You are on page 1of 4

ACTION TO BE TAKEN: CHRA REPORT 2016

1. Menjalankan kajian untuk menggantikan chromic acid sebagai agen pencuci dan
penunjuk potassium chromate dengan bahan kimia yang kurang berbahaya. Wajib
menyediakan kasut bertutup untuk semua pekerja dan penghuni makmal.
2. Meletakkan tanda peringatan memakai kasut bertutup di setiap pintu masuk makmal
untuk mencegah pencemaran tidak sengaja melalui sentuhan kaki pekerja.
3. Menyediakan takungan tumpahan konkrit pada tangki penyimpanan Diesel. Adakan
takungan tumpahan untuk semua kawasan simpanan cecair kimia seperti lubricant dan
bahan kimia boiler untuk mencegah tumpahan langsung ke persekitaran.
4. Menyemak semula rekabentuk takungan tumpahan bagi stor bahan buangan berjadual
untuk memastikan air hujan yang terperangkap boleh disalur keluar melalui isolation
valve.
5. Penyimpanan bahan kimia perlu mengikut sifat fizikal kimia masing-masing.
6. Bekas bahan kimia tidak boleh diletakkan secara langsung diatas bahan kayu/chipboard
disebabkan kesan bahan kimia boleh diserap dan terkumpul. Menggunakan dulang
plastic sebagai takungan tumpahan bagi bahan kimia untuk analisis air boiler. Semua
cecair kimia perlu dilengkapkan dengan takungan tumpahan.
7. Meja pentadbiran makamal perlu dialihkan ke ruang analisis air boiler. Pintu dan tingkap
perlu dipasang untuk mengasingkan bilik analisis air boiler dan bilik pengendalian
larutan organik.
8. Menyediakan sinki di dalam atau di luar bilik pengendalian larutan organic untuk kerja
kerja pencucian peralatan/pekakas larutan organic untuk mengelakkan pencemaran di
dalam bilik analisis air boiler.
9. Laksanakan dan dokumenkan satu program pembersihan berjadual untuk dinding
sekitar ventilation fans di dalam makmaluntuk memastikan keberkesanan.
10. Melaksanakan program housekeeping berjadual di kawasan penyimpanan Calcium
carbonate dan kawasan claybath.
11. Mempertimbangkan untuk menyediakan pengekstrak wasap welding untuk
memerangkap wasap welding semasa kerja-kerja welding terutama di kawasan tertutup
atau ruang sempit.
12. Menggunakan kipas untuk menjauhkan pekerja daripada wasap welding semasa kerja-
kerja welding di ruang kerja terbuka.
13. Berunding dengan perunding kawalan serangga untuk menyelesaikan bau lipas didalam
bangunan pejabat utama.
14. Untuk mencegah pencemaran silang, pekerja yang menggunakan racun serangga
perosak dinasihatkan untuk membersihkan diri dan pakaian sebelum pulang ke rumah.
15. Dasar Keselamatan di Tempat Kerja perlu disahkan dan dipamerkan dengan jelas di
pelbagai lokasi di dalam kilang sebagai perkongsian maklumat dengan pekerja.
16. Pastikan Mesyuarat Keselamatan & Kesihatan di jalankan 3 bulan sekali untuk menilai
prestasi keselamatan, berkongsi pendapat dan pengetahuan keselamatan sesama ahli
jawatankuasa keselamatan & kesihatan .
17. Menyediakan Standard Operation Procedure untuk stor yang merangkumi protocol
penerimaan bahan kimia (safety data sheet terkini, label yang betul, pembungkusan
yang selamat) seperti yang termaktub dalam Class Regulations 2013.
18. Menyediakan Standard Operation Procedure untuk Nalco 156C PULV dan didokumenkan.
19. Melaksanakan FIFO (First In First Out) untuk mencegah tamat tempoh atau kerosakan
pembungkusan bahan kimia (guni soda ash).
20. Jalankan kajian untuk memastikan suhu air keluar untuk Penyuling Soxhlet dibawah
takat didih Hexane (68C). kelajuan air boleh ditingkatkan untuk mencapai suhu yang
diinginkan. Ini adalah untuk mengurangkan wap hexane tersebar ke sekitar makmal.
21. Pekerja workshop perlu menyedari kehadiran hazard kimia semasa penyelenggaraan
keatas peralatan berkaitan bahan kimia seperti water treatment dan boiler chemical
pump, wasap welding , enjin diesel, penggunaan pelincir, dll.
22. Menggunakan sepenuhnya stor simpanan berpagar untuk simpanan compressed gas
cylinders termasuk silinder kosong.
23. Memastikan semua PPE yang dibeli dan disediakan kepada pekerja/kontraktor
diluluskan oleh JKKP dan stok penggantian tersedia serta merekodkan maklumat
berkenaan PPE sebagai rujukan. Rekod pengeluaran PPE perlu spesifik mengikut jenis
sarung tangan seperti sarung tangan nitril, sarung tangan getah, sarung tangan pakai
buang nitril,dll.
24. Memperketatkan penggunaan pelindung mata dan chemical resistance gloves semasa
analisis makmal. Sarung tangan getah tidak sesuai untuk chromic acid dan perlindungan
hexane. Menggunakan sarung tangan polyvinyl chloride untuk chromc acid dan sarung
tangan nitril untuk pengendalian hexane. Mempertimbangkan penggunaan sarung
tangan pakai buang nitril untuk pengendalian peralatan serta lab coat berlengan
panjang sebagai perlindungan badan dan tangan di dalam makmal.
25. Half mask respirator dan penggunaan semasa cartridge perlu disimpan di dalam beg
plastik berasingan untuk mengelakkan cross contamination semasa disimpan.
Mempertimbangkan penyediaan kemudahan stor simpanan PPE.
26. Menggunakan goggle dan sekurang-kurangnya N95 particulate respirator semasa kerja-
kerja pengendalian calcium carbonate.
27. Menyediakan safety goggle untuk pengendalian bahan kimia yang berdebu.
28. Mempertimbangkan untuk menyediakan kemudahan stor simpanan PPE di kawasan
Stesen Boiler.
29. Memperketatkan penggunaan pelindung mata serta papan tanda mandatory PPE dalam
kilang dan workshop disebabkan risiko fizikal dan kimia yang menyebabkan kecederaan
mata dalam persekitaran kerja penyelenggaraan .
30. Menggunakan nitrile glove untuk semua kerja-kerja penyelenggaran yang melibatkan
sentuhan langsung dengan spent lubricant, diesel, dan bahan kimia.
31. Mempertimbangkan untuk menggunakan powered air purifying respirator bersama
penutup muka welding untuk tempoh yang lama atau aktiviti welding di ruang
terkurung.
32. Menyediakan PPE mengikut label racun rumpai (herbicide) termasuk chemical splash
goggle, penutup muka, sarung tangan nitril, full body apron, N95 particulate respirator,
sarung lengan, and kasut but getah.
33. Berunding dengan seorang Juruteknik Higien Industri 2 berdaftar dengan JKKP untuk
kawalan kejuruteraan bagi hexane (fume hood) setiap 6 bulan di makmal yang
merangkumi Soxhlet extraction unit bersama kawasan pencucian daam pengendalian
pelarut organik (Hexane, IPA & Isooctane). Kemudian, semua kerja-kerja pengendalian
pelarut ( Soxhlet, Dirt test, dan DOBI test- mengukur, memindahkan, mencuci,
mengeringkan) perlu dilakukan di dalam fume hood. Ini adalah untuk memerangkap
punca wap pelarut (Hexane, IPA & Isooctane) terhasil daripada analisis serta kerja-kerja
pencucian peralatan.
34. Menjalankan pemantauan penyedutan n-Hexane peribadi oleh seorang Juruteknik
Higien Industri 1 berdaftar dengan JKKP setiap 6 bulan sehingga kawalan kejuruteraan
(fume hood) dipasang di makmal.
35. Pemantauan biologi dan pengawasan perubatan (medical surveillance) perlu dilakukan
setiap tahun sebagai satu program pemantauan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan yang
berdaftar dengan JKKP untuk yang berikut:
a) n-Hexane untuk semua pekerja makmal.
b) Manganese untuk semua pekerja workshop.
36. Menjalankan Ujian Respiratory Lung Function setiap tahun sebagai satu program
pemantauan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan yang berdaftar dengan JKKP untuk yang
berikut:
a) Untuk semua pekerja boiler dan maintenance.
b) Untuk semua pekerja yang memerlukan penggunaan half mask atau full face
respirator.
37. Keputusan pemantauan boilogi dan pengawasan perubatan perlu dikongsi bersama
majikan dan data perlu disimpan selama 30 tahun.
38. Meminta semua pembekal bahan kimia untuk menyediakan label dan Safety Data Sheet
(SDS) dalam dwibahasa (English dan bahasa nasional , Bahasa Malaysia) dan mematuhi
Peraturan-peraturan Pengelasan, Pelabelan, dan Helaian Data Keselamatan Bahan
Kimia Berbahaya (CLASS 2013).
39. Salinan SDS untuk raw water treatment perlu disimpan di kawasan Raw Water
Treatment Plant sebagai rujukan.
40. Pendaftaran Bahan Kimia perlu dikemaskinikan setiap bulan dan salinan disimpan
bersama fail SDS.
41. Baki reagen yang dipindahkan ke dalam bekas lain dan tidak digunakan kesemuanya
dalam tempoh bekerja yang sama perlu dilabel mengikut piawaian.
42. Boiler Station chemical tank dan Water Treatment chemical tanks perlu dilabel semula
megikut piawaian.
43. Menyediakan dan mendokumenkan ulangkaji tahunan (annual refresher) termasuk
Latihan Keselamatan Bahan Kimia yang menekankan subjek:
a) Keperluan Perundangan Keselamatan dan Kesihatan.
b) Maklumat Bahan Kimia Berbahaya kepada kesihatan.
c) Keselamatan Peribadi- Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)
d) Prosedur Kecemasan untuk kejadian pengendalian Bahan Kimia.
44. Tanda amaran Hazard Kimia dalam dwibahasa (English dan Bahasa nasional) dengan
tulisan berwarna merah dan latar belakang putih perlu dipaparkan untuk memberi
amaran kepada sesiapa yang memsauki kawasan bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan:
TOXIC, CORROSIVE & FLAMMABLE di Stor.
TOXIC, CORROSIVE & FLAMMABLE di pintu masuk makmal.
HARMFUL & CORROSIVE di kawasan simpanan bahan kimia Boiler (di hadapan
Stor).
HARMFUL & CORROSIVE di kawasan tangki bahan kimia Boiler
HARMFUL & CORROSIVE di pintu masuk bilik simpanan bahan kimia Water
Treatment.
HARMFUL & FLAMMABLE di pintu masuk stor bahan kimia.
HARMFUL & IRRITANT di kawasan tangki bahan kimia Water Treatment.
HARMFUL di kawasan Claybath
HARMFUL di kawasan stor simpanan Calcium Carbonate
HARMFUL di kawasan stor simpanan Nalco 156C PULV
IRRITANT di kawasan tangki air garam (brine).
45. Prosedur Emergency Preparedness & Response (Kemalangan di tempat kerja, kebakaran,
tumpahan bahan kimia, percikan bahan kimia) termasuk emergency evacuation plan
beserta head count di tempat berkumpul perlu disediakan dan dipaparkan di semua
papan notis.
46. Menjalankan senario emergency respond drill untuk mengenal kawasan dan
mendapatkan keyakinan pekerja dalam situasi yang sebenar.
47. Melengkapkan kemudahan kecemasan eyewash sebagai kemudahan pemulihan
kecemasan; di dalam makmal, kawasan stor simpanan bahan kimia Boiler (pintu masuk
stor utama), berdekatan tangki Boiler chemical batching, dan raw water treatment plant.
48. Menyediakan satu kit tumpahan termasuk bahan kawalan tumpahan dan diltetakkan di
lokasi yang mudah didapati jika diperlukan untuk kejadian tumpahan. Pekerja
berkenaan perlu tahu lokasi untuk mendapatkan kit tumpahan dan cara-cara
menggunakannnya.
49. Memastikan Peti pertolongan cemas dan bilangan first-aider mencukupi terutama
untuk kawasan proses mengikut Guidelines on First-Aid in the workplace (2nd Edition
2004) oleh JKKP.

You might also like