You are on page 1of 3

TEKS DAIE CILIK 2023

BIDANG : AQIDAH

FOKUS : KEIMANAN

TEMA : RUKUN IMAN (BERIMAN KEPADA ALLAH)

TAJUK : SETEGUH IMAN SUMAYYAH

KATEGORI: DAIE CILIK PEREMPUAN

Teks catatan
Dalam diri selembut sutera, Nasyid (muzik)
Kau miliki iman yang teguh,
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera,
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani,
Walaupun jasadmu milik tuan,
Tetapi hatimu milik Tuhan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillahirabbil’alamin.
Wassolatu wassalam ‘ala rasulil amin.
Wa ‘ala alihi wa sohbihi ajmain.

Apa khabar kawan-kawan semua?


Sihat ke?

Alhamdulillah...

Beriman kepada Allah merupakan rukun iman yang pertama. Orang yang
beriman kepada Allah meyakini dengan hati, menyebut dengan lidah dan
membuktikan dengan amalan bahawa: Tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad saw utusan Allah.

Ha! Kawan-kawan...

Hari ini saya ingin membawa kawan-kawan.


Mmmm.. Membawa ke mana ya?
Ke kedai?
Eh... bukanlah.

Hari ini saya ingin membawa kawan-kawan mengembara ke zaman Nabi


Muhammad saw dengan kisah yang bertajuk “Seteguh Iman Sumayyah”.
Kawan-kawan kenal tak siapa Sumayyah?

Sumayyah binti Khayyat merupakan wanita pertama yang syahid kerana


mempertahankan imannya. Sumayyah tertarik dengan ajaran Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad. Tanpa teragak-agak Sumayyah membenarkan kerasulan
Nabi Muhammad saw.

Namun, apabila berita keimanan Sumayyah dan keluarganya tersebar, Abu Jahal
mejadi sangat marah. Lalu, Sumayyah diseret ke padang pasir yang sangat panas.

Tatkala Sumayyah terus diseksa, Sajak (muzik)


Dipadang pasir, jasad sengsara,
Dijemur, didera, dipaksa murtad,
Tubuh tua Sumayyah semakin longlai,
Hanya Allah tempat berpaut.

٢ َ‫ب ٱلنَّاس أَن يتْ َرك ٓو ۟ا أَن َيقول ٓو ۟ا َءا َمنَّا َوه ْم ََل ي ْفتَنون‬
َ ‫أَ َح ِس‬

Maksudnya: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan


dengan hanya berkata “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan
sesuatu cubaan)?
(Surah al-Ankabut: 2)

Begitulah kawan-kawan, seksaan demi seksaan hanya menambahkan ketakwaan


Sumayyah. Mulutnya tidak berhenti meratib “Ahad..Ahad..Ahad”.

“Engkau memang degil!” Kemarahan Abu Jahal semakin memuncak. Akhirnya


syahidlah Sumayyah ditikam tombak yang tajam.

Begitulah peritnya perjuangan iman para sahabat Rasulullah. Namun kini,


lihatlah! Munculnya pelbagai ajaran yang menyeleweng dari Islam. Baru-baru ini,
Negara dikecohkan dengan ajaran sesat yang tular di media sosial.

Kawan-kawan tengok tak?

Haaa.. banyakkan terpampang di facebook, video pentaksub fahaman Si Hulk


yang dibawa oleh Suhaimi Muhammad ni.

Ish..ish..ish..
Nauzubillah....

Ayuh kawan-kawan,
Marilah kita menyemai benih iman dan takwa agar tumbuh mekar di dalam jiwa.
Pacakkan iman, sematkan di hati.

Saya Daie Aina.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

You might also like