You are on page 1of 1

Siti Nur Hidayu Binti Ibrahim

B22 Lorong Balok Perdana 3/5


Taman Balok Perdana
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur
______________________________________________________________________________________________

Pensyarah
Institut Latihan Perindustrian Kuantan
Kawasan Industri Gebeng
26080 Kuantan
Pahang Darul Makmur 24 SEPTEMBER 2023

Tuan/Puan

PERKARA: PERMOHONAN CUTI KECEMASAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku Siti Nur Hidayu Binti Ibrahim , pelajar jurusan seni
bina semester 1 ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa saya tidak dapat
menghadirkan diri ke kelas pada 25 September 2023 bersamaan hari Isnin.

2. Hal ini adalah disebabkan saya perlu pulang ke kampung bagi membantu keluarga saya
berpindah rumah.

3. Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran saya ke kelas. Saya berharap
pihak tuan/puan dapat memahami masalah yang dihadapi saya.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan saya amat hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

…………………….

(Siti Nur Hidayu Binti Ibrahim)


Pelajar Jurusan Seni Bina Semester 1

You might also like