You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Dan Selama


Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Taming Sari, Tel : 05-8084119 / 05-8079488
Faks : 05-8080660
34000 Taiping, Laman Web :
Perak Darul Ridzuan. http://jpnperak.moe.gov.my/ppdlms

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : PPDLMS 700-2/2/2 ( 3 )


Tarikh : 16 JAN 2024

Semua Guru Besar


Daerah Larut Matang Dan Selama

Tuan/Puan

URUSAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN


PENDIDIKAN(PPP) GRED DG32/ DG34/ DG38/ DG41/ DG42/ DG44 (KUP) BAGI
PENGISIAN JAWATAN HAKIKI PENOLONG KANAN GRED DG32 DI SEKOLAH
RENDAH TAHUN 2024 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan memproses permohonan


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk mengisi jawatan hakiki Penolong Kanan Gred DG32 di
sekolah rendah bagi pengisian Tahun 2023.

3. Permohonan bagi urusan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


GRED DG32/ DG34/ DG38/ DG41/ DG42/ DG44 (KUP) yang berminat serta memenuhi syarat-
syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

3.1 Telah disahkan dalam perkhidmatan ;

3.2 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau Penilaian Bersepadu Pegawai
Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terkini ;

3.3 Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di sekolah Rendah ;

3.4 Tidak berada di laluan cemerlang ;

3.5 Bebas dari tindakan tatatertib ;

3.6 Telah mengisytiharkan harta ;

3.7 Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Institusi Pinjaman Pendidikan ;

3.8 Diperakukan oleh Ketua Jabatan

“PERAK SEJAHTERA 2030” …. 1/

You might also like