You are on page 1of 38

IMPLIKASI KEPADA GURU AKIBAT

HUKUMAN ROTAN TANPA KUASA


BERDASARKAN SEKSYEN
320, 323, 324, 325 DAN 326 KANUN
KESEKSAAN

Oleh :

KHAIRUL AZLI MAT ZEN


NURUN EHSAN HASBULLAH
MALIK HJ AHMAD
PENGENALAN
Para pendidik, pengetua dan guru besar dan
pegawai pendidikan sentiasa terdedah
kepada perkara yang bertentangan dengan
undang-undang.

Menurut Mohd Ismail Othman (2006),


Kejahilan pentadbir dan pengurus sekolah
adalah antara faktor yang dikenalpasti
sebagai punca sekolah sering didakwa oleh
ibubapa.
KENAPA GURU DAN
SEKOLAH DIDAKWA?

Salah persepsi ibu bapa mengenai tindakan


guru dengan mengatakan tindakan itu bukan
membentuk disiplin tetapi mendera.

Menteliti ibu bapa sekarang sedia


mengambil tindakan undang-undang kepada
guru dan pendidik
Terdapat segelintir guru menjatuhkan
hukuman mengikut budi bicara sendiri.

Mereka enggan mematuhi peraturan yang


ditetapkan oleh kementerian.

Mereka yakin bahawa hukuman fizikal


seperti merotan dan mendera akan memberi
manfaat.

Guru tidak didedahkan dan kurang faham


mengenai undang-undang.
KUASA GURU MEROTAN
MURID
Perkara ini seharusnya diketahui oleh guru
sejauh mana tindakan mendisiplin boleh
dilaksanakan. Ini hanya boleh didapati dari
surat arahan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran.
Bagi menjaga tatatertib dikalangan pelajar,
guru besar/pengetua mempunyai kuasa
untuk mengenakan hukuman dera
berdasarkan kepada PERATURAN-
PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN
SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN
PELAJARAN 1957.
Peraturan 5 :
(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan
murid-murid, Guru Besar hendaklah
mempunyai kuasa menjalankan hukuman-
hukuman sekolah yang biasa sebagaimana
perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –
(a) hukuman dera kepada murid-murid
perempuan adalah dilarang; dan\
(b) hukuman dera kepada murid-murid
lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang ringan
di tapak tangan atau pun di punggung yang
berlapik dengan pakaian dan hendaklah
difahamkan hanya oleh Guru Besar
ataupun dengan kuasa nyata yang diberi
olehnya dalam hal yang tertentu.
(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman
yang dijalankan di bawah perenggan (1)
hendaklah disimpan secara sulit mengikut
bentuk yang diluluskan oleh pendaftar.
Hukuman yang dikenakan hendaklah
direkodkan dengan menyatakan jenis salah
laku, bilangan sebatan, bahagian anggota
yang dirotan, nama dan tandatangan
perotan dan saksi semasa hukuman rotan
dilaksanakan.
Peraturan 6 :
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke
semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal
yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum
kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada
murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak
seorang pun guru atau murid boleh menjalankan
kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu.

Rujuk contoh surat wakil kuasa.


JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG
BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS
KESALAHAN

JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN


1 * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian
dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3
kali sebatan)
2 ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan
ringan (maksima 3 kali sebatan)
3 *** Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling

Contoh kes : 3. pelajar dirotan lebih dari 100 kali


(Terengganu)
KESAN KEPADA GURU YANG
MENGENAKAN HUKUMAN TANPA
KUASA OLEH GURU BESAR/
PENGETUA
Beberapa peruntukan undang-undang
Kanun Keseksaan telah menyedia dan
menetapkan prosedur dan tindakan terhadap
mereka yang mencederakan. Mulai dari
Seksyen 319 yang menyentuh pelbagai
perundangan terhadap mereka yang
mencederakan seseorang.
Guru-guru boleh dituduh di bawah seksyen
320 (cedera parah), 323 (Kecederaan
Ringan), 324 (Cedera ringan disebabkan
senjata berbahaya), 325 (Hukuman akibat
cedera parah) dan 326 (Cedera parah
disebabkan senjata berbahaya) di bawah
Akta 574 Kanun Keseksaan.

Tindakan tatatertib oleh Kementerian


Pelajaran
SEKSYEN 320
(cedera parah)
Pengembirian
Hilang penglihatan kekal satu mata
Hilang pendengaran kekal satu telinga
Kehilangan mana-mana anggota atau sendi
Kemusnahan atau kerosakan kekal kuasa
mana-mana anggota atau sendi
Kecacatan kekal kepala atau muka
Patah tulang atau terkehel
SEKSYEN 320
(cedera parah)

Apa-apa kecederaan yang membahayakan


nyawa, atau yang menyebabkan penghidap,
dalam tempoh 20 hari, mengalami kesakitan
badan yang teruk, atau tidak berupaya untuk
menjalankan kegiatan sehariannya.
SEKSYEN 325
(Hukuman dengan sengaja menyebabkan
cedera parah)
Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman
adalah penjara selama tempoh yang boleh
sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga
dikenakan denda.
SEKSYEN 323
(Kecederaan Ringan)
Dengan sengaja menyebabkan cedera.
Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman
adalah penjara selama tempoh yang tidak
melebihi 1 tahun atau didenda sehingga
RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Contoh : pelajar ditampar dan ditumbuk


guru (langkawi)
SEKSYEN 324
(Cedera yang disebabkan oleh senjata
berbahaya)

Jika apa-apa kecederaan, sungguhpun tidak


parah, disebabkan oleh penggunaan alat
bagi menembak, menikam atau memotong
atau apa-apa alat yang, jika digunakan
sebagai senjata untuk menyerang,
berkemungkinan menyebabkan kematian
atau dengan menggunakan api atau apa-apa
bahan panas atau dengan menggunakan apa-
apa racun atau apa-apa bahan kakisan atau..
..dengan menggunakan apa-apa bahan
ledakan atau dengan menggunakan apa-apa
bahan berbahaya kepada badan manusia
apabila dihidu, ditelan. Atau diserap ke
dalam darah atau dengan menggunakan apa-
apa haiwan.
Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman
adalah penjara selama tempoh yang tidak
melebihi 3 tahun atau didenda atau disebat
atau dikenakan mana-mana dua daripada
hukuman tersebut.

Contoh : Guru sepak, tumbuk dan hentak


pelajar dengan kerusi (Kelantan)
SEKSYEN 326
(Cedera parah yang disebabkan oleh senjata
berbahaya)

Jika cedera parah itu disebabkan dengan


menggunakan apa-apa alat untuk
menembak, menikam atau memotong atau
apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai
senjata untuk menyerang, berkemungkinan
menyebabkan kematian atau dengan
menggunakan api atau apa-apa bahan panas
atau ..
..dengan menggunakan bahan letupan yang
boleh merosakkan badan manusia apabila
dihidu, ditelan atau jika masuk ke dalam
darah atau dengan menggunakan apa-apa
haiwan
Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman
adalah penjara selama satu tempoh sehingga
20 tahun dan boleh juga didenda atau
disebat.
PERATURAN 4, PERATURAN- PERATURAN
PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN
TATATERTIB) 1993.

4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -


(d) Berkelakuan dengan cara yang
boleh memburukkan /mencemar
nama baik perkhidmatan awam”
CONTOH PELANGGARAN
PERATURAN 4(2)(d)
Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah
syariah.
KES TATATERTIB GURU
TAHUN 2001
BIL JENIS KESALAHAN KES LTT
1. Tidak Hadir Bertugas/Tidak Hadir Tanpa 280
Dikesan
2. Jenayah(AktaRacun/Dadah/Cabul/Rogol/Curi/J 23
udi)
3. Melanggar Akta Dadah Berbahaya 14
1952/Rawatan 1983
4. Rasuah/Kes BPR 12
5. Perilaku Seks/Sumbang/Cubaan Perkosa/Cabul 10
Pelajar
6. Penyelewengan Wang/Pecah Amanah 9
7. Bangkrap 7
8. Berkelakuan Tidak Senonoh Terhadap 6
Pelajar/Staf
9. Memalsukan Dokumen/Meniru Tandatangan 5
Pengetua
BIL JENIS KESALAHAN KES LTT

10. Sediakan Soalan Politik/Ceramah Politik/Hasut Pelajar 5

11. Kemalangan Kenderaan Kerajaan 4

12. Khalwat/Kahwin Tanpa Kebenaran 4

13. Mendera Murid/Pelajar 4


14. Datang Lewat/Tidak Ketik Kad Perakam /Balik Awal 3

15. Melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 2

16. Ajaran Sesat 2

17. Lemah Pengurusan 2

18. Kes Tahanan Dalam Negeri (Al Maunah) 1

19. Tuntutan Palsu / Elaun Keraian 1

20. Melanggar Akta Kastam 1

21. Membuat Penyataan Awam 1

22. Hubungan Sulit Dengan Pelajar Membawa Kes Bunuh 1

23. Pinjaman Wang Sekolah Untuk Tujuan Peribadi 1

24. Lewat Kemukakan Buku Rekod/Biadap Kpd K. Jabatan 1


Prosedur Tatatertib
33. Tanggungjawab ketua jabatan jika
terdapat sabitan jenayah

Ketua jabatan hendaklah menghantar suatu


salinan keputusan mahkamah kepada pihak
berkuasa tatatertib yang mempunyai kuasa
untuk menjatuhkan hukuman buang kerja
atau turun pangkat beserta dengan rekod
perkhidmatan pegawai itu,..
..dan hendaklah mengesyorkan sama ada
pegawai itu patut:

Dibuang kerja atau diturunkan pangkat.


Dikenakan apa-apa hukuman selain
daripada hukuman buang kerja atau turun
pangkat.
Ditamatkan perkhidmatannya demi
kepentingan awam, atau
Tidak dikenakan apa-apa hukuman.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
Pengetua / guru besar dan guru seharusnya membuat
tindakan yang betul bagi mengelakkan dari tanggungan
undang-undang.

Simpan salinan surat pekeliling dan boleh dilihat dan


dibaca oleh guru.

Pastikan semua surat pekeliling disimpan dan disemak


sebelum satu tindakan dibuat

Fahami satu-satu prosedur sebelum satu tindakan diambil


contoh prosedur pembuangan pelajar dan tindakan disiplin
keatas guru.
PEMBELAAN TERHADAP GURU YANG
DIDAKWA MENYEBABKAN CEDERA
KEPADA PELAJAR
Dilindungi di bawah seksyen 89 Kanun
Keseksaan (pelajar 12 tahun dan kebawah)
jika dia dapat membuktikan :

– Hukuman dera itu dikenakan bagi maksud


tatatertib sekolah atau bagi mengasuh kanak-
kanak itu.

– Hukuman dera yang dikenakan itu adalah


sederhana dan munasabah.
– Dijalankan dengan niat baik dan demi
kepentingan kanak-kanak itu sendiri.

– Terdapat izin tersirat oleh ibubapa atau penjaga


kanak-kanak yang diberikan kepada pihak
berkuasa sekolah untuk menjaga tatatertib
budak itu apabila dia membuat kesalahan. Izin
tersirat ini telah diberikan oleh ibubapa atau
penjaga kepada pihak berkuasa sekolah untuk
mengenakan apa-apa jua hukuman ke atas
kanak-kanak secara yang sederhana dan
munasabah bagi maksud mengasuh atau
menguatkuasakan tatatertib sekolah apabila
kanak-kanak itu dihantar ke sekolah.
Dilindungi di bawah seksyen 88 Kanun
Keseksaan (pelajar lebih daripada 12 tahun
tetapi kurang daripada 18 tahun).

– 88. Nothing, which is not intended to cause


death, is an offence by reason of any harm
which it may cause, or be intended by the doer
to cause, or be known by the doer to be likely to
cause, to any person for whose benefit it is done
in good faith, and who has given a consent,
whether express or implied, to suffer that
harm,or to take the risk of that harm.
Sesetangah seksyen jenayah tak perlu di
jatuhkan hukuman/ denda atau penjara, tapi
boleh di selesaikan cara persetujuan di
mana pengadu/mangsa setuju dengan
jumlah bayaran yang di tawarkan oleh pihak
pembelaan, dengan syarat kes mestilah di
tuduh di mahkamah dahulu dan pihak
mangsa/pengadu setuju dengan bayaran dari
pihak pembelaan.Contohnya Seksyen 323
dan 325.
PENUTUP
Ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih
adil dan rasional apabila berdepan dengan
kes guru memukul anak mereka.

Berita segelintir guru memukul murid


sering menjadi bahan berita sensasi pihak
media.
Oleh itu guru harus sentiasa bersedia
mendalami aspek undang-undang awam,
ordinan yang berkaitan dan surat pekeliling
yang sentiasa dikeluarkan dengan membuat
rujukan yang memadai dan guru tidak boleh
mengata ia tidak tahu peraturan dan
undang-undang.

You might also like