You are on page 1of 7

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan. (25)

1. Akhir-akhir ini jenayah perhutanan banyak dilaporkan di media. Bincangkan faktor-


faktor penyumbang kepada masalah ini dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

2. Konsep globalisasi atau dunia tanpa sempadan merupakan satu konsep yang
membawa pembangunan dan kemajuan dalam bidang sosioekonomi. Namun begitu,
wujud implikasi buruk kepada negara-negara tersebut
Bincangkan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan. (25)

3. Amalan kanak-kanak dan remaja yang suka makan makanan segera boleh menjadi
punca penyakit. Walau bagaimana pun, makanan segera semakin mendapat sambutan
mereka. Jelaskan penyataan di atas.

4. Kegemparan berita penemuan sisa toksik di Semberong Batu Pahat, terbukti boleh
mengancam keselamatan penduduk persekitaran. Situasi ini menggambarkan sudah tiba
masanya pihak tertentu menguruskan sisa toksik secara lebih sistematik. Bincangkan.

MODUL KERTAS 2
PANITIA PENGAJIAN AM DAERAH JOHOR BAHRU SET 1
Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu
daripada 6(a) atau 6(b).

5 (a) “ Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sesebuah


projek perumahan menjadi terbengkalai apabila kerja-kerja pembinaan di tapak projek
terhenti selama enam bulan atau lebih secara berterusan sama ada dalam tempoh masa
siap atau di luar masa siap seperti yang ditetapkan dalam surat perjanjian jual beli yang
ditandatangani antara pemaju dengan pembeli.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Mei 2006)

i) Apakah yang anda faham tentang projek perumahan terbengkalai.


ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan punca-
punca yang mengakibatkan projek perumahan terbengkalai.

5 (b) “Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ditubuhkan pada 27 Mac


2004 berperanan untuk m embantu Malaysia melakukan anjakan ekonomi yang
berteraskan pengetahuan (K-Ekonomi). Anjakan ini merupakan agenda masa depan
Malaysia dan tanggungjawab merealisasikan usaha tersebut terletak di bahu KPT dan
dipikul bersama-sama semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara
ini. Kejayaan agenda ini akan diukur melalui mutu graduan yang dikeluarkan oleh IPT.
Mahasiswa perlu disuntik dengan nilai pengetahuan yang tinggi untuk menjadikan
mereka lebih cekap, berinovatif, kreatif dan dinamik untuk bersaing di peringkat
antarabangsa.

(Dipetik dan diuahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Februari 2006)

i) Apakah tanggungjawab utama institusi pengajian tinggi awam dan swasta di


negara ini?
ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan
tindakan wajar yang perlu dilakukan untuk peningkatan imej universiti
tempatan kepada tahap global.

MODUL KERTAS 2
PANITIA PENGAJIAN AM DAERAH JOHOR BAHRU SET 1
6 (a) “……Asid Deoksiribonukleik atau ringkasnya DNA, bukanlah nama yang
asing bagi masyarakat Malaysia. DNA digunakan sebagai punca utama pemprofilan dan
pengecaman identity seseorang kerana senang diperoleh, iaitu daripada kromosom yang
terdapat dalam nukleus sel tubuh manusia. Selain itu air liur, air kencing, air mata dan
peluh juga penting untuk ujian DNA. DNA adalah bahan biologi yang mudah terurai
apabila terdedah kepada haba, kelembapan dan bakteria….”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik,Julai 2004)

i) Nyatakan bahan yang digunakan untuk ujian DNA?


ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
kepentingan ujian DNA dalam kehidupan manusia.

6 (b) “Peluang yang boleh diterokai dalam bidang sains dan teknologi
sebenarnya amat luas dan besar. Seseorang yang berkeupayaan mencipta, dapat
membentuk masa hadapan melalui hasil ciptaannya yang diterimapakai oleh masyarakat
negara dan dunia. Era digital tanpa sempadan telah membuka peluang seluas-luasnya dan
memudahkan rakyat Malaysia untuk menerokai ilmu pengetahuan sains dan teknologi
tanpa sekatan.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, April 2006)

i) Mengapa bidang sains dan teknologi penting pada masa kini?


ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan
punca aplikasi sains dalam industri makanan.

MODUL KERTAS 2
PANITIA PENGAJIAN AM DAERAH JOHOR BAHRU SET 1
Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas
graf

7. Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan bilangan penduduk mengikut kegiatan pertanian, daerah pada tahun 2002
dengan 2004 di Sarawak.

Perkembangan pesat di Sarawak telah membolehkan negeri ini menawarkan pelbagai


peluang pekerjaan yang menarik. Atas alasan inilah yang mengeluarkan Sarawak
daripada belenggu kemiskinan kepada semua lapisan kaum atau suku.

Di daerah Kuching pada tahun 2002 bilangan penduduk yang terlibat dalam penanaman
kelapa sawit adalah seramai 7,235 orang. Ini berbeza tanaman padi yang mempunyai
kelebihan sebanyak 3,010 orang berbanding kelapa sawit. Bilangan ini bagaimana pun
masih rendah kalau dibandingkan dengan kepelbagaian tanaman yang berjumlah 11,434
orang. Pada tahun 2004, bilangan yang terlibat dalam setiap jenis pekerjaan tidak
konsisten. Tanaman padi misalnya telah bertambah sebanyak 13.7% manakala kelapa
sawit bertambah 43.1% berbanding tahun sebelumnya. Berbeza pula pelbagaian tanaman
yang telah merosot sebanyak 7.3% berbanding tahun 2002.

Untuk daerah Sarikei, masyarakatnya masih terpengaruh arus tradisional. Ini jelas
apabila seramai 9,450 orang terlibat dalam tanaman pelbagaian dan 12,200 orang
tanaman kelapa sawit pada tahun 2004. Guna tenaga padi turut bertambah kepada 12,577
orang pada tahun yang sama. Bagi tahun sebelumnya, tenaga kerja yang terlibat
menggambarkan pola yang tidak terkawal akibat pertumbuhan ekonomi yang masih
samar-samar. Ketara sekali pelbagaian tanaman hanya menggunakan seramai 5,465
orang. Bagi tanaman kelapa sawit dan padi tenaga kerjanya lebih rendah, iaitu masing-
masing terkurang sebanyak 2,100 orang dan 3,215 orang berbanding tahun 2004.

Daerah Bintulu turut mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih kurang sama dengan
daerah-daerah lain. Daripada seramai 28,000 petani di daerah ini pada tahun 2002,
seramai 27% terlibat dalam tanaman kelapa sawit dan 38% untuk pekerjaan padi.
Sementara yang selebihnya adalah pelbagaian tanaman. Bagaimana pun pada tahun
berikutnya, gunatenaga yang terlibat terus bertambah sebanyak 1,444 orang untuk
pelbagaian tanaman, 2,171 orang padi dan 1,222 orang kelapa sawit berbanding tahun
sebelumnya.

Kesimpulannya, daerah-daerah lain di Sarawak turut mengalami pertambahan


dan pengurangan bagi setiap jenis pekerjaan yang ditawarkan.

Sumber : Diubahsuai Daripada Kajian Separuh Penggal Ekonomi Sarawak 2005.

MODUL KERTAS 2
PANITIA PENGAJIAN AM DAERAH JOHOR BAHRU SET 1
8. Berdasarkan maklumat yang diberi, lukiskan rajah bulatan yang paling sesuai bagi
menunjukkan komponen keluasan pelbagai jenis tanaman termasuk petempatan dan
komponen negeri penanam pada tahun 1997 di Malaysia.

Untuk tempoh Rancangan Malaysia kelima, matlamat yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ialah pembukaan
kawasan baru seluas 175,500 hektar atau kadar purata 35,100 hektar setahun. Sehingga
akhir tahun 1997, jumlah kawasan yang telah dimajukan ialah 727,216 hektar. Daripada
jumlah ini 681,585 hektar atau 93.7% adalah kawasan pertanian manakala 45,361 hektar
atau 6.3% adalah kawasan petempatan.

Daripada keluasan kawasan pertanian, 470,016 atau 64.6% daripada jumlah kawasan
yang dibuka ditanam dengan kelapa sawit. Sebanyak 188,446 hektar atau 25.9% daripada
jumlah kawasan yang dibuka ditanam dengan getah. Koko pula ditanam di atas 18,005
hektar atau 2.5% daripada jumlah kawasan yang dibuka. Sebanyak 5,118 hektar atau
0.7% daripada jumlah kawasan yang dibuka ditanam dengan tebu, bakinya adalah
kawasan petempatan untuk perumahan, kedai dan kemudahan-kemudahan yang lain.

FELDA telah memajukan kawasan di semua negeri kecuali Pulau Pinang, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan. Walau bagaimana pun FELDA telah menempa sejarah baru
dengan perluasan aktiviti pembangunan tanah ke negeri Sarawak. Projek sulungnya ialah
di Sampadi, di daerah Lundu, Bahagian Pertama Sarawak.

Sehingga akhir tahun 1997, 40% daripada kawasan yang dimajukan adalah terletak di
negeri Pahang Darul Makmur. Ini diikuti dengan Johor dan Negeri Sembilan, masing-
masing mempunyai 20.2% dan 13.4% daripada kawasan yang dimajukan. Pada tahun
1997, aktiviti pembangunan tanah di negeri Sabah telah dipergiatkan lagi dengan
pembukaan tanah seluas 8,214 hektar. Hasilnya negeri Sabah kini terletak di tempat
keempat dengan 6.45% daripada jumlah kawasan yang dimajukan. Ini diikuti oleh
Terengganu dengan 5.7% daripada jumlah kawasan yang dimajukan. Di Perak pula,
terdapat 4.6% daripada jumlah kawasan yang dimaju sehingga akhir tahun 1997,
sementara bakinya terdapat di negeri-negeri Kelanatan, Selangor, Perlis dan Melaka.

Sumber : Disesuaikan daripada Laporan Tahunan Felda 1998.

MODUL KERTAS 2
PANITIA PENGAJIAN AM DAERAH JOHOR BAHRU SET 1
9. Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan keadaan tahap penguasaan komputer, tahap
jangkitan penyakit dan keruntuhan moral antara Kerajaan Tempatan A dan B pada tahun
2000. Jelaskan juga mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku.

Kerajaan Kerajaan
Butiran Maklumat
Tempatan A Tempatan B

1. Gunatenaga (orang)
i. Mahir 105,888 87,897
ii. Separuh Mahir 233,865 111,065
iii. Kurang Mahir 86,876 186,900

2. Tahap Penguasaan Pengkomputeran


i. Petani 65,897 76,900
ii. Nelayan 42,766 23,976
iii. Kakitangan Kerajaan 187,000 163,987
iv. Kakitangan Swasta 134,976 154,976
v. Lain-lain 95,651 85,754

3. Tahap Jangkitan Penyakit (kes)


i. Denggi 24,000 27,987
ii. Malaria 12,754 5,888
iii. Taun 8,943 5,098
iv. Lain-lain 12,986 16,981

4. Keruntuhan Moral (orang)


i. Penagihan Dadah 64,985 56,962
ii. AIDS 9,654 10,010
iii. Pembunuhan 3,962 5,097
iv. Peras ugut 12,863 13,921

5. Perolehan Pendapatan (RM juta)


i. Cukai Pendapatan 764,000 86,421
ii. Cukai Syarikat 895,090 654,099
iii. Lain-lain 954,231 986,076

6. Pemilikan Harta
i. Tanah 654,891 juta hek. 763,000 juta hek
ii. Rumah Persendirian 780,000 unit 542,000 unit

Sumber : Kajian Separuh Penggal Penduduk 2006

MODUL KERTAS 2
PANITIA PENGAJIAN AM DAERAH JOHOR BAHRU SET 1
`10. Berdasarkan carta di bawah, jelaskan bagaimana pengetahuan sains
berkeupayaan untuk melaksanakan sesuatu projek pembangunan dengan lebih selesa dan
memenuhi citarasa masyarakat.

PERINGKAT PERLAKSANAAN DAN KEJAYAAN SESUATU PROJEK


PEMBANGUNAN

Projek Lepas
i. Kenal pasti Persekitaran Keluaran
masalah i. Iklim i. Melepasi sasaran
ii. Kejayaan/gagal ii. Pengairan ii. Setaraf dengan
iii. Daratan dunia luar
iv. Flora

Teknologi Perundingan
i. Moden i. Kerjasama Kajian/
ii. Pelbagai semua pihak Penyelidikan
iii. Penjimatan ii. Perkongsian i. Ciptaan
maklukmat baru
ii. Manusia
iii. Tumbuhan
iv. Implikasi

Kepakaran
i. Bidang
berkaitan Kualiti
ii. Alam i. Penuhi
semulajadi piawaian
iii. Bahan rujukan Media ii. Setanding
i. Cadangan dunia luar
iv. Latihan
ii. Teguran

Sumber : Kertas Kerja Kesan Pembangunan Terhadap Kehidupan, 2007/KL

MODUL KERTAS 2
PANITIA PENGAJIAN AM DAERAH JOHOR BAHRU SET 1

You might also like