You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA

Jalan Temenggong Ahmad No.Telefon : 06-987


84150 Parit Jawa, Muar 4211
Johor Darul Ta’zim No.Faks : 06-987
4211
Email :
jba5043@moe.edu.my
Web :
skparitjawa.blogspot.com

Ruj. Kami :
Tarikh : 1 JULAI 2023

YANG DIPERTUA,
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA
d/a Jalan Temenggong Ahmad
84150 Parit Jawa, Muar
Johor Darul Ta’zim

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN DARIPADA PIBG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah ingin dimaklumkan bahawa Sekolah Parit Jawa telah dipilih sebagai penganjur
Kejohanan Bola Baling MSSD Muar . Sehubungan itu, kami berbesar hati ingin memohon bantuan
kewangan berjumlah RM5400.00 untuk kegunaan semasa kejohanan tersebut berlangsung. Untuk
makluman tuan, kami akan memulangkan wang tersebut secepat mungkin. Kejohanan Bola Baling
MSSD tersebut adalah seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 4 - 6 Julai 2023


MASA : 8.00pagi - 6.00 petang
TEMPAT : Padang SK Parit Jawa

3. Pihak kami amat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama tuan
amat di hargai oleh pihak sekolah serta didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan
sila hubungi Nor Adura binti Paimin di talian 012-6789976.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………..
(HANITA BINTI JAMIL)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Parit Jawa
Muar, Johor Darul Takzim
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA
Jalan Temenggong Ahmad No.Telefon : 06-987
84150 Parit Jawa, Muar 4211
Johor Darul Ta’zim No.Faks : 06-987
4211
Email :
jba5043@moe.edu.my
Web :
skparitjawa.blogspot.com

Ruj. Kami : SKPJ700-6/1/2


Tarikh : 6 OGOS 2023

YANG DIPERTUA,
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA
d/a Jalan Temenggong Ahmad
84150 Parit Jawa, Muar
Johor Darul Ta’zim

Tuan,

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN DARIPADA SUMBANGAN PIBG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK Parit Jawa akan mengadakan SeJAVA’S Indah (Program
Gotong Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia). Kami amat berbesar hati jika pihak tuan
dapat mendahulukan peruntukan kewangan sebanyak RM2,200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu
Dua Ratus Sahaja) untuk kegunaan semasa program tersebut berlangsung.

3. Program SeJAVA’S Indah tersebut adalah seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 12 Ogos 2023


MASA : 7.45 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : Persekitaran SK Parit Jawa

4. Pemulangan pendahuluan kewangan tersebut akan dilakukan sebaik sahaja proses tanda
tangan Guru Besar sekarang diluluskan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM)

5. Kerjasama tuan amat dihargai oleh pihak sekolah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan
Nor Azizah binti Husin di talian 019-6514405 (Guru Penolong Kanan HEM).

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


…………………………………..
(HANITA BINTI JAMIL)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Parit Jawa
Muar, Johor Darul Takzim
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA
Jalan Temenggong Ahmad No.Telefon : 06-987
84150 Parit Jawa, Muar 4211
Johor Darul Ta’zim No.Faks : 06-987
4211
Email :
jba5043@moe.edu.my
Web :
skparitjawa.blogspot.com

Ruj. Kami : SKPJ700-6/1/3


Tarikh : 6 OGOS 2023

YANG DIPERTUA,
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA
d/a Jalan Temenggong Ahmad
84150 Parit Jawa, Muar
Johor Darul Ta’zim

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN DARIPADA PIBG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK Parit Jawa akan mengadakan SeJAVA’S Indah (Program
Gotong Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia). Kami amat berbesar hati jika pihak tuan
dapat menyumbang beberapa peralatan untuk kegunaan semasa program tersebut berlangsung.

3. Program SeJAVA’S Indah tersebut adalah seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 12 Ogos 2023


MASA : 7.45 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : Persekitaran SK Parit Jawa

4. Kami amat berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi sumbangan sebuah kereta sorong, 3
pongkes dan 1 tangga 7 kaki. Dengan sumbangan peralatan tersebut tentunya dapat memudahkan
kerja-kerja gotong-royong tersebut.

5. Keperihatinan dan kebersamaan tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nor Azizah binti Husin di talian 019-6514405 (Guru
Penolong Kanan HEM).

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


…………………………………..
(HANITA BINTI JAMIL)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Parit Jawa
Muar, Johor Darul Takzim
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA
Jalan Temenggong Ahmad No.Telefon : 06-987
84150 Parit Jawa, Muar 4211
Johor Darul Ta’zim No.Faks : 06-987
4211
Email :
jba5043@moe.edu.my
Web :
skparitjawa.blogspot.com

Ruj. Kami : SKPJ700-6/1/4


Tarikh : 7 OGOS 2023
YANG DIPERTUA,
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JAWA
d/a Jalan Temenggong Ahmad
84150 Parit Jawa, Muar
Johor Darul Ta’zim

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PASUKAN SEKOLAH KE


PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa lima murid SK Parit Jawa yang akan mewakili sekolah ke
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor.

3. Pertandingan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

TARIKH : 20 hingga 21 Ogos 2023


TEMPAT : SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi
PESERTA : 5 Murid
GURU PENGIRING : 2 Guru

4. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan kewangan berjumlah RM250.00
(Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh sahaja) untuk menampung sebahagian kos perbelanjaan.

5. Keperihatinan dan kebersamaan tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang
pertanyaan sila hubungi Cikgu Nor Adura Binti Paimin (GPK Kokurikulum) di talian 012-6789976.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………..
(HANITA BINTI JAMIL)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Parit Jawa
Muar, Johor Darul Takzim

You might also like