You are on page 1of 1

Assalamualaikum wbt,

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr./ Ts./ Tuan / Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat kami nombor rujukan
KPM.100-15/2/198 (45) bertarikh 10 Januari 2023 adalah berkaitan.

2.         Sebagaimana maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan


pengoperasian Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) secara berfasa yang merangkumi
Modul Pengurusan Awam, Murid, Guru, Institusi dan Pentaksiran mulai 10 Januari
2023. Pelaksanaann MOEIS bertujuan memenuhi keperluan fungsi dan proses
bisnes terkini KPM termasuk menaik taraf penggunaan teknologi sedia ada dalam
usaha mempertingkatkan kecekapan dan tahap keselamatan siber di Kementerian.

3.         Walau bagaimanapun sejak MOEIS dilaksanakan, seringkali terdapat


gangguan capaian kepada sistem aplikasi KPM. Inil adalah disebabkan jumlah
capaian trafik yang sangat tinggi daripada pengguna.

4.         Sehubungan itu, bersama ini disertakan cadangan jadual giliran penggunaan
sistem-sistem aplikasi KPM mengikut kluster tertentu. Ini dibuat bagi mengurangkan
capaian serta beban penggunaan sistem pada masa tertentu dan selanjutnya bagi
membolehkan tindakan membaikpulih yang sewajanya dilaksanakan. Untuk
sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr./ Ts./ Tuan / Puan 
boleh menghantar email kepada alamat supportmoeis@moe.gov.my.

5.         Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr./ Ts./ Tuan /
Puan  berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Timbalan Setiausaha Bahagian


Bahagian Pengurusan Maklumat

You might also like