You are on page 1of 25

JABATAN ALAM SEKITAR

SOALAN LAZIM (FAQ) OPERASI SEMASA


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0

Bil. Perkara Muka surat

1 Aduan, Pertanyaan, jenis aduan, tempoh 2-4


siasatan, jenis penguatkuasaan, tindakan yang
akan dikenakan jika tidak mematuhi AKAS
1974
2 Pengurusan Buangan Terjadual 5-7

3 Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam 8 - 10


Sekeliling (EIA)
4 Pelepasan Asap Berlebihan Dan Bunyi Bising 11 - 13
Daripada Kenderaan Motor
5 Pengimportan Dan Pengeksportan Bahan 14 - 15
Hydrochlorofluorocarbon (HCFC) Dan
Hydrofluorocarbon (HFC)
6 Permohonan Pemasangan Continuous 16 - 19
Emission Monitoring System
(CEMS)/Predictive Emission Monitoring
System (PEMS)
7 Permohonan Lesen Di Bawah Seksyen 22(1) 20 - 23
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pelepasan
Bendasing Ke Udara) & Peraturan 25,
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Udara Bersih) 2014
8 Program Pendidikan Komunikasi Dan 23
Kesedaran Awam (CEPA)
9 Institut Alam Sekitar Malaysia (EIMAS) 24 - 25

1
1. Bagaimana orang awam boleh menghubungi Jabatan Alam Sekitar
(JAS) bagi sebarang pertanyaan atau aduan mengenai alam
sekitar?

Orang awam yang ingin mengemukakan aduan berkaitan sebarang


pencemaran di bawah bidang kuasa JAS boleh menghubungi Bilik
Kawalan Operasi JAS di talian 03-8889 1972 atau talian hotline bebas
tol 1-800-88-2727 yang beroperasi setiap hari selama 24 jam.

Aduan juga boleh disalurkan secara atas talian melalui sistem e-aduan
yang boleh diakses melalui capaian berikut https://eaduan.doe.gov.my
atau melalui emel kepada aduan_k@doe.gov.my.

2. Apa yang saya boleh adu kepada JAS?

Semua aduan pencemaran alam sekitar yang tertakluk dibawah Akta


Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) (Akta 127) dan peraturan-peraturan
di bawahnya. Contohnya:

i. Pembakaran terbuka;
ii. Pelupusan haram Buangan Berbahaya (Buangan Terjadual);
iii. Pencemaran air dari industri;
iv. Pencemaran udara dari industri dan kenderaan bermotor; dan
v. Tumpahan minyak;

3. Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu


maklumat peribadi?

Boleh, sekiranya aduan melibatkan kepentingan awam dan maklumat


yang mencukupi diterima untuk membolehkan siasatan dilakukan.

4. Berapa lama JAS membuat siasatan?

Tempoh piagam siasatan aduan JAS menetapkan bahawa setiap aduan


yang dikemukakan mesti disiasat dan maklum balas kepada pengadu
hendaklah dalam tempoh 14 hari.

Tempoh masa tindakan perundangan atau hukuman adalah


berdasarkan faktor-faktor lain seperti tempoh penerimaan keputusan
ujian makmal, tarikh atau keputusan mahkamah dan lain-lain.

2
5. Apakah maklumat yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada
JAS?

i. Maklumat yang perlu diisi:


ii. Nama pengadu;
iii. Jantina;
iv. Alamat pengadu;
v. Nombor Telefon;
vi. Emel;
vii. Tajuk Aduan;
viii. Jenis Aduan;
ix. Gambar; dan
x. Lain-lain maklumat tambahan.

6. Adakah kilang yang dibenarkan beroperasi diberi sebarang


kelonggaran dalam memenuhi keperluan di bawah perundangan
AKAS 1974 memandangkan terdapat kekangan dalam situasi
semasa?

Tidak. Semua kilang yang dibenarkan beroperasi semasa PKP


hendaklah sentiasa mematuhi keperluan di bawah AKAS 1974.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

i. Memastikan langkah-langkah kawalan pencemaran dilaksanakan


sepenuhnya dan alat kawalan pencemaran beroperasi pada tahap
yang optima sepanjang tempoh premis beroperasi untuk mengawal
pencemaran;

ii. Memastikan Orang Yang Berwibawa (OYB) melaksanakan tugas


memantau operasi semua alat atau sistem kawalan pencemaran di
premis dan mengemaskini maklumat pengurusan alam sekitar atas
talian seperti Electronic Scheduled Waste Information System
(ESWIS), dan Online Environmental Reporting (OER);

iii. Memastikan efluen dari sistem pengolahan efluen dan pengeluaran


gas atau bendasing ke udara adalah mematuhi had piawai yang
telah ditetapkan;

iv. Memaklumkan kepada JAS sekiranya berlaku kejadian yang tidak


diingini seperti kegagalan operasi alat kawalan pencemaran,

3
tumpahan atau kebocoran buangan terjadual atau bahan kimia atau
minyak diesel ke dalam alur air dalam tempoh satu (1) jam daripada
waktu kejadian dikesan;

v. Mengambil tindakan serta merta setakat yang munasabah


membendung, membersihkan atau memberhentikan pengeluaran
bahan pencemar yang tidak disengajakan itu supaya pencemaran
dapat dikawal di dalam perimeter premis.

vi. Memastikan buangan terjadual diuruskan selaras dengan


Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)
2005 dan hanya diolah atau dilupuskan di premis yang dilesenkan
oleh JAS sahaja; dan

vii. Sebarang aktiviti pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali.


JAS akan terus menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan ke
atas kilang-kilang yang beroperasi bagi memastikan pematuhan
sepenuhnya kepada AKAS 1974. Tindakan tegas akan diambil ke
atas mana-mana pihak yang didapati menyebabkan pencemaran
alam sekitar atau melanggar perundangan tersebut.

7. Adakah sebarang jenis penguatkuasaan akan dijalankan untuk


memastikan arahan bekerja dari rumah dipatuhi?

Ya. Penguatkuasaan tanpa notis akan dijalankan dari semasa ke


semasa bagi memastikan pematuhan kepada AKAS 1974 dipatuhi
sepenuhnya.

8. Adakah terdapat sebarang tindakan yang akan dikenakan bagi


syarikat yang tidak mematuhi AKAS 1974?

Syarikat atau premis yang tidak mematuhi AKAS 1974 boleh ditahan loji
atau kelengkapan, atau dikenakan kompoun atau dituduh dibawah
mana-mana peruntukan di bawah AKAS 1974.

**Aktiviti Perkilangan dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan


yang dibenarkan beroperasi hendaklah mematuhi Prosedur
Operasi Standard (SOP) Am PKP yang dikeluarkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Perindustrian (MITI).

4
PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL

Maklumat Am

Industri yang menghasilkan buangan terjadual (Scheduled Waste) perlulah


melupuskan buangan terjadual ke premis pengolahan dan pelupusan yang
dikenali sebagai Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT)
yang dilesenkan oleh JAS melalui kontraktor pengangkut yang turut
dilesenkan.

Buangan terjadual adalah apa-apa bahan buangan toksik dan berbahaya


yang termasuk di dalam kategori buangan yang disenaraikan dalam Jadual
Pertama, Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 2005. Ianya juga merangkumi sisa klinikal yang dihasilkan oleh
fasiliti kesihatan yang sedang beroperasi.

9. Adakah operasi PYDT BT merupakan salah satu perkhidmatan


penting?

PYDT BT yang dilesenkan oleh JAS bagi menguruskan buangan


terjadual adalah dikategorikan sebagai essential services juga
sepertimana kontraktor pelupusan buangan domestik (sisa pepejal atau
solid waste).

10. Adakah PYDT BT dibenarkan beroperasi sepanjang PKP?

PYDT BT yang dilantik bagi mengangkut buangan terjadual dari mana-


mana industri yang dibenarkan beroperasi oleh MITI adalah juga
dibenarkan untuk beroperasi bagi mengangkut buangan terjadual dari
premis industri (dalam kategori essential services) berkenaan untuk
dihantar bagi tujuan pemerolehan kembali, pengolahan atau pelupusan
di premis PYDT BT yang dilesenkan oleh JAS.

11. Adakah buangan terjadual yang dihasilkan daripada sektor yang


dibenarkan oleh MITI perlu dilupuskan semasa tempoh PKP?

Buangan terjadual yang dihasilkan dalam tempoh PKP masih tertakluk


kepada Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Buangan Terjadual) 2005 iaitu tidak melebihi 20 Metrik Tan atau 180
hari mana-mana yang dahulu. Sekiranya premis industri ingin menstor
melebihi had tersebut, kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu
daripada JAS Negeri yang berkenaan.

5
12. Adakah buangan terjadual yang dihasilkan daripada industri perlu
diurus oleh kontraktor tertentu sahaja?

Ya. Buangan terjadual yang dihasilkan daripada industri perlu


diuruskan dan dilupuskan oleh PYDT BT yang dilesenkan oleh JAS
di bawah Seksyen 18, AKAS 1974.

Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 34B, AKAS 1974


sekiranya buangan tersebut diurus oleh premis yang tidak dilesenkan
oleh JAS yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara mandatori tidak
melebihi lima (5) tahun dan denda RM500,000.

13. Di manakah industri atau agensi kerajaan yang lain boleh


menyemak dan mendapatkan maklumat mengenai PYDT BT yang
dilesenkan oleh JAS?

PYDT BT yang dilesenkan oleh JAS boleh disemak di link


https://eswis.doe.gov.my

14. Adakah PYDT BT perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN)?

Ya. Sila rujuk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan semua
arahan semasa yang sedang berkuatkuasa.

15. Apakah had masa operasi bagi lori-lori pengangkut buangan


terjadual?

Had operasi bagi semua lori-lori pengangkut buangan terjadual (kecuali


yang mengangkut sisa klinikal dan buangan terjadual bagi tujuan co-
processing) adalah dari jam 5 pagi hingga 11 malam sahaja setiap hari.

Semua PYDT BT dan pengeluar buangan (industri) yang sedang


beroperasi dalam tempoh PKP adalah diingatkan agar lebih
bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi semua peruntukan di bawah
AKAS 1974 dengan memastikan buangan terjadual yang dihasilkan
sampai ke destinasi (PYDT BT) untuk diolah atau dilupuskan dan tidak
dlupuskan dengan sewenang-wenangnya sehingga menjejaskan
kesihatan awam, bekalan sumber air dan menyebabkan pencemaran
alam sekitar.

6
16. Adakah 127 Pusat Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik
(e-waste) yang berdaftar dengan JAS dibenarkan beroperasi?

Pusat-pusat pengumpulan e-waste yang berdaftar dengan JAS hanya


dibenarkan beroperasi mengikut ketetapan semasa oleh MKN.

Mereka perlu mengamalkan semua SOP yang ditetapkan oleh KKM dan
MKN pada setiap masa seperti menyukat suhu badan, menggunakan
aplikasi MySejahtera atau menyediakan buku rekod, mengamalkan
penjarakkan fizikal atau apa-apa arahan lain yang berkuatkuasa.

17. Bolehkah orang awam menghantar e-waste masing-masing ke


pusat pengumpulan e-waste dalam tempoh PKP?

Orang awam yang mempunyai e-waste diminta untuk


menyimpankannya di premis atau rumah masing-masing terlebih dahulu
dalam tempoh PKP bagi mengurangkan pergerakan yang tidak perlu
dalam kalangan masyarakat dan memberi sokongan terhadap usaha
menghentikan rantaian jangkitan virus Covid-19.

7
LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA)

18. Bagaimanakah status piagam pemprosesan bagi Laporan


Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan pemprosesan
input pembangunan yang sedang diproses oleh JAS sepanjang
tempoh PKP?

Laporan EIA dan pemprosesan input pembangunan yang sedia ada


masih diproses oleh JAS dan piagam masih berjalan seperti biasa.

19. Bagaimanakah serahan dokumen Bidang Rujukan (Terms of


Reference, TOR), laporan EIA, Pelan Pengurusan Alam Sekitar
(EMP) atau permohonan ulasan input pembangunan dalam tempoh
PKP?

Serahan dokumen di atas boleh dikemukakan melalui serahan di


kaunter JAS dalam tempoh waktu operasi yang ditetapkan dengan
mematuhi SOP berurusan di kaunter yang telah ditetapkan.

20. Adakah JAS akan melaksanakan sebarang Mesyuarat


Jawatankuasa Teknikal bagi membincangkan permohonan
berkaitan TOR, EIA, EMP atau Input Pembangunan dalam tempoh
PKP?

Merujuk kepada pemakaian SOP yang berkuatkuasa, JAS tidak akan


melaksanakan sebarang mesyuarat / pertemuan / perbincangan secara
fizikal dengan jumlah kehadiran yang ramai dan di dalam bilik yang
padat yang sukar mengawal penjarakan sosial. Walau bagaimanapun,
Jabatan ini akan melaksanakan mesyuarat Terms of Reference
Adequacy Check (TORAC) dan EIA Technical Review Committee
(EIATRC) secara atas talian. Semua penggerak projek dan jururunding
EIA perlu bersedia untuk menghadiri mesyuarat secara atas talian
bersama-sama JAS dan agensi teknikal lain.

Pelanggan dinasihatkan untuk melaksanakan penyelarasan dengan


pegawai penilai mengenai kaedah yang lebih praktikal seperti
perbincangan melalui aplikasi dalam talian, perbualan telefon dan
komunikasi di dalam talian dalam proses mendapatkan maklumat
berkaitan permohonan yang dikemukakan.

8
21. Bilakah orang awam boleh menilai laporan EIA?

Orang awam boleh mula menilai laporan EIA sebaik sahaja pameran
awam laporan EIA bermula. Pameran awam laporan EIA diadakan
selama tempoh 30 hari. Tempoh untuk orang awam mengemukakan
ulasan terhadap laporan EIA yang dipaparkan ialah selama 45 hari
bermula dari tempoh pameran awam laporan EIA bermula.

22. Mengapa perlu diadakan pameran awam laporan EIA?

Pameran awam laporan EIA diadakan adalah merupakan keperluan


perundangan dibawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang
Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.

Pameran awam laporan EIA diadakan bertujuan untuk mendapatkan


ulasan daripada pihak berkepentingan terhadap laporan EIA yang telah
disediakan. Ini untuk memastikan laporan EIA yang disediakan adalah
lengkap dan berkualiti kerana telah mengambilkira semua input dan
pandangan pihak yang terkesan dengan pelaksanaan projek.

23. Adakah kelulusan laporan EIA membolehkan kelulusan mutlak


projek?

Ketua Pengarah JAS meluluskan laporan EIA dibawah Seksyen 34A(3),


AKAS 1974. Kelulusan yang diberikan adalah kelulusan kepada laporan
EIA sahaja dan bukan kelulusan kepada projek EIA. Kelulusan projek
adalah dibawah Pihak Berkuasa Meluluskan seperti Kementerian,
Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.

24. Adakah penggerak projek perlu mematuhi syarat-syarat kelulusan


EIA semasa tempoh PKP?

Penggerak projek hendaklah memastikan kesemua syarat-syarat


kelulusan EIA dipatuhi sepenuhnya semasa tempoh PKP.

9
25. Adakah JAS mengadakan lawatan penguatkuasaan untuk projek
EIA semasa tempoh PKP?

JAS akan melaksanakan lawatan penguatkuasaan semasa tempoh PKP


bagi memastikan projek EIA mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA.

26. Boleh ke pengecualian Third Party Audit dilaksanakan semasa


PKP?

Penggerak projek hendaklah memastikan syarat-syarat kelulusan EIA


berkaitan keperluan Third Party Audit dipatuhi sepanjang tempoh PKP.

27. Adakah permohonan pendaftaran jururunding EIA dan juruaudit


alam sekeliling boleh dihantar kepada JAS dalam tempoh PKP?

Permohonan untuk pendaftaran sebagai jururunding EIA boleh


dikemukakan kepada JAS secara dalam talian melalui sistem Malaysian
Certified Environmental Practinioner (myCEP). Sistem myCEP boleh
dicapai melalui pautan mycep.doe.gov.my.

Manakala bagi permohonan pendaftaran sebagai juruaudit alam


sekeliling, dokumen pendaftaran yang lengkap boleh dikemukakan
melalui emel kepada pihak urusetia pendaftaran di alamat
skeia@doe.gov.my.

28. Bagaimanakah pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai


jururunding EIA atau juruaudit alam sekeliling yang berdaftar
dengan JAS?

Pelanggan boleh mendapatkan senarai nama jururunding EIA dengan


melayari laman sesawang myCEP di pautan mycep.doe.gov.my.

Manakala untuk senarai nama juruaudit alam sekeliling, pelanggan


boleh merujuk kepada lawan sesawang JAS untuk maklumat
berkenaan.

Sekiranya pelanggan memerlukan penjelasan lebih lanjut, pelanggan


boleh mengemukakan pertanyaan melalui emel skeia@doe.gov.my.

10
PELEPASAN ASAP BERLEBIHAN DAN BUNYI BISING DARIPADA
KENDERAAN MOTOR

29. Bagaimana aduan berhubung bunyi bising atau pelepasan asap


berlebihan daripada kenderaan motor boleh dibuat oleh orang
awam sepanjang tempoh PKP 3.0?

Aduan berhubung bunyi bising atau pelepasan asap daripada


kenderaan motor boleh disalurkan melalui talian hotline JAS di nombor
1-800-88-2727 atau melalui sistem e-Aduan yang doleh dilayari melalui
Portal JAS.

Maklumat yang diperlukan adalah No. pendaftaran kenderaan, gambar


yang jelas menunjukkan kenderaan yang melepaskan asap berlebihan
atau motosikal yang mengakibatkan bunyi bising, serta tarikh dan masa
kejadian.

PELEPASAN ASAP BERLEBIHAN DARIPADA KENDERAAN MOTOR

30. Bagaimanakah penguatkuasaan ke atas pelepasan asap kenderaan


motor dijalankan oleh Jabatan sepanjang tempoh PKP 3.0?

Penguatkuasaan ke atas pelepasan asap kenderaan motor akan terus


dijalankan melalui ‘OPS Video Kamera’ oleh pihak Jabatan yang mana
pemerhatian ke atas kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan
akan dibuat dan butiran terperinci tentang kenderaan yang dikenalpasti
akan direkodkan. Butiran terperinci kenderaan turut diperoleh melalui
pihak Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan Notis Arahan akan
dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang berkenaan.

31. Adakah aktiviti ‘uji semula’ di Pusat Pemeriksaan Kenderaan


Berkomputer (PUSPAKOM) akan dijalankan dalam tempoh PKP?

Tidak. Premis PUSPAKOM tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0


dan susulan dari itu aktiviti uji semula di PUSPAKOM tidak dijalankan
sehingga arahan/pemberitahuan lanjut berhubung operasi ini dibuat
selepas tempoh PKP.

11
32. Bagaimanakah caranya untuk menjalankan uji semula pelepasan
asap kenderaan motor sekiranya tarikh arahan bagi menjalankan
uji semula tersebut jatuh dalam tempoh PKP?

Walaupun tarikh uji semula di PUSPAKOM jatuh pada tarikh dalam


tempoh PKP, namun Notis Arahan masih perlu dipatuhi di mana
penerima Notis perlu hadir secepat mungkin ke PUSPAKOM untuk
menjalankan uji semula sebaik sahaja aktiviti uji semula ini kembali
dibenarkan dan dibuka di PUSPAKOM.

Tarikh uji semula di PUSPAKOM terlibat boleh dirujuk dalam lampiran


yang disertakan bersama-sama Notis Arahan yang dikeluarkan oleh
Jabatan ini.

33. Adakah penalti RM5,000 yang dinyatakan dalam notis yang


dikeluarkan oleh Jabatan sekiranya gagal menjalankan uji semula
dalam tempoh yang ditetapkan masih dikenakan sedangkan tarikh
uji semula jatuh dalam tempoh PKP?

Penalti tersebut tidak akan dikenakan kepada pemilik kenderaan selagi


mana uji semula kenderaan dapat dibuat secepat mungkin setelah
aktiviti uji semula di PUSPAKOM kembali dibenarkan beroperasi dan
perkara ini hendaklah dimaklumkan ke pejabat JAS negeri yang
mengeluarkan notis tesebut.

BUNYI BISING DARIPADA MOTOSIKAL

34. Berapakah nilai had paras bunyi yang dibenarkan?

Had-had paras bunyi bagi motosikal adalah seperti berikut:

i. Bagi motosikal yang dikilang atau dipasang sebelum 1 Januari 1990,


had pelepasan bunyi bising adalah 95 dBA bagi motosikal berkuasa
kurang 125cc dan 99dBA bagi motosikal melebihi 125cc; dan
ii. Bagi motosikal yang dikilang atau dipasang selepas 1 Januari 1990,
had pelepasan bunyi bising adalah 92 dBA bagi motosikal berkuasa
kurang 90cc dan 95 dBA bagi motosikal melebihi 90cc;

12
35. Apakah tindakan JAS sekiranya kenderaan melebihi had pelepasan
yang ditetapkan?

Pemilik motosikal akan ditawarkan kompaun di bawah Peraturan-


Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987.
Pemilik motosikal juga akan mendapat Notis Arahan untuk menukar
kepada ekzos standard mengikut spesifikasi asal dari pengilang dan
hadir ke pejabat JAS negeri untuk diuji semula untuk pengesahan.

36. Bagaimanakah caranya untuk menjalankan uji semula pelepasan


bunyi bising daripada motosikal sekiranya tarikh arahan bagi
menjalankan uji semula tersebut jatuh dalam tempoh PKP?

JAS akan mengeluarkan tarikh baru kepada pemilik kenderaan bagi


menjalankan uji semula paras bunyi daripada motosikal di pejabat
negeri.

13
PENGIMPORTAN DAN PENGEKSPORTAN BAHAN
HYDROCHLOROFLUOROCARBON (HCFC) DAN
HYDROFLUOROCARBON (HFC)

37. Adakah premis yang menjalankan aktiviti pengimportan dan


pengeksportan HCFC dan HFC yang berdaftar dengan JAS
dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP 3.0?

Premis pengimport dan pengeksport bahan HCFC dan HFC yang


berdaftar dengan JAS hanya dibenarkan beroperasi mengikut ketetapan
semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pihak MKN telah
menyenaraikan aktiviti yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh
PKP 3.0 ini yang boleh dirujuk melalui laman web rasmi MKN.

38. Adakah JAS boleh mengeluarkan surat kebenaran operasi bagi


premis pengimport dan pengeksport bahan HCFC dan HFC?

JAS tidak mengeluarkan apa-apa jenis surat kebenaran operasi kepada


mana-mana premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 termasuk premis pengimport dan pengeksport bahan HCFC dan
HFC. Pihak premis boleh merujuk kepada Kementerian yang berkaitan
seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP).

39. Adakah pengimport dan pengeksport bahan HCFC dan HFC boleh
memohon Permit Kelulusan (AP) import/eksport daripada JAS
semasa tempoh PKP 3.0 ini?

Sekiranya premis pengimport dan pengeksport ini mempunyai


kebenaran operasi daripada Kementerian berkaitan, Permit Kelulusan
(AP) import/eksport bahan HCFC dan HFC tersebut boleh dimohon
melalui sistem e-Permit JAS untuk semakan dan kelulusan oleh Jabatan
ini.

40. Adakah permohonan untuk pendaftaran sebagai pengimport dan


pengeksport bahan HCFC dan HFC boleh dihantar kepada JAS
semasa tempoh PKP 3.0?

14
JAS tidak lagi menerima sebarang permohonan baru untuk pendaftaran
sebagai pengimport dan pengeksport bahan HCFC yang merupakan
Bahan Pemusnah Ozon (BPO) dan ia selaras dengan komitmen Negara
terhadap Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC di bawah Protokol
Montreal.

Walau bagaimanapun, permohonan untuk pendaftaran baru sebagai


pengimport dan pengeksport bahan HFC boleh dikemukakan kepada
JAS dengan melengkapkan Borang Permohonan yang boleh didapati di
laman web rasmi JAS berserta dokumen sokongan yang berkaitan.
Permohonan tersebut boleh dihantar melalui pos dan pemohon juga
disyorkan untuk memaklumkan mengenai permohonan ini melalui emel
kepada pegawai-pegawai yang berkaitan.

41. Bagaimanakah untuk menghubungi pegawai bagi mendapatkan


meklumat lanjut berkaitan pengimportan dan pengeksportan bahan
HCFC dan HFC ini?

Ketika tempoh PKP 3.0 ini, orang ramai yang mempunyai pertanyaan
berkaitan pengimportan dan pengeksportan bahan HCFC dan HFC ini
boleh menghubungi pegawai melalui emel kepada pegawai-pegawai
berikut:
i. Encik Ahmad Madzhar bin Mansor
(emel: amazhar@doe.gov.my)
ii. Encik Mohd Sanip Saikol Bakhri bin Ahmad
(emel: sanip@doe.gov.my)

15
PERMOHONAN PEMASANGAN CONTINUOUS EMISSION MONITORING
SYSTEM (CEMS)/PREDICTIVE EMISSION MONITORING SYSTEM
(PEMS)

Maklumat Am

Permohonan pemasangan CEMS/PEMS adalah tertakluk kepada jenis


aktiviti atau industri seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Pemasangan CEMS hendaklah
dijalankan oleh jururunding CEMS yang berdaftar dengan JAS disamping alat
CEMS yang hendak dipasang hendaklah dipersijilkan oleh MCERT/TUV dan
berdaftar dibawah jururunding CEMS yang dilantik oleh premis.

Sistem CEMS yang hendak dipasang hendaklah terlebih dahulu mendapat


perakuan daripada JAS dan permohonan hendaklah dikemukakan kepada
Bahagian Udara, JAS Ibu Pejabat.

42. Adakah operasi syarikat jururunding CEMS/PEMS merupakan


salah satu perkhidmatan penting?

Jururunding CEMS/PEMS yang berdaftar dengan JAS bukan


dikategorikan sebagai essential services dalam tempoh PKP ini
ditambah dengan sektor industri yang boleh beroperasi juga adalah
terhad. Sehubungan dengan itu , JAS tidak akan mengeluarkan apa-apa
surat kebenaran beroperasi kepada syarikat jururunding CEMS ketika
tempoh PKP.

43. Dalam tempoh PKP ini, bagaimanakah kaedah penghantaran


dokumen permohonan pemasangan CEMS/PEMS? (juga terpakai
bagi apa-apa dokumen lain berkaitan CEMS)

Sepanjang tempoh ini, kaunter khidmat pelanggan JAS tidak dibuka dan
perjumpaan dengan mana-mana desk officer adalah tidak dibenarkan.
Sehubungan dengan itu, penghantaran dokumen permohonan
CEMS/PEMS boleh dikemukakan terlebih dahulu kepada desk officer
melalui e-mel farahdiyana@doe.gov.my dan izdahafifi@doe.gov.my dan
perlu juga disusuli dengan penghantaran dokumen permohonan
(hardcopy) melalui perkhidmatan pos atau kurier.

16
Desk Officer akan merekod penerimaan permohonan yang
dikemukakan melalui e-mel dan memberi maklum balas penerimaan
kepada pemohon untuk rujukan.

44. Bagaimanakah permohonan pemasangan CEMS boleh dibuat?

Permohonan pemasangan CEMS boleh dibuat dengan menggunakan


borang yang boleh diperolehi dari laman web JAS pada fungsian
“Industri - Maklumat Kawalan Pencemaran Udara – Sistem Pemantauan
Pelepasan Berterusan (CEMS) – Borang Pendaftaran CEMS” dan 2
salinan dokumen permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian
Udara, Ibu Pejabat JAS. Kaedah penghantaran dokumen dalam tempoh
PKP ini adalah seperti yang diterangkan di dalam Perkara 2.

45. Dimanakan senarai Jururunding CEMS dan alat CEMS berdaftar


boleh diperolehi?

Senarai boleh diperolehi melalui link https://iremote.doe.gov.my/ dan


maklumat tertera di muka hadapan page “List of Consultants”.

46. Apakah prosedur bagi permasangan CEMS di premis?

i. Pelantikan jururunding CEMS yang berdaftar dengan JAS oleh pihak


premis;
ii. Pemilihan CEMS analyzer yang berdaftar dengan JAS di bawah
jururunding CEMS berdaftar;
iii. Mengemukakan dokumen permohonan pemasangan CEMS kepada
Bahagian Udara, Ibu Pejabat JAS (Kaedah dalam tempoh PKP
adalah seperti dalam Perkara 2);
iv. Menerima surat maklum balas perakuan pemasangan CEMS
daripada JAS;
v. Membuat pendaftaran pemasangan CEMS melalui sistem iREMOTE;
dan
vi. Menjalankan pengujian CEMS (audit) selepas pemasangan dan
operasi berdasarkan kekerapan yang ditetapkan.

17
47. Apakah dokumen rujukan bagi pemasangan CEMS?

Dokumen rujukan berkaitan pemasangan CEMS terbitan JAS adalah:


i. Volume I – Guideline For The Installation Maintenance Of Cems For
Industrial Premises Or Facilities Version 7.0 June 2019; dan
ii. Volume II – Guideline for the Continuous Emission Monitoring
Systems – Data Interface System (CEMS-DIS) (Version 7.0) Mac
2014

Dokumen boleh dirujuk/muat turun di laman web JAS di fungsian


“Industri - Maklumat Kawalan Pencemaran Udara – Sistem Pemantauan
Pelepasan Berterusan (CEMS) – CEMS Guidelines”

48. Dimanakan senarai Penguji (auditor) CEMS boleh diperolehi?

Senarai boleh diperolehi dari laman web JAS pada fungsian “Industri -
Maklumat Kawalan Pencemaran Udara – Sistem Pemantauan
Pelepasan Berterusan (CEMS) – Pelaksanaan Pengujian CEMS/PEMS.
49. Bolehkah pemasangan CEMS dibuat sebelum mendapat surat
perakuan daripada JAS?

Pemasangan CEMS tidak boleh dibuat sebelum surat perakuan


pemasangan dikeluarkan kerana JAS tidak akan bertanggungjawab ke
atas sebarang pembetulan yang diperlukan ke atas CEMS yang telah
sedia dipasang berdasarkan penilaian ke atas dokumen permohonan
pemasangan yang disemak kelak.

50. Berapa lamakah tempoh maklumbalas JAS ke atas permohonan


pemasangan CEMS yang dikemukakan?

Tempoh maklum balas di antaranya adalah bergantung kepada


dokumen yang dikemukakan oleh pemohon dan juga maklum balas
yang diterima daripada pemohon ke atas ulasan yang telah
dikemukakan oleh panel penilai. Proses ini biasanya mengambil masa
sekurang-kurangnya di antara 1-3 bulan.

18
51. Bolehkah premis menjalankan audit menggunakan prosedur RAA
dan RATA?

Bermula pada tahun 2021, kesemua premis yang memasang CEMS


hendaklah menjalankan audit CEMS menggunakan prosedur QAL2-
CVT seperti yang dinyatakan di dalam dokumen Volume I – Guideline
For The Installation Maintenance Of CEMS For Industrial Premises Or
Facilities Version 7.0 June 2019.

52. Premis bercadang untuk menggunakan PEMS sebagai alternatif


kepada CEMS. Apakah kriteria utama yang perlu dipenuhi?

Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengemukakan Feasibility Study


Report untuk penilaian JAS bagi kesesuaian aplikasi PEMS bagi fasiliti
yang berkaitan. Buat masa ini JAS hanya membenarkan fasiliti yang
menggunakan bahan api natural gas untuk menggunakan PEMS.

53. Adakah pengecualian pemasangan CEMS dibenarkan?

Tiada pengecualian pemasangan CEMS dibenarkan bagi premis-premis


yang tertakluk dengan pemasangannya seperti yang dinyatakan di
dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

54. Adakah CEMS lama yang tidak berdaftar dengan JAS perlu diganti
dengan CEMS yang berdaftar?

Ya, sistem CEMS lama yang tidak diperakukan dan tidak berdaftar
dengan JAS perlu diganti dengan jenis yang berdaftar.

55. Bagaimanakah untuk menghubungi pegawai bagi mendapatkan


maklumat lanjut berkaitan permohonan pemasangan CEMS/PEMS?

Ketika tempoh PKP 3.0 ini, orang ramai yang mempunyai pertanyaan
berkaitan permohonan pemasangan CEMS/PEMS boleh menghubungi
pegawai melalui emel kepada pegawai-pegawai berikut:

i. Puan Farah Diyana binti Rusli


(emel: farahdiyana@doe.gov.my)
ii. Siti Izdahafifi Binti Herdiyanto Saputra
(emel: izdahafifi@doe.gov.my)

19
PERMOHONAN LESEN DI BAWAH SEKSYEN 22(1) AKTA KUALITI
ALAM SEKELILING 1974 (PELEPASAN BENDASING KE UDARA) &
PERATURAN 25, PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM
SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014

Maklumat Am

Lesen Pelanggaran (LP) bagi pelepasan bendasing udara boleh


dipertimbangkan kepada premis industri yang masih tidak dapat mematuhi
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 atas sebab-
sebab yang tertentu.

Permohonan LP adalah tertakluk kepada jenis aktiviti atau industri seperti


yang dinyatakan di dalam PPKAS (Udara Bersih) 2014. Permohonan LP
hendaklah dikemukakan oleh pihak industri terus kepada JAS.

Permohonan LP bagi Aktiviti Tenaga/Janakuasa dan Petrokimia & Gas


diproses oleh Ibu Pejabat JAS manakala permohonan bagi aktiviti Kilang
Kelapa Sawit atau aktiviti industri lain diproses oleh pejabat JAS Negeri.

Permohonan LP hendaklah dikemukakan terlebih dahulu berserta dengan


Borang A.S. Pin1-86 Pindaan 2019 dan bayaran fi lesen kepada pejabat JAS
yang berkaitan.

56. Apakah parameter-parameter dan aktiviti industri yang boleh


dipohon bagi permohonan Lesen Pelanggaran ?

Parameter bendasing udara yang tertakluk dibawah Peraturan 13,


Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

57. Dalam tempoh PKP ini, bagaimanakah kaedah penghantaran


dokumen permohonan Lesen Pelanggaran? (juga terpakai bagi
apa-apa dokumen lain berkaitan LP)

Sepanjang tempoh ini, kaunter khidmat pelanggan JAS tidak dibuka dan
perjumpaan dengan mana-mana pegawai/desk officer adalah tidak
dibenarkan. Sehubungan dengan itu, penghantaran dokumen
permohonan LP boleh dikemukakan terlebih dahulu melalui emel
kepada pegawai pemproses lesen pelanggaran (mengikut pejabat JAS

20
yang berkaitan) dan perlu juga disusuli dengan penghantaran hardcopy
berserta slip pembayaran bank melalui perkhidmatan kurier.

Pegawai proses akan merekod penerimaan permohonan yang


dikemukakan melalui e-mel dan memberi maklum balas penerimaan
kepada pemohon untuk rujukan.

58. Berapakah kadar fi lesen bagi permohonan LP?

Kadar fi lesen Lesen Pelanggaran adalah RM1,000 bagi setiap


cerobong.

59. Apakah kaedah bayaran LP yang sesuai terutamanya sewaktu


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ?

Berdasarkan Peraturan 27, pembayaran fi lesen adalah tertakluk di


bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014
dan boleh dibuat melalui Kiriman Wang, Wang Pos atau Draf Bank di
atas nama Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Pembayaran melalui cek syarikat ataupun cek individu tidak diterima


JAS. Sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa kaedah pembayaran secara
atas talian amatlah digalakkan. Bagi permohonan LP yang diproses Ibu
Pejabat JAS pembayaran boleh dibuat melalui akaun bank yang
ditetapkan di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Nombor akaun: 1601-
0001168-71-0 atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KASA-T.

60. Apakah jenis borang permohonan LP yang diperlukan dan di


manakah borang-borang tersebut boleh diperolehi boleh
diperolehi?

Senarai borang permohonan Lesen Pelanggaran (LP) dan senarai


semak boleh diperolehi di laman web JAS di https://www.doe.gov.my
melalui pautan:

i. Borang-A.S.-Pin-1-86-Pindaan-2019.pdf ; dan
ii. Borang-Lesen-Pelanggaran-S221-Peraturan-25-PPKAS-Udara-
Bersih-2014- AKAS-1974.pdf

21
61. Apakah dokumen penting yang perlu dikemukakan bagi
permohonan LP?

i. Borang permohonan LP (i) dan (ii) seperti di atas;


ii. Bukti pembayaran Fi Lesen berdasarkan perkara 4;
iii. Surat Perakuan Aku Janji ke arah pematuhan PUB 2014 - Lampiran
A;
iv. Perkara C: Maklumat asas premis;
v. Perkara D: Maklumat Lesen Pelanggaran - (i), (ii), (iii), (iv) - Butiran
pencemar yang tidak patuh - Lampiran B dan (v);
vi. Butiran pencemar yang tidak patuh - Lampiran B; dan
vii. Perkara E: Maklumat ke arah pematuhan.

62. Berapa lamakah tempoh jangka masa Lesen Pelanggaran


dikeluarkan oleh JAS?

Tempoh maksimum LP adalah selama satu tahun sahaja. Permohonan


tersebut haruslah selaras dengan maklumat permohonan yang
dikemukakan oleh premis.

63. Berapa lamakah tempoh maklum balas JAS ke atas permohonan


Lesen Pelanggaran yang dikemukakan?

Tempoh memproses permohonan Lesen Pelanggaran adalah selama 3


bulan dari tarikh permohonan lengkap yang diterima Jabatan.
Pembaharuan lesen pelanggaran hendaklah dikemukakan kepada JAS
Negeri ataupun Ibu Pejabat JAS, 3 bulan sebelum tamat tempoh sah
laku lesen.

64. Bolehkah premis yang tidak berdaftar dengan JAS memohon lesen
pelanggaran?

Permohonan Lesen Pelanggaran hanya terpakai bagi premis yang telah


berdaftar dengan JAS sahaja. Bagi premis yang belum mendaftar,
pendaftaran boleh dibuat dengan JAS Negeri/Cawangan bagi
mendapatkan Nombor Rujukan Fail JAS.

22
Lampiran A - Perakuan Aku Janji

Pengisian maklumat Aku Janji hendaklah disahkan oleh pegawai yang


diberi kuasa dan boleh bertanggungjawab sepenuhnya untuk
menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan apabila permohonan
diluluskan.

65. Bagaimanakah cara untuk membuat pertanyaan/ follow up


mengenai status pembaharuan permohonan LP atau apa-apa
perkara berkaitan dengannya?

Ketika tempoh PKP 3.0 ini, pihak premis yang mempunyai pertanyaan
berkaitan permohonan pembaharuan LP boleh menghubungi terus
pegawai pemproses di JAS Negeri atau Ibu Pejabat JAS.

PROGRAM PENDIDIKAN KOMUNIKASI DAN KESEDARAN AWAM


(CEPA)

66. Adakah JAS akan meneruskan program kesedaran dan pendidikan


kepada orang awam semasa PKP?

Program kesedaran dan pendidikan JAS kepada orang awam akan


diteruskan dan diadakan secara maya semasa PKP.

67. Adakah JAS akan terus melaksanakan program dan aktiviti seperti
Rakan Alam Sekitar (RAS) sepanjang tempoh PKP?

Pelaksanaan aktiviti RAS berbentuk fizikal yang melibatkan


perkumpulan awam adalah ditangguhkan dalam tempoh PKP.
Pendaftaran keahlian RAS dilaksanakan secara atas talian di pautan
myras.doe.gov.my.

23
INSTITUT ALAM SEKITAR MALAYSIA (EIMAS)

68. Bagaimana pihak industri boleh menghubungi EiMAS berkenaan


kursus-kursus kompetensi di bawah AKAS, 1974?

EiMAS dapat dihubungi melalui Pegawai-Pegawai Pusat Kompetensi


dan Pensijilan Industri:
i. Pn. Noor Baizzura binti Azizan (nba@doe.gov.my);
ii. En. Noor Suffianhadi bin Ramly (nsr@doe.gov.my);
iii. Pn. Noor Huda binti Mohd Yusoff (huda@doe.gov.my);
iv. Pn. Rosmani binti Mohd Yusoff (rosmani@doe.gov.my);
v. Cik Fadela binti Hanif (fadela@doe.gov.my) atau
vi. Emel rasmi Eimas (eimas@doe.gov.my)

69. Apakah kursus-kursus kompetensi yang ditawarkan oleh EiMAS?

i. Course for Certified Environmental Professional in the Operation of


Industrial Effluent Treatment Systems (Physical Chemical
Processes) – CePIETSO – PCP;
ii. Course for Certified Environmental Professional in the Operation of
Industrial Effluent Treatment Systems (Biological Processes) –
CePIETSO – BP;
iii. Course for Certified Environmental Professional in the Treatment of
Palm Oil Mill Effluent – CePPOME;
iv. Course for Certified Environmental Professional in the Sewage
Treatment Plant Operation – CePSTPO;
v. Course for Certified Environmental Professional in the Leachate
Treatment Plant Operation – CePLTPO;
vi. Course for Certified Environmental Professional in the Bag Filter
Operation – CePBFO;
vii. Course for Certified Environmental Professional in the Scrubber
Operation – CePSO; dan
viii. Course for Certified Environmental Professional in the Scheduled
Waste Management – CePSWAM

24
70. Bagaimana pihak industri boleh menyemak keputusan peperiksaan
dan temuduga kursus-kursus kompetensi anjuran EiMAS?

Keputusan peperiksaan dan temuduga kursus-kursus kompetensi dapat


di semak melalui laman sesawang National Registration of Certified
Environmental Professional (NRCEP) atau emel rasmi EiMAS iaitu
eimas@doe.gov.my .

25

You might also like