You are on page 1of 2

SULIT

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


NEGERI SARAWAK

TATACARA PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DI PINTU MASUK NEGERI SARAWAK

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan melaksanakan Perintah Kawalan


Pergerakan di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Sehubungan
itu, semua Pintu Masuk seluruh negeri Sarawak adalah dikehendaki melaksanakan
arahan berikut:

1.0 Kawalan Pergerakan Warga Sarawak

1.1 Warga Sarawak dibenarkan masuk ke negeri Sarawak


(tertakluk kepada syarat Stay Home Notice selama 14 hari oleh
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak) mulai 18 Mac 2020 hingga
31 Mac 2020.
1.2 Warga Sarawak tidak dibenarkan keluar dari negeri Sarawak
mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

2.0 Kawalan Pergerakan Warga Semenanjung / Sabah / Warganegara


Asing

2.1 Warga Semenanjung / Sabah / Warganegara Asing tidak


dibenarkan masuk ke Sarawak mulai 18 Mac 2020 hingga 31
Mac 2020. Kecuali yang bekerja dalam sektor Essential
Services di negeri Sarawak dan tertakluk kepada syarat Stay
Home Notice selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri
Sarawak) mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.
SULIT

2.2 Warga Semenanjung / Sabah / Warganegara Asing


dibenarkan keluar dari negeri Sarawak mulai 18 Mac 2020
hingga 31 Mac 2020.

Sebarang situasi / senario selain daripada dinyatakan hendaklah dirujuk kepada Bilik
Gerakan COVID-19 JIM Sarawak dari semasa ke semasa.

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


NEGERI SARAWAK
18 MAC 2O2O

You might also like