You are on page 1of 13

Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

SOALAN – SOALAN LAZIM (FAQ)


PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN
BISING) 2019 DAN TATAAMALAN INDUSTRI BAGI PENGURUSAN PENDEDAHAN BISING
PEKERJAAN DAN PEMULIHARAAN PENDENGARAN (ICOP)

1. Adakah ICOP dikuatkuasakan dengan serta merta atau diberikan grace period sebelum
pelaksanaan penuh.
ICOP berkuatkuasa serta merta selaras dengan berkuatkuasanya Peraturan-
Peraturan KKP (Pendedahan Bising) 2019.

2. Adakah Senarai Semak Pengenalpastian Bahaya Bising perlu diisi oleh setiap bahagian di
tempat kerja atau penggunaan satu senarai semak sahaja telah memadai untuk mewakili
setiap tempat kerja?
Majikan perlu menjalankan pengenalpastian bising berlebihan bagi setiap kawasan
di tempat kerja mengikut jenis aktiviti/proses kerja. Jumlah senarai semak yang diisi
perlu merangkumi semua proses atau aktiviti kerja tersebut.

3. Adakah majikan perlu menentukan kategori bising berlebihan menggunakan alat pengukur
semasa proses pengenalpastian bising berlebihan?
Penggunaan alat pengukuran tidak diperlukan. Majikan hanya perlu menjalankan
penilaian dengan mengisi Senarai Semak Pengenalpastian Bahaya Bising seperti yang
dinyatakan dalam ICOP 2019.

4. Boleh ke aplikasi dalam peranti pintar digunakan sebagai bacaan awalan oleh majikan?
Penggunaan alat pengukuran tidak diperlukan untuk pengenalpastian bising
berlebihan kerana soalan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pengenalpastian
Bising adalah penilaian secara kualitatif. Bagaimanapun, bacaan dari aplikasi pintar
boleh menjadi indikator awal untuk majikan menilai keberkesanan langkah kawalan
yang hendak dilaksanakan.

1
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

5. Adakah pengenalpastian bising berlebihan perlu dijalankan setiap tahun?


Pengenalpastian semula bising berlebihan setiap tahun hanya perlu dijalankan bagi
kawasan yang dikenalpasti tiada pendedahan kepada bising berlebihan dalam
pengenalpastian terdahulu.

6. Sekiranya keputusan pengenalpastian bising berlebihan menunjukkan hanya sebahagian


kawasan sahaja di tempat kerja wujud bising berlebihan, adakah penaksiran risiko bising
perlu dilaksanakan di kawasan tersebut sahaja?
Ya, hanya kawasan yang dikenalpasti wujud bising berlebihan sahaja perlu
dilaksanakan penaksiran risiko bising.

7. Terdapat 10 bahagian proses di kilang A. Apabila pengenalpastian bising berlebihan


dijalankan, didapati hanya 6 bahagian sahaja yang mempunyai risiko bising berlebihan
manakala 4 bahagian lagi didapati tidak mempunyai risiko bising berlebihan. Apakah
tindakan lanjut majikan bagi memastikan Peraturan Pendedahan Bising 2019 dipatuhi?
Adakah PBB perlu dilaksanakan setiap tahun atau majikan perlu melaksanakan penaksiran
risiko bising bagi merangkumi semua bahagian proses?
Majikan perlu menjalankan pengenalpastian semula bising berlebihan setiap tahun
bagi 4 bahagian yang tiada risiko bising berlebihan manakala 6 bahagian yang
mempunyai risiko bising berlebihan perlu dijalankan penaksiran risiko bising.

8. Terdapat perubahan di tempat kerja dan keputusan dari pengenalpastian semula bising
berlebihan didapati masih wujud bising berlebihan.
a) Adakah penaksiran risiko bising perlu dijalankan di tempat tersebut?
Ya, penaksiran semula perlu dijalankan kerana pendedahan terkini mungkin
berbeza dengan sebelumnya.
b) Bila penaksiran semula perlu dijalankan?
Dalam tempoh satu bulan selepas pengenalpastian semula bahaya bising.

2
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

9. Adakah kemungkinan pengenalpastian bising berlebihan setiap tahun dihentikan setelah


tiada risiko bising di tempat kerja?
Pengenalpastian semula bising berlebihan adalah untuk menyemak dan menilai
semula kemungkinan pendedahan risiko bising secara berterusan dalam frekuensi
yang ditetapkan. Setakat ini, tiada peruntukan perundangan yang menyatakan PBB
boleh dihentikan setelah tiada risiko bising di tempat kerja.

10. Majikan telah menjalankan penaksiran risiko bising pada tahun 2021. Setelah membuat
penambahbaikan kawalan secara kejuruteraan kepada jentera, majikan telah berjaya
mengurangkan bising kepada paras di bawah had pendedahan bising (NEL).
a) Adakah majikan perlu menjalankan pengenalpastian semula bising berlebihan setelah
risiko bising dikurangkan di bawah NEL?
Pada dasarnya, pengenalpastian semula bising berlebihan setiap tahun tidak
perlu dilaksanakan berikutan penaksiran telah dijalankan bagi kawasan yang
dikenalpasti mempunyai risiko bising. Walaubagaimanapun, majikan perlu
menjalankan pengenalpastian semula bising berlebihan berikutan perubahan
yang berlaku sebagaimana ditetapkan dalam Peraturan 3(2)(a).

b) Sekiranya pengenalpastian semula bising berlebihan yang dijalankan masih terdapat


risiko bising berlebihan, adakah penaksiran risiko bising perlu dijalankan?
Ya, penaksiran risiko perlu dijalankan kecuali jika pengurangan bising kepada
paras di bawah NEL tersebut telah disahkan melalui penaksiran risiko bising di
kawasan/SEG terlibat sebaik sahaja penambahbaikan kawalan dilaksanakan.

11. Adakah semua Orang Kompeten Bising (OYK Bising) yang telah berdaftar di bawah
Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pendedahan Bising) 1989 boleh menjalankan
penaksiran risiko bising.
Penaksiran perlu dijalankan oleh Penaksir Risiko Bising yang berdaftar dengan
Jabatan. Hanya OYK yang hadir dan lulus Kursus Transition for Noise Competent
Person adalah dibenarkan menjalankan penaksiran risiko bising. Senarai nama
Penaksir Risiko Bising tersebut boleh disemak melalui laman sesawang Jabatan di
https://www.dosh.gov.my/direktori.oyk/#pb

3
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

12. Bagaimana pemetaan bising untuk aktiviti seperti pertanian atau pembalakan yang
menggunakan jentera. Contohnya, kerja pemotongan pokok.
Pemetaan bising dilaksanakan berdasarkan jarak dari punca bising. Dalam kes ini,
jarak dari jentera/mesin yang digunakan.

13. Adakah salinan laporan penaksiran perlu dihantar ke JKKP?


Hanya laporan ringkas penaksiran sahaja perlu dihantar oleh penaksir risiko bising
kepada JKKP melalui sistem MyKKP.

14. Adakah syarikat-syarikat IKS yang menjalankan kerja berdasarkan kepada permintaan
semasa, contohnya syarikat die cast yg beroperasi 2 kali sebulan perlu melaksanakan
penaksiran risiko bising?
Perlu. Penaksiran risiko bising dijalankan semasa syarikat beroperasi/aktiviti
dijalankan.

15. Sekiranya laporan penaksiran risiko bising telah melebihi 5 tahun, adakah pengenalpastian
bising berlebihan perlu dijalankan semula?
Tidak perlu menjalankan pengenalpastian semula bising berlebihan. Sebagaimana
ditetapkan dalam Peraturan 4(8)(a), majikan perlu menjalankan kajian semula
penaksiran risiko bising.

16. Kami mempunyai satu unit sound level meter yg telah dikalibrasi oleh makmal dengan sijil
kalibrasi selama 2 tahun. Walaubagaimanapun, makmal tersebut belum lagi mendapat
akreditasi. Adakah unit ini masih boleh dioperasikan?
Peralatan yang dikalibrasi di makmal yang belum lagi mendapat akreditasi sebelum
tarikh pemberitahuan kelulusan ICOP (5 Ogos 2019) hanya boleh digunakan
sehingga tempoh 12 bulan dari tarikh tentukur tersebut. Tempoh sah kalibrasi
setiap peralatan adalah 12 bulan dari tarikh kalibrasi sebagaimana yang dinyatakan
dalam perenggan 7.2.2 ICOP.

4
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

17. Apakah cara pemberitahuan keputusan penaksiran kepada pekerja?


Kaedah pemberitahuan keputusan penaksiran kepada pekerja adalah terpulang
kepada majikan. Kaedah pemberitahuan tersebut perlu mematuhi subperaturan
4(6) dan 5(1).

18. Adakah penaksir risiko bising (NRA) perlu menghantar laporan penaksiran dalam bentuk
hardcopy atau softcopy? Adakah sebarang penetapan dibuat oleh Jabatan?
Tiada ketetapan oleh Jabatan. Bentuk pelaporan bergantung kepada persetujuan
antara majikan dan NRA.

19. Bolehkah penaksiran risiko bising dijalankan secara generik bagi tempat kerja yang
mempunyai pendedahan dan kawalan bising yang sama?
Setakat ini, Jabatan tiada mengeluarkan kebenaran untuk majikan menjalankan
penaksiran risiko bising secara generik. Bagaimanapun, pihak majikan boleh
mengemukakan permohonan dan kertas cadangan kepada Jabatan untuk
pertimbangan dan kelulusan.

20. Adakah majikan wajib melaksanakan kawalan bising secara kejuruteraan yang dicadangkan
oleh penaksir risiko bising dalam laporan NRA?
Majikan wajib melaksanakan syor cadangan kawalan oleh penaksir risiko bising
sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan 4(7). Bagaimanapun, sebelum
melaksanakan langkah kawalan kejuruteraan tersebut, majikan perlu
melaksanakan penilaian praktik langkah kawalan seperti yang ditetapkan di bawah
peraturan 6(4) bagi mengenalpasti jenis, spesifikasi, kos dan lain-lain yang berkaitan
langkah kejuruteraan yang hendak dilaksanakan.

21. Latihan berkaitan Peraturan KKP (Pendedahan Bising) 2019 dan ICOP 2019 boeh
diperolehi di mana?
Latihan boleh dihadiri di mana-mana penyedia latihan yang menawarkan kursus
tersebut.

5
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

22. Siapakah yang boleh memberi latihan kepada pekerja sepertimana peraturan 5?
Majikan boleh melantik mana-mana pihak yang boleh mengendalikan latihan kepada
pekerja yang merangkumi:
a) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan
Bising) 2019;
b) Kesan terhadap pendengaran akibat pendedahan bising;
c) Tujuan dan faedah pemuliharaan pendengaran (HCP);
d) Tujuan penggunaan PHP, kelebihan, kelemahan dan pengecilan pelbagai jenis
PHP serta arahan dan maklumat mengenai pemilihan, penggunaan dan
penjagaannya;
e) Tujuan dan prosedur ujian audiometrik, termasuk arahan sebelum ujian;
f) Penjelasan tentang keputusan audiometrik dan langkah pencegahan; dan
g) Pelan dan program kawalan bising di tempat kerja.

23. Adakah memadai meletakkan tanda amaran sahaja di zon perlindungan pendengaran?
Tidak. Kawasan tersebut hendaklah ditandakan sebagai ‘ZON PERLINDUNGAN
PENDENGARAN’, dan hendaklah ditandakan dan dikenalpasti dengan tanda amaran
yang sesuai.

24. Kawasan tempat kerja tidak praktikal untuk meletakkan papan tanda amaran. Apa yang
perlu dilakukan?
Antara kaedah yang boleh dilaksanakan adalah dengan:
a) meletakkan notis amaran yang dapat dilihat dengan jelas pada alat dan
kelengkapan yang menyatakan bahawa perlindungan pendengaran diri (PHP)
mestilah dipakai semasa mengendalikannya;
b) menyediakan arahan bertulis dan lisan tentang kaedah mengenal pasti keadaan
yang memerlukan pemakaian PHP; dan
c) menyelia zon perlindungan pendengaran yang dikenal pasti dengan berkesan.

6
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

25. Terdapat beberapa kawasan di tempat kerja mempunyai keputusan permonitoran kawasan
melebihi Had Pendedahan Bising. Walau bagaimanapun, keputusan permonitoran diri
menunjukkan tiada pekerja terdedah kepada paras pendedahan bising harian, (LEX,8h)
melebihi Had Pendedahan Bising. Adakah kawasan tersebut perlu juga diletakkan tanda
amaran?
Ya kerana Zon Perlindungan Pendengaran adalah merujuk kepada kawasan di mana
pekerja mungkin terdedah kepada Had Pendedahan Bising.

26. Bagaimanakah penetapan Zon Perlindungan Pendengaran, adakah berdasarkan keputusan


permonitoran kawasan atau permonitoran diri?
Merujuk kepada perenggan 11.5.1 ICOP, penetapan Zon Perlindungan Pendengaran
adalah berdasarkan kepada keputusan pemetaan bising semasa permonitoran
Kawasan.

27. Sekiranya terdapat Pusat Ujian Audimetrik (PUA) yang tak berdaftar, apakah tindakan yang
akan dikenakan ke atas PUA tersebut?
Mana-mana PUA yang tidak berdaftar tidak dibenarkan menjalankan ujian
audiometrik bagi tujuan pematuhan subperaturan 9(1).

28. Adakah doktor kesihatan pekerjaan (OHD) perlu hadir semasa ujian audiometrik
dijalankan?
Tidak perlu. Walaubagaimanapun, OHD bertanggungjawab memastikan pengujian
audiometrik dilakukan oleh juruteknik audiometrik mengikut prosedur dan
keperluan perundangan.

29. Saya (OHD) melakukan audiometrik diagnostik di klinik saya. Adakah saya masih perlu
melakukan ujian garpu tala (tuning fork) bagi pemeriksaan perubatan pekerja?
Tidak perlu.

7
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

30. Apakah laporan audiometrik pra-pekerjaan (pre-employment) diterima sebagai audiogram


garisan pangkal (baseline)?
Boleh diterima dengan syarat:
a) Dilakukan oleh majikan terkini
b) Dilakukan dalam tempoh 3 bulan sebelum pendedahan kepada NEL
c) Memenuhi semua keperluan peraturan dan ICOP bagi pengujian audiometrik
(Cth: PUA berdaftar, 14jam tempoh senyap dll)

31. Bolehkah saya menggunakan borang soal selidik bagi ujian audiometrik selain daripada
yang disediakan dalam ICOP?
Tidak.

32. Apakah ujian audiometrik yang dilakukan oleh OHD buat pertama kali bagi seseorang
pekerja diterima sebagai audiogram garisan pangkal (baseline)?
Tidak. Ujian audiometrik garisan pangkal bergantung kepada majikan. Kewajipan
majikan untuk memastikan bahawa ujian audiometrik dijalankan dalam masa 3
bulan selepas pekerja mula bekerja di mana-mana kawasan tempat kerja yang
terdedah kepada NEL. Contoh situasi adalah sebagai berikut:-

Ujian Audiometrik
Situasi
Garis Pangkal
Pekerja yang belum pernah bekerja, telah diambil bekerja di Perlu
kawasan dengan NEL
Pekerja bekerja di satu kawasan tanpa NEL, berpindah ke Perlu
kawasan lain dengan NEL dalam syarikat yang sama
Pekerja bekerja di kawasan dengan NEL di satu syarikat, Perlu
berpindah ke kawasan dengan NEL di syarikat yang lain
Pekerja bekerja di satu kawasan dengan NEL, berpindah ke Tidak Perlu
kawasan lain dengan NEL dalam syarikat yang sama

8
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

33. Bagaimanakah saya menggantikan audiogram garis pangkal dengan audiogram tahunan/
ulangan?
Audiogram garisan pangkal hendaklah digantikan dengan audiogram tahunan atau
ujian ulangan jika audiogram tahunan atau ujian ulangan menunjukkan:
a) STS kekal; atau
b) ambang pendengaran yang bertambah baik berbanding dengan audiogram garis
san asaspangkal pada 2 atau lebih ulangan ujian.
Mohon rujuk National Hearing Conservation Association (NHCA) Guidelines for
Audiometric Baseline Revision di pautan:
https://www.hearingconservation.org/assets/docs/Guidelines_for_Audiometric_B.
pdf

34. Bagi ujian audiometrik garis pangkal (Baseline) kepada tempoh pekerja yang kurang
daripada 3 bulan, adakah keputusan abnormal perlu dirujuk kepada OHD dan OHD perlu
mengemukakan pemberitahuan kepada JKKP?
Perlu melaksanakan pemeriksaan perubatan oleh OHD. Namun, tidak perlu
mengemukakan pemberitahuan kepada JKKP.

35. Siapa yang menentukan untuk berhentikan ujian audiometrik?


Ujian audiometrik perlu dijalankan selagi pekerja bekerja di tempat kerja yang
melebihi had pendedahan bising yang dibenarkan.

36. Jika OHD tak lapor kes penyakit pekerjaan, apa tindakan jabatan?
OHD boleh dikenakan penalti atas pelanggaran peraturan 9(6).

37. Majikan Y telah menghantar pekerjanya untuk menjalani ujian audiometrik tahunan pada
September 2021. Terdapat pekerja yang mempunyai STS dan perlu melakukan ujian
ulangan dalam tempoh 3 bulan. Majikan tersebut telah melakukan ujian ulangan bagi
audiogram tersebut pada Januari 2022.
a) Adakah ujian audiometrik yang dijalankan pada Januari 2022 boleh dianggap sebagai
ujian ulangan?

9
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Ujian audiometrik yang dijalankan pada Januari 2022 tersebut adalah ujian
audiometrik tahunan kerana ianya dilaksanakan pada tahun berikutnya. Majikan
dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(a), Peraturan-
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.

b) Bolehkah Occupational Health Doctor (OHD) menggunakan audiogram Januari 2022


untuk menentukan Permanent Standard Threshold Shift (STS)?
OHD tidak boleh menggunakan audiogram Januari 2022 untuk menentukan
Permanent STS.

Nota:
Keseluruhan ujian audiometrik perlu disempurnakan pada tahun yang sama kerana
tafsiran bagi ‘setiap tahun’ di dalam Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 adalah merujuk kepada Akta Tafsiran 1948 dan
1967 (Akta 338) iaitu tahun berdasarkan kalendar Gregorian. Oleh kerana itu, majikan
diminta untuk memulakan proses ujian audiometrik tahunan di awal tahun bagi
memenuhi tafsiran ini.

38. Majikan Z telah menghantar pekerjanya untuk menjalani ujian audiometrik tahunan pada
Februari 2021. Terdapat pekerja yang mempunyai STS dan perlu melakukan ujian ulangan
dalam tempoh 3 bulan. Majikan tersebut telah melakukan ujian ulangan bagi audiogram
tersebut pada Julai 2021. Bolehkah OHD menggunakan audiogram Julai 2021 untuk
menentukan Permanent STS?
Audiogram yang diperolehi pada Julai 2021 tidak boleh digunakan dalam penentuan
Permanent STS. Majikan dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan
9(9)(a), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan
Bising) 2019.

10
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

39. Satu Pusat Ujian Audiometrik (PUA) telah melantik lebih daripada satu OHD untuk menafsir
audiogram dan menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas pekerja yang mempunyai
audiogram abnormal di sebuah syarikat. Adakah laporan ujian audiometrik tersebut perlu
disediakan secara berasingan mengikut OHD?
Tidak. PUA tidak perlu menyediakan laporan yang berasingan mengikut OHD.
Laporan ujian audiometrik adalah berdasarkan tarikh ujian audiometrik bagi
sesebuah syarikat, bukan berdasarkan OHD. Walaubagaimanapun, proses tafsiran
audiogram dan pemeriksaan perubatan bagi seorang pekerja perlu dijalankan oleh
OHD yang sama.

40. Ketika OHD menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas pekerja yang mempunyai
audiogram abnormal, dia mendapati bahawa pekerja tersebut menghidapi masalah
kecacatan pendengaran, namun begitu pekerja tersebut tidak termasuk di dalam mana-
mana Similar Exposure Groups (SEG) yang mempunyai pendedahan bising melebihi Noise
Exposure Limit (NEL). Adakah PUA perlu memasukkan pekerja tersebut di dalam laporan
ujian audiometrik?
Laporan ujian audiometrik yang disediakan di bawah Peraturan - Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 hanyalah bagi
pekerja yang terdedah kepada bunyi bising melebihi NEL. Oleh itu, bagi majikan yang
menghantar pekerja yang tidak terdedah kepada bunyi bising melebih NEL, PUA
dinasihatkan untuk menyediakan laporan yang berlainan.

41. Majikan Y telah menghantar pekerja untuk menjalani ujian audiometrik tahunan di PUA Z.
Terdapat beberapa pekerja yang mempunyai STS dan perlu menjalani ujian audiometrik
ulangan dalam tempoh 3 bulan. Adakah Majikan Y boleh menghantar pekerja tersebut
untuk menjalani ujian audiometrik di PUA yang lain?
Ya. Majikan Y dibenarkan untuk menghantar pekerja-pekerja tersebut untuk
menjalani ujian audiometrik ulangan di PUA yang lain. Sekiranya terdapat
Permanent STS, pemeriksaan perubatan perlu dijalankan oleh OHD yang sama yang
mentafsir audiogram ulangan tersebut. Namun begitu, adalah digalakkan untuk

11
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

majikan menghantar pekerja-pekerja tersebut kepada PUA yang sama menjalankan


ujian audiometrik terdahulu untuk mengelakkan perbezaan hasil ujian yang ketara.

42. OHD A telah melakukan tafsiran audiogram bagi pekerja-pekerja di Syarikat Y. Namun
begitu, OHD A tidak dapat melaksanakan pemeriksaan perubatan ke atas pekerja-pekerja
yang mempunyai audiogram abnormal atas sebab-sebab tertentu (OHD A terlalu sibuk,
sudah meninggal dunia, atau tidak lagi aktif sebagai OHD, dan lain-lain sebab). Adakah PUA
boleh melantik OHD lain bagi menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas pekerja-pekerja
tersebut?

Tidak Boleh. Jika berlaku kes-kes seperti yang dinyatakan, PUA perlu memastikan
OHD baru yang dilantik melakukan semula tafsiran audiogram pekerja-pekerja
tersebut tanpa kos tambahan kepada majikan dan kemudian menjalankan
pemeriksaan perubatan ke atas pekerja-pekerja yang mempunyai audiogram
abnormal. Berdasarkan perenggan 13.4.1 ICOP, tafsiran audiogram dan pemeriksaan
perubatan bagi seseorang pekerja perlu dilakukan oleh OHD yang sama.

43. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘majikan telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam
memastikan semua pekerja yang terdedah kepada bunyi bising melebihi NEL telah
menjalani ujian audiometrik’?

Majikan dianggap telah menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan semua


pekerja yang terdedah kepada bunyi bising melebihi NEL telah menjalani ujian
audiometrik apabila;

a) Semua pekerja yang terdedah kepada bunyi bising melebihi NEL telah menjalani
ujian audiometrik;

b) Semua pekerja yang diarahkan untuk menjalani ujian audiometrik ulangan,


telah dihantar untuk menjalani ujian tersebut; dan

c) Semua pekerja yang mempunyai abnormal audiogram telah menjalani


pemeriksaan perubatan.

12
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

44. Majikan Y telah menghantar pekerjanya untuk ujian audiometrik di PUA yang tidak
berdaftar dengan JKKP. Adakah keputusan ujian audiometrik tersebut boleh digunapakai
oleh majikan dalam melaksanakan tanggungjawabnya berkaitan ujian audiometrik?

Keputusan ujian audiometrik tersebut tidak boleh digunakan dan dianggap tidak
sah.

45. Adakah PUA perlu mempunyai peralatan untuk menjalankan ujian audiometrik diagnostic?
Tiada keperluan di bawah peruntukan sedia ada.

Tarikh Kemaskini:

1 Mac 2023

13

You might also like