You are on page 1of 2

TEL: 04-4765230/04-4761332

Ruj.Kami : SMKKP 100-2/8/1 ( 24 )


Tarikh : 1 November 2020

Yang Dipertua PIBG,


SMK Kuala Pegang,
09110 Baling,
Kedah

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENGGANTIAN 3 UNIT PENGHAWA DINGIN
DI MAKMAL ICT SMK KUALA PEGANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah memerlukan dana sebanyak RM9300.00
untuk menggantikan penghawa dingin di makmal ICT SMK Kuala Pegang yang telah rosak
dan tidak ekonomik untuk dibaiki. Keadaan ini menyebabkan makmal ICT tidak konduksif
untuk digunakan semasa sesi pengajaran. Justeru, kami ingin memohon sumbangan
kewangan daripada pihak tuan untuk tujuan tersebut.

3. Bersama ini disertakan kertas cadangan untuk pertimbangan pihak tuan.


Sumbangan boleh disalurkan seperti butiran di bawah:

NAMA PENERIMA : PIBG SEK MEN KUALA PEGANG


NAMA BANK : BANK ISLAM BERHAD
NO. AKAUN : 02048010005014
4. Kerjasama dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

____________________________
ROSLAN BIN MD DESA
PENGETUA
SMK KUALA PEGANG

You might also like