You are on page 1of 1

Siti Khadijah,

SMK Paku (S),


KM 30, Jalan Kuching-Bau,
94000, Bau,
Sarawak

Pengetua, 12 JUN 2018


Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China,
78100, Lubok China,
Melaka

Tuan,

MAKLUMAN DAN PERMOHONAN PENANGGUHAN TARIKH BERTUGAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya ditempatkan di sekolah tuan, Sekolah Menengah Kebangsaan
Lubok China berkuatkuasa pada 11 Jun 2018. Namun begitu, surat pertukaran tersebut belum diterima secara
sah kepada saya memandangkan sekolah telah bercuti.

3. Saya memohon penangguhan tarikh berkhidmat ke sekolah baru pada 9 Julai 2018 atas sebab-sebab
yang berikut :
i) Urusan serah tugas
ii) Urusan pengeposan kereta dan barang-barang dari Sarawak ke Melaka
iii) Pengurusan fail-fail berkaitan tugas utama
iv) Program sekolah yang berlangsung di bawah pengurusan saya sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling
selepas cuti Hari Raya.

4. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Kerjasama dan pertimbangan tuan terhadap
perkara ini amatlah dihargai dan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(SITI KHADIJAH)

You might also like