You are on page 1of 41

POLITEKNIK MUKAH

INOVASI KON KESELAMATAN BERCAHAYA


MENGGUNAKAN AIR GARAM

JESSPER AK PHILIP 20DKA20F2016


KENNEDY AK JAMPI 20DKA20F2020
CHRISTIAN VERI AK 20DKA20F2040
REMONG

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

SESI I 2022/2023
POLITEKNIK MUKAH

INOVASI KON KESELAMATAN BERCAHAYA


MENGGUNAKAN AIR GARAM

JESSPER AK PHILIP 20DKA20F2016


KENNEDY AK JAMPI 20DKA20F2020
CHRISTIAN VERI AK 20DKA20F2040
REMONG

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam


sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Awam

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

SESI I 2022/2023

ii
AKUAN KEASLIAN HAK MILIK

INOVASI KON KESELAMATAN BERCAHAYA


MENGGUNAKAN AIR GARAM

1. Kami, JESSSPER ANAK PHILIP (NO KP:000416-13-0707),


KENNEDY ANAK JAMPI (NO KP:000107-13-0797), dan CHRISTAIN
VERI ANAK REMONG (NO KP: 000000-13-1111) adalah pelajar
Diploma Kejuruteraan Awam ,Politeknik Mukah, yang beralamt di
Jalan Oya, KM 7.5, 96400 Mukah, Sarawak.
2. Kami mengakui bahawa “Inovasi Kon Keselamatan Bercahaya
Menggunakan Air Garam” dan harta intelek yang ada di dalamnya adalah
hasil karya/reka cipta alsi kami tanpa mengambil atau meniru mana – mana
harta intelek daripada pihak lain.
3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek “Inovasi Kon
Keselamatan Bercahaya Menggunakan Air Garam” kepada Politeknik
Mukah bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Awam kepada kami.

Diperbuat dengan sebenar – benarnya diakui oleh yang tersebut,


a) JESSPER ANAK PHILIP ___________________
( NO KP: 000416-13-0707) (JESSPER ANAK PHILIP)
b) CHRISTAIN VERI ____________________
(NO KP: 020517-13-0691) (CHRISTAIN VERI)
c) KENNEDY ANAK JAMPI ____________________
(NO KP: 000107-13-0707) (KENNEDY ANAK JAMPI)

Di hadapan kami SITI HAWA BINTI KADIR _____________________

(SITI HAWA BINTI KADIR)

Penyelia Projek pada Tarikh:________________

iii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana


dengan limpah dan kurnianya, kami dapat menyiapkan penulisan laporan akhir ini bagi
memenuhi syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah ini
dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Siti Hawa Binti
Kadir, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat
dalam membantu kami menyiapkan projek ini. Selain itu, kami juga ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Politeknik Mukah,
Sarawak atas kemudahan yang telah disediakan kepada para pelajar seperti kemudahan
pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan
kemudahan Wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dangan kerja kursus ini.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan
kami atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan serta ini. Akhir sekali, kami
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi
memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam
menyalurkan pandangan dan maklumat yang sepanjang kami menyiapkan kerja kursus
ini.

i
ABSTRAK

Inovasi kon keselamatan bercahaya menggunakan air garam ini adalah untuk
menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan kon keselamatan
biasa yang terdapat di pasaran. Objektif projek ini adalah untuk melakukan
penambahbaikan fungsi kon keselamatan bercahaya yang sedia ada. Selain itu, inovasi
ini juga untuk menilai keberhasilan penggunaan Kon Keselamatan Bercahaya
Menggunakan Air Garam dalam kalangan pengguna kenderaan persendirian ketika
berhadapan situasi kecemasan di atas jalan raya dengan menggantikan sumber elektrik
seperti bateri dengan sumber efektif seperti air garam yang mudah didapati. Inovasi ini
juga adalah untuk mencipta Kon Keselamatan yang dapat menjimatkan ruang dalam
kenderaan persendirian. Setelah mengkaji spesifikasi rekabentuk produk, rekabentuk
konsep dibuat terlebih dahulu dengan mengeluarkan idea – idea rekabentuk dapat
dihasilkan dan pemilihan rekabentuk konsep dapat dilakukan.

ii
ABSTRACT

The innovation of this luminous safety cone using salt water is to solve the safety
problems associated with the use of ordinary cones available in the market. The
objective of this project is to improve the existing luminous safety function. In addition,
this innovation is also to evaluate the effectiveness of the use of Illuminated Safety
Cones Using Salt Water among private vehicle users when faced with emergency
situations on the road by replacing electrical sources such as batteries with effective
sources such as readily available salt water. This innovation is also to create a Safety
Cone that can save private vehicle space. After studying the product design
specifications, the concept design is made first by generating ideas - design ideas can
be produced and the selection of the concept design can be done.

iii
SENARAI KANDUNGAN

BAB PEKARA MUKA SURAT

AKUAN KEALSIAN DAN HAK MILIK


PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
SENARAI KANDUNGAN iv
SENARAI RAJAH vi

1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Latar Belakang 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Projek 3
1.5 Skop Projek 4
1.6 Kepentingan Projek 4
1.7 Jangkaan Dapatan Projek 4
1.8 Rumusan 5

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 6
2.2 Kajian Terdahulu 7
2.3 Permasalahan 9
2.4 Kelebihan Kon Keselamatan 13
2.5 Jenis-Jenis Kon Keselamatan 16
2.6 Rumusan 16

iv
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 17
3.2 Carta Alir Metodologi 18
3.3 Permulaan 19
3.4 Perbincangan Tajuk 19
3.5 Pemilihan Tajuk 19
3.6 Soal Selidik 20
3.7 Hasil Jangkaan 20
3.8 Pemilihan Bahan 21
3.9 Rumusan 21

4 HASIL JANGKAAN
4.1 Pengenalan 22
4.2 Proses Pembuatan Projek 24
4.3 Rumusan 25

5 KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 26
5.2 Kepentingan Projek 26
5.3 Kesimpulan Projek 27
5.4 Rumusan 27

6 RUJUKAN 28
7 LAMPIRAN 29

v
SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kon Yang Digunakan 8


2.2 Retractable Safety Cone 11
2.3 PE With Sandbase Traffic Cone 11
2.4 Soft PVC Traffic Cone 12
2.5 PE With Rubber Base Traffic Cone 12
2.6 Soft Eva Lane Divider 13
2.7 T-Top Delinecator Post 13
3.1 Carta Alir Metodologi 18
3.2 Soal Selidik Bersama Jurutera Tapak 20
Projek Iaitu Encik Adrickson Anak
Jonathan
3.3 Kon Keselamatan dan Emergency Lamp 21
Salt Water
4.1 Ujian Multimeter 22

vi
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kon keselamatan yang pertama telah dicipta pada tahun 1914 oleh Charles P.
Rudabaker. Pada ketika itu, kon keselamatan diperbuat dari bahan yang tidak sesuai
iaitu konkrit. Di dalam bahasa Inggeris, kon keselamatan dipanggil ‘traffic cone’ dan
ada juga yang memanggilnya sebagai ‘road cones’, ‘safety cones’, ‘pylons’ dan juga
‘witches hats’ Hari ini, kebanyakan kon keselamatan di pasaran adalah diperbuat
daripada plastik ataupun getah. Kon keselamatan sepatutnya direka bentuk dengan ciri
– ciri seperti mudah dilihat dan mudah dialihkan. Pelbagai saiz kon keselamatan telah
digunakan sejak dari dahulu hingga ke hari ini, tetapi mengikut spesifikasi yang
sepatutnya, kon hendaklah mempunyai saiz dalam lingkungan 30 sentimeter hingga ke
1 meter (rujukan:“Cones For Traffic” – www.UKTrafficCone.com).

Kon keselamatan merupakan suatu alat keselamatan yang digunakan sebagai


isyarat atau tanda amaran yang ringkas kepada pengguna jalan raya untuk mengarahkan
lalu lintas sementara berjalan dengan teratur dan selamat. Kon keselamatan bertindak
sebagai medium pemberitahuan bahawa kerja-kerja pembinaan atau terdapat kenderaan
lain yang sedang diletakkan berhampiran dengan kon tersebut. Kon ini juga dinyatakan
sebagai pemisah atau penyambung lorong semasa sesuatu kerja pembinaan jalan raya
atau kemalangan kecil dan besar berlaku.

Kon keselamatan bercahaya yang ada di pasaran mempunyai teknologi


pencahayaan moden yang menggunakan bateri atau mempunyai fungsi pantulan
cahaya. Walau bagaimanapun, kon keselamatan biasa tetap menjadi pilihan kerana
kosnya yang murah. Hal ini berlaku demikian kerana, kon keselamatan ada di pasaran
mempunyai harga yang agak mahal mengikut kelebihan fungsi tersendiri seperti fungsi
pencahayaan menggunakan teknologi moden atau fungsi pantulan cahaya.

1
Selain itu, kon keselamatan yang mempunyai fungsi pencahayaan menggunakan
teknologi moden agak mahal dan tidak berbaloi digunakan kerana, sekiranya
mengalami kerosakan, kos pembaikan yang tinggi atau tidak dapat dibaiki lagi. Akan
tetapi, inovasi kon keselamatan bercahaya hanya menggunakan barang yang terdapat di
kedai tempatan yang murah dan mudah didapati.

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Inovasi yang dicipta adalah kon keselamatan yang sedia ada dipasaran. Idea ini
terhasil daripada penggunaan kon keselamatan yang sedia ada yang digunakan oleh
pemandu kenderaan persendirian. Dimana kon keselamatan bercahaya menggunakan
air garam yang dicipta dapat menjadi pilihan pemandu kenderaaan pesendirian ketika
dalam perjalanan menuju destinasi. Melalui inovasi kami ini juga kami dapat
memanfaatkan air garam menjadi sumber inovasi tenaga pencahayaan jalan raya yang
digunakan. Selain itu penambahbaikan dari segi kon keselamatan yang mudah dibawa
dan disimpan didalam kenderaan masing-masing. Inovasi ini akan memudahkan
pengguna jalan raya menggunakan kon keselamatan bercahaya untuk mengelakan jika
berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan di bahu jalan raya.

2
1.3 PENYATAAN MASALAH

Mengikut artikel SelangorKini (https://selangorkini.my/2018/06/bawa-kon-


keselamatan-cegah-kemalangan/ ). SHAH ALAM, 13 JUN 2018: Pengguna jalan raya
disaran membawa kon kecemasan sebagai persediaan menghadapi sebarang
kemungkinan ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing. Pengerusi
Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Noor
berkata, penyediaan kon itu bagi membantu pengguna lain berwaspada jika berlaku
kemalangan atau kerosakan kenderaan di bahu jalan raya. Pengguna jalan raya tidak
mengambil berat tentang penggunaan kon keselamatan terutamanya pada waktu malam.
Pengguna jalan raya disaran membawa kon kecemasan sebagai persediaan menghadapi
sebarang kemungkinan ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing.

Penyediaan kon itu bagi membantu pengguna lain berwaspada jika berlaku
kemalangan atau kerosakan kenderaan di bahu jalan raya. Kon amat penting berikutan
ia akan memantul cahaya terutama pada waktu malam seterusnya membolehkan
pengguna jalan raya lain peka dengan bahaya di hadapan. Perkara ini nampak mudah
menjadikan segelintir pengguna tidak mengambil berat mengenainya. Selain itu, saiz
kon keselamatan pada masa kini adalah sangat besar dan sukar untuk disimpan di dalam
kenderaan.hal ini kerana, ruang didalam kenderaan adalah terhad dan sempit apabila
terdapat barang lain di dalam kenderaan tersebut.

1.4 OBJEKTIF PROJEK

Tujuan projek ini adalah untuk :

i. Mengenalpasti jenis, fungsi dan kelemahan kon keselamatan di pasaran.


ii. Mereka bentuk kon keselamatan untuk pemandu kenderaan pensendirian.
iii. Menguji keberkesanan kon keselamatan yang direka bentuk.

3
1.5 SKOP PROJEK

Di bahagian skop projek ini, tumpuan diberikan sepenuhnya kepada pengguna


jalan raya terutamanya pemilik kenderaan persendirian bagi mendapatkan data untuk
projek yang dihasilkan. Projek ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan
pengguna jalan raya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya. Antara aspek utama
yang ditekan dalam mereka bentuk kon keselamatan ini adalah untuk memudahkan
pengguna kenderaan memuatkan kon keselamatan tersebut di dalam kenderaan mereka
walaupun kenderaan mereka bersaiz kecil.

1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Projek ini akan membantu pengguna jalan raya mengelakkan diri atau
menghindari daripada terlibat dengan kemalangan di jalan raya terutamanya pada waktu
malam. Selain itu, pengubahsuaian ini juga dilakukan untuk meningkatkan penggunaan
kon di mana sahaja tidak kira pada waktu pagi atau malam. Di samping itu,
pengubahsuaian ini juga untuk meningkatkan kepekaan atau mengurangkan kelalaian
para pengguna jalan raya semasa berada di jalan raya terutamanya pada waktu malam.

1.7 JANGKA DAPATAN PROJEK

Pada akhir projek ini, kami mengharapkan dapat menghasilkan sebuah kon
keselamatan yang berpotensi sebagai pengganti dan penambahbaikan kon keselamatan
yang sedia ada dengan mempunyai fungsi dan penggunaan yang lebih baik daripada
kon keselamatan yang sedia ada di pasaran. Kon keselamatan yang kami ubahsuai juga
dijangka dapat bertahan lebih lama dan lebih senang terutamanya penggunaan air garam
sebagai pengganti bateri untuk menyalurkan elektrik bagi menghidupkan mentol.

4
1.8 RUMUSAN

Secara keseluruhan dalam bab pertama ini, kita dapat mengetahui beberapa
maklumat tentang projek yang akan kami lakukan berdasarkan pendahuluan, latar
belakang projek, penyataan masalah, objektif projek, skop projek, kepentingan projek,
pentakrifan istilah dan jangkaan dapatan yang telah kami senaraikan. Kami berharap
kon keselamatan bercahaya yang kami ubahsuai tersebut dapat membantu meringankan
beban serta membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya pada
waktu malam oleh pengguna jalan raya yang berada di jalan raya.

5
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Kajian literatur ialah adalah gabungan maklumat yang diperoleh dari pelbagai
sumber iaitu surat khabar,buku,internet dan sumber lain yang sesuai. Maklumat ini
merupakan kandungan khusus yang berkaitan dengan tajuk atau isu yang berkaitan. Ia
mewakili idea yang teliti yang diperoleh daripada hasil nkajian atau penemuan orang
lain tentang sesuatu topik tertentu atau yang dianggap berkaitan dengan beberapa cara.
Sumber yang dipilih haruslah ditulis dengan baik dalam penggunaan tatabahasa yang
betul. Suber itu juga harus member penerangan yang lengkap mengenai kajian yang
dibuat. Matlamat utama Kajian Literatur adalah untuk memandangkan pandangan yang
dapat dibuat terhadap teoritis dan metodologi yang digunakan oleh penyelidik pada
masa lalu. Selain itu, Kajian literature ini juga bertujuan untuk membezakan kajian yang
telah dikaji daripada kajian yang hendak dikaji berdasarkan latar belakang projek
penyelidikan yang sedang dijalankan.

6
2.2 KAJIAN TERDAHULU

2.2.1 LATAR BELAKANG KON KESELAMATAN

Kon keselamatan yang pertama telah dicipta pada tahun 1914 oleh Charles P.
Rudabaker. Pada ketika itu, kon keselamatan diperbuat dari bahan yang tidak sesuai
iaitu konkrit. Di dalam bahasa Inggeris, kon keselamatan dipanggil ‘traffic cone’ dan
ada juga yang memanggilnya sebagai ‘road cones’, ‘safety cones’, ‘pylons’ dan juga
‘witches hats’. Pada masa kini, pembuatan kon keselamatan telah banyak mengalami
pembaharuan sama ada dari segi pemilihan bahan mahupun warna serta bentuknya. Hari
ini, kebanyakan kon keselamatan di pasaran adalah diperbuat daripada plastik ataupun
getah. Kon keselamatan sepatutnya direkabentuk dengan ciri – ciri seperti mudah dilihat
dan mudah dialihkan. Pelbagai saiz kon keselamatan telah digunakan sejak dari dahulu
hingga ke hari ini, tetapi mengikut spesifikasi yang sepatutnya, kon hendaklah
mempunyai saiz dalam lingkungan 30 sentimeter hingga ke 1 meter (rujukan:“Cones
For Traffic” – www.UKTrafficCone.com). Seperti yang kita sedia maklum, warna –
warna yang biasa pada kon keselamatan adalah seperti jingga, kuning dan merah
memandangkan warna – warna tersebut mempunyai ciri – ciri kecerahan yang sesuai di
lihat di atas jalan raya.

7
2.3 PERMASALAHAN

2.3.1 MASALAH UTAMA KON KESELAMATAN

I. Faktor seperti cuaca, jarak penglihatan dan habuk di jalanraya boleh


mengakibatkan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan tidak dapat dilihat
dengan jelas. Ini boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran apabila
kenderaan lain tidak dapat mengelakkan kenderaan mereka dari merempuh
kenderaan yang diletakkan di tepi jalan. Perkara yang sama juga berlaku
semasa pekerja sedang membaiki jalan, mengorek jalan untuk penanaman
kabel dan sebagainya. Sekiranya tiada alat untuk memberi amaran pada
pengguna jalanraya yang lain bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku di
hadapan, pengguna jalan raya serta pekerja yang membaiki jalan akan
menghadapi bahaya. (Lihat rajah 2.1)

II. Kon keselamatan adalah satu alat keselamatan yang bersaiz besar. Oleh itu
kon keselamatan yang mempunyai ciri – ciri mudah alih diperlukan bagi
pengguna jalanraya yang menaiki kenderaan sendiri supaya ianya mudah
dibawa dan disimpan di dalam kenderaan masing – masing.

III. Ciri – ciri mudah alih juga diperlukan untuk pengguna mengalihkan
kedudukan kon di atas jalanraya supaya mudah dilihat oleh pengguna jalan
raya yang lain.

IV. Pengguna jalan raya di Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai golongan.
Bagi mereka yang menggunakan kenderaan yang bersaiz kecil seperti kereta
Perodua Kancil dan Kelisa, keluasan tempat menyimpan barang di dalam
kereta adalah sangat terhad. Oleh itu, adalah menjadi keperluan bagi
menghasilkan kon keselamatan mudah alih yang mempunyai ciri – ciri sama
ada boleh dilipat, dicantumkan atau dipenyekkan menjadi satu saiz yang
kecil dan muat untuk disimpan di dalam kereta yang bersaiz kecil.

8
V. Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim panas dan lembab sepanjang
tahun. Kriteria ini juga perlulah diberi perhatian bagi mencipta suatu alat
keselamatan seperti kon keselamatan mudah alih, supaya dapat dilihat
dengan jelas dalam keadaan terang mahupun gelap.

VI. Selain dari masalah tempat yang terhad di dalam kenderaan, kon
keselamatan juga haruslah mempunyai ciri – ciri seperti ringan dan mudah
diangkat. Ini kerana pengguna jalanraya yang menaiki kenderaan sendiri di
Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah orang tua,
wanita dan pemandu kurang upaya.

RAJAH 2.1 KON YANG DIGUNAKAN

9
2.4 KELEBIHAN KON KESELAMATAN

2.4.1 KELEBIHAN MENGGUNAKAN KON KESELAMATAN

I. Menyelamatkan kenderaan daripada pelanggaran.


II. Menetapkan jarak yang selamat di antara kenderaan dan kon. Ini supaya
pemandu yang memandu kenderaan dapat mengelakkan dari melanggar
kenderaan yang diletakkan dari jarak yang selamat.
III. Kon yang mempunyai ciri – ciri keselamatan yang baik dapat melindungi
kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dalam pelbagai situasi sama ada ketika
hujan, kabus, jerebu, panas dan juga malam.
IV. Memudahkan pengguna menyusun dan mengangkat semula kon dengan mudah.
V. Menjimatkan ruang di dalam kenderaan.

10
2.4.2 CIRI-CIRI KON KESELAMATAN

I. Mudah dikenali
II. Mudah dilihat
III. Mudah alih
IV. Tahan hentaman
V. Tahan lasak
VI. Kukuh dan tidak mudah berubah kedudukannya seperti tahan rintangan angin.
VII. Dapat berdiri semula walaupun telah dilanggar.
VIII. Mudah dibawa dan diletakkan dalam kenderaan.

Pemilihan warna mestilah dari warna – warna yang terang dan mudah dilihat
seperi warna jingga, merah, atau warna yang memantulkan cahaya. Walau
bagaimanapun, warna yang sering diguna pakai di seluruh dunia adalah warna merah
berpelekat putih sebagai pemantul cahaya. Tiada ketentuan atau undang – undang khas
di Malaysia dan juga di negara – negara seluruh dunia bagi penggunaan warna kon
keselamatan yang tetap. Penggunaan warna merah berpelekat putih sebagai pemantul
cahaya adalah dua kombinasi warna yang terbaik untuk di lihat di atas jalan raya dalam
keadaan cuaca terang mahupun gelap. Dari kajian yang dilakukan, kombinasi dua warna
ini mempunyai jarak pandangan yang terbaik bagi pengguna jalan raya iaitu 200 meter
ke 220 meter ketika cuaca terang (siang) dan 100 meter ke 110 meter ketika cuaca gelap
(malam atau hujan).(rujukan: “Safety Cone”- www.Alibaba.com.) Dari segi saiz pula,
mengikut kajian yang diperolehi dari sumber internet, saiz sebuah kon yang paling
sesuai adalah berketinggian 450 milimeter mempunyai 6 kon yang apabila di susun akan
mencapai panjang 2.7 meter. (rujukan: “Safety Cone”- www.Alibaba.com.)

11
2.4.3 BAHAN –BAHAN KON KESELAMATAN

• Getah
• Plastik
• PE (Polyethylene Medium Density)
• PVC

2.4.3.1 GETAH

Getah atau elastomer adalah bahan polimer yang mana dimensinya boleh
bertukar atau berubah dengan mendadak apabila dikenakan tekanan atau tarikan dan
berkeupayaan untuk kembali ke dimensi asal apabila daya tekanan atau tarikan yang
dikenakan itu dialihkan. Terdapat pelbagai jenis bahan elastomer di antaranya adalah
getah asli, sintetic polyisoprene, getah styrene-butadiene, getah nitril, polychloroprene
dan silikon.

2.4.3.2 PLASTIK

Plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk


daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada
bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami
yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Nama
ini berasal daripada fakta bahawa banyak daripada mereka dapat dilentur, memiliki sifat
keplastikan. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri
yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan
kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan
plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.

12
2.4.3.3 PE (POLYETHYLENE MEDIUM DENSITY)

Polietilena adalah bahan termoplastik dalam bentuk polimer sintetik dengan


ketumpatan zarah yang tinggi. Produk dalam bentuk PE dicipta melalui pempolimeran
etilena, satu proses di mana zarah-zarah kecil, dipanggil monomer, bergabung.

2.4.3.4 PVC (POLYVINYL)

Pvc adalah denominasi yang mana polyvinyl vinyl , plastik yang timbul dari
pempolimeran daripada monomer chloroethylene (juga dikenali sebagai vinil klorida ).
Komponen PVC berasal dari natrium klorida dan gas asli atau dari minyak , dan
termasuk klorin, hidrogen dan karbon.

2.5 JENIS-JENIS KON KESELAMATAN

2.5.1 RETRACTABLE SAFETY CONE

Kon Keselamatan ini mudah disimpan dalam beg pembawa apabila tidak
digunakan. Ia dihasilkan dengan bahan makan nilon kalis air yang tahan lama. Kon ini
boleh ditarik balik sepenuhnya dengan cahaya berkelip dipasang di atas kon. Lampu
disimpan di bahagian bawah platform apabila tidak digunakan. Pilihan yang bagus
untuk digunakan pada waktu siang, malam, dalam keadaan gelap atau suram.

Rajah 2.2:Retractable Safety Cone

13
2.5.2 PE WITH SANDBASE TRAFFIC CONE

Diperbuat daripada PE adalah polietilena tekanan tinggi, kon PE vroken boleh


dikitar semula dan digunakan semula jalur reflektif untuk meningkatkan keterlihatan
Fleksibiliti unggul dalam haba dan sejuk.

Rajah 2.3 PE with sandbase traffic cone

2.5.3 SOFT PVC TRAFFIC CONE

Kon ini dapat bertahan dengan hayat perkhidmatan yang panjang. Melantun
kembali kepada bentuk apabila dihancurkan. Diperbuat daripada bahan tahan lasak
dengan jalur reflektif keterlihatan tinggi.

Rajah 2.4 Soft Pvc Traffic Cone

14
2.5.4 PE WITH RUBBER BASE TRAFFIC CONE

Kon ini diperbuat daripada PE adalah polietilena tekanan tinggi, kon PE yang
patah boleh dikitar semula dan digunakan semula. Jalur reflektif untuk meningkatkan
keterlihatan. Selain itu,tapak getah berat yang tahan lama untuk meningkatkan
kestabilan Kolar kon reflektif atau pelekat reflektif.

Rajah 2.5 pe with rubber base traffic cone

2.5.5 SOFT EVA LANE DIVIDER

Dibuat untuk tahan lama dan menawarkan rintangan hentaman yang hebat. Tahan
cuaca dan mempunyai sifat boleh balik yang luar biasa. Didatangkan dengan tiga jalur
reflektif yang meningkatkan keterlihatan terutamanya dalam keadaan gelap.

Rajah 2.6 soft eva lane divider


15
2.5.6 T-TOP DELINEATOR POST

Dibuat dengan tapak getah yang kukuh & berat dengan cengkaman untuk
kestabilan tambahan. Sesuai untuk menyempadankan aliran trafik. Didatangkan dengan
pita reflektif 1 pusingan untuk keterlihatan yang lebih baik terutamanya pada waktu
malam. T-Top membolehkan saling berkait dengan rantai nilon atau plastik

Rajah 2.7 t-top delineator post

2.6 RUMUSAN

Secara keseluruhan, di dalam bab kedua ini adalah kajian tentang sejarah kon
keselamatan yang dijual di pasaran. Daripada penyelidikan yang telah buat terhadap
kon keselamatan pada masa kini, didapati bahawa kon keselamatan mempunyai
pelbagai kegunaan dan masih mempunyai beberapa kekurangan yang harus dibaik pulih
mengikut keperluan.

16
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk,


mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji
dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk
membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan
membuat huraian tentang proses kajian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang
digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah,
jalan, teknik, gaya, ragam, rentak,corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu
tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk
mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling
sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab permasalah kajian.

Pada Bab ini juga akan menerangkan kaedah atau teknik yang berkaitan dengan
penyelidikan metodologi yang akan digunakan sepanjang kajian berdasarkan objektif
dan skop kajian yang telah dinyatakan di bab sebelumnya. Pada Bab ini juga akan
membincangkan dan menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci agar setiap kajian
yang dilakukan mempunyai pelbagai kaedah yang sesuai dan berkesan dalam menjawab
masalah kajian. Metodologi diketahui berkait rapat dengan kaedah - kaedah serta
penggunaan carta alir untuk menunjukkan perjalanan sesuatu projek yang dijalankan.
Oleh itu , kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan carta alir metodologi
mengenal pasti masalah , kaedah pengumpulan data , analisis dan reka bentuk.

17
3.2 CARTA ALIR METODOLOGI

PERMULAAN

PERBINCANGAN TAJUK

PEMILIHAN TAJUK

TEMUBUAL

PEMILIHAN BAHAN
PENYELESAIAN MASALAH

TIDAK BERJAYA

MENGUJI PROJEK

BERJAYA

PENILAIAN BERKESAN

TAMAT

Rajah 3.1 Carta Alir Metodologi

18
3.3 PERMULAAN

Di fasa permulaan projek, kajian tentang kekurangan dan kelebihan kon


kesalamatan dimulakan bagi memudahkan kerja menaik taraf produk yang sedia ada.
Dari penilaian kajian tersebut, didapati dapat mengetahui serba sedikit maklumat pada
produk kon keselamatan yang sudah sedia ada dan penggunaan lampu pada kon
keselamatan . Selain itu kami melakukan kajian tentang air garam yang didapati
berfungsi untuk mengalirkan saluran elektrik dan juga berpontensi untuk menjadi
fungsi alternatif pada kon kesalamatan untuk menghidupkan lampu keselamatan dengan
hanya menggunakan air garam yang mengandungi unsur kimia NaCl.

3.4 PERBINCANGAN TAJUK

Di fasa ini, Menurut Killen (1947) perbincangan merupakan proses berinteraksi


secara bersemuka di mana pelajar dapat bertukar-tukar idea, membincangkan atau
menyelesaikan sesuatu masalah, menjawab persoalan, mengukuh serta meningkatkan
kefahaman pelajar. kajian dan penilaian telah dibuat untuk pencarian maklumat untuk
tujuan pengubahsuai produk kon keselamatan yang sedia ada di pasaran untuk dijadikan
sebagai projek inovasi kon kesalamatan dan lampu keselamatan menggunakan air
garam.

3.5 PEMILIHAN TAJUK

Di fasa ini, keputusan telah dibuat untuk memilih tajuk inovasi iaitu ‘Kon
Keselamatan dan Lampu’ ataupun kon keselamatan dan lampu keselamatan air garam

19
3.6 SOAL SELIDIK

Kami telah menyediakan empat soalan untuk digunakan semasa proses soal
selidik bersama pihak yang ditemu bual iaitu pekerja Syarikat Hock Seng Lee. Antara
soalan yang kami kemukakan adalah bilakah penggunaan kon keselamatan, masalah
penggunaan kon keselamatan, cadangan penambahan pada kon keselamatan. Soal
selidik yang dijalankan ini adalah untuk mengumpul maklumat daripada Jurutera Tapak
Projek Syarikat Hock Seng Lee, Samarahan, Sarawak.

Rajah 3.2 Soal Selidik Bersama Jurutera Tapak Projek iaitu Encik Adrickson
Anak Jonathan

3.7 HASIL JANGKAAN

Hasil jangkaan untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 4 bulan. Hal ini
kerana kajian ini memakan masa untuk menghasilkan kon keselamatan dan lampu air
garam yang memerlukan banyak kajian tentang air garam dan percubaan awal projek .
Kajian akan dilakukan untuk menguji ketahanan dan kepentingan projek dibuat.

20
3.8 PEMILIHAN BAHAN

Di fasa ini, pemilihan bahan-bahan yang sesuai dalam kajian ini amat penting
supaya tidak berlakunya kekurangan dalam sesebuah projek. Dalam kajian ini, terdapat
beberapa bahan diperlukan iaitu kon keselamatan yang boleh dilipat, ‘Salt Water
Emergency Lamp’, lampu LED dan beberapa barang yang diperlukan bagi memasang
inovasi ini .

Rajah 3.3 Kon keselamatan dan ‘emergency lamp salt water”

3.9 RUMUSAN

Kesimpulan, bab ketiga ini menerangkan kaedah dan cara pelaksanaan projek
ini dilakukan dengan menunjukkan penerangan mengenai carta alir metodologi. Di
dalam carta alir metodologi terdapat perbincangan tajuk, pemilihan tajuk, soal selidik,
pemilihan bahan dan penilaian projek. Carta tersebut boleh dikatakan sebagai maklumat
ataupun latar belakang tentang projek yang akan dilakukan

21
BAB 4

HASIL JANGKAAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan secara terperinci analisis data yang telahdilakukan dan
dapatan yang diperoleh daripada projek yang telah dijalankan.Data yang diperolehi
melalui pemerhatian dan temu bual akan diterangkan dalam bab ini dengan lebih jelas.
Data-data yang diperolehi serta beberapamasalah yang timbul daripada analisis yang
dikumpul maka satu alternativeatau pendekatan yang baru mungkin dapat diwujudkan
bagi memberi satupetunjuk bagi memastikan segala permasalahan yang timbul
dapatdiselesaikan dengan cepat dan bijak.

4.2 PROSES PEMBUATAN PROJEK

4.2.1 Ujian Multimeter (Multimeter Test)

Ujian Multimeter ini adalah ujikaji tentang kehadiran penghasilan arus elektrik
dari air garam menggunakan alat “Smart Protective Function Analog Multimeter”.
Dalam uji kaji ini akan membuktikan kewujudan aliran elektrik daripada air garam
dengan menggunakan “Smart Protective Function Analog Multimeter”. Dalam ujikaji
ini akan menemukan satu sumber alternatif yang mampu menghasilkan sumber elektrik.

Rajah 4.1 Ujian Multimeter (Multimeter Test)


22
4.2.2 Ujian pemasangan model

Ujian pemasangan ini adalah memasang lampu air garam pada kon keselamatan.
Pemasangan mekanikal adalah istilah yang kadang-kadang digunakan untuk
menggambarkan proses menyusun komponen pada garis pemasangan. Istilah ini juga
boleh digunakan untuk produk yang dipasang atau bahagian yang dibuat dengan cara
ini. Dalam kedua-dua kes tersebut, pemasangan mekanikal membawa konotasi untuk
meletakkan bahagian komponen untuk membuat produk yang lengkap atau
melaksanakan fungsi.

4.2.3 Ujian model fungsi dan kesesuaian produk

Model berfungsi ialah model yang direka bentuk untuk dijadikan sebagai contoh
kepada produk sebenar. Model ini boleh berfungsi tetapi tidak sepenuhnya seperti
produk yang sebenar. Prototaip ialah produk contoh yang boleh berfungsi sepenuhnya.
Prototaip dibina menggunakan bahan dan saiz sebenar. Prototaip ini diuji dalam situasi
sebenar untuk menganalisis fungsi serta kecekapannya bagi tujuan penambahbaikan
sebelum dipasarkan.

23
4.2.4 Ujian pemasangan projek

Ujian pemasangan ini adalah untuk memasang lampu air garam pada kon
keselamatan. Dalam ujian pemasangan ini, kon keselamatan boleh lipat ataupun
Retractable Cone yang sedia ada dipilih untuk dipasang lampu air garam ataupun “ Salt
Water Emergency Lamp” pada bahagian hujung kon. Setelah itu, untuk tempat
menyimpan air garam pada lampu tersebut digantikan dengan yang lebih besar iaitu
tabung air yang telah diubah suai. Seterusnya, lampu air garam atau “Salt Water
Emergency Lamp” yang telah sedia ada akan diubah suai dengan hanya menggunakan
lampu dan litar elektrik yang terdapat “Salt Water Emergency Lamp” seterusnya
disambungkan ke tabung yang telah diubah suai yang berisi air garam. Bagi lampu pada
“Salt Water Emergency Lamp” pula akan digantikan dengan lampu LED yang lebih
terang.

4.2.3 Keberhasilan keseluruhan projek

Tujuan projek ini adalah untuk menambah baik Kon Keselamatan Bercahaya
menggunakan Air Garam. Berdasarkan hasil ujian dan kajian menyeluruh, projek ini
dapat dilakukan dan dihasilkan dengan jayanya. Selain itu, rojek ini akan dapat
membantu pengguna jalan raya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ketika
kenderaan mereka mengalami kerosakan di tepi jalan. Akhir sekali, Projek ini dapat
memudahkan pengguna jalan raya membawa kon keselamatan di dalam kenderaan
mereka dengan lebih mudah.

24
4.3 RUMUSAN

Kesimpulan, bab keempat ini menerangkan hasil jangkaan yang akan kita dapat
pada akhir projek ini. Dalam bab ini juga kita dapat menentukan membuat pengujian
pada bahan projek seperti Ujian Multimeter dan Ujian pemasangan model sebelum
melakukan projek yang sebenar. Hal ini penting supaya projek kita berkualiti dan
berfungsi dengan betul. Dalam bab ini juga dapat mengetahui bahawa projek ini
berfungsi dan berjalan dengan lancar.

25
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, meringkaskan projek termasuk penyataan masalah, motivasi,


kepentingan projek, penyelesaian yang dicadangkan dan faedah kepada pengguna yang
disasarkan.

5.2 KEPENTINGAN PROJEK

Projek Inovasi Kon Keselamatan Bercahaya Menggunakan Air Garam ini


mempunyai kepentingan seperti untuk menyediakan inovasi terbaru yang berkaitan
dengan kon keselamatan yang digunakan oleh pemandu kenderaan persendirian semasa
berhenti di bahu jalan. Daripada inovasi ini juga dapat melahirkan sejenis kon
keselamatan yang berinovasikan dengan air garam yang menjadikan sumber
pencahayaan lampu dan kon keselamatan yang mudah disimpan dalam kenderaan yang
digunakan oleh pemandu persendirian. Faedah projek inovasi ini kepada pemandu
persendirian dapat menggunakan kon keselamatan yang dicipta ini dapat digunakan
dengan mudah dan dapat membawa kebaikan kepada pengguna.

26
5.3 KESIMPULAN PROJEK

Kesimpulan daripada keseluruhan bab yang telah dikaji, pemandu kenderaan


persendirian telah menjadi pilihan kami untuk pembuatan inovasi kon keselamatan .
Projek ini dipanggil sebagai pembuatan Inovasi Kon Keselamatan Bercahaya
Menggunakan Air Garam .Projek. Inovasi ini juga menggunakan air garam sebagai
sumber inovasi dalam proses pembuatan kon keselamatan yang bercahaya. Dengan ini
kita dapat manfaatkan penggunaan sumber air garam yang mudah didapati. Berdasarkan
hasil jangkaan yang dikaji, dapat menentukan nilai ujian multimeter dan ujian
pemasangan pada projek ini.

5.4 RUMUSAN

Kesimpulan, bab kelima ini menerangkan kesimpulan pada semua bahagian bab
yang telah dikaji. Dalam bab ini juga dapat mengetahui hasil akhir projek yang kami
jalankan.

27
RUJUKAN

Irny, S.I. and Rose, A.A. (2005) “Designing a Strategic Information Systems
Planning Methodology for Malaysian Institutes of Higher Learning (isp- ipta),
Issues inInformation System, Volume VI, No. 1, 2005.

Panjat ke:a b Methodology Usage Notes, entry at Merriam–Webster

Baskerville, R. (1991). "Risk Analysis as a Source of Professional Knowledge".


Computers & Security. 10 (8): 749–764.

Bachtiar, Harsya W., Mattulada, Haryati Soebadio. 1985. Budaya dan Manusia
Indonesia. Yogyakarta: Hanindita.

Fraenkel, Jack R. & Wallen, Norman E. 1993. How To design and Evaluate
Research in Education. New York: McGraw-Hill.

Taylor, SJ dan R Bogdan. 1984. Introduction to Q ualitative Research Methods:


The Search for Meanings. Second Edition. John Wiley and Sons. Toronto.

Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.).


Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc.

Sitorus, MTF. 1998. Penelitian Kualitatif: Suatu Perkenalan. Bogor: Dokis.

Moleong, LJ. 1989. Meto dologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Remaja


Rosdakarya.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya,


Selangor: Pearson Prentice Hall.

28
LAMPIRAN

Lampiran A Carta Gantt


Lampiran B Anggaran Kos Projek
Lampiran C Soal Selidik Bersama Jurutera
Tapak Projek

29
CARTA GANTT

30
NO KOMPONEN HARGA KUANTITI JUMLAH
(RM)

1 LAMPU LED 5.00 1


2 TABUNG BOTOL 5.00 1

3 PEMEGANG LAMPU 2.00 1

4 PEMEGANG BOTOL 1.50 1

5 GARAM 2.00 1
RM 75.00
6 WAYAR 2.50 1

7 MAGNET 6.00 2
8 KON KESELAMATAN 16.00 1
9 EMERGENCY SALTWATER 35.00 2
LAMP
ANGGARAN KOS PROJEK

31
SOAL SELIDIK BERSAMA JURUTERA TAPAK PEMBINAAN SAMRAHAN
IAITU ENCIK ADRICKSON ANAK JONATHAN

32

You might also like