You are on page 1of 3

Soalan :

-Huraikan konsep ummah dan proses pembentukannya di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.
-Huraikan konsep ummah dan proses pembentukannya di Makkah dan Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.
- Nabi Muhammad saw telah melaksanakan pelbagai usaha ke arah pembentukan ummah di Madinah. Ulaskan
pemyataan tersebut.

Pendahuluan
1. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan kesan yang besar kepada
perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya negara Islam, bahkan telah mengubah landskap
politik, ekonomi dan social di Madinah.
2. Sebelum penghijrahan nabi, struktur social masyarakat dibelenggu dengan fahaman assabiyah yang melampau
dan bersifat individualistik.
3. Namun, senario ini berubah apabila nabi berjaya mengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep
ummah yang saling menghormati antara satu sama lain.

Isi-isi utama
A. Konsep ummah
° Ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud rakyat, umat atau masyarakat manusia. Umat juga
bermaksud pengikut sesuatu agama atau nabi.
° Ummah disebut dalam Al-Quran sebanyak 40 kali yang merangkumi manusia dan jin.
° Dalam konteks di Madinah, ummah merujuk kepada seluruh warga Madinah.
° Berdasarkan Piagam Madinah, konsep ummah ini jelas menggambarkan wujudnya dua kelompok masyarakat yang
utama iaitu masyarakat Islam yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat non muslim yang
majoritinya berbangsa Yahudi namun berada di bawah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
° Golongan Muhajirin merupakan golongan pendatang dari Makkah yang berhijrah bersama-sama nabi Madinah.
° Golongan Ansar yang majoritinya petani merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan
Khazraj. Terdapat juga orang Parsi dan Yahudi Madinah yang telah memeluk Islam dan dianggap sebahagian daripada
golongan Ansar.
° Kaum Yahudi pula dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizah.
° Pada zaman jahiliah, memang wujud umat yang setia akan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Isa tetapi jumlahnya terlalu
sedikit. Dalam konteks Islam, umatnya ialah penganut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

B. Proses pembentukan ummah


1. Proses awal pembentukan ummah di Makkah
° Proses pembentukan ummah sebenarnya telah bermula di Makkah lagi iaitu sejak Nabi Muhammad SAW menerima
wahyu pertama pada tahun 610M. Nabi memulakannya melalui proses dakwah yang berlangsung secara sulit dan
terbuka.
° Dakwah secara sulit ditumpukan kepada kaum keluarga nabi dan sahabat terdekat. Hasilnya, beberapa individu
terkemuka menerima Islam. Antaranya ialah Siti Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar as-Siddiq dan Uthman al-Affan.
° Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit, nabi meneruskan dakwah secara terbuka. Bermula
penentangan kaum Quraisy terhadap dakwah nabi.

2. Perjanjian Aqabah I dan II perintis pembentukan ummah


o Kesukaran membentuk masyarakat Islam di Makkah menyebabkan Nabi Muhammad SAW mengubah strategi dakwah.
Tumpuan nabi beralih kepada rombongan yang datang mengerjakan ibadat haji di Kota Makkah.
o Pada musim haji tahun 621M, Nabi Muhammad SAW telah mengadakan Perjanjian Aqabah I di Makkah dengan
masyarakat Arab Madinah (golongan Ansar) dan mereka menerima Islam. Mus’ab bin Umair (golongan Muhajirin)
dihantar ke Madinah untuk mengajar syariat Islam dan ayat-ayat al-Quran kepada penduduk di situ.
° Pada musim haji tahun 622M, nabi telah mengadakan Perjanjian Aqabah II di Makkah dengan 73 orang penduduk dari
Madinah (golongan Ansar).
° Nabi melantik 12 orang naqib (pembimbing) dari kalangan Ansar (9 dari suku Khazraj dan 3 dari suku Aus) untuk
menyebarkan dakwah secara meluas di kalangan penduduk Madinah.
o Golongan Ansar sanggup menerima Islam dalam keadaan di mana orang-orang kafir Makkah menentangnya dengan
hebat. Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama nabi.
° Misi dakwah ini menjadi titik tolak kepada perkembangan Islam secara menyeluruh di Madinah dan merintis
penglibatan golongan Ansar dalam gerakan dakwah.
° Perjanjian ini merintis jalan penghijrahan nabi dan golongan Muhajirin ke Madinah. Penghijrahan ini menjadi asas
kepada penyatuan dan penguasaan politik umat Islam di Madinah. Dapat mengurangkan penderitaan golongan
Muhajirin di Makkah.

3. Penyatuan suku Aus dan Khazraj


° Kedua-dua kaum ini telah lama bermusuhan sehingga berlakunya peperangan yang panjang seperti Perang Buath.
° Dalam usaha membentuk ummah, nabi telah menyatukan suku Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Semua persengketaan
dan perselisihan adalah terhapus setelah mereka memeluk Islam. Tiada sesiapapun sesudah itu boleh menuntut bela
atau menuntut hutang darah.
° Justeru itu persaudaraan Islam yang dibina oleh nabi telah menggantikan semangat assabiyyah. Penyatuan masyarakat
yang dibentuk oleh nabi ini tidak lagi berdasarkan keturunan atau suku, sebaliknya melalui ikatan aqidah Islam yang
sama.
° Ini merupakan titik tolak kepada pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama.

4. Penyatuan kaum Ansar dan Muhajirin


° Nabi Muhammad SAW juga turut mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan penduduk Ansar melalui semangat
persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan di antara golongan
Muhajirin dan Ansar
o Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri. Namun hubungan persaudaraan dilakukan tanpa
mempunyai implikasi persaudaraan nasab (keturunan) termasuk hak pusaka.
° Contohnya nabi mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Mutalib (Muhajirin) dengan Zaid bin Harith (Ansar) dan Umar
al-Khattab (Muhajirin) dengan Utbah bin Malik (Ansar). Perpaduan ini telah mempercepatkan lagi pembentukan ummah
di Madinah.
o Dengan penyatuan tersebut maka umat Islam menjadi golongan majoriti di Madinah. Keadaan ini menambahkan lagi
jaminan keutuhan dan kekuatan umat dan agama Islam.

5. Pembentukan ummah merangkumi seluruh warga Madinah melalui Piagam Madinah


° Sebagai langkah pertama pembentukan Negara kota Madinah, nabi telah merangka sistem perundangan yang
bersumberkan wahyu yang dikenali Piagam Madinah. Piagam ini mengandungi 47 fasal yang menyentuh tentang
jaminan hak orang Islam, hak orang bukan Islam dan hak serta tanggungjawab bersama Antara orang Islam dan bukan
Islam, persamaan taraf, kebebasan beragama dan jaminan keadilan yang bertujuan menyatupadukan warga Madinah
yang berbilang bangsa dan agama.
° Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai zimmi dan patuh kepada perlembagaan Madinah. Ini
membuka jalan kepada pembentukan ummah di Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum di bawah pemerintahan
kerajaan Islam.
- Salah satu fasal penting dalam piagam ini ialah pengenalan konsep ummah yang merujuk kepada semua warga
Madinah yang beragama Islam dan bukan Islam di mana mereka wajib hidup saling hormat menghormati dan
mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagi pemerintah Madinah. Piagam ini turut memperkukuhkan lagi
persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.
° Justeru, dalam konteks negara Madinah, ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi dan
Nasrani. Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam Piagam
Madinah. Namun, bila mana kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah akibat pengkhianatan mereka, maka konsep
ummah terbatas kepada umat Islam sahaja.

6. Pembentukan ummah terdiri dari umat Islam sahaja


- Konsep ummah yang dibentuk oleh nabi melalui Piagam Madinah mengalami perubahan berikutan pencabulan yang
dilakukan oleh kaum Yahudi.
° Masyarakat Yahudi diusir dari Madinah apabila mereka tidak mematuhi Piagam Madinah.
° Selepas peristiwa tersebut, konsep ummah hanya merujuk kepada masyarakat Islam yang berpaksikan aqidah yang
sama serta mengamalkan konsep ukhuwwah Islamiah.
° Ummah Islam di Madinah terbahagi kepada dua golongan utama, iaitu Muhajirin dan Ansar. Golongan Muhajirin
mendapat bantuan dan kemudahan hidup daripada golongan Ansar. Kedua-dua kumpulan ini dapat bekerjasama dan
hidup sebagai satu ummah.
° Golongan Muhajirin tidak lagi menganggap mereka berasal dari kota Makkah manakala golongan Ansar tidak pula
menganggap golongan Muhajirin sebagai pendatang. Mereka bersatu hati dan mencurahkan kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi dalam menjaga kedaulatan Madinah. Ikatan persaudaraan dibentuk berasaskan kesatuan keimanan dan
tauhid yang sama. Keadaan ini membolehkan mereka hidup aman dan tenteram.
° Kaum Ansar saling berganding bahu dengan kaum Muhajirin mempertahankan agama dan Negara Islam sesuai dengan
apa yang diperuntukkan dalam Piagam Madinah. Mereka telah memainkan peranan penting dalam ekspedisi-ekspedisi
peperangan seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Iain-lain. Sebahagian mereka menjadi ahli majlis syura tertinggi
dan membantu nabi dalam jentera pentadbiran negara.

7. Masjid sebagai pusat penyatuan ummah


° Pada peringkat awal nabi telah mendirikan Masjid Quba dan Masjid Nabawi yang berfungsi sebagai pusat ibadat dan
tempat pertemuan masyarakatnbagi membincangkan hal-hal semasa termasuk agama, politik, ekonomi dan sosial.
° Justeru itu masjid berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan ummah Madinah yang bersatu
padu.

8. Mengawal dan membendung kegiatan kaum munafik.


o Pembentukan ummah Madinah mengalami sedikit rumit kerana kaum munafik merupakan mereka yang berpura-pura
memeluk Islam tetapi berniat jahat untuk memecah belah dan menghancurkan masyarakat Islam.
° Ketua golongan munafik ialah Abdullah bin Ubay yang mempunyai hubungan erat dengan orang Yahudi dan
merupakan musuh utama umat Islam.
° Melalui wahyu, nabi menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik.
° Langkah nabi berjaya kerana tiada berlaku permusuhan secara terbuka dan kematian ketuanya Abdullah bin Ubay
melenyap cita-cita kaum Munafik.
° Selepas kematian Abdullah bin Ubay, kaum munafik menjadi lemah. Mereka dihapuskan oleh Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq melalui gerakan al-Riddah.

Kesimpulan
1. Pembentukan ummah mencerminkan kewibawaan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pemimpin
dalam menyatukan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
2. Penyatuan ummah diteruskan oleh khalifah-khalifah pada zaman Khalifah al-Rasyidin.

You might also like