You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENYELARAS KELAB SUKAN / PERMAINAN BIL.

1/2018

SK KIDURONG II, BINTULU.

Tarikh : 10.01.2018 (Rabu)

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Kidurong II, Bintulu

Pengerusi : En. Afendi bin Soon

Pencatat : Pn Siti Nor Syahirah binti Mohd Zaki

Agenda :

1.Ucapan alu- aluan pengerusi

2.Penubuhan jawatankuasa penyelaras kelab sukan / permainan 2018

3.Aktiviti kelab sukan / permainan

4.Hal-hal lain

Kehadiran:

1 Afendi bin Soon (Guru Besar) 19 Siti Nor Syahirah binti Mohd Zaki
2 Sepia binti Mohd Janah (PK Pentadbiran) 20 Welly ak Tuah
3 Epong Jok (PK Hem) 21 Wilter Inan Bala
4 Sulong Yahya (PK KK)
5 Noriah binti Lani (PK PPKI) Tidak Hadir Bersebab:
6 Agnes ak Engai 1.Tiada
7 Ariel Libau anak Ekom
8 Crystal Wong
9 David ak Unji
10 Dygku Nurul Jannah
11 Gelmy Dennis
12 Luhong Batang
13 Liom Buang
14 Mohamad Shahrizan bin Seruji
Ramawi
15 Mohd Syahmi Syafiq bin Zaidy
16 Nancy anak Chok
17 Nazuha binti Yassin
18 Raffle anak Kiyus
1.0 Ucapan alu- aluan pengerusi

1.1 Guru besar mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama

yang diberikan pada tahun 2017.

1.2 Guru besar mengharapkan kerjasama guru dapat diteruskan lagi pada tahun ini bagi meneruskan

kecemerlangan sukan dan ko-kurikulum.

1.3 Kegiatan ko-kurikulum yang disertai di sekolah perlu mendapat persetujuan guru besar. Seterusnya,

mengisi borang deklarasi dan surat kebenaran ibu bapa.

1.4 Surat perlantikan guru sebagai jurulatih atau guru pengiring mestilah disediakan oleh unit

ko-kurikulum.

1.5 Laporan dan dokumentasi setiap aktiviti sukan / permainan hendaklah disediakan.

1.6 Kedatangan guru semasa perjumpaan kelab sukan / permainan hendaklah dicatat.

1.7 Pengisian perjumpaan kelab sukan / permainan hendaklah mengikut takwim yang disediakan. Masa

perjumpaan juga hendaklah dipatuhi oleh semua guru.

1.8 Peratus kehadiran murid.

1.8.1 Pada 2017, peratus kehadiran murid kurang memuaskan. Justeru, sekolah kita telah diserapkan

dalam program PILLS oleh pihak PPD.Jadi, kehadiran murid bagi tahun 2018 akan dipantau

oleh pihak PPD.

1.8.2 Guru penasihat kelab sukan / permainan hendaklah proaktif dan berkempen agar kehadiran

murid memberangsangkan dan bertambah baik.

1.9 SEGAK.

1.9.1 Salinan markah mesti diserahkan kepada setiausaha sukan.


1.10 PAJSK

1.10.1 Galakkan murid Tahun 6 menyandang jawatan dalam kelab sukan / permainan.

1.11 Pemantauan Kelab sukan / permainan akan dilakukan oleh guru besar dan PK KK.

1.12 Keselamatan murid hendaklah menjadi tunjang utama oleh semua guru penasihat kelab sukan /

permainan.

1.13 Harapan pihak pentadbiran, agar semua guru penasihat dapat memperkasakan sukan / permainan di

peringkat sekolah ini.

1.14 Tatacara penubuhan kelab sukan / permainan, setiap wakil kelab sukan / permainan hendaklah

menyediakan surat permohonan.

1.14.1 Setiap dokumen perlu mempunyai surat draf perlembagaan, senarai ajk dan senarai aktiviti.

1.15 Rancangan aktiviti tahunan.

1.15.1 Setiap kelab sukan / permainan perlu menyediakan kertas kerja serta mendokumentasikan

segala aktiviti yang dijalankan.

1.16 Pengurusan fail.

1.16.1 Sediakan minit mesyuarat agung semasa perjumpaan dengan murid. Laporan aktiviti

(12 kali) perlu diberikan salinan kepada PK KK.

2.0 Penubuhan Jawatankuasa Kelab Sukan / Permainan 2018

2.1 Pengerusi : En. Afendi Bin Soon

Naib Pengerusi : En Sulong Bin Yahya

Penyelaras : En Mohamad Syahmi Syafiq

Setiausaha : Pn Siti Nor Syahirah

Ahli : Guru Penasihat & pembimbing


Kelab sukan / permainan Guru penasihat & pembimbing
Kelab bola sepak Liom Buang
David Anak Unji
Wilter Inan Bala
Raffle Anak Kiyus
Kelab Bola Baling Mohamad Syahmi Syafiq
Crystal Wong
Nancy Chok
Kelab Bola Jaring Siti Nor Syahirah
Agnes Anak Engai
Nazuha Yassin
Kelab Bola Tampar Welly Tuah
Ariel Libau Anak Ekom
Luhong Batang
Kelab Sofbal Mohamad Shahrizan
Gelmy Dennis
Dygku Nurul Jannah

3.0 Aktiviti Kelab Sukan / Permainan


3.1 Setiap kelab sukan / permainan mesti mengadakan pertandingan untuk pemilihan wakil sekolah.
3.2 Sekolah terlibat dengan pengelolaan pertandingan permainan bola baling peringkat Daerah Bintulu.
Berikut merupakan jadual pertandingan yang akan berlangsung:

Pertandingan Tarikh Pengelola


Sofbal 17.1.2018 KVB & SK Agama
Balapan & Padang 20.2.2018 Zon Kidurong & SMK Tatau
Bola Jaring 9.5.2018 SJK Siong Boon & SJK Chung Hua 2
Bola Baling 9.5.2018 SMK Kidurong & SK Kidurong II
Bola Tampar 9.5.2018 SJK Sebiew & SK OKM

4.0 Hal-hal Lain


4.1 Cikgu Raffle memberi respon mengenai peralatan sukan yang tidak mencukupi untuk mengelolakan
aktiviti yang besar.
4.2 Cikgu Raffle memberi cadangan sukan sekolah diadakan di luar sekolah, manakala peralatan sukan
perlu dipinjam daripada sekolah lain.
4.3 Cikgu Sulong meminta Cikgu Raffle untuk melabel alatan sukan yang baru dibeli sebagai barang
kokurikulum.
4.4 Sewaktu perjumpaan kelab sukan / permainan, guru-guru diminta meletak kenderaan di luar pagar
sekolah bagi memberi ruang meletak kenderaan kepada mana-mana kelab / permainan yang ingin
menggunakannya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam : 4.30 petang.

Dicadangkan oleh : Cikgu Mohamad Syahrizan Bin Seruji Ramawi

Disokong oleh : Cikgu Liom Buang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………………………. …………………………………….

(SITI NOR SYAHIRAH BINTI MOHD ZAKI) (SUlONG BIN YAHYA)

Setiausaha Kelab Sukan / Permainan PK Kokurikulum

SK Kidurong II, Bintulu. SK Kidurong II, Bintulu.

Disemak dan diperakukan sah oleh:

………………………………………

(AFENDI BIN SOON)

Guru Besar

SK Kidurong II, Bintulu.

You might also like