You are on page 1of 2

IKLAN JAWATAN KOSONG

1. BUTIRAN JAWATAN

1.1 Jawatan : Guru Tabika Perpaduan Gred S27

1.2 Taraf Jawatan : Kontrak

1.3 Jabatan : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi


Nasional Negeri Terengganu

1.4 Tempat : Daerah Kemaman


Daerah Marang
Daerah Setiu

1.5 Bil. Kekosongan : 3

2. TANGGA GAJI

Guru : S27 P1T1 - RM1,361.14

3. ELAUN : Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00


Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00
Elaun COLA : RM250.00/
: RM150.00

4. GANJARAN

17½% - 12% x gaji akhir (gaji pokok) x jumlah bulan perkhidmatan ditolak dengan
jumlah faedah syer kerajaan (majikan di dalam KWSP bagi tempoh bulan
perkhidmatan dengan syarat pegawai menyempurnakan perkhidmatan kontrak
ini dengan memuaskan.
5. SYARAT-SYARAT LANTIKAN

5.1 Warganegara Malaysia


5.2 Berumur 18 tahun ke atas
5.3 Kelulusan Akademik seperti di Lampiran I

ATAU

5.4 Penolong Guru Tabika yang memenuhi syarat kelayakan seperti di atas
dan permohonan perlu melalui Pegawai Perpaduan Daerah (PPD)
masing-masing. Permohonan hendaklah disertakan dengan Borang
Laporan Penilaian Prestasi Khas yang diperakukan oleh PPD.

6. CARA MEMOHON

6.1 Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh


didapati dimana-mana Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi
Nasional;

6.2 Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat


hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut
Perintah Am Bab A21; dan

6.3 Borang permohonan lengkap beserta dengan gambar berukuran


pasport dan dikepilkan sesalinan Kad Pengenalan, Sijil-sijil Akademik, Sijil
Berhenti Sekolah dan Sijil lain yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan
yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau Gred 41 ke atas (2 SALINAN)
hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Negeri Terengganu
Tingkat 12, Wisma Persekutuan
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

7. Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 19 April 2012.

You might also like