You are on page 1of 6

SK PARIT JAWA

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM


BIL. 1 2023/2024

Tarikh : 14 MAC 2022 (Selasa)

Masa : 1.30 tengah hari - 3:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Parit Jawa, Muar

Kehadiran:
- Sila rujuk lampiran

1.0 : Ucapan Pengerusi (Guru Besar)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan bacaan doa oleh Ustaz Iskandar bin
Hamzah . Guru besar mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran semua
guru dan berharap Mesyuarat Kokurikulum kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2023
berjalan dengan lancar.

Tindakan : Makluman

1.2 Tuan Pengerusi menegaskan kokurikulum mempunyai peranan yang sangat penting, iaitu
mengukuhkan pengetahuan dan pembelajaran murid di dalam dan luar kelas melalui pelbagai
aktiviti dan program kokurikulum yang dijalankan. Semoga kegiatan kokurikulum dapat
meningkatkan nilai dan jati diri murid, selaras dengan kehendak TS 25, iaitu kemenjadian murid.
Tindakan :Makluman

1.3 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama
dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti Kokurikulum sepanjang Tahun 2022.
Tindakan : Makluman

1.4 Setiap aktiviti yang dijalankan perlu dirancang dengan baik dan mempunyai matlamat atau objektif
aktiviti yang tercapai.
Tindakan : Makluman
2.0 : Ucapan PK Kokurikulum

2.1 Dasar dan Ketetapan Kokurikulum KPM

2.1.1 PK KoKurikulum mengingatkan tentang dasar KoKurikulum. Penyertaan murid dalam kegiatan
kokurikulum sekolah adalah WAJIB ( Perkara 5.1 SPI Bil. 1/1985, dan Memorandum
Pemantapan Aktiviti Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005 ) ”Semua murid wajib mengambil
bahagian sekurang-kurangnya salah satu gerak kerja Pasukan Badan Beruniform, satu
kegiatan Persatuan dan Kelab serta satu kegiatan Sukan atau Permainan.”

2.1.2 Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Oleh itu
pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah WAJIB [ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta550)]

2.1.3 Penyelaras setiap unit bertanggungjawab mengagihkan bilangan murid dalam kegiatan
kokurikulum. Bilangan perjumpaan setahun seperti berikut:
2.1.3.1 Pasukan Badan Beruniform – sekuarang;kurangnya 12 kali
2.1.3.2 Persatuan dan Kelab – sekurang-kurangnya 12 kali
2.1.3.3 Sukan dan Permainan – sekurang-kurangnya 12 kali

2.1.4 Masa perjumpaan kokurikulum adalah 120 minit seminggu


2.1.5 Tiada perjumpaan unit kokurikulum pada minggu pertama persekolahan.
2.1.6 Guru perlu mengutamakan keselamatan murid sepanjang masa.
2.1.7 Pengurusan Kokurikulum Sekolah berada di bawah Penyelarasan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Tindakan : Makluman

3.0 : Jawatan kuasa Induk Kokurikulum

3.1 PK Kokurikulum memaklumkan senarai jawatan kuasa induk Kokurikulum 2023/2024,


seterusnya ketua dan Setiausaha gerak kerja kokurikulum 2023/2024 bagi melancarkan agenda
unit masing-masing untuk tahun 2023/2024.

4.0 Persediaan dan Perlaksanaan GERKO 2023/2024

4.1 Objektif dan matlamat

4.1.1 PK Kokurikulum menegaskan setiap unit perlu menetapkan objektif dan matlamat
yang hendak dicapai sepanjang gerak kerja aktiviti kokurikulum. Setiap objektif yang
ditetapkan boleh menjadikan KPI unit masing-masing.
Tindakan : Semua Guru
4.2 Keselamatan

4.2.1 Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil 7/1988, SPI Bil 9/2004 dan SPI Bil 24/1998.
Tindakan : Semua Guru

4.3 Program / Aktiviti / Pertandingan Atas Talian

4.3.1 Galakkan murid-murid, terutamanya murid tahap 2 menyertai pelbagai program


/ aktiviti/ pertandingan secara perjumpaan fizikal dan secara atas talian bagi
meningkatkan markah PAJSK masing- masing. Setiap guru perlu cakna setiap
maklumat yang dimasukkan dalam kumpulan rasmi sekolah, seterusnya menyalurkan
maklumat tersebut segera ke kelas masing-masing.
Tindakan : Semua Guru

4.3.2 PK Kokurikulum memaklumkan bahawa beliau akan memaklumkan nanti


mengenai tarikh Kejohanan Olahraga, sukan permainan peringkat Zon, daerah
dan negeri dan program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah
apabila diberi kebenaran oleh Kementerian Pendidikan. Mohon semua guru
bersedia untuk melaksanakan aktiviti dengan sebaik mungkin nanti.

Tindakan : Semua Guru

4.3.3 PiNTAS dan OPPM Kokurikulum

4.3.3.1 Semua unit dan sub unit perlu membuat PiNTAS dan OPPM demi untuk
kemenjadian dan kecemerlangan murid unit masing-masing.

4.3.3.2 Setiap unit perlu tetapkan objektif dan matlamat yang hendak dicapai.

Tindakan : Semua Guru

5.0 Borang kebenaran Unit Kokurikulum

5.1 Borang kebenaran menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah akan dikeluarkan. Mohon guru
kelas edarkan kepada semua murid dan serahkan semula kepada PK Kokurikulum untuk
dimasukkan dalam fail berkaitan sebagai eviden.
Tindakan : Semua guru
6.0 Surat Pelantikan Unit Kokurikulum dan Buku Pelaporan Aktiviti

6.1 Surat pelantikan setiap guru dalam unit kokurikulum akan disediakan dan diberi kepada guru
berkenaan sebagai eviden SKPMg2.
Tindakan : PK Kokurikulum dan SU Kokurikulum

6.2 Guru unit perlu memastikan buku pelaporan aktiviti ditulis dengan lengkap. Pastikan setiap
aktiviti yang dijalankan oleh unit dilaporkan dalam buku tersebut.
Tindakan : Guru Penasihat Kokurikulum

7.0 : Takwim

7.1 Sila rujuk Buku Pengurusan Kokurikulum2023/2024. Semua maklumat berkaitan telah
dimasukkan di dalam buku tersebut . Namun begitu, ia tetap tertakluk kepada perubahan.
Semoga semua guru cakna dengan setiap tarikh dan dapat melaksanakan aktiviti dengan sebaik
mungkin. Kemenjadian murid, tanggungjawab kita bersama.
Tindakan : Semua Guru

8.0 : Hal-hal lain

8.1 Guru besar memberi penegasan agar semua guru supaya sentiasa peka tentang keselamatan
murid semasa berada di padang, stor sukan dan tempat lain dalam kawasan sekolah. Guru
yang terlibat semasa aktiviti perlu awasi alatan di padang / gelanggang. Sekiranya berlaku
kerosakan, maklumkan kepada pihak pentadbir dengan segera.

8.2 Guru besar memohon supaya guru penasihat setiap unit kokurikulum lebih kreatif semasa
mengendalikan perjumpaan mingguan. Pelbagaikan kegiatan supaya tidak tertumpu pada teori
dalam kelas semata-mata. Gunakan sudut /ruang yang teduh untuk praktikal kemahiran.

8.3 Setiap pasukan sekolah yang menyertai sebarang pertandingan perlu ada KPI yang mantap,
agar berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan untuk menyertai kejohanan tersebut.

8.4 Guru besar turut menekankan tentang personaliti guru semasa melatih murid. Pastikan
berpakaian sukan lengkap, menunjukkan teladan yang baik kepada murid.

8.5 Semoga unit kokurikulum bergerak lebih maju dengan adanya kerjasama yang mantap
daripada semua guru.
9.0 : Ucapan Penangguhan
9.1 Mesyuarat ditangguhkan jam 3.30 petang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

................................................... ,
(SUNITA BINTI DAUD)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Parit Jawa

Disemak oleh,

...................................
(NOR ADURA BINTI PAIMIN )
PK Kokurikulum,
SK Parit Jawa

Disahkan oleh,

You might also like