You are on page 1of 3

SURAT PENGESAHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2022/2023 - 2

Nama MD SYEDRIN NAQIUDDIN BIN SABRAN

No. Kad Pengenalan 930526155025

No. Matrik SX210986EAWHS11

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa anda dibenarkan menduduki peperiksaan akhir
bagi kursus berikut:

Kursus Pensyarah Seksyen Tarikh Masa Tempat

SEAA3243 REDZUAN BIN 01 6 Jul 2023, 9:00AM KOTA KINABALU


TEORI STRUKTUR ABDULLAH, DR. Khamis KOLEJ YAYASAN SABAH
CITY CAMPUS

SEAA2032 MONA RIZA BINTI MOHD 01 24 Jul 2023, 9:00AM KOTA KINABALU
SISTEM MEKANIKAL DAN ESA, DR Isnin KOLEJ YAYASAN SABAH
ELEKTRIKAL CITY CAMPUS

SEAA2832 HARYATI BINTI YAACOB, 01 17 Jul 2023, 2:30PM KOTA KINABALU


KEJURUTERAAN DR. Isnin KOLEJ YAYASAN SABAH
JALANRAYA CITY CAMPUS

SSCE2193 DR. MUHAMMAD FAUZEE 01 11 Jul 2023, 9:00AM KOTA KINABALU


STATISTIK BIN HAMDAN Selasa KOLEJ YAYASAN SABAH
KEJURUTERAAN CITY CAMPUS

Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada pindaan. Sila semak SMP seminggu sebelum hari peperiksaan.

1. Pelajar dikehendaki menyemak segala maklumat di atas dan sekiranya terdapat sebarang kesilapan, sila
berhubung dengan pejabat UTMSPACE dengan segera.

2. Pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat pengesahan menduduki peperiksaan ini semasa menduduki
peperiksaan samada secara atas talian atau fizikal.

3. Surat pengesahan menduduki peperiksaan ini adalah DOKUMEN RASMI semasa menghadiri peperiksaan akhir
dan urusan permohonan cuti kepada majikan.

PANDUAN PELAJAR

1. Pelajar perlu membuat semakan kaedah perjalanan peperiksaan di jadual muktamad peperiksaan akhir di SMP
dan portal pelajar. Terdapat dua (2) kaedah peperiksaan iaitu secara Take Home Exam, Online dan Fizikal.
2. Pelajar perlu membuat semakan senarai pensyarah bertangungjawab semasa urusan peperiksaan akhir di
jadual muktamad peperiksaan di SMP dan portal pelajar.

3. Pelajar juga perlu memastikan mempunyai akaun Blackboard dan E-Learning bagi mode peperiksaan secara
atas talian. Sekiranya pelajar mempunyai masalah berkaitan platform Blackboard sila emel ke
bpat@utmspace.edu.my dan sertakan nama penuh dan no matrik lima (5) hari sebelum tarikh peperiksaan
bermula. Bagi permasalahan berkaitan E-Learning, pelajar boleh berhubung melalui emel
student.enquiry@utmspace.edu.my. Walaubagaimanapun kaedah peperiksaan masih tertakluk kepada pensyarah
masing-masing.

4. Sila semak panduan peperiksaan akhir pelajar di portal pelajar UTMSPACE.

5. Sila pastikan pelajar mempunyai access dan keperluan seperti desktop/laptop atau peranti bersesuaian dan
internet yang baik semasa peperiksaan secara atas talian berjalan.

6. Pihak UTMSPACE tidak bertangungjawab sekiranya pelajar tidak dapat mengikuti sesi peperiksaansekiranya
mempunyai masalah seperti perkara 5 di atas.

MAKLUMAT PENTING MENGENAI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2022/2023 - 2

1. KES KHAS PEPERIKSAAN


1.1. Mahasiswa yang Cuti Sakit atau mempunyai Arahan Bertugas Rasmi pada hari peperiksaan akhir
dijalankan dikehendaki mengambil tindakan berikut :
1.2. Menghubungi pejabat SPACE ditalian 07-531 8019/8018 (Johor Bahru dan pusat selain Kuala Lumpur)
atau 03-2728 6574 (Kuala Lumpur) dalam TEMPOH 24 JAM daripada waktu peperiksaan dijalankan atau
email kepada spa@utmspace.edu.my.
1.3. Menghantar SURAT PERMOHONAN dan BORANG MAKLUMAT PEMOHON PEPERIKSAAN KHAS DAN
KES KHAS PEPERIKSAAN (Boleh diperolehi di Web Portal Pelajar) bersama maklumat berikut:
1.3.1. Mengemukakan Sijil Cuti Sakit (Salinan asal yang diperakukan / disahkan oleh pegawai
perubatan Universiti atau hospital kerajaan atau hospital pakar SAHAJA). ** Bagi kes bersalin selepas
14 hari dari tarikh bersalin perlu mendapatkan Sijil Cuti Sakit jika tidak dapat menghadiri peperiksaan
pada hari berkenaan.
1.3.2. Surat Arahan Bertugas Rasmi (Dalam dan Luar Negara) daripada majikan (Kes tugas rasmi
dihari peperiksaan dijalankan).
1.3.3. Surat perlulah mempunyai “Letter Head” syarikat.
1.3.4. Surat perlulah ditandatangani oleh majikan.
1.3.5. Surat perlulah mempunyai cop rasmi syarikat.
1.3.6. Arahan Bertugas Rasmi (Keluar Negara) perlu menyertakan salinan “Boarding Pass” dan
Passport.
1.3.7. Salinan Surat Pengesahan Menduduki Peperiksaan Akhir.
1.3.8. Maklumat ini hendaklah dihantar ke Pejabat SPACE Johor Bahru atau Kuala Lumpur dalam
TEMPOH 5 HARI peperiksaan dijalankan.
1.4. Borang yang TIDAK LENGKAP dan PERMOHONAN LEWAT daripada tempoh yang dibenarkan (sila rujuk
perkara penting mahasiswa) tidak akan diproses. Kelulusan permohonan peperiksaan khas adalah
bergantung kepada kelulusan daripada Senat Universiti. Yuran peperiksaan khas akan dikenakan sebanyak
RM200 / kursus bagi permohonan yang berjaya.
2. SALAH LAKU SEMASA PEPERIKSAAN
2.1. Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti berikut:-
2.1.1. memberi dan/atau menerima dan/atau memiliki sebarang maklumat dalam bentuk elektronik,
bercetak atau apa jua bentuk lain yang tidak dibenarkan semasa berlangsungnya peperiksaan sama
ada di dalam atau di luar Dewan Peperiksaan melainkan dengan kebenaran Ketua Pengawas; atau
2.1.2. menggunakan maklumat yang diperoleh seperti di atas bagi tujuan menjawab soalan
peperiksaan; atau
2.1.3. menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan
sebagai menipu semasa berlangsungnya peperiksaan; atau
2.1.4. lain-lain salah laku yang ditetapkan oleh Universiti (seperti membuat bising, mengganggu
pelajar lain, mengganggu Pengawas menjalankan tugasnya).
3. HUKUMAN SALAH LAKU PEPERIKSAAN
3.1. Sekiranya pelajar didapati telah melakukan pelanggaran mana-mana peraturan peperiksaan ini, setelah
diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Fakulti dan disabitkan kesalahannya, Senat boleh mengambil
tindakan dari mana-mana satu yang berikut :-
3.1.1. memberi markah SIFAR (0) bagi keseluruhan keputusan peperiksaan kursus yang berkenaan
(termasuk kerja kursus); atau
3.1.2. memberi markah SIFAR (0) bagi semua kursus yang didaftarkan pada semester tersebut.

Sekian, Terima Kasih

Pengurus Besar Pusat Pengajian Separuh Masa SPACE

5 July 2023

Dokumen ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan.

You might also like