You are on page 1of 3

MJA10/2023/BKP/

PERMOHONAN KELULUSAN SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENURUN


DAN MENYUSUN RACUN RUMPAI KE STESEN PENYELIDIKAN RRIM KOTA TINGGI
(SPKT), JOHOR BAGI TAHUN 2023

(Dibentangkan oleh Pengarah BKP; Disediakan oleh Shaardan Bin Sharif)

TUJUAN

Kertas ini bertujuan memohon kelulusan Ahli-ahli Jabatan Arah (JA) bagi
mempertimbangkan dan meluluskan perkara-perkara berikut:

A) PEMBELIAN BAHAN INPUT PERTANIAN DI STESEN PENYELIDIKAN RRIM


KOTA TINGGI (SPKT):

1. Sebutharga Membekal, Menghantar, Menurun Dan Menyusun Racun Rumpai Ke


Stesen Penyelidikan RRIM Kota Tinggi (SPKT), Johor Bagi Tahun 2023.

LATAR BELAKANG

Input pertanian merupakan komponen penting dalam pengurusan ladang. Racun


merupakan bahan yang digunakan setiap tahun bagi menguruskan sesebuah ladang.
Kawalan rumpai yang baik perlu bagi memudahkan kerja menoreh dan mengurangkan
persaingan pengambilan nutrien. Kadar racun yang digunakan adalah mengikut kadar
pengesyoran pada label racun dan juga kepadatan serta jenis rumpai yang ada di ladang.

DIBENTANGKAN

1. MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENURUN DAN MENYUSUN RACUN RUMPAI KE


STESEN PENYELIDIKAN RRIM KOTA TINGGI (SPKT), JOHOR BAGI TAHUN
2023.

Racun rumpai yang akan dibuat pelawaan oleh SPKT adalah jenis Glyphosate
isopropylamine 41.0% w/w, Glyphosate potassium 48.7 % w/w, MSMA 39.5% w/w,
Diuron 7.8% w/w, Triclopyr butoxy ethyl ester 32.1% w/w, Metsulfuron Methyl 20%
w/w dan Non-ionic/surfactant. Surfactant tidak dikategorikan sebagai sejenis racun
kerana ia merupakan bahan perekat yang digunakan bersama racun untuk
mempercepat resapan racun ke dalam rumpai ketika keadaan kurang sesuai untuk
aktiviti meracun. Sebanyak satu (1) pusingan meracun dijalankan bagi kawasan
getah matang dan dua (2) pusingan meracun bagi kawasan getah muda. Perolehan
racun pada tahun 2023 bergantung kepada kadar penggunaan racun, kadar
pertumbuhan rumpai, baki terkini bekalan racun di stor bahagian dan bajet yang
diperuntukan. Maklumat terperinci seperti di Lampiran 1.

PERAKUAN

Ahli-ahli Jabatan Arah (JA), diminta mempertimbang dan seterusnya memberi kelulusan
berhubung permohonan SPKT untuk melaksanakan tender/sebutharga seperti berikut : -

Perolehan Pembekalan Racun – RM 496,050.00 Vot PT 26802


LAMPIRAN 1

Maklumat keperluan racun dan bajet diperlukan.

Kuantiti racun diperlukan adalah seperti berikut:

Triclopyr
MSMA
Glyphosate Glyphosate butoxy Non-
Metsulfuron 39.5% w/w
isopropyla potassium ethyl ionic /
BAHAGIAN Methyl 20% Diuron
mine 41.0% 48.7% w/w ester surfactant
w/w (250g) 7.8% w/w
w/w (20L) (20L) 32.1% (4L)
(20L)
w/w (4L)

PERMATANG 150 200 50 50 50 20

PELEPAH 250 250 50 50 50 20

PENAWAR 250 200 50 50 50 20

JUMLAH 650 650 150 150 150 60

Harga perolehan bagi tahun 2022:

Harga (RM) Jumlah (RM)


Bil Jenis racun Kuantiti
(2022)

1 Glyphosate isopropylamine 41.0% w/w 460.00 650 299,000.00

2 Metsulfuron Methyl 20% w/w 14.00 650 9,100.00

3 Glyphosate potassium 48.7% w/w 700.00 150 105,000.00

4 MSMA 39.5% w/w Diuron 7.8% w/w 390.00 150 58,500.00

5 Triclopyr butoxy ethyl ester 32.1% w/w 135.00 150 20,250.00

6 Non-ionic/surfactant 70.00 60 4,200.00

JUMLAH
496,050.00

You might also like