You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

Ruj.Kami : SMKKP 100-2/8/1 ( 23 )

TEL: 04-4765230/04-4761332

Tarikh : 13 Oktober 2020


Tuan Haji Zabidi Bin Nasan
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Tingkat Bawah Lot 1, Bangunan TH
148 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur,Malaysia.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENGGANTIAN 6 UNIT PENGHAWA DINGIN


DI MAKMAL ICT SMK KUALA PEGANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami memerlukan dana sebanyak RM21000.00
untuk menggantikan penghawa dingin di makmal ICT SMK Kuala Pegang yang telah rosak dan
tidak ekonomik untuk dibaiki. Keadaan ini menyebabkan makmal ICT tidak konduksif digunakan
oleh murid-murid semasa sesi pengajaran. Justeru, kami ingin memohon sumbangan
kewangan daripada pihak tuan untuk tujuan tersebut.

3. Bersama ini disertakan kertas cadangan untuk pertimbangan pihak tuan. Sumbangan
boleh disalurkan seperti butiran di bawah:

NAMA PENERIMA : PIBG SEK MEN KUALA PEGANG


NAMA BANK : BANK ISLAM BERHAD
NO. AKAUN : 02048010005014
4. Kerjasama dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan didahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

____________________________
EN MOHD KHIR B ABDUL WAHAB
YANG DIPERTUA PIBG
SMK KUALA PEGANG

You might also like