN OLEH :

NURUL IZZATI BINTI AHMAD ROSLAN

SARJANA KAUNSELING SEMESTER 1, KOHORT 17

NO.MATRIK:

M2020825M05

PENSYARAH:

PUAN.NURHIKMAH BINTI MUBARAK ALI


MIKI 5143 KAUNSELING GERAKAN DAKWAH ISLAM
PUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI.

1
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Mengizinkan HambaNya
Menyelesaikan Tugasan Kaunseling Dakwah Islam Yang Bertajuk Abraham Maslow
Dari Pandangan Islam dan Sifat Wajib Bagi Nabi Muhammad ‫ﷺ‬

Tidak Dilupakan Terima Kasih Kepada Pensyarah Puan Nur Hikmah Binti Mubarak Ali,
Serta Suami dan Anak-Anak Membenarkan Saya Menyempurnakan Tugasan Ini.

2
1.0. PENGENALAN

Menurut Abraham Maslow manusia mempunyai lima keperluan dalam tuntutan


kehidupan manusia, yang pertama keperluan fisiologi, yang kedua adalah keperluan
keselamatan,yang ketiga keperluan sosial,yang keempat keperluan penghargaan
diri,dan yang kelima keperluan hasrat diri.

Menurut Abraham Maslow untuk mencapai kejayaan dan kepuasan hidup, setiap
tingkat keperluan hidup ini perlu dicapai secara tuntas, agar dapat mencapai matlamat
kehidupan yang unggul.Dimana kerjayaan haruslah dicapai dengan memenuhi setiap
tingkat dan tiada satu tingkat yang akan tertinggal. Maka untuk mencapai kerjayaan
haruslah melalui setiap fasa kehidupan dan dipenuhi tingat-tingkat tersebut.

Manakala menurut Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia memiliki unsur-unsur


rohani, dimana unsur-unsur rohani ini mecakupi aspek Al-Nafs, Al-Aqal, Al-Qalb,Ar-
Ruh. Keseluruhan ini merupakan keperluan dalam kehidupan untuk menjadi seorang
muslim yang mantap dari segi Aqidah ( Salimun Aqidah ), seiring dan sejajar dengan 10
muwasofat imam Hassan Al Banna yakni Salimun Aqidah( Aqidah Yang
Mantap),Sahihul Ibadah ( Ibadah Yang Benar),Mantiqul Khuluq (Akhlak Yang Mantap),
Qawiyul Jismi ( Badan Yang Kuat),Mutsaffoqul Fikri ( Bijak ), Mujahadah Lil Nafs
( Mengawal Nafsu), Harisatul Ala Waqtihi ( Menepati Waktu), munzhzhamun fi syuunihi
( Teratur dalam suatu urusan ), Qodirun ‘alal Kasbi ( Berdikari ), Naafi’un Lighoirihi
( Bermanafaat Bagi Orang Lain). Keseluruhan muwasofat tarbiyyah ini seriring dengan
apa yang diunjurkan oleh Al-Ghazali dalam membentuk manusia yang mantap luaran
dan dalaman.

Selain itu sifat yang sepatutnya menjadi Qudwah kepada Kaunselor adalah dengan
mencontohi sifat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Sebagai mana Firman Allah ‫ﷲ‬

“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang- orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang
banyak mengingat Allah”.  (Al-Ahzab, 33:21).

3
Dimana seorang kaunselor juga harus mempunyai intergriti yang tinggi sebagaimana 4
sifat wajib bagi Baginda ‫ ﷺ‬yakni Siddiq, Amanah, Tabliq, Fatonah.Dengan sifat ini
maka lahirlah kaunselor yang mantap dan dipercayai Thiqahnya.

4
2.0. PERKAITAN HIRARKI ABRAHAM MASLOW DENGAN ISLAM.

Dalam Hirarki Maslow terdapat lima tangga keperluan yang perlu dicapai untuk
kelengkapan kehidupan manusia. Yang Pertama adalah keperluan fisiologi, yakni
keperluan tuntutan peribadi untuk meneruskan kehidupan, yang kedua adalah
keperluan keselamatan, keselamatan yang terdiri dari segala aspek keselamatan
kehidupan, yakni politik, ekonomi, sosial dan peribadi. Yang ketiga adalah
keperluan sosial yakni keperluan untuk berkahwin, mempunyai zuriat,disayangi dan
dicintai yang merupakan fitrah manusia. Yang keempat kepeluan penghargaan diri
yakni keperluan untuk dihormati oleh orang lain, dan yang terakhir adalah
keperluan memenuhi hasrat diri yakni memenuhi tuntuan keiginan dan mengejar
serta mencapai cia-cita.

Sesungguhnya dalm Islam kesemua aspek yang dinyatakan oleh Abraham Maslow
dalam hirakinya mempunyai dalil yang menyokong, keperluan-keperluan ini dalam
presepsi dan intisari Islam

2.1. KEPERLUAN FISIOLOGI MENURUT ISLAM.

Menurut Abraham Maslow keperluan fisiologi merupakan peringkat paling Asas


kehidupan seseorang manusia. Perkara asas dalam kehidupan merangkumi
makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yakni keperluan fitrah dan
lahiriah. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: “Rasulullah ‫ ﷺ‬telah bersabda:


Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik.
Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa
yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman:
(Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan
hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-
orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami
rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki
yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah

5
tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah
doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Hadis merupakan asas yang kukuh daripada hukum Islam. Dimana menekankan
kepentingan mencari sumber yang halal dan menjauhi segala sumber yang
haram. Masyarakat yang berasa cukup dengan barang yang halal, berkat dan
baik sehingga mereka mampu hidup dalam situasi yang aman.

Didalam agama Islam jelas menuntut umatnya menjaga kepentingan diri dari
segala aspek yakni aspek kebersihan diri dan hati, lahiriah dan rohaniah,
kekemasan berpakaian, kebersihan, amal perbuatan serta budi pekerti yang
mulia.

Amalan, pakaian,tempat tinggal, kenderaan dan makan merupakan keperluan


fisiologi yang mempunyai kaitan yang rapat dalam mengangkat darjat manusia,
bukan sahaja di mata Allah bahkan pada mata manusia secara amnya.

Didalam Islam menekankan segala yang baik, halal dan bersih dalam segala
aspek termasuklah aspek makanan, minuman dan rezeki secara khususnya.Jika
bagi golongan bukan Islam maka kebaikan hanya dilihat melalui nilai zat dan
kebersihan makanan itu sahaja, namun dalam Islam bermula dari segala aspek
yakni daripada apa yang diberikan makan kepada ternakan tersebut, cara
sembelihan, cara masakan dan juga cara mendapatkan rezeki yang halal lagi
toyib.Begitu juga dengan aspek yang lain termasuklah aspek mencari rezeki,
pekerjaan yang mendatangkan rezeki sehingga mampu membeli segala
keperluan asas yang merupakan keperluan fisiologi sehingga memenuhi tuntutan
kehidupan sebagai seorang manusia.

6
Seterusnya hadis didalam Kitab Empat Puluh Hadis Imam Nawawi Rahimullah
Taalla,yakni hadis keenam.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: “Aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu
terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di
antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran
yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga
perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan
maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia
telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh
masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan
sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia
baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh
jasad. Ketahuilah ia adalah hati”. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Keperluan Fisiologi menurut perspektif Islam haruslah bersumberkan yang Halal


dan Toyib barulah hidup lebih berkat. Seorang muslim haruslah mengenali serta
mempelajari perkara yang halal dan haram dalam kehidupan.dalam Islam yang
halal itu nyata dan yang haram itu nyata, tiada istilah syubahah ataupun
kesamaran diantara keduanya. Segala keperluan fisiologi yang merangkumi
keperluan kehidupan yakni makanan, minuman akan membentuk darah yakni
hati, jika segala keperluan ini datangnya daripada sumber yang tidak halal maka
akan hilanglah keberkatan dalam kehidupan dan membentuk peribadi yang
rosak, manakala jika tempat tinggal itu dibina daripada sumber yang tidak jelas
maka akan hadir pelbagai masalah dek kerana halangan rezeki yang datangnya
daripada sumber yang haram dimana hilangnya berkat dalam kehidupan.

7
Merujuk dalam Kitab Mauizah Karya Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin
Nik Mat, bab kewajipan mengetahui sempadan halal dan haram memetik Firman
Allah SWT di dalam surah Al A’raf ayat 157

“Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi
mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan
belenggu-belenggu yang ada pada mereka”

Menurut Allayarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nikmat yang menyatakan
bahawa dalam firman Allah SWT tersebut, yang halal itu baik di sisi Allah dan
berguna serta mendatangkan manafaat meskipun manusia tidak mengetahuinya.
Kerana mencari mencari yang halal itu satu kefarduan dalam Islam.

Selain itu keperluan fisiologi juga merujuk kepada sebahagian daripada harta kita
yang dizakatkan bagi memenuhi keperluan fisiologi umat Islam yang lain. Yakni
dengan mengeluarkan zakat. Sebagai mana firman Allah ‫ ﷲ‬dalam surah At-
Taubah mafhumNya:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang yang fakir,orang


miskin,penguru-pengurus zakat, para mualaf yang dipujuk hatinya,untuk
( memerdekan) hamba sahaya, orang-orang yang berhutang,untuk jalan Allah
dan orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang yang sedang
dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajidkan Allah dan Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

At-Taubah : Ayat 6

Lapan golongan yang dinyatakan merupakan wakil Allah ataupun dalam ayat
lebih mdah mereka yang wajar menerima zakat, dan membahagikan zakat
kepada yang memerlukan. Dimana zakat ini merupakan sebahagian deripada
sumber keperluan fisiologi bagi yang amat memerlukan dan berada dialam
kesempitan kehidupan bagi melangsungkan keperluan fisiologi seperti makan
dan minum.

8
Yang terakhir sekali Nabi ‫ ﷺ‬pernah bersabda bahawasanya

“ Hendaklah segera bayar upah pekerja sebelum kering peluhnya “

HR Ibnu Majah.

Lihatlah bagaimana Islam menitik beratkan keperluan fisiologi melalui pekerjaan


yang mendatangkan sumber kewangan bagi memenuhi tuntutan makan dan
minum bagi kelangsungan hidup. Sesungguhnya bekerja bagi memenuhi
tuntutan hidup termasuk di dalam Maqasid Syariah perihal Menjaga Nyawa.

9
2.2.KESELAMATAN

“In The Old Times The west attacked to the east, but these days the world has
changed, so I will invade the west from the east to form single religion and a
single rule over the world”

-Sultan Mehemed Fatih-

Menurut Abraham Maslow keperluan keselamatan merangkumi semua aspek


termasuklah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan, keselamatan
agama, bangsa dan Negara.

Keselamatan dari perspektif Islam sebagai mana firman Allah SWT dalam surah
Al-Anfal Ayat 60

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka, kekuatan apa sahaja yang kamu
sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang ( yang dengan itu)
kamu mengentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka
yang kamu tidak mengetahuinya”

Dalam peristiwa Penaklukan Kota Konstatinapole, tentera Sultan Muhammad Al


Fateh berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan kota konstaninapole
daripada cengkaman agam kristian.

Sepertiga malam terakhir Sultan Muhammad Al Fateh menghabiskan masanya


bersimpuh sujud kepada Allah SWT, memohon pertolongan dan kemenangan
kepada Islam.Diwaktu dimana para penasihat yang bacul membantah dan
menyatakan rencana adala sesuatu yang mustahil untuk dicapai, namun para
ulama memperingkat tentang bisyarah Allah dan Rasul tentang penaklukan kota
konstaninapole. (Y.Siauw, 2012)

10
Dimana kita dapat lihat bagaimana Kerajaan Sultan Muhammad Al Fateh cuba
untuk mendapatkan kota konstatinapole demi menyelamatkan syariat Islam dan
seterusnya meluarkan syiar Islam, dalam memenuhi keperluan keselamatan
fizikal sultan Muhammad Al Fateh bermohon sepenuhnya kepada Allah SWT.

“ Kita tidak memerangi manusia keranajumlahnya, kekuatanya dan banyaknya


pasukan. Kita tidak memerangi mereka kecuali kerana agama ini yang mana
Allah muliakan kita dengannya”

-Abdullah Bin Rawahah-

Dalam sejarah untuk memberikan kesan negative, penulis orientalis barat


selalunya akan berusaha untuj memburukan Islam sebagai agama perang dan
Nabi Muhammad sebagai penyeru perang. (Y.Siauw, 2012)

Dimana muslim digambarkan sebagai kaum yang gemar akan perang, ganas
dan pelbagai lagi bentuk gambaran yang negatif tentang Islam. Walhal sejarah
yang tertulis adalah disebaliknya. Islam merupakan agama yang membenarkan
perang dalam keadaan tertentu, yakni tiada perang melaikan sudah mecabar hak
muslim, seperti mana yang terjadi didalam perjanjian Hudaibiyyah dan Perjanjian
Aqobah.

“Tiap-Tiap Negara saling memiliki senjata dan jentera perang sederhana ataupun
besar, malah sanggup mengecilkan peruntukan yang laun demi kekuatan
angkatan perang”

-Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Mauizah)-

Firman Allah SWT dalam surah Al-Israa

“Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya ( Tabiat dan pengaruh) masing-


masing maka tuhan lebih mengetahui siaoa yang lebih benar jalannya”

-Ayat 4-

11
Justeru itu punca perselisihan faham akan sentiasa wujud dalam kehidupan
manusia. Hanya dengan cara mengikuti peraturan tertentu maka perselisishan
faham dapat dielakkan iaitu dengan penuruhan wahyu, Maka Allah SWT lebih
awal mendisiplinkan mahlukNya melalui wahyu dalam bentuk Al-Quran dan
kitab-kitabNya (Aziz, 2012)

Justeru itu kita dapat melihat pentingya perihal keselamatan serta Islam amat
menitik beratkan keselamatan sehinggakan segala aspek diberikan penekanan
dalam perihal menjaga keselamatan.

12
2.3. KEPERLUAN SOSIAL

Keperluan sosial merangkumi keperluan untuk menyayangi dan disayangi, orang


ahli keluarga, suami dan isteri. Namun dalam Islam dalam menterjemahkan
kasih sayang antara ajnabi haruslah dengan ikatan akad dan nikah yang
menghalalkan segala bentuk kasih sayang sesama manusia.

Sebagai mana Firman Allah SWT:

“Wahai sekalian manusia,bertakwalah kepada tuhanmu yang meciptakan kamu


dari diri yang satu, dan dari Allah menciptakan Isterinya, dan daripada keduanya
Allah memperkembangkan biakkan lelaki dan perempuan yang ramai, dan
bertakwalah kepada Allah yang dengan ( mempergunakan) nama-nama Nya
kamu saling meminta satu sama lain, dan ( peliharalah) hubungan silaturahmi.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”.

An-Nisa Ayat 1

Sebagai seorang muslim, sayang akan Allah merupakan sesuatu ibadah.


Sayang kepada Maha Pencipta dengan mengenal Asma’ Nya dan memahami
seruannya.

Imam Al Ghazali menyatakan bahawasanya ada dua kaedah yang


mencambahkan hati kita kasih akan Allah SWT. Yang pertama mengosongkan
hati selain daripada Allah dan menjauhkan hati selain daripada Allah SWT serta
memperbanyakan zikir kepada Allah SWT (Nor, 2012)

Yang kedua makhfirah akan Allah SWT iaitu mengenal Allah dengan yakin dan
jalan untuk mengenali Allah itu adalah dengan memahami ilmu hakikat dan jalan
menujuNya. (Nor, 2012)

Dalam kitab Ihya’ Ulumiddin tulis Al Imam Ghazali R.A menyebut antara tanda
orang yang kasih akan Allah, diantaranya adalah sangat kasih akan saudara-
saudaranya yang muslim, melazimi ibadah dan menjauhi maksiat dan perkara
mungkar, serta sentiasa redha dengan ketentuan Allah SWT. (Nor, 2012)

13
Firman Allah SWT dalam Surah AL-Khafi ayat 46

Maksudnya: “Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia, dan
amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai
balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”

Allah SWT menyatakan bahawa keperluan harta benda, anak ataupun keturunan
juga merupakan penentu kebahagian di dunia namun Allah SWT juga menuntut
seorang muslim untuk mencari redha Allah yakni kasih saying Allah dengan tidak
melupakan beribadat dan beramal soleh termasuk amalan sunat dan amalan
wajib yang menjadi kayu ukur kasih saying dan rahmah Allah SWT dalam
kehidupan seharian.

14
2.4.KEPERLUAN PENGHARGAAN DIRI

Menurut Abraham Maslow keperluan penghargaan diri ini berkait rapat dengan
keperluan pekerja untuk dihormati dan dihargai oleh rakan sekerja dan juga oleh
majikan. Namun sebagai hamba Allah SWT kita harus mencari rahmat Allah
SWT dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 77

“ Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu( kebahagian)
negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiamu dari ( kenikmatan)
duniawi dan berbuat baiklah ( kepada orang lain) sebagaimana Allah telah
berbuat baik, kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di(muka) bumi,
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”

Dalam firman Allah SWT menanjurkan kita untuk mencari nikmat dunia dan
akhirat serta berbuat baik yakni menghormati diri sendiri dan orang lain sebagai
mana Allah berbuat baik kepada makhluknya, di mana Allah meletakan
penghargaan kepada umatnya dan daripada umatnya kepada orang lain.

Selain itu Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Ketika Muawiyah berkunjung ke Kufah maka Abdullah bin Amr bercerita tentang
Rasulullah SAW, Katanya Rasulullah SAW tidak pernah melampaui batasan dan
tidak pernah melakukan perkara keji.” Beliau juga berkata: Rasulullah Bersabda:
Sesungguhnya yang baik antara kamu adalah orang yang baik budi pekertinya”
(Hadis Riwayat Bukhari”

Dalam hadis ini diterjemahkan bahawasanya sikap Rasulullah SAW dalam


menghargai orang lain, ini kerana penghargaan dan layanan adalah berkait rapat
dengan maruah seseorang hambaNya.

Seterusnya dalam mencari penghargaan diri, kita juga harus seringkan dengan
mencari Redha Allah SWT.

15
Firman Allah SWT dalam surah Al Fajr : Ayat 27-30

“ wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhamu dengan keadaan


redha-meredhai, Masuklah ke dalam hamba-hamba ku dan masuklah ke dalam
syurga-ku”

Redha akan apa segala yang berlaku, atas kententuan Allah SWT, dengan redha
maka datanglah keadaan jiwa yang tenang, apabila jiwa yang tenang menerima
segala naik dan buruk, sesungguhnya Allah berikan ganjaran yang hebat yang
keredhaan Allah SWT, penghargaanNya kepada makhluknya dan diberikan
ganjaran pahala didunia dan akhirat.

16
2.5. KEPERLUAN HASRAT DIRI

Menurut Abraham Maslow keperluan hasrat diri merupakan keperlan memenuhi


kehendak dan cita-cita sendiri mengikut potensi diri sendiri, walau
bagaimanapun, keperluan hasrat diri ini harus diseimbangkan dengan kepeluan
rohani dan jasmani serta seiring dengan keperluan syarak.

Sesungguhnya kejayaan kita ( Pertolongan Allah kepada kita) jauh lebih banyak
daripada kegagalan dan halangan yang kita alami namun ujian yang kita alami
untuk mencapai kerjayaan adalah tidak standing yang dialami oleh Rasulullah
SAW. (Lubis, 2011)

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah Ayat: 214

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
datang kepadamu ujian sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu
sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
diconcangkan ( dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkata Rasul dan
orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah?
Ingatlah sesungguh pertolongan Allah itu amat dekat”

Sebagai seorang muslim kita harus mempercayai bahawasanya setiap kejayaan


yang kita raih datangnya daripada pertolongan Allah SWT tanda pengetahuan
kita dalam keadaan tidak sedar bahawa setiap kejayaan adanya kebergantungan
dari yang Maha Esa.

Seterusnya dalam Islam menganjurkan mencari dan mengapai kejayaan dunia


dan akhirah Fii Dunia wal Al- Akhirah. Maka frasa “ jangan lupa dunia” lebih
diingati berbanding “mencari akhirat”. Ramai yang mendakwa bahawa kehidupan
manusia perlu akan pembangunan duniawi seolah-olah melupakan
pembangunan akhirat. (Dr. Muhamad Faisal Ashaari, Dr.Rosmawati Mohamad
Rasit & Dr.Hasanah Abd Khafidz, 2016)

Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 77

17
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Alllah kepadamu
akan pahala dan kebahagian jari akhirat dan janganlah engkau lupa akan
bahagianmu ( keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baik kepadamu
( dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan jangan engkau
melakukan kerosakan dimuka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Ayat ini menjelaskan perintah Allah afar manusia mencari bekalan akhirat
berdasarkan kelebihan rezeki melalui kejayaan yang diberikan oleh Allah SWT.
Mencari akhirat bukan sahaja dengan solat dan puasa namun harus seiring
dengan perbuatn Amal Ma’aruf dan Nahi Mungkar. Sesungguh mencengah
kemungkaran itu lebih baik dan dapat mencapai kejayaan dalam uslub dakwah
islamiah.

Firman Allah SWT dalam surah al mulk ayat 14

“Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui sedangkan dia bersifat
lemah lembut lagi maha mengetahui”

Sesungguhnya sifat rabbaniah yang ada pada manhaj islam itu menjadikan Islam
mempunyai cirri-ciri kekal dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak
manusia disemua ketika,tempat dan peringkat untuk mencapai kejayaan yang
berkat biidznillah. (Yakan, 2010)

18
3.0. HURAIAN SIFAT WAJIB BAGI RASUL

Rasulullah SAW merupakan penghulu manusia sebagaimana dalam Hadis Riwayat Al-
Bukhari dan Muslim

“Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi S.A.W bersabda; “Akulah penghulu manusia
pada hari akhirat”

Dimana keterangan hadis ini menyebut bahawasanya Nabi SAW menyatakan sebegini
untuk menceritakan nikmat Allah SWT ia juga merupakan nasihat supaya kita
mengetahui hak terhadap baginda SAW.

Sifat nabi Muhammad SAW mempunyai empat sifat wajib yang harus diketahui oleh
seluruh umat Islam, yakni Siddiq, Amanah, Tabliq, Fatonah. Dimana Rasulullah SAW
bukan sahaja pemimpin pentabdiran, bahkan ketua infrantori ketenteraan, baginda juga
seorang usahawan, ahli politik dan juga merupakan seorang yang mahir dalam strategi
pentadbiran negara termasuklah sisi sosioekonomi, politik dan sosial. Dengan sifat-sifat
wajib bagi nabi ini mencerminkan nabi sebagai Qudwah Hassanah yang menjadi suri
teladan buat semua.

19
3.1. SIDDIQ

Siddiq bererti jujur dalam perbuatan dan perkataan,dan sesungguhnya


Rasulullah SAW dalam sirahnya memperdagangkan perniagaan Siti Khadijah
sehinggakan digelar Al-Amin yakni yang dipercayai. Sesungguhnya sifat ini wajib
bagi seorang Nabi ‫ ﷺ‬yang seharusnya dan selayaknya menjadi seorang yang di
percayai dalam perkataan dan perbuataannya kerana Baginda ‫ ﷺ‬merupakan
Qudwah Hassanah bagi kita semua. Sebagaimana Hadis yang diriwayatkan Abu
Daud dan At Tarmizi dalam Kitab 300 Hadis Bimbingan hadis ke 213:

“Ertinya : Daripada Abu Hurairah R.A. Nabi ‫ ﷺ‬bersabda : “ Tunaikanlah


Amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan jaganlah
kamu mengkhianati orang yang mengkhianati engkau.”

Melaui hadis ini adalah jelas bahawa Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menekankan


penjagaan amanah, Amanah ini datangnya dalam pebagai bentuk, termasuklah
kita sebagai kaunselor seharusnya menjaga amanah ataupun Intergriti kerahsian
maklumat serta masalah klien daripada menjadi tatapan umum, tanpa kebenaran
daripada klien, jika pendedahan kepada umum tanpa pengetahuan klien maka
sudah rosaklah amanah yang diberikan maka calarlah intergriti seorang
kaunselor.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ ayat 135

”Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang


sentiasa menegakkan keadilan,lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran)
kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat
kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu
terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu
bertimbang rasa), kerana Allah lebih penting dari keduanya. Oleh itu, janganlah
kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika
kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan”.

20
Allah SWT menekankan perihal tentang menyatakan kebenaran, sebagai
seorang kaunselor muslim kita bertanggungjawab dalam memimpin klien kembali
kepangkal jalan merujuk pada risalah Allah SWT dan menganjurkan kepada klien
untuk kembali menjadikan Allah SWT tempat begantung.

Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban

Firman Allah SWT Surah Al-Isra ayat 81

Maksudnya : “ Dan Katakanlah : Telah datang kebenaran Islam dan hilang


lenyaplah perkara yang salah ( kufur dan syirik). Seungguhnya yang batil
pasti akan lenyap juga”

Dalam Bab 4 Kitab Riyadathus Solehin Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:

Abdullah bin Mas’ud melaporkan bahawa Rasulullah SAW menjelaskan


“Percayalah, sifat benar membawa kebaikan. Kebaikan membawa kepada
syurga.Apabila seseorang melakukan apa yang benar. Percayalah, berdusta
membawa kepada amalan buruk. Amalan buruk membawa kepada neraka.
Apabila seseorang berdusta, Allah akan memasukan namanya dalam kalangan
mereka yang berdusta”. (Nawawi, 2012)

21
3.2. AMANAH

Dapat dipercayai dan menjaga tanggungjawab, dinmana sifat amanah


merupakan sifat yang benar-benar dipercayai ataupun istiah Thiqah apabila
diserahkan sesuatu urusan kepadanya, seseorang itu akan melaksanakannya
dengan baik mungkin tanpa merosakan sedikit pun daripada urusan tersebut.

Sifat amanah yang ada pada Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dalam menyampaikan wahyu
kepada seluruh umat manusia. Tanpa sifat amanah ini sudah pasti akan
berlakunya kepesongan aqidah. Sesungguh sifat amanah ni merupakan
kejelasan intergriti Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah Allah SWT.

Dalam hadis Ke 214:

Ertinya : Daripada Anas Bin Malik R.A. Nabi SAW bersabda: “ Tiada
keimanan bagi orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang
tidak berpegang kepada janji”

Bertapa beratnya nilai Amanah ini sehinggakan dijustifikasikan sebagai orang


tiada iman jika tidak amanah yakni tidak bepegang kepada janji. Ini kerana
melalui sudut pandangan kaunseling, seorang kaunselor haruslah menjaga serta
mematuhi etika-etika yang ditetapkan. Sebagai seorang kaunselor Islam seberat
apa pun masalah klien amanah ini harus dipikul supaya dapat membantu klien
keluar dari kancah masalah.

Surah Al-Hadid ayat:25


“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan
membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah
menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang
menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat  melaksanakan
keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya
mengandungi kekuatan yang handal…”

22
Sebagai seorang Kaunselor muslim kita haruslah mencontohi sifat Baginda ‫ﷺ‬
yakni sifat Amanah, sifat amanah dalam kaunseling adalah kita seharusnya
amanah dalam menjaga kerahsiaan, amanah dalam berurusan serta amanah
dengan Allah dan Klien untuk membimbing klien kembali kepada paksi
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah supaya menjadi muslim soleh wa musleh.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah Ayat 8

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang


selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil.
Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, membuatmu
berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.
Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan."

Sebagai seorang kaunselor muslim, kita harus menerapkan kebenaran tidak


mengenal warna kulit, waima apa bangsa sekalipun, mahupun agama klien, kita
seharusnya menghormati kerana kita semua merupaka Khalifah dimuka bumi
Allah SWT dan dengan cara sebeginilah meletakkan nama Islam masyhur oleh
kerana qudwah yang ditonjolkan.

23
3.3. TABLIQ

Menyampaikan segala kebaikan kepada umatnya, Rasullah ‫ ﷺ‬mempunyai sifat


tabliq,dan dengan sifat inilah dakwah serta nikmat Islam melata diseluruh alam.
Ini kerana sifat ini menjadi wadah seruaan Islam dapat disampaikan dengan
pensyariatannya.

Hadis ke 8 Menghormati Maruah dan Kehormatan Seseorang Muslim dalam


kitab Al-Wafi Syarah 40 hadis imam nawawi

“ Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa sesungguhnya Rasulullah


SAW bersabda; “ Aku diperintahkan untuk meneragi manusia hingga
mereka bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad
adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat. Jika mereka
melakukan hal itu darah dan harta mereka dilindungi kecuali dengan hak
islam dan perhutungan mereka ada pada Allah SWT”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Merujuk kepada kitab Al-Wafi Syarah 40 Hadis Imam Nawawi,kerana dalamnya


merupakan asas Islami yakni mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan
solat, menunaikan zakat. Ini merupakan tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW dalam menerangi umat manusia dijalan Allah SWT. (Yusuf, 2012)

Ini menunjukan bahawa Sifat Rasulullah SAW sebagai Tabliq yakni


menyampaikan kepada umat manusia sebagai mana yang diperintahkan oleh
Allah SWT.

“ Hendaklah mereka itu (orang yang mendalami agama) memberikan


peringatan kepada kaumnua apabila mereka telah kembali kepadanya,
supaya mereka ( kaum bangsanya) itu dapat menjaga dirinya”.

At-Taubah ayat 122

Dalam Kitab Mauizah Tulisan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bab Tidak Bergelar Muslim Melainkan Belajar dan Mengajar. Dimana huraian
ayat surah At-Taubah ayat 122, adalah mengajar bukan dengan tujuan untuk
memberikan jalan kerjyaan kepada anak murid,bukan sahaja untuk menguasai
ilmu bahkan sebagai peringatan dan mencambahkan rasa gerun kepada Allah
SWT. (Aziz, 2012)

24
Ini kerana ilmu bukan sahaja untuk digunakan di dunia tetapi di akhirat, dengan
menympaikan yang benar, ilmu yang benar lagi bermanafaat sudah pasti akan
mewujudkan rasa gerun dalam melakukan dosa, dengan menyampaikan perkara
yang tidak benar. Dengan wujudnya rasa gerun akan balasan Allah SWT
terhadap mereka yang menyeleweng ilmu sudah pasti Thiqah dalam sifat Tabliq
akan terus mantop dan istiqomah.

Didalam agama Islam adalah ditegah perbuatan menyembunyikan kebenaran


dalam menyampaikan ilmu. Sebagaimanan Firman Allah SWT

“Orang ( Yahudi dan Nasrani) yang telah kami berikan al-Kitab ( Taurat dan
Injil) mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak mereka
sendiri Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka menyembunyikan
kebenaran padahal mereka mengetahuinya”

Yahudi dan Nasrani dimurkai oleh Allah SWT disebabkan oleh sikap buruk
mereka dalam meyembunyikan maklumat yang terdapat dalam kitab samawi.
(Aziz, 2012)

Oleh sebab inilah, seorang Anbiya harus mempunyai sifat tabliq yang
menyampaikan yang benar. Dan sifat inilah yang harus ada pada seorang
kaunselor muslim dalam hematnya membantu muslim lain yang berada dalam
kecelaruan akal fikiran.

25
3.4. FATONAH

Fatonah merupakan sifat bijaksana yang merupakan sifat wajib bagi Rasulullah
‫ﷺ‬, mereka memiliki ilmu yang disampaikan melalui wahyu yang diturunkan
sebagai rahmatan Lil Alamin buat seluruh umat manusia. Para Anbiya memiliki
ilmu yang luas, cerdik serta sempurna akal yakni bijak dalam menjustifikasikan
sesuatau sebelum membuat keputusan.

Dalam Kisah Sirah perlantikan Khalifah setelah kewafataan Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak


pernah menetapkan siapakah yang akan menjadi penganti Baginda ‫ﷺ‬.Ini kerana
jika Baginda ‫ ﷺ‬melantik salah seorang daripada para sahabat sudah pasti akan
berlaku kekalutan ataupun masalah yang tidak terjangkakan.
Disini memperlihatkan kebijaksanaan baginda dalam urus tadbir dengan
menyerahkan kepada para sahabat untuk menentukan siapakah diantara
mereka yang paling layak untuk menjawat jawatan khalifah.

Hadis sahih riwayat Imam Ahmad dan Al-Baihaqi meyebut dalam kitab Dalail Al-
Nubuwwah ketika berlakunya perang Jamal, yakni berlakunya penderhakaan
terhadap Khalifah Ali bin Abu Talib (Awang, 2010)

“Wahai semua yang hadir, Rasulullah SAW tidak pernah menentukan


kepada kami mejadi jawatan ketua Negara, sehingga kami berpendapat Abu
Bakar yang dilantik, lalu dia menjalankan tugasnya dan beliau meneruskan
tugasnya yang benar.kemudian abu bakar menentukan umar dan
persetujuan orang ramai, dia melaksanakan tugasnya dan konsisten,
sehingga meletakan agama dihadapan, kemudian belaku orang yang
menuntut keduaniaan sahaja, maka belaku perkara-perkara yang menjadi
ketetapan Allah SWT”.

Menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang, Islam mendahului dengan
meletakan urusan Negara menajdi hak rakyat secara adil, tidak ada amalan
ditaktor, rampasan kuasa dan teokrasi. (Awang, 2010) Justeru itu kita dapat
melihat kebijaksanaan Baginda dalam mentadbir walaupun sesudah kewafatan
Baginda ‫ﷺ‬.

26
Sebahagian orang berpandangan bahawa Nabi S.A.W merupakan ummiy dari
sudut beliau adalah pusat atau induk bagi ilmu. Bukannya ummiy itu membawa
maksud Nabi S.A.W tidak tahu membaca dan menulis. (Nor U. M., 2016) Dengan
perkataan Ummiy ini menunjukkan bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬merupakan lubuk
kepada ilmu dunia dan akhirat.

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah al-Jumu’ah ayat 2 :

Maksudnya: Dialah (Allah) yang mengutuskan di dalam golongan ummiy


seorang Rasul dari kalangan mereka yang membacakan ayat-ayat-Nya ke
atas mereka dan dia menyucikan mereka serta mengajarkan kepada
mereka al-Kitab dan al-Hikmah sekalipun mereka sebelum ini berada di
dalam kesesatan yang nyata”

Firman Allah SWT memperlihatkan kepentingan Rasul ‫ ﷺ‬daripada kalangan


yang bijaksana dalam menyampaikan risalah Allah SWT. Baginda bukan sahaja
bijak dalam menyampaikan ilmu-ilmu wahyu, baginda juga bijak dalam menarik
minat kaum arab quraisy pada ketika itu yang hidup dalam kefasikan. Dimana
Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak melakukan dakwah secara terang-terangan, kerana baginda
tahu jika secara terang-terangan sudah pasti akan terjadi penentangan drastik
daripada kaum arab quraisy,justeru itu baginda menggunakan sifat fatonah
dalam meletakan strategi menyampaiak dakwah Baginda ‫ﷺ‬.

Di dalam surah Al-A’raaf ayat 157, Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: “Mereka yang mengikuti Rasul iaitu seorang Nabi yang ummiy
yang mereka dapati telah tertulis di sisi mereka di dalam kitab Taurat dan
Injil yang memerintahkan mereka kepada perkara yang makruf dan
melarang mereka dari perkara yang mungkar dan dia menghalalkan bagi
mereka itu perkara-perkara yang baik dan dia haramkan ke atas mereka
perkara-perkara yang kotor”.

Baginda ‫ ﷺ‬datang membawa risalah, membezakan yang haq dan batil, yang
halal dan haram, yang benar dan yang salah, dengan kebijaksaan baginda,

27
baginda mampu membentuk medan dakwah secara terang-terangan selepas 40
tahun berdakwah secara sembunyi, dan baginda juga bijak mengatur strategi
dengan melakukan hijrah serta mempersaudarakan muhajirin dan ansar dalam
usaha menyampaikan dakwah, dan hasilnya kini kita hidup dalam nikmat Islam,
Iman dan Ihsan.

28
4.0. RUJUKAN

Awang, A. H. (2010). Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar Rasyidin. Kuala
Lumpur: PTS Islamika.

Aziz, N. A. (2012). Mauizhah Catatan Bimbingan Dari Seorang Guru. Seri Kembangan
Selangor: Kemilau Publika.

Dr. Muhamad Faisal Ashaari, Dr.Rosmawati Mohamad Rasit & Dr.Hasanah Abd

Khafidz. (2016). Mengenali Manusia Dari Perspektif Al-Quran ( Asas Psikologi &
Komunikasi Dakwah). Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti
Pegajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lubis, S. H. (2011). Beginilah Seharusnya Aktivis Dakwah. Yogyakarta: Pro U Media.

Nawawi, I. (2012). Riyadatus Solehin. Kuala Lumpur: PTS Publication.

Nor, S. M. (2012). Menyelami Samudera Tasawuf. Kuala Lumpur: Power Press &
Design (M) Sdn Bhd.

Nor, U. M. (8 Januari, 2016). Bayan Linnas Siri Ke-44 : Penjelasan Berkenaan Sifat
Ummiy Pada Diri Rasulullah S.A.W. Retrieved 1 September, 2020, from Laman
Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutan: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-
linnas/1825-bayan-linnas-siri-44-penjelasan-berkenaan-sifat-ummiy-pada-diri-
rasulullah-s-a-w

Y.Siauw, F. (2012). Muhammad Al-Fatih 1453. Jakarta Barat: Khalifah Press.

Yakan, F. (2010). Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

29
Yusuf, I. A. (2012). Syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur: Pencetakan Zafar
Sdn.Bhd.

30

You might also like