You are on page 1of 27

KONSEP TAMADUN ISLAM

Pengenalan
Dalam bahagian ini penulis akan menjelaskan konsep tamadun
Islam.Penjelasan tamadun Islam bermula dengan pengertian,sumber,asas dan
matlamat tamadun Islam.

Istilah tamadun dalam Islam bertitik tolak dari kebudayaan yang lahir serentak dengan
penurunan wahyu al-Qur’an.Wahyu al-Qur’an ini mencetuskan kebudayaan Islam dan
seterusnya membawa kemajuan yang bergelar tamadun.Untuk menjelaskan keadaan
kemajuan inilah sarjana Islam menggunakan pelbagai istilah seperti
tamadun,umran,imran,hadarah,madaniah dan peradaban Islam.Meskipun semua
istilah tersebut boleh dibezakan,namun boleh difahami dalam konsep yang sama iaitu
maju atau bertamadun.

Pengertian Tamadun Islam


Ibn Khaldun,diiktiraf bapa tamadun dan sosiologis moden memakai istilah
umran untuk menjelaskan konsep tamadun.Umran merujuk kepada kawasan tanah
atau rumah yang dihuni atau didiami secara menetap dalam keadaan yang subur dan
berkembang makmur serta berlawanan dengan keadaan terbiar,tandus dan gersang.

Pengertian beliau ini secara mudah menggambarkan tamadun ialah kewujudan


suasana makmur ekoran dari perubahan cara hidup primitif yang berpindah randah
kepada cara hidup menetap yang boleh diibaratkan sebagai kehidupan
bandar.Kehidupan di bandar merujuk kepada keadaan manusia yang tinggal menetap
dengan segala keperluan dibawa masuk.Sementara suasana kemakmuran merujuk
kepada keselamatan nyawa dan harta dinikmati oleh masyarakatnya.Jadi,tamadun
ialah wujudnya Bandar.

Dalam konteks yang hampir sama S.M. N al-Attas menggambarkan tamadun sebagai
keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan budi
pekerti dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

Pengertian di atas menjelaskan bahawa tamadun adalah keadaan manusia yang hidup
harmoni dalam masyarakat melalui ketinggian budi pekerti.Keadaan ini amat
bertepatan dengan istilah peradaban yang mengaitakan kemajuan manusia dari aspek
ketinggian adab sopannya.Kemajuan peradaban melalui keluhuran pekerti ini nampak
selari dengan maksud pengutusan Nabi Muhammad saw iaitu untuk menyempurnakan
kemuliaan akhlak.

Jika kemuliaan akhlak menjadi tema pengutusan Nabi Muhammad s.a.w.,maka sudah
tentu akhlak atau pekerti adalah sebagaian besar ajaran Islam atau dalam bahasa Arab
disebut din iaitu cara hidup.Ertinya,manusia akan maju bertamadun apabila
mengamalkan din atau cara hidup dengan berpekerti mulia.Masyarakat yang
melaksanakan pekerti dan beradab sopan ini dikaitkan dengan masyarakat yang
tinggal di Bandar atau melaksanakan din.Masyarakat Bandar inilah dikatakan
masyarakat bertamadun atau masyarakat madinah.

Berdasarkan dua aspek pengertian di atas,sama ada tamadun dikaitkan dengan


kemajuan masyarakat Bandar(umran)atau masyarakat yang beradab(peradaban-din
dan madaniah),kedua-dua aspek rujukan ini adalah saling berkaitan antara satu sama
lain.Masyarakat bandar(umran atau madinah)adalah menjelaskan masyarakat yang
menghayati kehidupan budi pekerti yang luhur melalui perlaksanaan ajaran din atau
agama.Penghayatan ajaran din ini merupakan manifestasi keimanan kepada Allah
s.w.t.

Ringkasnya,pengertian tamadun Islam adalah suatu keadaan atau pencapaian manusia


dalam semua aspek kehidupan merangkumi aspek kebendaan kerohanian yang
berpusat di kota atau di bandar hasil dari manifestasi keimanan kepada Allah s.w.t.

Konsep Kemasyarakatan Islam


Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam,disebut
sebagai ummah.Selain itu,masyarakat Islam juga meliputi golongan bukan Islam yang
hidup bersama-sama orang Islam dalam satu kelompok,antara unit-unit dan anggota
masyarakat.

Masyarakat itu mempunyai hak dan tanggungjawab antara satu sama lain.Antara hak-
hak dan tanggungjawab yang diutamakan oleh Islam ialah hak-hak untuk
hidup,kebebasan diri.maruah dan peribadi,kebebasan bergerak,keadilan dan
kehakiman,sama rata,tanggungjawab menegak kebaikan dan mencegah
keburukan,politik,kenegaraan,ekonomi,perburuhan,keperluan asasi,pendidikan dan
kekeluargaan.

Selain itu,setiap perbuatan masyarakat tidak boleh merugikan kepentingan


masyarakat,iaitu semua perbuatan yang dilakukan dalam masyarakat seharusnya akan
membawa kepada keharmonian dan kestabilan masyarakat sendiri.

Pandangan Semesta Islam


Pengenalan
Tamadun Islam merupakan suatu tamadun yang unik dan
tersendiri.Pembentukannya amat bergantung kepada padangan semesta Islam itu
sendiri.Justeru,pandangan semesta adalah pandangan yang sahih dalam melihat
sesuatu persoalan.Jika pandangan semesta ini salah,seluruh persoalan yang
dibincangkan turut menerima kesalahan.Demikianlah dengan tamadun Islam.Penentu
corak tamadun adalah pandangan semestanya.

Istilah pandangan semesta atau world view secara sinonim disebut juga dengan
pandangan alam atau tasawwur.Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau
gambaran atau lukisan sesuatu perkara.Juga merupakan nama kepada hasil renungan
dan tilikan akal.Maka,rupa,kedudukan dan nisbah sesuatu akan tertayang dalam
akal.Pandangan semesta pula bergantung kepada epistimologi atau sumber ilmu untuk
menyarankan rupa bentuk dan kedudukan sesuatu perkara(Azmi Shah&Mohd
Nasir,1999).

Menurut Prof. S.M.N Al-Attas,Pandangan Semesta Islam adalah pandangan


Islam mengenai semua perkara wujud.(al-Attas).Dari pengertian ini,ia merujuk
kepada semua jenis kewujudan termasuk yang dapat dikesan sama ada wujudnya
adalah yang wujud yang nyata atau bersifat ghaib.

Tegasnya,pandangan semesta Islam adalah “Not merely the mind’s view of


the physical world” tetapi juga dunia metafizikal.Ia adalah sesuatu yang “not based
upon philosophical speculation formalated from observation of the data of sensible
experience” atau sesuatu kewujudan yang “not restricted to the world of sense and
sensible experience” ataupun sesuatu yang wujudnya bersifat umum dan “not concede
to the dichotomy of the sacred and the profane.

Pendek kata kewujudan sesuatu yang dicakup oleh pandangan semesta adalah
wujud yang luas,yang boleh dijangkau oleh akal atau wujud sesuatu yang akal tidak
mampu memikirkannya,tetapi dijelaskan oleh sumber lain iaitu wahyu misalnya
wujud alam ghaib,malaikat,syurga neraka dan seumpamanya.Ia adalah sesuatu yang
boleh diselia oleh akal ,dan juga sesuatu yang akal tidak mampu memikirkan
kewujudannya,jika tidak diberitakan.(Alparslan:1996).Jadi,pandangan semesta Islam
amat bergantung dengan wahyu atau di Islam sebagai sumber atau epistimologi
pembentukannya.(Aminuddin Ruskam al-Dawamy:2002).

Kepentingan Pandangan Semesta


Pandangan semesta penting kepada sesebuah tamdaun kerana bertindak sebagai
kerangka tamadun yang hendak dibina. Ia ibarat

 Acuan kepada kuih


 Resepi kepada masakan
 Peta kepada perjalanan
 Keangka minda untuk diterjemahkan dalam sesuatu projek

Kepentingan pandangan semesta misalnya boleh dilihat sewaktu Rasulullah s.a.w


membina worldview Islam kepada masyarakat dari pengaruh Jahiliah selama 13 tahun
di Mekah.Ia kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk reality atau hadhari atau
penghayatan dalam era Madinah.
Islam mengajar penganutnya dengan pandangan semesta yang unik tersendiri
menerusi al-Quran sebagai epistimologi utam dan dijadikan dasar hidup
Muslim.Surah pertama al-Quran dinamakan al-Fatihah ( Pembukaan) yang antara lain
mengajar manusia dengan suatu kesedaran sehubungan dengan alam semesta. Al-
hamdulillahi rabbil alamin.(Segala pujian bagi Allah Rabb semesta alam).Ayat
pertama ini meletakkan asas pandangan semesta yang perly disedari oleh seluruh
umat manusia.

Unsur Asas Pandangan Semesta

Apa jua topic yang dibincangkan manusia tidak terkeluar dari aspek asas.Iaitu
yang berkaitan dengan Pencipta, alam sekitaran dan manusia itu snediri.Justeru,dapat
ditegaskan di sini bahawa pandangan semesta Islam ialah pandangan Islam terhadap:

 Tuhan
 Alam
 Manusia

Tasawwur Ketuhanan

Tasawwur ketuhanan ini wajib dimiliki oleh setiap insane.Tuhanbb dalam


pengajaran Islam disebut Allah. Tuhan dianggap sebagai al-Khalik iaitu Pencipta
kepada semua makhluk atau ciptaan.Kewujudan Tuhan daam Islam adalah pasti dan
semua benda wujud tidak boleh ada dengan sendiri melainkan kerana ada pencipta
iaitu Allah. Manakal kewujudan Tuhan sebagai pencipta adalah sehak azali atau sedia
kala. Lantaran itu, Tuhan dalam Islam hanyalah yang Esa atau tauid.Tiada satu pun
yang menyamai-Nya.

Seseorang boleh menetapkan sesuatu sebagai tuhan. Tetapi penetapannya itu


belum tentuii menepati hakikat yang dikehendaki oleh Tuhan sebagai Tuhan. Sesuatu
penetapan yang tidak diiktiraf oleh Tuhan berkenaan diri-Nya tidak boleh dianggap
menepati dengan kehendak Tuhan.Natijah daripada penetapan yang tidak berasal
daripada Tuhan tentunya membawa kepada kepalsuan dan kebatilan mengenai
Tuhan.

Konsep dan tasawwur tentang Tuhan menurut yang dijelaskan oleh Tuhan
hanya wujud kebenarannya dalam ahatan Islam.Oleh itu tasawwur tentang Tuhan
yang perlu dimiliki seseorang mestilah menepati kehendak Islam dan berdasaarkan
sumber Islam.

Ada yang beranggapan bahawa tentang Tuhan muncul daripada diri manusia
menurut aspirasi dalaman jiwanya.Mungkin anggapan ini benar pada sesetengah
orang, tetapi tidak menepati hakikat kebenaran itu sendiri.Kalaulah hakikat Tuhan itu
datang daripada diri manusia yang menggambarkannya, maka tuhan-tuhan itu adalah
ciptaan dan khayalan manusia semata-mata.Maka sudah tentu hal yang sedemikian
bukan Tuhan,kerana apabila Tuhan berasal punca daripada manusia itu sendiri.Hal ini
terjadi kerana khayalan itu adalah sebahagian dari pemikiran yang wujud daripada
manusia,bukan manusia keseluruhannya.Sesuatu yang bersifat sebahagian lebih
rendah nilainya dari keseluruhan.

Sesuatu yang ditasawwurkan sebagai Tuhan,lalu dijadikan konsep tersebut


berupa objek-objek makhluk yang tarafnya makhluk kehadian,maka sembahan
tersebut tidak lebih daripada menyembah sesuatu yang dihasikan oleh dirinya
sendiri.Tuhan-tuhan cipatan ini tidak layak dinishbahkan sebagai Tuhan.

Oleh itu nyatalah bahawa Tuhan itu adalah dhat yang tersendiri.Ia wujud
bukan keran pemikiran manusia,m bukan pula kerana manusia memikirkan tengtang
keperluan adanya Tuhan,akan tetapi wujudnya azali,tidak berawal dan tidak
berakhir.Dialah yang mewujudkan seluruh makhluk termasuk apa-apa yang difikirkan
oleh makhluk itu.

Bilamana Allah mengetahui bahawa adalah mustahil bagi manusia menemui


Tuhanb dengan menggunakan akalnua semata-mata,maka Allah sendiri
memperkenalkan dhat-Nya menerusi wahyu dan Rasul yang diutuskan. Dalam wahyu
tersebut Tuhan menjelaskan sehubungan diri-Nya yang disebut Allah.Penjelasan ini
dikaitkan dengan peristiwa Nabi Allah Musa a.s. ketika berada di lembah
Tuwa.Firman-Nya bermaksud :

“Sesungguhnua Aku ini Allah,tiada Tuhan selain dari Aku,sembahlah Aku dan
tetaplah mengerjakan sembahyang,untuk mengingati Aku”

Firman-Nya lagi bermaksud

“Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Allah.Tiada Tuhan selain daripada-Nya;Dia


meliputi segala sesuatu dengan pengetahuan-Nya”

Apabila Dia yang berkuasa atas segala-galanya,Maha Hidup,bersifat dengan


seluruh sifat kesempurnaan dan terhindar dari seluruh sifat kekurangan,maka Allah
wajib disembah dan diesakan Dia; tiada boleh disekutukan bagi-Nya dengan sesuatu
yang lain.Sigat keesaan dan tidak menyerupai sesuatu dengan-Nya inilah yang disevut
sebagai tauhid.

Tasawwur tentang tawhid Allah terbahagi kepada 3 aspek iaitu:

 Uluhiyyah
 Rububiyyah
 Nama-nama dan Sifat

i. Uluhiyyah
-Bermaksud hanya Allah sahaja sebagai sembahan,tempat memohon
pertolongan,yang dikasihi,dicintai dan diabdikan diri.Mengapa perlunya
tasawwur uluhiyyah ini dibetulkan?Seseorang yang bijaksana dan menyedari
bahawa dirinya tidak terjadi dengan sendiri.Dia hanya seorang manusia yang
lemah dan tidak memiliki apa-apa ke atas dirinya.Apa yang dimiliki oleh
manusia adalah pemberian daripada Penciptanya.Nyawa yang ada pada
manusia tidak dimiliki dan tidak dijadikan sendiri oleh manusia.Penglihatan
yang ada padanya adalah kurniaan Tuhan kepadanya.Sifat tubuh badannya
adalah ciptaan Tuhan.Mereka tidak ada pilihan apa-apa kecuali menerima
sahaja pemberian yang Tuhan jadikan untuk dirinya.
Apabila manusia itu menyedari hakikat yang tersebut dengan renungan
mendalam,maka ia terpenggil untuk menyembah dan beruluhiyyahkan kepada
Tuhan yang menciptakannya.Pengabdian diri dan penyembahan yang
dilakukan kepada Tuhan yang bersifat Mutlak itulah disebut sebagai memiliki
tasawwur uluhiyyah yang sebenar.Selagi manusia itu tidak benar dalam
tasawwur uluhiyyahnya terhadap Tuhan yang menciptakannya maka selagi
itulah ia berada dalam kegelapan tanpa pertunjuk.
Tasawwur uluhiyyah ini tidak dimiliki oleh orang jahiliyyah pada setiap
zaman.Malahan mereka yang demikian tidak menyedari hakikat sebenar
kewujudan Tuhan dan hakikat sebenar siapakah dirinya.
Tasawwur uluhiyyah memisahkan atau membezakan antara golongan Muslim
dan Musyrik.Seseorang yang memiliki tasawwur sebenar berhubung dengan
uluhiyyah Allah akan berbeza pembawaan hidupnya dengan mereka yang
tidak mengenal hakikat uluhiyyah ini.Golongan yang mengenal hakikat
uluhiyyah ini disebut sebagai Muslim kerana mereka tunduk dan patuh kepada
ajaran Tuhan.Sementara mereka yang tidak mengenal uluhiyyah pula disebut
sebagai Musyrik kerana mereka menyekutukan Tuhan dengan sesuatu yang
lain dalam ubudiyyah.
ii. Rububiyyah
-Pengiktirafan bahawa Allah sahaja yang mencipta,menjadikan,memberi
rezeki,menghidup dan mematikan makhluk.Tasawwur rububiyyah ini dimiliki
oleh semua fitrah manusia.Al-Quran menyebut:
“Dan sekiranya kamu bertanya kepada mereka(golongan musyrik)siapakah
yang menciptakan langit dan bumi dan menumbuhkan tanaman selepas
daripada matinya,nescaya mereka menjawab Allah”
Pada hakikatnya,masyarakat jahiliyah pada setiap zaman percaya bahawa
Allah taala sahaja yang satu-satu-Nya menjadikan alam,mampu menurunkan
hujan,menghidupkan dan mematikan.Bagaimanapun kepercayaan mereka
tidak dianggap memiliki tasawwur sebenar tentang Tuhan.Ini disebabkan
dalam tasawwur dan pengabdian diri mereka masih terdapat unsur-unsur syirik
yang tidak diizinkan Allah.
Tegasnya di sini,tasawwur tersebut semata-mata lahir daripada rekaan akal
dan sangkaan diri mereka sendiri bukannya menurut yang dikehendaki Allah
taala.Akibat daripada itu terjadilah sekutu-sekutu dalam penyembahan kepada
Allah.Hukum hakam pentadbiran pula tidak diambil dari hukum yang telah
ditetapkan Allah.Manakala nilai hidup,budaya,sosial,ekonomi tidak menepati
kehendak Allah.Nafsu dijadikan ukuran dalam menilai sesuatu.
iii. Nama-nama dan Sifat
-Allah mempunyai nama-nama yang baik(asma’ul husma).Sifat-sifat ini
sempurna dan bersih dari sebarang bentuk kekurangan.Ia mempertegaskan
bahawa Allah taala tiada serupa dengan mana-mana makhluk.Masyarakat
jahiliyah memahami tasawwur nama-nama dan sifat Allah secara salah.Nama
Allah yang mulia seperti al-Aziz diubah menjadi al-Uzza;al-Mannan menjadi
al-manat manakala al-llah ditukar menjadi al-latta.Nama-nama tersebut
dipakaikan kepada berhala mereka dan dijadikan wasilah kepada Allah.
Tasawwur terhadap Tuhan atau Allah akan menghasilkan keimanan dalam
ertikata ikrar dengan lidah,tasdiq dengan hati dan beramal dengan
anggota.Pengangan inilah yang dijadikan program hidup yang tersimpul dalam
kalimah tawhid’Ia ilaha illallah’.Kesan dari tasawwur atau pandangan semesta
terhadap Tuhan ini memanifestasikan semua acara dalam tamadun manusia
adalah bermatlamatkan untuk mendapat keredaan Allah sahaja.

Tasawwur Terhadap Manusia


Menurut ajaran Islam,manusia adalah makhluk adalah makhluk Allah
terbaik.Allah menyebut tentang perkara ini dalam firman-Nya:
“Wahai manusia!Apakah yang memperdayakanmu-(berlaku derhaka)kepada
Tuhanmu yang Maha Pemurah?Tuhan yang telah mencipta dan mengatur
kejadianmu,lalu menjadikan anggotamu sesuai(dengan tujuan yang kerananya
anggota itu dadakan),serta menjadikan(binaan tubuh badanmu)sama padan
dengan kekuatannya dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-
Nya,Ia menyusun kejadianmu”

Ciri Manusia Sebagai Makhluk Allah

Dikurniakan akal yang memungkinkannya meletakkan tasawwur


sebenar dirinya.Tasawwur ini menjelaskan bahawa asal kejadian manusia
berpunca dari saripati air yang’hina’Selain daripada itu manusia seharusnya
menyedari dan menginsafi bahawa mereka adalah makhluk yang lemah.
Manusia sebenarnya lemah dan tidak memiliki apa-apa kekuatan terhadap
dirinya.Ini terbukti,bahawa manusia sama sekali tidak mampu merubah
dirinya atau menukar dirinya sendiri menjadi makhluk yang
lain.Kekuatan,keupayaan fizik yang dimiliki manusia adalah kurniaan
daripada Allah.Jika manusia benar-benar berkuasa atas dirinya sendiri,mereka
sudah tentu boleh menetapkan dirinya tidak akan sakita selama-lamanya,tidak
akan lapar,dahaga dan mati.Bagaimanapun aspek-aspek seperti
dahaga,kelaparan,kesakitan tetap dirasai oleh manusia walaupun mereka
sedaya upaya cuba menghindarinya.Ini menunjukkan bahawa manusia berada
di bawah takluk kuasa Allah taala.
Meskipun manusia berkuasa dalam beberapa aspek terhadap dirinya seperti
menentukkan mana-mana pilihan untuk kepentingannya,semua itu hanyalah
bersifat sementara dan bukanlah kekal atau mutlak.Aspek tasawwur sebegini
memberi pengertian bahawa manusia amat berhajat kepada tempat bergantung
iaitu Allah taala.Hanya Allah sahaja yang menjadi sandaran muktamad kepada
kehidupan manusia.Kesedaran terhadap tasawwur ini mendorong manusia
untuk melakukan ibadat dan menyembah hanya kepada Allah.

Insan dan Ibadat

Oleh kerana manusia dijadikan oleh Allah,maka untuk kepentingan


hidupnya,mereka ditentukan dengan sistem dan peraturan tertentu.Antara
sistem dan peraturan yang diwajibkan kepada manusia supaya
dipenuhi,manusia tersebut diperintahkan mengabdikan diri kepada
Allah.Mengabdikan diri bermakna tunduk dan patuh tanpa soal kepada Allah
yang mencipta mereka.Ketundukan dan kepatuhan ini disebut juga sebagai
ibadat atau ubudiyyah.Ibadah merangkumi perintah dan larangan yang
ditentukan hukum-hukumnya oleh Allah
Perintah berubudiyyah adalah seruan setiap Nabi dan Rusul Kepada umat
masing.Maksud ayat-ayat berikut menjelaskan lagi hakikat tersebut.
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat
seorang Rasul(dengan memerintahkannya menyeru mereka):”Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah Taghut”.
“Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Saleh.Ia
berkata:”Wahai kaumku!Sembahlah kamu akan Allah,(sebenarnya)tiada
Tuhan bagi kamu selain daripadaNya”.
Apa sahaja kurniaan Allah yang ada di alam ini adalah untuk manusia
manfaatkan dalam ertikata berubudiyyah kepada-Nya dengan penuh rasa
syukur.Ringkaskan,menurut pandangan Islam manusia adalah:
 Makhluk ciptaan Tuhan
 Mulia dengan bekalan akal dan nafsu
 Lahir secara fitrah
 Mempunyai dwi fungsi utama:Hamba dan khalifah
 Lemah dan keluh kesah
 Perlukan panduan dan pedoman dalam membina tamadun.
-Rasulullah sebagai role model
-Wahyu sebagai panduan
Tasawwur Terhadap Alam
Alam semesta adalah tanda terbesar perihal kewujudan Allah.Alam
ciptaan Allah ini disebut juga sebagai ayat-ayat atau tanda-tanda yang
‘manzurah’(yang dapat disaksikan).Penyaksian ini mengundang manusia
berfikir betapa agungnya Pencipta,iaitu Allah s.w.t. Manusia dan alam semesta
adalah makhluk yang diciptakan Allah.Oleh itu manusia mestilah melihat alam
ini sebagai sebahagian daripada dirinya dalam erti mereka mestilah bersikap
baik terhadapnya.Hubungan manusia dengan alam juga sebagai
mu‘amalah.Bermu‘amalah dengan alam semesta mestilah didasari atas
kesedaran bahawa alam ini ada pemiliknya Allah.

Aspek-aspek Alam
Dalam tasawwur Islam sehubungan dengan alam,secara umumnya ia dapat
dibahagikan seperti berikut:

 Alam manusia
 Alam binatang
 Alam jamadat(batu,pasir,tanah)
 Alam galian
 Alam rohani(malaikat,jin,syaitan)

Hubungan dengan sesama manusia disebut hablun minan nas.Hubungan dengan alam
jamadat disebut hablum min makhluqatillah.Dasar hubungan tersebut mestilah
berpijak kepada nilai,akhlak dan hukum ketentuan Allah taala.manusia sebagai
khalifah kepada alam semesta mestilah menjaga amanah yang Allah taklifkan
kepadanya.Sebarang pencabulan terhadap amanah ini mengundang bukan sekadar
bahaya kepada diri sendiri,malahan kepada alam-alam yang lain.Ini disebabkan alam
ini berada dalam satu sistem yang seimbang dan bergerak menuju ubudiyah kepada
Allah.

Para Rasul yang diutuskan mengajar manusia mengenal erti kehidupan sebanar di
dunia.Kehidupan di dunia ini disifatkan dalam tasawwur Islam sebagai kehidupan
sementara,mainan,suka-suka,berbangga dan akan berakhir bila tiba waktunya.Maksud
ayat-ayat berikut menjelaskan hakikat sebenar kehidupan di dunia:

“(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa)
hanyalah ibarat permainan dan hiburan....”(Surah Muhammad s.a.w. 47:36)

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
(bawaaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang
melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang),juga(bawaan hidup yang bertujuan)
bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan,kekuatan,dan bangsa keturunan)
serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu
terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang
menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya,kemudian tanaman itu bergerak segar (kesuatu masa yang
tertentu),selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;akhirnya ia menjadi hancur
bersepai;....(Surah al-Hadid 57:20)

Bagaimanapun kehidupan ini tidak boleh disia-siakan lantaran ia sebagai


ladang akhirat(mazra’atul akhirah).tanpa usaha gigih di ladang seseorang akan
mendapat hasil tuaiannya kosong.Maksud ayat-ayat berikut memberi penjelasan yang
dinyatakan:

Dan ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kesenangan dan
kemewahannya,jika dinilaikan denagn kehidupan akhirat),tidak lain hanyalah ibarat
hiburan dan permainan;dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang
sebenar-benanya;kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak
akan melupakan hari akhirat).(Surah al-Ankabut 29:64).

Allah menyebut kehidupan ini tidak lain sekadar ujian untuk melihat siapakah
yang paling baik amalny (li yabluwakum ayyukum ahsanu amala).Oleh itu menurut
tasawwur Islam,manusia disarankan agar tidak dilalaikan oleh kehidupan dunia yang
sementara dan meninggalkan kehidupan akhirat yang abadi.

“dan (hendaklah diketahui lagi,bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan
bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu),dan (ada pula)
keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang
mengutamakan akhirat).Dan (ingatlah,bahawa)kehidupan dunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.(Surah al-Hadid 57:20)

Nabi s.a.w. berpesan:

“jadilah kamu (ketika hidup) di dunia ini sebagai seorang dagang atau pengembara”.
(Riwayat al-Bukhari)

Hidup di dunia perlukan falsafah yang benar berteraskan prinsip tajaan Quran
dan bawaan sunah Rasul s.a.w.

Ringkasnya,alam menurut pandangan semesta Islam adalah:

 Sesuatu selain Truhan merangkumi alam nyata dan ghaib


 Konsep alam adalah seperti termaktub dalam rukun iman
 Alam adalah alat atau medan ibadah bukan matlamat untuk dijadikan Tuhan
 Alam dipermudahkan oleh Allah untuk membina tamadun
 Alam perlu diurus secara amanah dan tanggungjawab serta syukur
 Alam ibarat ‘ayat’ atau tanda atau kitab terbuka sebagai bukti kewujudan dan
keagongan Allah
Kesimpulan
Dunia semakin hari semakin jauh meniggalkan kita.Akhirat semakin hari
semakin dekat menghampiri kita.Justeru,mengejar sesuatu yang semakin jauh adalah
sama seperti melupakan persediaan menyambut kehadiran suatu yang amat
pasti.Dunia hendaklah diletakkan dalam genggaman,bukannya tersemat di hati.

Apabila pandangan semesta Islam atau tasawwur terhadap Allah,alam dan


manusia ini difahami secara benar,barulah manusia mampu membangun sebuah
tamadun yang gemilang,camerlang dan terbilang dalam ertikata yang tepat.Konsep
seperti kebahagiaan,keadilan,pembangunan,kejayaan dan sebagainya perlu jelas dan
tergambar dalam peta perjalanan atau acuan atau kerangka tamadun.Teladan yang
ditunjukkan oleh generasi salaf al-saleh terdahulu adalah bukti kukuh yang dicatat
dalam ‘lembarab emas’ oleh sejarah dunia.

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM


Pendahuluan
Konsep tamadun Islam boleh difahami secara lebih mendalam melalui
penelitian terhadap sifat atau ciri-cirinya. Tamadun Islam memiliki ciri-ciri umum
tamadun sepertimana juga tamadun dunia yang lain. Mislannya ciri-ciri fizikal yang
diketengahkan seperti wujudnya kehidupan kota, seni bina, pengkhususan pekerjaan,
penyimpanan rekod,pemerintahan yang teratur serta stratifikasi social.

Namun begitu, ciri-ciri tamadun di atas merupakan ciri yang dikongsi oleh
masyarakat yang layak digelar bertamadun tanpa mengira Islam atau bukan Islam. Di
sana ada lagi ciri-ciri khusus Islam yang menjadi keistimewaan tamadun Islam yang
terkandung dalam Islam itu sendiri.

Ciri-ciri keunggulan tamadun Islam sebenarnya tergambar jelas dalam ajaran


wahyu Allah SWT. Begitupun, huraian dan ulasan kefahamannya dilakukan oleh para
cendekiawan yang faham mengenai ajaran Islam. Prinsip atau ciri keistimewaan
Islam, seperti yang dicatatkan oleh Prof. Haron Din dalam bukunya Tasawwur Islam,
adalah agama rabbani. Antara prinsip dan keistimewaan lain mengikut apa yang
dicatatkan oleh Prof Naqvi dalam bukunya Ethics and Economics, seperti kesatuan
(unity), perseimbangan (equilibrium), kebebasan memilih (free will) dan
tanggungjawab (responsibility). Manakala Prof. Kamal Hasan menambah kepada
prinsip menyeluruh, keserdehanaan, realistik, mudah dan praktikal. Manakala Dr.
Abdul Ghani Abud menyatakan ciri tamadun Islam adalah Rabbani, syumuliyah,
insaniyah dan duniawiyah. Prinsip-prinsip atau ciri-ciri tersebut diolah dengan baik
oleh Dr. Mohd Nasir Omar dalam bukunya Falsafah Etika sebagai persamaan,
kebebasan memilih, tanggungjawab, universal dan syumul, yang melihatnya dari
perspektif sistem etika Islam.

Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam


Tamadun Rabbani
Ciri rabbani bermaksud tamadun Islam adalah tamadun yang bersifat
ketuhanan. Iaitu tamadun Islam dibina atau dikembangan dalam kerangka atau acuan
yang selaras serta sah menurut wahyu al-Qur’an dan Sunnah. Tamadun Rabbani
bukan bermaksud Tuhan yang dating membina tamadun. Ia merujuk kepada tamadun
yang dihasilkan oleh manusia adalah mengikut panduan atau aturan Allah SWT.
Umpamanya, manusia membina kemajuan politik, ekonomi dan sosial sepertiman
yang dikehendaki oleh ajaran Islam seperti mereka fashion yang menutup aurat dan
berjual beli tanpa riba.

Ciri tamadun Rabbani tidak bermaksud segala keupayaan manusia menerusi


kerasionalan akal dan kecekapan fizikal tidak diberi ruang untuk menjana dan
membina tamadun. Bahkan, segala keupayaan tersebut amat diperlukan untuk
kesejahteraan hidup dan kemakmuran muka bumi. Bagaimanapun, keupayaan yang
manusia ada untuk membangunkan kemajuan mestilah selaras atau tidak bertentangan
dengan ajaran wahyu.

Dengan ciri Rabbani ini bermakna tamadun Islam adalah tamadun yang
sempurna dan mutlak kerana dicipta oleh Allah yang bersifat Maha Sempurna dan
Maha Mengetahui. Sudah tidak mengandungi kecacatan. Apatah lagi tamadun Islam
berpandukan wahyu al-Qur’an yang diturunkan dalam bahasa yang masih hidup
sebagai bahasa dunia, iaitu Arab memudahkan lagi rujukan dan mengesannya jika
berlaku perubahan. Lawan kepada tamadun Rabbani ialah tamadun bukan Rabbani
iaitu tamadun bukan Rabbani iaitu tamadun yang lahir hasil dari ciptaan atau idealogi
manusia semata-mata yang bersaifat relatif dan sentiasa berubah kerana mengandungi
kekurangan.

Oleh kerana tamadun Islam ciptaan Tuhan, sifat-sifat unik berikut


membezakannya dari tamadun lain:
I. Bersifat sejagat
II. Bersifat terbuka
III. Bersifat sepanjang zaman
IV. Bersifat toleransi
V. Bersifat kesatuan dalam kepelbagaian

Kriteria lain bagi tamadun Rabbani adalah bersifat lurus, mudah diamalkan,
tidak memberatkan, mencakupi semua perkara, mengandungi pembalasan, mendidik
jiwa, meninggalkan kesan yang mendalam, sejagat dan merupakan matlamat Islam
yang paling penting iaitu untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.
Tegasnya, tamadun Rabbani adalah untuk diamalkan sebagai praktikal, bukan sekadar
ilmu yang diteorikan.

Sebagai rumusan, ciri Rabbani ini merupakan induk dan menjadi ciri
keistimewaan paling unggul dalam tamadun Islam. Ini kerana semua prinsip dan ciri
lain berpunca dari wahyu yang telah ditentukan oleh Allah swt. Tanpa ciri Rabbani ini
tidak akan mungkin ada ciri-ciri unggul yang lain.

Persamaan
Dalam ukuran tamadun Islam, manusia adalah makhluk yang bertaraf hamba
dan khalifah iaitu pemegang amanah atau wakil Allah di muka bumi ini. Lantaran itu,
manusia mempunyai taraf yang sama di antara mereka, lelaki atau wanita. Mereka
hanya dimuliakan jika dibandingkan dengan makhluk lain. Begitupun, tahap
kemuliaan ini dikelasifikasi menurut tahap ketakwaan.

Persamaan darjat manusia adalah mengambil kira dari aspek penciptaan


manusia dari jenis dan mengandungi unsur yang sama iaitu tanah. Manusia dicipta
dari saripati tanah dan ditiupkan roh yang membolehkan manusia hidup dan
dipandang mulia dari kalangan lain-lain makhluk. Lantaran itu, pelbagai warna,
pangkat dunia, ilklim, daerah dan zaman merupakan manifestasi dari kekuasan Allah
yang mencipta manusia.

Ukuran persamaan ini juga mengambil kira keadilan sosial, ekonomi, undang-
undang, politik dan sebagainya. Manusia di bawah sistem dan acuan tamadun Islam
adalah ditegah sama sekali membezakan antara satu sama lain, melakukan kezaliman,
penganiayaan, menipu dalam ekonomi, tidak menghukum secara adil dalam
perundangan, polotik pilih kasih, melakukan pembaziran dan kerosakan di muka
bumi. Kelakuan-kelakuan tersebut bukan setakat mencemari kemuliaan insan, tetapi
juga meruntuhkan tamadun manusia seluruhnya.

Seandainya naluri hormat menghormati di bawah ciri dan prinsip persamaan


dicabuli, Allah dengan keras memberi amaran kepada masyarakat bertamadun dengan
maksud: “Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara
zalim,sedang penduduknya orang-orang yang membuat kebaikan”. Tetapi sebaliknya
kebinasaan dan keruntuhan sesesuatu tamadun adalah kerana “sesungguhnya Kami
telah membinasakan umat-umat sebelum kamu ketika mereka melakukan kezaliman”,
Itulah kita dapati, seorang penyair terkenal melagukan sebagai “sesuatu bangsa itu
tetap hidup selama akhlaknya tetap baik; apabila akhlak mereka sudah rosak,
lenyaplah bangsa tersebut”.

Aspek persamaan dalam tamadun Islam akan lebih ketara jika dibandingkan
dengan lain-lain pemikiran moral ciptaan manusia. Orang-orang Arab era jahiliah
menganggap wanita lebih rendah dan harus dikuburkan bayi perempuan, orang-orang
Greek menganggap mereka sebagai berkemuliaan, berbanding bangsa lain yang
hanyalah bertaraf Barber. Demikian juga ada manusia yang melihat manusia
berdegree, merekalah yang berdarah putih, tulang besi dan urat dawai yang disifatkan
sebagai ‘untouchable’. Sedangkan manusia lain sebagai hamba-hamba yang bodoh.

Kebebasan Memilih
Menurut perspektif Islam, manusia diberikan kebebasan yang luas untuk
memilih tingkah laku mereka sendiri dalam membina tamadun. Inilah merupakan
sumbangan paling penting Islam dalam falsafah tingkah laku manusia. Ia membawa
maksud, meskipun manusia berada di tahap hamba kepada-Nya,tetapi manusia masih
mempunyai peranan untuk melakukan pemilihan dalam setiap tindak tanduknya.

Oleh kerana manusia dibekalkan akal dan nafsu, maka akan berlaku
kecenderungan dan pertimbangan untuk mengikuti salah satunya. Kekuatan akal ialah
dibantu oleh hidayat dan panduan wahyu daripada Allah untuk mengarah kepada
kebaikan. Manakala kekuatan nafsu pula kerana ia sentiasa mendapat perhatian dan
pujukan dari musuh manusia paling utama, syaitan. Kebebasan inilah yang dianggap
sebagai satu keistimewaan manusia dalam mengatur tingkah lakunya kerana makhluk
lain seperti matahari, bulan, siang malam dan lain-lain hanya mengikut sahaja
ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Sebaliknya manusia setelah mendapat
penerangan tentang kebenaran Islam, masih berpeluang untuk melakukan pilihan
sama ada menerima jalan lurus Islam atau tidak menerimanya tanpa ada paksaan.

Hanya apabila manusia telah menerima Islam, tanggungjawab kepada perintah


Allah perlu dipenuhi. Dalam maksud, kebebasan memilih masih diberi ruang sama
ada melakukan kebaikan atau keburukan, betul atau salah, menjadi manusia taat atau
maksiat, memilih halal atau haram. Sekiranya pilihan yang dilakukan itu selaras
dengan suruhan Allah dan fitrah suci manusia, manusia diimbuhi dengan pehala atau
kebaikan berganda. Tetapi jika keburukan dan larangan yang dipilih untuk dilakukan,
maka manusia juga perlu menanggung akibatnya. Kebebasan memilih yang sesuai
dengan kemuliaan manusia inilah yang disifatkan oleh Syed Hossain Nasr sebagai
manusia mempunyai pilihan yang relatif, hanya Tuhan sahaja berkebebasan mutlak.

Dengan prinsip dan keistimewaan memilih perkara yang baik ini manusia
sebenarnya dibuka seluasnaya pintu kebebasan seperti mahu memilih untuk berusaha
gigih atau sekadar mencukupi, belajar dengan tekun atau sambil lewa,
memperbanyakkan amalan sunat atau cukup sekadar kewajiban sahaja, menjaga
kebersihan atau kekotoran dan banyak lagi pilihan dalam membangunkan tamadun.
Kemudian apabila pilihan yang dilakukan serta usaha dimaksimumkan, manusia perlu
mengikut satu prinsip hamba kepada Allah secara bertawakkal kepada-Nya.

Kesilapan memahami konsep tawakkal inilah menyebabkan ramai sarjana


barat mengatakan falsafah akhlak Islam adalah membawa tamadun fatalistic, iaitu
menyerah kepada takdir semata-mata tanpa usaha. Sebenarnya, dengan prinsip
kebebasan inilah Islam dikenali sebagai tamadun emergetic, lantaran telah berjaya
menguasai dua per tiga dunia ketika orang Islam mempunyai persepsi yang jelas
mengenainya. Perlu juga diingat bahawa dengan ciri ini tidak pula bererti umat Islam
mempunyai kebebasan untuk melakukan percubaan kepada perkara keburukan atas
alasan mahu menentukan kebaikan, seperti trial and error. Ini adalah kerana kebaikan
dan keburukan telah jelas dinyatakan dalam al-Qur’an dan Sunnah. Apatah lagi
kebaikan yang disebut sebagai makruf adalah merujuk kepada apa yang diarifi sebagai
baik oleh naluri manusia. Manakala keburukan yang dipanggil mungkar sebenarnya
merujuk kepada sesuatu yang diingkari oleh akal dan naluri insan.

Ciri Tanggungjawab
Rentetan dari kebebasan memilih, maka manusia tidak boleh dilucutkan
daripada bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Mana-mana pilihan yang
dilakukan oleh manusia tidak dapat tidak perlukan kepada kewajipan dan
tanggungjawab. Jika baik, sewajarnyalah mendapat ganjaran, jikalau pilihan itu
keburukan, wajar baginya menanggung bebanan dosa. Lantaran itulah, al-Qur’an
dengan tegas menyatakan bahawa; “sesiapa yang memberi syafaat yang baik, nescaya
ia akan memperoleh bahagian pahala darinya. Mana-mana orang yang memberi
syafaat yang buruk, nescaya ia akan memikul bebanan dosa darinya.” Ini adalah
kerana “tiap-tiap diri bertanggungjawab ke atas apa jua tingkah laku perbuatannya”,
“Dan tidaklah seorang yang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali
kepada dirinya sendiri, dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang
lain”. Dengan demikian, anggapan bahawa manusia tidak bebas dan
bertanggungjawab memikul bebanan dosa warisan seperti anutan ajaran Kristian
adalah berlawanan sama sekali dengan prinsip akhlak dalam tamadun Islam.

Ciri tanggungjawab ini juga boleh dikembangkan kepada asa persamaan dan
persaudaraan sesama manusia, maka segala amanah dan tanggungjawab yang
melibatkan kepentingan semua pihak harus dijalankan dengan penuh insaf. Ciri-ciri
buruk seperti suka menipu dalam berjual beli, tidak wajar diamalkan kerana manusia
mempunyai tanggungjawab sosial. Kekayaan yang diperolehi harus diagihkan kepada
fakir miskin melalui tanggungjawab zakat dan fitrah. Kemewahan pula tidak harus
dibaziri kerana perlu direalisasikan tanggungjawab bersederhana atau pertengahan
dalam berbelanja. Tuntutan jasmani dan rohani pula perlu diseimbangkan demi
memenuhi tanggungjawab hidup. Begitu juga seorang bapa akan menjaga
tanggungjawab terhadap anak, suami menjaga tanggungjawab terhadap isteri, pekerja
terhadap majikan, makhluk terhadap Khalik dan pelajar terhadap pelajarannya.

Dengan ciri dan keistimewaan konsep tanggungjawab inilah menjadikan


tamadun Islam begitu dinamik. Di mana setiap orang akan sentiasa merasa
bertanggungjawab dalam semua perkara yang diamanahkan kepadanya, tindak
tanduknya, niatnya, perkataannya dan yang paling penting tanggungjawab menjaga
iman, agama dan negara. Semua bentuk tanggungjawab ini dikawal bukan setakat
kuasa luaran seperti pekerja dikawal oleh ketua, tetapi juga kawalan bersifat dalaman
yang dinamakan sebagai ihsan, iaitu merasai kehadiran Tuhan dalam segenap tindak
tanduk harian. Tahap inilah yang disifatkan oleh Prof. Nasr sebagai kesedaran batin
untuk mengawal semua kerja dan tingkah laku. Lantaran itu, dengan prinsip dan
keistimewaan tanggungjawab ini akan membawa manusia kepada kemajuan dalam
kehidupan bertamadun.

Bagi memastikan kejayaan dan pencapaian yang maksimum dalam peradaban,


tanggungjawab manusia direalisasikan dalam dimensi “dan hendaklah ada di
kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat
makruf dan mencegah dari perkara mungkar. Merekalah orang yang beruntung”.

Ciri Kesejagatan
Pengamatan kepada penggunaan kalimah Islam terhadap tamadun sebenarnya
tidak dikhususkan kepada mana-mana kaum atau golongan. Ia bermakna Islam itu
sendiri adalah bersifat universal atau sejagat. Ianya adalah untuk semua manusia,
semua tempat, semua zaman dan semua keadaan. H.A.R Gibb, seorang orientalis
barat semasa menggambarkan keuniversalan tamadun Islam menjelaskan bahawa
Islam tidak dinamakan khusus kepada pembawanya sepertimana agama lain yang
berbuat demikian. Contohnya, Buddhisme mendapat nama daripada Gautama Budha,
Zoroastrianisme daripada penyebarnya Zoroaster, Kristian daripada Jesus Christ.
Islam juga bukan dirujuk kepada kumpulan tertentu seperti Judaisme kepada Yahudi
atau Jews. Islam juga bukan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad sahaja, tetapi
ia juga adalah mengimani kesimanbungan dari apa yang dibawa oleh Nabi Adam,
Idris (Enoch), Noh (Noah), Ibrahim (Abraham), Daud (David), Musa (Moses) dan Isa
(Jesus) dan semua nabi/rasul sebelum Muhammad saw. Lantaran Islam diasaskan oleh
Allah dan dinamakan sendiri oleh-Nya, Islam adalah menyembah Allah Yang Maha
Esa, bukan menyembah pembawanya.

Kesejagatan tamadun Islam diakui sendiri oleh Allah swt ketika menerangkan
kepada manusia bahawa “ sesungguhnya Aku adalah Allah,Tuhan semesta alam”,
Dialah sahaja yang menerima “segala pujian milik Allah,Tuhan semesta alam”, Iaitu “
Tuhan langit dan Tuhan bumi serta segala apa yang ada di antara keduanya”. Maka
manusia hendaklah mengambil sikap “ katakanlah, aku berlindung kepada Tuhan
manusia, Raja manusia, Sembahan manusia.” Jadi jelaslah, Allah dalam tamadun
Islam bukan milik orang Malaysia sahaja ,tetapi seluruh alam dan isinya.

Nabi Muhammad saw pula diutus untuk menyampaikan Islam kepada semua
manusia. Banyak rakaman ayat al-Qur’an menjelaskan kesejagatan pengutusan ini,
antaranya seperti maksud firman-Nya, “ Dan Kami tidak mengutus kamu Muhammad
melainkan kepada umat manusia seluruhnya”. Justeru itulah, banyak ayat al-Qur’an
menggunakan ajakan kepada manusia seluruhnya, seperti “wahai anak Adam”, “Hai
manusia”. Ini bererti tamadun Islam memang untuk seluruh makhluk, manusia dan
bukan manusia, manusia yang berkulit putih, hitam, kelabu, berbadanan besar atau
tinggi dan di mana sahaja mereka berada. Malah, apabila manusia telah beriman pun
masih lagi ayat al-Qur’an menggunakan kata-kata umum seperti “wahai mereka yang
beriman...” tanpa dikhususkan kepada sesuatu kaum atau kumpulan.

Kesejagatan sebegini yang anihnya tidak pernah berlaku dalam mana-mana


ajaran agama samawi sebelum ini seperti Yahudi dan Kristian, apa lagi budaya hidup
ciptaan manusia. Nabi Musa atau Moses sebagai contoh, menyampaikan ajaran
hanyalah kepada kaum Yahudi Bani Israel sahaja. Begitu juga dengan pengutusan
Nabi Isa atau Jesus Christ adalah untuk menyempurnakan ajaran Moses kepada kaum
Bani Israel seperti rakaman Matthew, “I am not sent but unto the lost sheep of the
house of Israel”. Bahkan, akuan ini dijelaskan pula oleh Allah swt dalam al-Qur’an
yang bermaksud, “Dan ingatlah ketika Isa putera Maryam berkata, ‘hai Bani Israel,
sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, membenarkan kitab sebelumku
iaitu Taurat (Torah) dan memberi khabar gembira dengan kedatangan seorang rasul
selepasku yang namanya Ahmad (Nabi Muhammad)”.

Melalui ciri keuniversalan ini, tamadun Islam adalah sesuai, paktikal, mudah
dan ideal di mana sahaja tempat, masa, keadaan dan untuk kegunaan masyarakat
mana sahaja. Keuniversalan ini menggambarkan kepada kita bahawa di mana-mana
pun kita berada, ajaran yang sama, ukuran dan nilai kebaikan atau keburukan yang
sama akan dipakai oleh manusia walau di mana, masa dan bangsa mana pun mereka.
Sebagai contoh, keharusan berjual beli dan pengharaman arak, tetap berlaku dalam
tamadun Islam tidak kira di tempat mana manusia berada atau pada zaman dan
generasi mana pun.

Ciri Menyeluruh
Maksud menyeluruh (complete atau syumul) adalah menunjukkan tamadun
Islam merangkumi semua aspek kehidupan di dunia ini juga aspek kehidupan selepas
mati. Aspek bagaimana tingkah laku manusia sewaktu berhubung sesama manusia,
manusia berinteraksi dengan alam persekitaran dan bagaimana cara manusia
melakukan hubungan dengan Tuhan dan lain-lain benda metafizika dijelaskan dengan
terang dalam Islam.

Tamadun Islam turut menerangkan cara menggabungkan tuntutan kerohanian


dan tuntutan kejasmanian. Ianya tidak melucutkan kaitan di antara cara ketika
beribadat seperti mesti bersuci dan tertib, dengan cara membina tamadun sewaktu
bekerja di pejabat atau semasa mencari rezeki. Etika bersolat menutup aurat, etika di
luar solat juga menutup aurat. Gabungan yang lain turut di ambil kira seperti
hubungan guru dengan murid, suami dengan isteri, majikan dengan pekerja,
pemerintah dengan rakyat, penjual dengan pembeli, manusia dengan binatang, negara
dengan negara, dunia dengan akhirat dan sebagainya. Pendek kata, kesepaduan dan
kesempurnaan tamadun Islam meliputi hal-hal paling kecil seperti bagaimana cara
untuk masuk tandas menggunakan kaki kiri, sampai ke tempat paling mulia untuk
beribadat iaitu masjid dengan menggunakan kaki kanan. Mengenai kesyumulan inilah
tamadun Islam dinamakan sebagai a complete way of life, iaitu cara hidup bertamadun
yang lengkap sempurna.

Kesempurnaan dan kemantapan tamadun Islam menggarap semua persoalan


kecil besar manusia dihuraikan oleh Hasan al-Bana sebagai ajaran Islam merangkumi
semua zaman dari segi panjangnya, meliputi semua lapisan umat dari segi luasnya dan
menjangkau persoalan dunia dan akhirat dari segi dalamnya. Ia juga menjawab hal-hal
kemanusiaan dari segi bukan setakat kesepaduan antara jasad dan roh (unity matter
and spirit), perimbangan antara kehidupan individu dan kolektif (balance between the
individual and society), kesejagatan dan kemanusiaan setempat, aspek berkembang
dan prinsip tetap (permanence and change) hal-hal yang telah berlaku dan akan
berlaku, malah banyak persoalan lagi.

Keistimewaan ciri ini, jika dilihat dalam lain-lain ajaran atau tamadun, tidak
didapati konsep kesepaduan dan rangkuman yang sebegini rupa. Malah kita akan
temui pemisahan yang nyata antara kehidupan beragama dan kehidupan hari-hari,
aktiviti ibadat dengan aktiviti ekonomi atau aktiviti agama dan pemerintahan, yang di
dalam sebutan falsafah moden sebagai “religion has weakened man’s social
conscience and moral sensitivity by separating the things of God from those of
Ceaser”. Atau dengan kata lain kehidupan beragama tidak diterjemahkan dalam
kehidupan sosial tamadun sehari-hari. Akibatnya, kita akan dapati manusia
bersembahyang di rumah ibadat pada suatu ketika, tetapi apabila di pejabat
melakukan kegiatan korupsi. Sebaliknya, tamadun Islam melihat satu pertalian yang
erat antara ibadat dengan pekerjaan harian (yang juga disebut ibadat umum).
Sembahyang umpamanya sebagai sumpahan taat setia di hadapan Tuhan yang perlu
direalisasikan dalam kehidupan nyata yang disifatkan oleh Prof. Nasr sebagai
mempunyai hubungan yang erat dalam konteks ibadat, kerja dan rehat.

Usaha menjelaskan kesempurnaan ini mendorong Prof. Yusof al-Qaradhawi


meringkaskan cakupan sistem akhlak dalam tamadun Islam dalam lima bentuk
hubungan:
I. Hubungan terhadap diri sendiri seperti menjaga kebersihan.
II. Hubungan terhadap keluarga seperti bergaul dengan baik dan adil.
III. Hubungan terhadap masyarakat seperti mengucap salam bila berjumpa.
IV. Hubungan terhadap alam sekitar seperti tidak melakukan kerosakan.
V. Hubungan terhadap Allah, yang merupakan setinggi hubungan seperti tidak
menyengutui-Nya dengan sesuatu apa pun.

Tegasnya, kesyumulan tamadun Islam merangkumi aspek akidah, syariat dan


akhlak. Atau dengan kata mudah, politik, ekonomi dan sosial tamadun Islam adalah
bersifat syumul.
Kesimpulan
Tamadun Islam adalah tamadun yang berasakan kepada wahyu Allah SWT. Lantaran
itu, tamadun Islam adalah tamadun yang bersifat Rabbani. Di dalam tamadun Islam,
sifat dan ciri utamanya adalah untuk mengangkat darjat dan status hidup manusia di
atas muka bumi ini selaras dengan fungsi mereka sebagai khalifah dan hamba kepada
Allah.

Tegasnya, ciri-ciri tamadun Islam merupakan usaha membangunkan insan dari


segenap potensi dan aspek material serta spiritual menurut acuan yang digariskan oleh
ajaran Islam.

Asas Dan Matlamat Tamadun Islam


Faktor yang mendorong kelahiran dan kecemerlangan tamadun islam adalah
tidak lain dari wahyu dan ajaran islam itu sendiri.Lantaran itu, Syed Qutb (1980)
mengatakan Islam itu sendiri adalah tamadun.Jika demikian, Islam adalah asas,
sumber dan pendorong kepada kemajuan atau tamadunnya.

Islam mungkin boleh difahami dalam pelbagai dimensi atau sudut. Secara
mudah ,keratan rentas Islam boleh dilihat dalam tiga aspek utama iaitu akidah , syariat
dan akhlak. Ketiga-tiga aspek inilah bertindak sebagai asas utama tamadun islam.
Tanpa asas ini, tamadun yang lahir mungkin bersifat bukan Islam kalau pun tidak
bertentangan.Dengan asas ini,tidak bermakna asas lain seperti manusia,alam dan
masa, seperti pandangan Malik Bennabi tidak penting. Ia bermaksud asas lain sekadar
menyokong kepada asas utama.

Akidah
Akidah adalah qasad atau keyakinan dalaman seseorang yang tersimpul kukuh
tentang kewujudan Tuhan dan kebenaran ajaran-Nya yang di bawa oleh Rasulullah
s.a.w untuk diamalkan sebagai cara hidup bertamadun. Keyakinan yang pasti tersebut
mestilah diikrarkan menerusi ucapan dan kata-kata.Manakala penghayatan terhadap
keyakinan dan ikrar tersebut menjadi syarat kesempurnaan akidah dan kecemerlangan
tamadun.

Struktur akidah Islam terdiri dari makrifat kepada Allah s.w.t tentang ketauhidan dari
segi Rububiyah, Uluhiyah dan Nama-nama dan Sifat-Nya.Makrifat yang pertama ini
umpama induk dan menatijahkan kepercayaan terhadap malaikat dan alam ghaib, para
rasul dan kitab-kitab, hari kiamat dan takdir Allah.

Keyakinan terhadap rukun akidah, perisytiharan terhadap semua perkara


akidah dan penghayatannya dalam pembinaan tamadun akan membawa kepada
implikasi yang besar. Antaranya, akidah yang benar akan melahirkan tamadun untuk
kesejahteraan manusia seperti amanah dalam perniagaan dan sebagainya.Sebaliknya,
tamadun tanpa didasari dengan akidah kepada Allah tidak menimbulkan hati yang
ikhlas dan jujur, mudah melakukan rasuah dan penipuan. Tegasnya, akidah yang
benar menjadikan manusia melakukan sesuatu kerana Allah dan bermatlamatkan
keredaan Allah. Lantaran itu,kegiatan tamadun merupakan alat untuk mencapai
matlamat tersebut.(Modh Nasir,1993)

Dengan menjadikan Allah s.w.t sebagai matlamat atau kegiatan tamadun


dilakukan atas nama dan kerana Allah, tanpa ada niat yang lain, jelas menunjukkan
bahawa asas tauhid telah difahami dan dimanifestasikan dalam kegiatan
harian.Manifestasi tauhid telah menyerap ke dalam seluruh aspek hidup laksana darah
mengalir dalam tubuh manusia. Unsur tauhid ini akan bertindak sebagai paksi atau
pengimbang kepada kegiatan manusia supaya tidak tersasar dari landasan untuk
menuju matlamat keredaan Allah dan kesejahteraan masyarakat.Dlam konteks ini,
Rasid yang merujuk kepada tuisan Prof. Al-Faruqi menjelaskan peranan tauhid
sebagai:

“Tauhid ialah asas dalam memberikan identiti kepada tamadun islam, yang
mengaitkan segala unsurnya, lalu menjadikan satu keutuhan satu wadah kukuh
bergelar tamadun.”

Menurut Syed Qutb (1980), implikasi tauhid dalam pembinaan tamadun antara lain
seperti berikut:

 Melahirkan pengabdian diri kepada Allah.


 Mwujudkan suasana berorganisasi atas asas akidah
 Meningkatkan keagungan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan
nilai kebendaaan.
 Berfungsi dan suburnya nilai kemanusiaan dan hilangnya sifar kebinatangan
 Terpelihara dan mantapnya kesucian keluarga
 Terlaksana fungsi manusia sebagai khalifah serta berdasarkan ketentuan dan
amanah Allah
 Terlaksananya syariat Allah dalam semua urusan kehidupan

Syariat
Perkataan syariat secara literal bermaksud jalan yang lurus atau sumber air yang
mengalir. Ia merujuk kepada segala peraturan yang ditanzilkan oleh Allah s.w.t ke
atas hamba-Nya supaya diimani dan diamali untuk kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Definisi ini mencirikan syariat mengandungi unsur pencipta iaitu Allah,
peraturan iaitu suruhan dan larangan ; sasaran iaitu hamba;tujuan iaitu untuk diimani
dan dihayati; dan bidangkuasa iaitu dunia dan akhirat.

Cakupan syariah merangkumi semua bentuk hubungan manusia dengan urusan


ketuhanan, sesama manusia dan makhluk lain di dunia nyata atau metafizik.Liputan
syariah ini sebenarnya melampaui cakupan tamadun moden Barat yang hanya
menjurus kepada urusan manusia dan alam sekitar sahaja. Pendek kata, cakupan
syariah menjelaskan tatacara aturan kehidupan tamadun manusia yang tersimpul
dalam dua bentuk ibadah.

Pertama,ibadah khusus:
Iaitu ibadat yang dikhususkan oleh Allah dari segi bentuk dan cara
perlaksanaannya yang terangkum dalam konteks syahadat,solat,zakat,puasa dan haji.

Kedua,ibadah umum:
Iaitu segala aktiviti yang disukai oleh Allah meliputi kegiatan tamadun
manusia yang baik dan menepati prinsip serta syarat yang ditentukan dalam aspek
politik, ekonomi, social dan sebagainya.

Sebagai asas,perlakuan segala aktiviti tamadun manusia mestilah menepati


aturan Allah dan tiadak boleh keluar dari sempadan ibadah.Dengan
demikian,matlamat syariat dan tamadun adalah selari.

Umpamanya,matlamat syariat adalah untuk memelihara perkara asas


kehidupan manusia iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal , maruah, harta dan
kebebasan. Tamadun Islam menjelaskan bahawa syarat kecemerlangan tamadun
adalah penghayatan agama seperti penjelasan Ibn Khaldun. Begitu juga dengan
penjagaan nyawa seperti larangan membunuh,penjagaan akal waras seperti larangan
minuman memabukkan, penjagaan maruah seperti anjuran menutup aurat dan
larangan zina, penjagaan harta seperti galakan bekerja yang halal dan tegahan mencuri
dan penghayatan.

Akhlak
Akhlak bererti tabiat atau maruah, sering disebut juga sebagai moral dan
etika. Ia merupakan sains yang mengkaji keadaan dalaman seseorang yang menjadi
pendorong untuk melahirkan tingkah laku luaran. Ringkasnya, akhlak ialah gambaran
batin atau keimanan seseorang.Ketinggian hati nurani(akhlak) adalah salah satu ciri-
ciri yang terdapat pada semua makhluk Tuhan khasnya manusia.Anugerah Tuhan ini
begitu besar ertinya kepada manusia kerana tanpanya manusia tidak akan dapat
meninggikan martabat dirinya,sedangkan ia sebenarnya meninggikan martabat
masyarakat seterusnya membina tamadun negara.
Akhlak ibarat praktikal dari keyakinan atau iman terhadap peraturan Tuhan
atau syariat dalam pembinaan tamadun. Misalnya,jika melakukan perniagaan secara
jujur ia disebut akhlak yang baik. Sebaliknya jika berniaga secara menipu, maka ia
menggambatkan akhlak yang buruk.Lantaran iman atau akidah adalah persoalan
dalaman dan sukar diukur,sementara syariat tidak bererti tanpa dihayati , maka
praktikal akhlaklah yang menjadi kriteria yang membezakan aktiviti tamadun itu
bersifat Islam atau bukan. Gambaran praktikal ini juga menjadi indikator
kepentingannya sehingga Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang
bermaksud:”Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kemuliaan
akhlak.” Tegasnya, akhlak itu adalah gambaran iman dan keislaman pelakunya.

Sebagai asas,akhlak dan tamadun mempunyai kepentingan dan hubungan yang


begitu erat.Antara implikasinya seperti :

Akhlak yang baik akan menghasilkan tamadun yang membawa kepada


kecemerlangan dan al-falah, kejayaan. Umpamanya, sifat amanah dan adil
mencerminkan tahap kualiti dalam amalan pengurusan.

Akhlak tang buruk pula melahirkan keemudaratan dan meruntuhkan tamadun


yang dibina.Misalnya,rasuah akan menghancurkan organisasi.

Kedudukan akhlak sebagai asas tamadun dirakamkan oleh Syauqi


Beq,seorang penyair Arab melalui puisi: Sesungguhnya,sesuatu bangsa itu kekal
selama akhlaknya kekal, namun apabila runtuh akhlaknya,bangsa itu pun hilang
lenyap.Dalam konteks ini, al-Quran(Surah al-Qasas 28:55) menyatakan:

“Dan sekali-kali Kami tidak membinasakan kota-kota,melainkan setelah penduduknya


melakukan kezaliman.”

Contoh penghayatan akhlak dalam Islam adalah seperti berikut:

 Akhlak terhdap diri sendiri seperti menjaga kebersihan dan kesihatan


 Akhlak terhadap keluarga seperti mentaati ibu bapa
 Akhlak terhadap komuniti seperti tolong menolong
 Akhlak terhadap alam sekitar seperti tidak melakukan kerosakan
 Akhlak kepada Allah seperti mengabdi diri dan tidak melakukan syirik

Sebagai rumusan,tamadun Islam berasaskan ajaran wahyu yang boleh difahami


dalam aspek akidah, syariat dan akhlak. Matlamatnya untuk menjaga tiga bentuk
hubungan manusia dengan Allah,sesame insane dan alam sekitar .Pengekalan
hubungan ini cukup penting dalam tamadun Islam demi kesejahteraan hidup dunia
agar kepentingan asasi terkawal iaitu agama , nyawa,akal,maruahh keturunan dan
harta. Kawalan terhadap kesejahteraan dan kepentingan asasi ini membolehkan
manusia mencapai kecemerlangan dalam kemajuan hidup dunia.Pada masa yang
sama,manusia dikira melaksanakan tugas khalifah dan ibadah kepada Tuhan untuk
mengutip keredaan Allah dan menyelamatkan diri dari bakaran api neraka pada Hari
Akhirat. Itulah dianggap sebagai al-falah, iaitu kejayaan yang hakiki lagi abadi.

Sumber Tamadun Islam


Tamadun Islam lahir dari epistimologinya yang tersendiri.Epistimologi yang
melahirkan pandangan semesta Islam dan seteusnya membentuk kebudayaan dan
tamadun Islam digambarkan sendiri oleh Allah s.w.t dari segi penamaan kandungan
ciri dan bentuk menerusi wahyu.Bagaimanapun, keupayaan manusia menterjemahkan
wahyu dalam kehidupan harian membuahkan satu pencapaian yang dinamakan
tamadun.

Umumnya,sumber ilmu atau sumber syariat Islam itu sendiri merupakan sumber
tamadun.Ada dua sumber yang membentuk tamadun Islam.
Pertama: Sumber Wahyu atau Naqli iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ia merupakan
sumber utama dan asasi atau induk yang mesti dirujuk.
Kedua : Sumber sokongan iaitu keupayaan manusia atau sumber luar dari dunia
Islam.

Wahyu
Sesungguhnya salah satu dasar akidah Islam ialah bahawa wahyu adalah satu-satunya
sumber agama.Wahyu itu sendiri terbatas pada dua hal,iaitu al-Quran al-Karim dan
hadis Nabi.Dua macam wahyu ini juga telah tertulis pada nas yang terbatas yang
berbentuk Alquran,dan dinukil oleh generasi umat ini dalam mushaf;sedangkan
wahyu ini berbentuk hadis dinukil oleh umat ini dari berbagai kumpulan kitab
hadis.Nas yang memiliki kapasitas sebagai wahyu ini mempunyai karakteristik dan
hukum tersendiri,baik dalam sifatnya maupun dalam kapasitasnya sebagai wahyu
Ilahi;baik dalam kondisinya yang memuat ajaran-ajaran dan petunjuk maupun dalam
cara pemaparan ajarannya kepada umat manusia.Tujuannya,agar ia dapat
tergambarkan oleh akal manusia dalam rangka menerima kewajiban.

Al-Quran
Al-Quran merupaka wahyu Tuhan kepada manusia diturunkan dalam bahasa Arab
bukan sahaja lengkap tetapi tidak berubah.Kandungan yang dibawa oleh al-Quran
melintasi sempadan keupayaan akal manusia,ada yang berupa prinsip umum dan ada
yang dalam bentuk gambaran secara detail mengenai banyak perkara.Kandungan
lebih 6000 ayat al-Quran menjelaskan hubungan antara manusia dengan Tuhan dan
alam ghaib, hubungan manusia dengan manusia lain dan hubungan dengan makhluk-
makhluk lain. Berbanding dengan kitab-kitab suci samawi lain,al-Quran menyatakan
dengan terang dan jelas bahawa ia merupakan wahyu dan terlalu banyak ayatnya yang
menerangkan bahawa ia datang dari Allah s.w.t.Menerusi kajian dan
penelitian,terdapat sarjana-sarjana Islam kontemporari yang memperkatakan
mengenai al-Quran sebagai sumber wahyu dari Allah s.w.t dan merupakan sebuah
mukjizat.Antaranya ialah ialah Dr.Yusuf al-Qaradawi yang menjelaskan bahawa al-
Quran adalah Kalam Allah yang tulen,tidak dicampur dengan pemikiran dan hawa
nafsu manusia yang penuh dengan unsur-unsur penyelewengan,dan seratus peratus
dari Allah s.w.t.Wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w yang kemudian
menerima,menjaga dan menyampaikan kandungan ajarannya kepada umat manusia
melalui perantaraan malaikat,Jibril.Manakala Abd al-Qadir ‘Audah pula menjelaskan
bahawa syariat Islam sebagaimana terkandung dalam al-Quran bukanlah ciptaan
manusia,dan berlaku ke atas perundangan ciptaan manusia.Berdasarkan bukti-bukti
dan hujah-hujah ini,termasuk dari fakta-fakta sejarah dan kandungan al-Quran itu
sendiri,dapat disimpulkan bahawa al-Quran itu merupakan suatu mukjizat dan tidak
mungkin dicipta oleh manusia,khasnya Rasulullah s.a.w.Pengakuan Allah
s.w.t.,menerusi firman-firmannya dalam al-Quran memberikan pengukuhan kepada
pemikiran manusia bahawa ia adalah wahyu dari Allah s.w.t.

Sunnah
Al-Sunnah merujuk kepada segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w yang tercerna dalam bentik perkataan,perbuatan dan pengakuan baginda bukan
dalam hal-hal semula jadi seperti warna kulit dan seumpamanya. Sunnah berfungsi
sebagai pengyokong,penjelas dan pembuat pengecualian terhadap wahyu al-
Quran.Maksudnya,segala kata-kata,perbuatan dan pengakuan baginda ketika
menyokong dan menguatkan pandangan al-Quran; menjelaskan atau menerangkan
sesuatu kesamaran seperti cara bersolat; dan mengkhusus atau mengecualikan sesuatu
seperti cara bersolat; dan mengkhusus atau mengecualikan sesuatu seperti halal
memakan bangkai ikan menjelaskan kedudukannya sebagai sumber tamadun yang
perlu dirujuk dan tidak cukup berpegang dengan al-Quran sahaja.

Hubungan al-Quran dengan al-Hadis


Menganai hubungan kitab suci al-Quran al-Karim dengan al-Hadis,kedua-duanya
memiliki hubungan rapat kerana berasaskan sumber yang sama iaitu wahyu Allah
s.w.t.Walaupun hadis itu dari Rasulullah s.a.w, namun dari sudut ajarannya tetap
berpandukan wahyu. Rasulullah s.a.w, sebagai pesuruh Allah akan menerima ajaran
dan arahan untuk disampaikan kepada umat manusia, mesti diikuti dan ditaati oleh
umatnya berdasarkan wahyu. Rasulullah s.a.w juge melakukan ijtihad, tetapi bukanlah
bererti terlepas dari panduan wahyu, kerana ijtihad itu lebih banyak bertujuan untuk
memberi pengajaran kepada umatnya.

Hubungan al-Quran dengan habis dirapatkan lagi dengan pergantungan antara satu
sama lain. Al-Quran memerlukan hadis, kerana banyak perkara umum ditafsirkan dan
diberi secara terperinci oleh hadis. Seandainya, tiada tafsiran dari habis banyak
perkara dalam al-Quran tidak dapat difahami dan dilakukan. Begitu juga habis
memerlukan al-Quran, kerana al-Quran merupakan induk kepada hadis dan tanpa al-
Quran agama Islam tiada.
Menurut al-Sayyid Nawfal, al-Quran diturutkan untuk menerangkan urusan Islam
kesemuanya. Manakala peranan al-Hadis atau al-Sunnah ialah menerangkan dan
mentafsirkan al-Quran. Denagan itu, hadis diperlukan untuk memahami al-Quran.
Dari sudut ini, ada beberapa persamaan dengan peranan mahkamah(hakim) yang
mentafsirkan undang-undang,termasuk undang-undang perlembagaan
negara.Dr.Mustafa al-Siba’i menerangkan bahawa banyak ayat al-Quran diturunkan
dalam bentuk umum,dengan tidak diperincikan.Maka itu banyak hukum tidak dapat
dilaksanakan jika tidak dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. untuk mengetahui kedudukan
yang jelas.Penjelaskan hukumnya adalah Rasulullah s.a.w. yang bertindak sebagai
jurucakap dan penjelaskan dari Tuhan.

Namun begitu,wujud satu fahaman yang berpendapat bahawa hadis tidak diperlukan
kerana al-Quran merupakan kitab yang sempurna dan terdapat di dalamnya segala
yang diperlukan.Antara hujah fahaman ini ialah kerana terdapat ayat yang
menyebut,firman Allah s.w.t. yang bermaksud:Dan tidaklah binatang-binatang yang
ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya
melainkan umat seperti kam juga.Tidaklah kami alpakan sesuatupun di dalam al-
Kitab,kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan(Surah Al-An’aam:Ayat
38).Ayat di atas,jelas menyatakan bahawa setiap sesuatu terdapat di dalam al-
Kitab,namun yang dimaksudkan dengan al-Kitab di sini ialah Luh
Mahfuz.Kebanyakkan ahli tafsir berpendapat demikian,misalnya al-Qurtubi dan al-
Maraghi yang lebih bersetuju kepada Luh Mahfuz.Berdasarkan hubungan ayat di atas
dengan bahagian sebelum dan selepasnya,ia menunjukkan hubungannya dengan ilmu
Allah s.w.t. .Maka ia lebih bersesuaian dengan maksud Luh Mahfuz.

Walaupun begitu,ulama tafsir yang berpendapat bahawa maksud al-Kitab itu ialah al-
Quran,tidaklah bererti bahawa mereka bersetuju terdapat semua perkara di dalam al-
Quran.Ini kerana,maksudnya ialah al-Quran mengandungi semua perkara (lengkap)
secara umum.Maksud tersebut adalah jelas,iaitu perkara-perkara yang berhubung
dengan sains dan teknologi tidak disebut di dalam al-Quran,dan kalau disebut ia
adalah secara sepintas lalu sahaja.

Dalam perkara-perkara tertentu jelas bahawa al-Quran memerlukan tafsiran


hadis,kerana hadis lebih memperincikan.Misalnya,seseorang yang mempelajari Islam
melalui al-Quran sahaja,maka bagaimanakah dia dapat melakukan ibadat
sembahyang,haji dan sebagainya?Ini kerana keterangan melakukan ibadat-ibadat
tersebut dengan terperincinya tidak disebut di dalam al-Quran.

Hubungan,saling bergantungan dan gandingan antara al-Quran dan hadis dapat dilihat
dalam beberapa ayat al-Quran.Antaranya firman Allah s.w.t. yang bermaksud:...Apa
yang diberikan Rasul kepada kamu maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya ke
atas kamu maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah,kerana sesungguhnya
Allah sangat keras hukuman-Nya(Surah Al-Hasyr:Ayat 7).Ayat ini dengan jelas
menyebut mengenai kewajipan setiap orang untuk mematuhi semua perintah
Rasulullah s.a.w. dan mengikuti perintahnya.Kewajipan tersebut ditujukan kepada
umat terdahulu dan umat kini,dan tidak terhad kepada para sahabat atau yang sezaman
dengan Rasulullah s.a.w. sahaja dan berterusan.

Dalam hubungan ini Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:Dan taatlah kamu
kepada Allah dan Rasul-Nya,supaya kamu diberi rahmat(Surah Ali’Imran:Ayat
132).Firman Allah s.w.t. lagi,yang bermaksud:Katakanlah,Taatlah kepada Allah dan
Rasul-Nya.Jika kamu berpaling,maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang kafir(Surah Ali’Imran:Ayat 32)dan Wahai orang-orang yang beriman, taatlah
kepada Allah dan taatlah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu.Kemudian,jika
kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,maka kembalikan ia kepoada Allah (al-
Quran) dan Rasul (sunnah),jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian.Demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya(Surah An-Nisaa’:Ayat
59).Ketiga-tiga ayat tersebut menyentuh tentang orang Islam diperintahkan supaya
taat kepada Rasul,pesuruh Allah s.w.t.Ayat-ayat tersebut tidak boleh digunakan pada
masa kini,sekiranya ketaatan kepada Rasulullah itu berlaku hanya pada zaman
kehidupan baginda.Ini sudah tentu bercanggah dengan dasar ayat-ayat tersebut,kerana
ia tiada nas yang menunjukkan demikian.Perintah supaya kembali kepada Allah s.w.t.
dan Rasul-Nya jika berlaku kelainan pendapat ialah kembali kepada al-Quran dan
sunnah Rasul selepas wafatnya.Maksud tersebut jelas kerana taat akan Allah
membawa erti mengikut kitab-Nya,al-Quran;taat aan Rasul bererti mengamalkan
sunnah dan taat akan ulul amri ialah mengikuti perintah-perintah yang tidak
bercanggah dengan kehendak Allah s.w.t.

Sumber Sokongan
Sumber sokongan merujuk kepada segala sumber bukan wahyu terdiri dari keupayaan
insan menggunakan segala potensi dan fakulti. Antara sumber keupayaan insan
termasuklah:

 Akal
 Pancaindera yang lima
 Pengalaman atau iktibar sejarah kehidupan dan sumpamnya.
 Adat tradisi atau norma masyarakat
 Budaya ilmu assing atau tamadun luar yang masuk ke dunia Islam juga
diiktiraf oleh Islam sebagai sumber kebudayaan dan tamadun Islam.
Misalnya,Islam mengiktiraf teknologi warna dan kertas China.

Kedua-dua sumber wahyu dan sokongan berfungsi untuk membina tamadun dalam
Islam.Bagaimanapun,keupayaan insan melalui akal,pengalaman,ilmu dan budaya luar
itu mesti selaras dan tidak bertentangan dengan prinsip al-Quran dan Sunnah. Apabila
berlaku pertentangan antara sumber sokongan dengan sumber wahyu,maka sumber
wahyu yang harus diutamakan.Ini adalah kerana kebenaran daripada sumber wahyu
bersifat mutlak.Manakala sumber sokongan yang datang dari keupayaan manusia
bersifat terbatas,sementara,relatif dan berubah-ubah.

Sikap pengiktirafan terhadap sumber luar ini menunjukkan sikap terbuka Islam dan
kesedaran tentang kesejagatan manusia serta asal usul manusia yang sama iaitu
Adam.Sikap seperti ini menjamin kelangsungan ilmu melambangkan kreativiti
tamadun Islam dan menjana tamadun yang lebih tinggi dari tamadun lain.

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia-Ramli Awang,Mohd Nasir Ripin,Zulkiflee


Haron
Pemahaman Islam Antara Rakyu Dan Wahyu-Dr.Abd.Majid al-Najjar-
PENERBIT PT REMAJA ROSDAKARYA BANDUNG
Kursus Tamadun Islam&Pendidikan Moral-Ghazali Darusalam-UTUSAN
PUBLICATIONS&DISTRIBUTORS SDN BHD 2000
Al-Quran&Sunnah Serta Penemuan Moden-Ahmad Ibni Muhammad-DARUL
NU’MAN
Tamadun Islam dan Tamadun Asia-Penerbit Universiti Malaya
Pengantar Institusi-institusi Islam-Azhar Muhammad-PUSAT PENGAJIAN
ISLAM&PEMBANGUNAN SOSIAL UTM SKUDAI JOHOR DARUL TA’ZIM
2002

You might also like