You are on page 1of 2

TUGASAN INDIVIDU KSL6243 APLIKASI UJIAN DAN PENGUKURAN PSIKOLOGI

REFLEKSI PENTADBIRAN UJIAN PSIKOLOGI

Nama Pelajar : NURUL SYAFIQAH BINTI JASLI

Tarikh & Masa :10/11/2022 KHAMIS

Nama Ujian Psikologi : INVENTORI SKALA MENGHADAPI TEKANAN

No. Kumpulan Pembentang: KUMPULAN 5

1. Jenis Ujian Psikologi

: Inventori skala menghadapi tekanan

2. Objektif / Fungsi Ujian Psikologi

:Berfungsi untuk mengukur skala tekanan seharian dan menyelidik kesannya kepada
kesihatan fizikal dan emosi. Selain itu, ISMT juga merupakan salah satu Langkah awal
mahupun Langkah pencegahan kepada stress dan tekanan.

3. Cara Pentadbiran Ujian Psikologi

: ISMT ditadbir dalam bilik/suasana yang selesa dan kondusif. Tempoh menjawab selama
20 minit hingga 30 minit. Kaunselor perlu memberitahu arahan alat ujian kepada klien. Klien
perlu mengikut semua arahan yang terdapat dalam alat ujian.

4. Isu-Isu Berkaitan Penggunaan Alat Ujian

: inventori ISMT mengukur isu-isu kehidupan yang telah dialami selama setahun.
Kemungkinan isu tersebut masih belum dapat diselesaikan oleh individu dan membawa
kepada tekanan yang mungkin menimbulkan masalah kesihatan.
5. Refleksi Kendiri

: Item dalam inventori ISMT ini dapat menjadi rujukan kepada kaunselor untuk mengenal
pasti masalah sebenar yang menggangu klien. Melalui inventori tersebut, kaunselor boleh
meneroka berdasarkan point yang tertinggi. Melalui penerokaan kaunselor dapat menilai
sejauh mana klien terkesan dengan point yang ditandakan dalam inventori.

You might also like