You are on page 1of 1

Afizah binti Awalud’din

No. 26 Jalan JH3


Taman Jana Harmoni
34600 Kamunting
Perak.

Puan Aida binti Mahad Nor


Sekolah Menengah Kebangsaan Klian Pauh
Jalan Lumba Kuda
34000 Taiping
Perak. 25hb Jun 2023

Tuan/Puan,

Tidak Menghadiri Kursus Pendek Majlis Pimpinan Murid.

Sehubungan dengan perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa anak saya Iman NurQistina binti Offee
dari Tingkatan 3 Inovatif tidak menghadiri Kursus Pendek Majlis Pimpinan Murid pada tarikh 24 hb Jun
2023, 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Saya selaku ibu kepada murid ingin memaklumkan bahawa saya berada di luar Taiping kerana
menghadiri kursus di Batu Feringghi, Penang bermula 22hb Jun 2023 sehingga 24hb Jun 2023 lalu. Selain
itu juga, suami saya berada di luar kawasan iaitu Putrajaya pada 23hb Jun 2023 sehingga 26hb Jun 2023
kerana urusan perniagaan penting.

Amatlah tinggi harapan kami sekiranya pihak pentadbiran sekolah atau wakil pendidik dapat
mengeluarkan memo secara rasmi beserta surat kebenaran ibu bapa untuk aktiviti yang akan dijalankan
walaupun majlis dijadualkan pada saat-saat akhir.

Oleh yang demikian saya dengan rendah diri memohon maaf kerana anak jagaan saya tidak dapat
menghadiri kursus yang telah berlangsung.

Jika tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan atau makluman sila hubungi saya di talian 0182588161.
Dengan ini juga saya sertakan tentatif kursus yang saya hadiri untuk pengetahuan pihak tuan/puan.

Yang benar,

__________________
Afizah binti Awalud’din

Salinan kepada : Penolong Kanan SMK Klian Pauh, Taiping.

You might also like