You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, penghijraan bermaksud meninggalkan sesuatu untuk
pergi ke tempat yang lain. Sebagai contoh, seseorang atau lebih dari satu orang ingin
berpindah dari kampung ke bandar untuk mencari pekerjaan. Dalam Kamus Pelajar Edisi
Kedua ini juga menerangkan maksud penghijraan dengan lebih meluas iaitu penghijraan
adalah satu bentuk perbuatan yang membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh, penghijraan
Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang membuahkan banyak
kebaikan dan hikmah. Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan
dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan
ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut
dilakukan oleh Nabi yang lain atas perintah Allah Swt. Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku
atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat
atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, kita harus bersiap sedia untuk berjihad dengan
ikhlas kerana Allah. Berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai
cita-cita murni. Hadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan
jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati.

Rasionalnya pengkaji memilih Noor Neelofa Binti Mohd Noor iaitu seorang pengacara,
usahawan, dan pelakon adalah kerana, beliau telah melalui satu proses hijrah yang luar biasa.
Walaupun, beliau bergelar seorang artis Malaysia dan terlahir dalam keluarga yang
berkemampuan namun, zaman gelap tidak semestinya tidak pernah berlaku dalam hidup
beliau. Sebagai seorang hamba Allah Swt yang kerdil semua manusia pernah melalui zaman
gelap.

1
2.0 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Pengacara, pelakon dan usahawan Noor Neelofa Binti Mohd Noor yang amat popular dan
melakar nama dalam dunia hiburan di Malaysia sudah tidak asing lagi di dalam dunia seni.
Noor Neelofa Binti Mohd Noor yang dipanggil dengan nama samaran Lofa lahir pada 10
Febuari 1989 dan berasal dari Pasir Mas Kelantan juga merupakan anak ketiga daripada
Sembilan orang adik beradik, lima orang daripadanya adalah adik berlainan bapa. Beliau
merupakan anak dan mempunyai darah kacukan antara melayu dengan arab dan Pakistan.
Menurut ibu kandungnya, Noor Kartini Noor Mohamed nama Neelofa diilhamkan
bersempena dengan nama bunga teratai iaitu “Niloufar”, Hakcipta Iluminasi.com 2017.

Manakala pendidikannya pula, beliau mendapat keputusan UPSR yang cemerlang iaitu 5A
dan meneruskan pembelajarannya ke Maktab Rendah Sains Mara Langkawi MRSM dan
mendapat keputusan 8A dalam PMR. Beliau juga menamatkan alam sekolah menengahnya
dengan pencapaian yang cemerlang dalam SPM iaitu 10A. Mempunyai kelulusan dalam
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa Dan Pemasaran di Sunway University,
Hakcipta Iluminasi.com 2017.

Rancangan Dewi Remaja menjadi titik permulaan Noor Neelofa menceburi Industri Seni
tanah air pada tahun 2009. Beliau telah diangkat dan dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja
musim 2009/2010. Anzalna Nasir, Izara Aishah dan ramai lagi artis lain yang menjadi finalis
Dewi Remaja pada ketika itu turut menjadi saingan Neelofa. Namun, tuah menyebelahi dan
berpihak kepada Neelofa, Cik Lis Channel 2019.

Setelah berjaya menyandang gelaran Dewi Remaja pada tahun 2010. Neelofa mula
menceburkan dirinya dalam bidang lakonan. Beliau membuka tirai dengan lakonan
pertamanya sebagai azura dalam filem Azura dibawah arahan Aziz M Osman. Lakonan demi
lakonan Neelofa mula melangkah ke alam pengacaraan, modelling dan menjadi duta daripada
produk-produk terbesar seperti jenama Lancome perfume and cosmetic, Nokia, F&N Fruit
Tree, Fair & Lovely dan banyak lagi, Wikimedia project 2020.

Beliau mula memberanikan diri menceburi bidang perniagaan dan telah gagal mendapat
sambutan hampir beberapa kali. Hasil dari azam yang kuat dan kerja keras berlipat kali ganda
pada September 2014 Neelofa memberanikan dirinya untuk membrandingkan namanya
sebagai sebuah brand iaitu Naelofar Hijab. Tuah sekali lagi menyebelahinya, sambutan yang
luar biasa daripada pengguna diterima olehnya kerana kualiti yang diberikan sangat
memuaskan. Keuntungan yang diraiholehnya mencecah 50 juta setahun.

2
3.0 KISAH SEBELUM HIJRAH

Kehidupan selebriti Noor Neelofa atau nama mesranya Lofa semakin hari semakin sibuk
dengan kerjayanya sebagai seorang pengacara dan pelakon. Beliau memanfaatkan peluang
yang ada di depan mata dengan sebaiknya selagi masih banyak peluang yang diterima
olehnya. Majalah-majalah dipasaran juga sering berlatar gambarkan selebriti tersebut di muka
hadapan majalah. Beliau juga melibatkan diri dalam dunia modelling ataupun fesyen. Selain
kecerdasannya, kejelitaan kurniaan tuhan kepada dirinya seakan-akan menjadi aset utama
beliau berdiri kukuh dalam industri seni tanah air. Tidak hairanlah, kecantikan beliau sering
dikagumi oleh ramai orang.

Berbalik pada niat asalnya dalam menceburi bidang tersebut, beliau ingin mengumpul wang
ringgit untuk berlajar di luar negara dalam bidang perniagaan. Dalam masa yang sama, beliau
juga tidak ingin melepaskan peluang-peluang yang ada di depan mata. Oleh sebab itu, beliau
masih lagi ingin terus berada dalam industri. Kisah percintaan dengan seorang pelakon dan
pengarah filem terkemuka di Malaysia iaitu Hans Isac menjadi bualan ramai. Namun tidak
bertahan lama.

Suatu hari, beliau menyedari bahawa dirinya tidak bahagia dan mula mencari apakah
sebenarnya erti kebahagian sedangkan beliau telah mendapatkan lebih daripada apa yang
beliau inginkan. Penglibatan beliau dalam industri seni telah membuahkan hasil kepadanya
sehingga mampu meiliki sebiji rumah, kereta mewah, populariti, kekayaan dan nama dalam
industri. Beliau menyedari bahawa dirinya tidak bahagia walaupun memiliki banyak wang
ringgit.

Beliau pernah mengakui bahawa dalam dunia hiburan, semua orang ingin menjadi kaya dan
belumba lumba siapa yang paling banyak duit. Selain melakar nama, kekayaan dan duit juga
menjadi satu persaingan dalam industri. Perkara tersebut menjentik hati Noor Neelofa untuk
berubah. Beliau tidak ingin menjadi sebahagian daripada orang-orang tersebut. Setelah
mencari punca daripada masalah yang dihadapi olehnya, beliau terus mencari dan
melaksanakan penyelesaian. Beliau menyedari dirinya tidak bahagia kerana hubungannya
dengan Allah swt sangat jauh dan kurang baik. Amal ibadatnya juga kurang malahan tidak
pernah untuk membaca Al Quran dan sembahyang.

Beliau mula mendekatkan diri dengan belajar Al quran, mula menunaikan solat 5 waktu
walau apa sekali kerja yang dibuat olehnya dan mendekatkan diri dengan Allah Swt. Beliau
mula mengubah dirinya dari berpakaian seksi dan ketat kepada baju-baju yang menutup

3
aurat. Beliau mula memakai hijab dan berhasrat untuk terus istiqomah memakainya, Bicara
Selebriti 2014.

4.0 PROSES HIJRAH

Setelah menetapkan dan berazam untuk berubah, Noor Neelofa mula memakai tudung dan
menutup aurat terlebih dahulu. Beliau juga menghubungi beberapa rakan artis seperti Heliza
Helmi dan beberapa rakannya untuk bertanyakan tentang agama. Neelofa rajin untuk berguru
dengan orang-orang yang mempunyai ilmu untuk beliau dapat membaca dan belajar tentang
Al quran dengan lebih baik.

Sebagai seorang manusia yang tidak pernah lari dari kesalahan Neelofa mengakui bahawa,
ada suatu ketika iman kita sangat tinggi dan ada suatu ketika iman kita berkurang dalam masa
kita ingin berubah. Beliau melalui kedua-dua perkara tersebut semasa beliau telahpun
mendekati agama dengan bersungguh-sungguh. Namun dengan azam yang kuat beliau tekad
untuk terus melakukan apa yang dia inginkan dalam agamanya.

Ada di antara rakan-rakan artis yang pernah berkata kepada Neelofa bahawa apabila dia
melakukan pernghijraan Neelofa akan terus tengelam dalam industri hiburan ini. Akan tetapi
Neelofa menguatkan hatinya dan berjanji akan membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa
wanita muslimah boleh diangkat sebagai seorang wanita contoh bukan hanya pada negara
malah pada dunia.

Dahulu, semasa Neelofa belum berhijrah Beliau kerap memakai baju yang menampakkan
susuk tubuhnya. Semasa penggambaran pula beliau tidak kisah untuk memakai baju yang
menampakkan anggota tubuh badannya seperti peha, lengan dan rambut. Namun, kini
Neelofa mengenakan imej yang baharu dengan memakai tudung, dan menutup auratnya.
Begitu juga dengan tanggungjawab harian, beliau akan memastikan bahawa sembahyang
lima waktu dapat dilakukan olehnya walaupun terkadang beliau terikat dengan live Meletop
di Astro Ria, beliau tetap mencari jalan untuk menunaikan solat isya terlebih dahulu barulah
beliau akan Live di Televisyen.

Beliau juga menolak beberapa tawaran kerja yang agak lumayan atas beberapa faktor yang
bercanggah dengan prinsip yang dibawa oleh Neelofa sekarang. Beliau menganggap rezeki
sangat luas dan masih boleh dicari melalui sumber lain yang jauh lebih berkah. Untungnya
Neelofa merupakan seseorang yang rajin dan sangat berdisiplin. Setiap hari dia akan
memikirkan alternatif-alternatif lain yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah swt.

4
Beliau menutup telinganya untuk tomahan manusia dan hanya membuka mata dan telinga
untuk terus melakukan apa yang ingin dikejar olehnya untuk agama. Beliau melipat kali
gandakan usahanya sepertimana beliau berusaha sebelum ini di dalam industri hiburan.

5.0 PERUBAHAN SEBELUM HIJRAH

5.1 Rutin harian

Sebelum melakukan hijrah, Neelofa sibuk dengan jadual kerjanya dan kuliah yang sedang di
lakukan olehnya pada ketika itu. Terkadang beliau sampai di rumah dan terus berehat kerana
terlalu kelelahan dengan pekerjaan sehariannya. Namun, selepas beliau tekad berhijrah beliau
akan memastikan kesemua masa yang ada dimanfaatkan sama rata antara dunia dan akhirat.
Beliau menyusun jadual hariannya dengan sebaiknya dan mampu untuk mempunyai masa
melakukan sembahyang sunat dan sebagainya. Walaudimanapun beliau berada beliau akan
memastikan bahawa zikir, tasbih dan selawat akan dilafazkan olehnya sama ada di dalam hati
mahupun di bibirnya agar masa yang berlalu tidaklah sia-sia.

5.2 Hubungan dengan Allah

Setiap hari beliau akan memastikan ada masa untuk merefleksi diri. Neelofa akan cuba
bercakap dengan Allah sebelum tidur. Selain berdoa, Neelofa juga berkongsi melakukan
empat perkara sebelum tidur iaitu, memaafkan orang walaupun dendam tidak boleh terpadam
tetapi dengan cara itu, lama kelamaan kita akan dapat memaafkan dengan seikhlasnya, bak
kata Neelofa “Fake it until you make it”. Selain itu, beliau juga tidak akan tidur selagi belum
menunaikan kewajiban terhadap Allah swt dan sentiasa mencari waktu untuk mengingati
Allah sebelum tidur.

5.3 Hubungan dengan keluarga

Neelofa mempunyai keluarga yang sangat besar selain adik beradiknya yang ramai beliau
juga mempunyai keluarga besar yang sangat ramai. Neelofa akan cuba mencari masa khusus
untuk meluangkan waktu bersama keluarganya. Walaupun beliau bergelar seorang selebriti
namun, beliau tidak pernah menunjukkan kepada adik beradiknya apabila ingin berkongsi
rezeki, barang-barang atau hadiah kepada ibu-bapanya kerana takut ada hati yang terguris
kerana tidak mampu memberikan sepertimana kemampuannya. Sebelum ini, waktu dan
masanya banyak habis di tempat kerja, beliau mengakui bahawa kurangnya waktu yang
diluangkan untuk keluarga.

5
6.0 CABARAN

Antara cabaran yang dihadapi olehnya dalam perjalanan berhijrah ialah, kepayahan untuk
terus mengekalkan tahap keimanan yang tinggi. Sebagai seorang manusia iman terkadang ada
naik dan turunnya. Bagi Neelofa itulah cabaran yang dihadapi olehnya dalam terus
mengekalkan momentum imannya agar tetap menjadi teguh seteguh teguhnya. Namun,
sampai ke hari ini banyak perkara yang telah beliau lakukan untuk menyebarkan dakwah.
Sebagai contoh, beliau menyalurkan ilmu-ilmu yang dia pelajari daripada ustaz dan
ustazahnya melalui platform media sosial seperti telegram, Instagram, twitter dan macam-
macam lagi.

Selain itu, cabaran yang dihadapi olehnya apabila bersaing dengan orang lain dalam
perniagaan dunia. Seperti yang kita ketahui, penerimaan negara asing tentang orang
bertudung tidaklah memberangsangkan. Namun, Neelofa berjaya menyamai dan membawa
nama wanita bertudung di mata dunia dan mampu berdiri dengan jenama-jenama besar.

Sebagai seorang selebriti, beliau juga tidak lari dengan gosip dan kecaman dari peminat.
Beliau akui pernah sakit hati dan kecewa dalam percintaan yang pernah dijalin olehnya.
Menerusi filem Suri Hati Mr Pilot arahan Micheal Ang beliau melakar nama yang cukup baik
dan digosipkan bersama dengan pelakon lelaki Fattah Amin. Setelah beberapa lama menjalin
cinta. Dunia hiburan kecoh seketika dengan berita putusnya hubungan mereka. Kecaman
daripada peminat-peminat dan rakan-rakan artis yang lain juga menjadi salah satu cabaran
baginya.

6.1Cara atasi cabaran

Cara Neelofa mengatasi cabaran dalam kepayahan untuk mengekalkan tahap keimanan yang
tinggi ialah dengan memahami tafsir Al quran dan back to basic iaitu dengan rutin harian
yang dibuat olehnya. Beliau akan memasang ayat- ayat Alquran dan ceramah ustaz di
youtube semasa subuh ataupun hendak bersiap. Beliau yakin dengan sentiasa melakukan
perkara tersebut hati akan terbiasa untuk melakukan hal-hal yang baik dan akan merasa
kosong sekiranya tidak.

6
Neelofa merancakkan lagi alam perniagaannya dengan melangkah ke perniagaan
antarabangsa dengan penampilan yang baharu iaitu wanita muslimah.

6.2 Support system

Neelofa meletakkan beberapa support system yang membantu beliau terus kuat sehingga
melakar kejayaan yang besar dalam dan luar negara. Antaranya ialah, Allah swt kerana bagi
Neelofa allah swt merupakan tuhan sekalian alam yang maha mengetahui baik dan buruk
manusia, mampu memberi dan berhak menarik balik nikmat yang diberikan kepada kita.
Meyakini takdir, ketentuan dan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepadanya, dan
cuba untuk tidak berburuk sangka dengan apa jua perkara buruk yang mendatang. Itulah
sebenarnya nikmat kekuatan bagi Neelofa.

Selain itu, Al quran dan Nabi Muhammad saw. Neelofa sangat berpegang teguh dengan
ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan cuba untuk memahami dan menghayati
setiap nilai-nilai yang terdapat dalam AlQuran begitu juga dengan ajaran Nabi Muhammad
saw. Sekiranya beliau mendapati kurang dekat dengan Allah swt, beliau akan terus
mempertingkatkan lagi ilmu dalam bidang agama dan belajar untuk menghayati serta
memahami al quran.

Seterusnya, Ibu merupakan orang yang paling banyak memberi beliau sokongan dan doa
dalam kejayaannya. Dari kecil lagi ibunyalah yang selalu memberi semangat dan
mendorongnya dalam pelajarannya. Neelofa menyedari bahawa doa ibu antara doa yang tiada
hijab di langit dan selalu memanfaatkan selagi masih diberi ruang. Neelofa sentiasa meminta
doa dan dorongan ibunya untuk setiap yang dia lakukan. Sebelum memulakan apa-apa
perkara yang ingin dituju oleh Neelofa, beliau akan menelefon ibunya dan menghantar
pesanan ringkas untuk meminta keberkahan dan doa daripada ibunda tercinta.

Keluarga dan adik beradiknya juga merupakan antara support system. Kejayaan dan
kekayaan yang dimiliki oleh Neelofa pada hari ini adalah rezeki yang baik yang mana dengan
adanya rezeki beliau merapatkan lagi hubungan antara adik beradik dan saudara yang lain.
Neelofa turut dibantu oleh kakaknya Noor Nabila dan ahli keluarga yang lain dalam

7
perniagaan Naelofar hijab miliknya. Kakaknya merupakan tunggak utama beliau dalam
memastikan design yang dikeluarkan oleh Naelofar hijab sentiasa releven dan mampu
bersaing dengan jenama besar di Malaysia.

7.0 REFLEKSI KENDIRI

Sejujurnya, melihat Neelofa di media sosial membuatkan saya ingin lebih mengenali dirinya,
pencapaiannya dan semua tentang dia. Semasa dewi remaja tahun 2009 saya sudah mula suka
dan minat dengannya dan sentiasa mencari tahu perkembangannya. Melihat perubahan yang
dia lakukan dari segala sudut saya menjadi sangat kagum dan berdoa mendapat jalan yang
dapat membawa saya kepada agama islam dan bukannya dunia semata-mata. Saya sedar akan
kekurangan dalam ilmu agama dalam diri saya. Neelofa tidak lupa untuk berkongsi ilmu
agama yang dipelajari olehnya kepada pengikut-pengikutnya.

7.1Nama dan Nombor Matrik

Nama : Nurul Syafiqah Binti Jasli

No matrik : I19103642

8
8.0 RUMUSAN

Setiap manusia tidak akan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Hidayah milik Allah
dan berhak menentukan siapa yang dikehendaki olehnya untuk diberikan hidayah.
Menyedari kesilapan dan kemungkaran yang dilakukan dan terus melakukan perubahan
adalah satu langkah yang baik. Mencari punca berlakunya dosa-dosa yang kita lakukan setiap
hari dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik merupakkan seseorang yang telah
dikurniakan oleh Allah swt sebuah perasaan takut akan azab yang menunggu kita.

Secara peribadinya, saya amatlah mengagumi peribadi Neelofa dan sekaligus mendapat
banyak inspirasi darinya. Banyak perkara baik yang dapat kita contohi daripadanya. Walau
bagaimanapun, sebagai seorang public figure di Malaysia tidaklah lari daripada melakukan
kesalahan dan kesilapan seperti mana yang telah dilakukan oleh Neelofa pada beberapa tahun
yang lalu dimana dia telah memilih cafe seakan-akan kelab malam sebagai tempat pelancaran
tudung yang dijual olehnya. Walaubagaimanapun, Neelofa menegaskan bahawa tempat
tersebut bukanlah kelab malam, hanya tema lampu seolah-oleh kelab malam sahaja dan dia
juga tidak menolak untuk ditegur oleh artis lain yang memberti teguran kepadanya,
Lucaspeebo 2018.

Dengan menjadikan Neelofa sebagai inspirasi, saya dapat belajar bagaimana cara untuk
mendekati agama islam dengan perlahan-lahan dan akhirnya mendapatkan tahap istiqomah
yang kekal. Neelofa juga tidak kedekut dengan ilmu yang dipelajarinya baik agama mahupun
kerjaya. Neelofa telah menjadikan media sosial sebagai platform untuk berinteraksi dengan
masyarakat. Sebagai contoh, melalui aplikasi telegram. Neelofa menyalurkan terjemahan dan
maksud bacaan solat, doa-doa pilihan, bacaan-bacaan Al quran serta pembelajaran yang lain.

Setiap manusia boleh menjadikan manusia lain sebagai inspirasi ataupun idolanya. Walaupun
begitu, perkara yang baik boleh kita contohi dan perkara buruk janganlah dicontohi. Jadikan
mereka sebagai satu pembakar semangat untuk mengengami kejayaan baik di dunia mahupun

9
di akhirat. Bina personaliti yang kukuh dan baik serta menarik sebelum kita menjadikan
orang lain sebagai inspirasi. Insyaallah dengan adanya personality dan jati diri yang kukuh,
diri tidak akan mudah untuk mencontohi perkara-perkara buruk yang dilihat.

LAMPIRAN

10
11
RUJUKAN

Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2017, Kuala Lumpur, Kamus Dewa Edisi Kedua

Iluminasi.com, 2017, Biodata Neelofa, Dicapai pada 18.04.2020 dari laman web
https://iluminasi.com/bm/biodata-neelofa-pelakon-dan-usahawan-popular.html

Ciklis Channel, 2019, senarai pemenang dewi remaja 1985-2019, Dicapai pada 18.04.2020
dari laman Youtube https://youtu.be/TIDcWNQ7QKs

Wikimedia Project, 2020, anugerah dan pencapaian Neelofa, dicapai pada 18.04.2020 dari
laman web https://ms.wikipedia.org/wiki/Noor_Neelofa_Mohd_Noor

12
Tv wau Channel, 2014, kisah penghijraan neelofa, dicapai pada 18.04.2020 dari laman
Youtube

https://youtu.be/TeI-FkP_gdA

Lucaspeebo.com, 2018. Isu Pelancaran Tudung Di kelab Malam. Dicapai pada 19.042020
dari laman web https://says.com/my/seismik/reaksi-neelofa-lancar-tudung-kelab-malam

13

You might also like