You are on page 1of 4

Bab 7 (Retak Menanti Belah)

rotan kehilangan persoalan memburunya


ditangkap mengail ikan pembebasan berjaya

Kehilangan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail sewaktu (1) ______________ di
sungai Semantan telah mengundang pelbagai (2) _____________. Kedatangan Lajis telah
menjawab persoalan akan (3) ______________ mereka. Rupa-rupanya mereka telah (4)
_____________ oleh Inggeris kerana tidak mempunyai surat kebenaran untuk membawa (5)
__________ . Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Iman Perang Weh telah mengetuai
usaha (6) ______________ Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail. Akhirnya mereka (7)
___________ dibebaskan dan Datuk Bahaman mengerti tindakannya akan menyebabkan
Inggeris (8) ____________________ nanti.
Bab 8 (Darah Titik di Semantan)
Batu Hampar Pak Long Abas ubat bedil ditembak
Desborough Datuk Bahaman Lubuk Terua bersemangat

Persiapan untuk membuat senjata telah dilakukan oleh (1) _______________ dan anak
buahnya. Mereka telah menjual rotan manau di (2) _________________ bagi mendapat
sumber kewangan untuk membayar besi laras senapang dan (3) _______________ dari
saudagar Singapura. Telah berlaku kejadian (4) __________________ dan Ismail telah
ditahan oleh (5) _______________ semasa membawa rotan untuk dijual tanpa surat
kebenaran. Desborough telah menyatakan akan menangkap dan membunuh Datuk Bahaman.
Mereka telah (6)______________ oleh orang-orang Desborough. Hanya Pak Long Abas
berjaya menyelamatkan diri dan telah melarikan diri ke rumah Datuk Bahaman untuk
memberitahu kejadian tersebut. Kesan daripada kejadian tersebut Datuk Panglima Raja,Iman
Perang Weh dan penduduk semantan telah menjadi semakin (7)________________ untuk
menentang Inggeris ke titisan darah terakhir dan sentiasa menyokong Datuk Bahaman. Datuk
Bahaman telah mengingatkan anak buah bersiap sedia untuk menentang Inggeris apabila
mereka tiba di (8)_________________.
Bab 9 (Ada Ubi Ada Batas)
mengarahkan balai polis lima puluh orang pihak Inggeris
merampas Lubuk Sengarat mayat menyerang

Menceritakan kesediaan dan perancangan Datuk Bahaman dan orang-orangnya untuk


menghadapi (1)___________________ yang akan menyerang Semantan. Datuk Bahaman
telah merentangi sungai Semantan di (2)________________ dengan seutas rantai besi sebesar
ibu jari bagi menghalang kemaraan Inggeris. Datuk Bahaman juga telah
(3)_________________ Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengumpul kekuatan untuk
mengepung (4)________________ serta mata-mata sikh di rumah pasung. Perintah Datuk
Bahaman lagi agar (5)______________ senjata seperti senapang kopak, peluru atau ubat
bedil yang boleh digunakan untuk menentang mata-mata Sikh yang lain. Secara tidak
langsung Datuk Bahaman telah mengistiharkan perang terhadap Inggeris. Lajis datang ke
kubu untuk memberitahu bahawa dia mendapat tahu Desborough dengan
(6)___________________ mata-mata Sikh sedang berkayuh di hilir sungai Semantan. Lajis
turut menyatakan dia melihat Desborough turut membawa (7)______________ Pak Uda
Ismail menuju ke kubu untuk menangkap Datuk Bahaman sama ada hidup atau mati.
Menjelang senja pihak Inggeris telah tiba di hilir lubuk untuk (8)_________________ Datuk
Bahaman. Apabila perahu Desborough dan perahu yang lain tiba di kawasan rantai Datuk
Bahaman telah merentap rantai itu sehingga perahu Desborough dan perahu lain terbalik.
Seterusnya Datuk Bahaman telah menyerang Desborough dan mengarahkan orang-orangnya
untuk menghapuskan semua mata-mata Sikh sehingga mereka memperolehi kemenangan.
Bab 10 (Inggeris Mesti Dikalahkan)
semangat mengepung perang Imam perang weh Semantan
menyumpit mesyuarat Temerloh pasukannya memisahkan

Malam itu, Datuk Bahaman membuat satu (1) _____________. Beliau mengarahkan Tuk
Muda Bidin dan (2) __________________ memimpin enam puluh orang menyerang
Bentung dengan (3)______________ pusat kawalan lombong Inggeris. Beliau pula akan ke
(4) _____________ bersama Datuk Panglima Raja dan Mat Lela untuk mengambil mayat Pak
Uda Ismail. Mayat Pak Uda Ismail akan dikebumikan di Semantan. Selain itu, Datuk
Bahaman mahukan pertolongan Hassan Tahmid untuk menguatkan (5) ____________ para
pahlawan dan mengumpulkan derma. Beliau juga menyampaikan pesan kepada Tuk
Selampit, tok batin orang Asli supaya sama-sama berjuang kerana mereka pandai
(6)______________. Mereka juga bergerak ke hilir sungai (7) ____________ melalui Batu
Hampar dan Pasir Rawa. Datuk Bahaman dan Mat Lela memimpin (8) _______________
mengepung rumah pasung dan membunuh mata-mata Sikh yang berada di situ. Setelah
selesai , mereka berehat di tanjung yang (9)______________ sungai Semantan dengan sungai
Pahang. (10)_____________ akan meletus bila-bila masa sahaja.
Bab 11 (Desborough Datang Lagi)
mabuk 25 orang helah terserempak kepanasan
pertempuran Datuk Panglima Raja meronda Ubi gadung menentang

Tengah hari itu, dua pasukan dibentuk. Satu pasukan diketuai oleh Datuk Bahaman dan satu
lagi pasukan diketuai oleh (1)__________________. Setiap pasukan terdiri daripada (2)
_____________ yang muda dan tahan lasak. Datuk Panglima Raja mengarahkan pasukannya
(3)_____________di luar kawasan Bandar Kuala Semantan. Apabila tiba di sebuah bukit
mereka (4) _______________ dengan mata-mata Sikh dan berlakulah (5) ______________.
Keesokannya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan
pasukannya membuat (6) ______________ untuk membunuh mata-mata Sikh. Mereka
membuat bubur (7) _______________ yang beracun. Apabila pasukan mata-mata Sikh
seramai 40 orang yang diketuai oleh Desborough tiba di kawasan tersebut dan mereka makan
bubur itu. Mereka mengalami (8) _______________ dan (9) _______________. Akhirnya
mereka mati kelemasan apabila mata-mata Sikh terjun ke sungai akibat kepanasan.
Perjuangan mereka semakin mendapat sambutan. Rahman dan Hassan mendapatkan nama
beratus-ratus pejuang. Tuk Selampit juga datang untuk menyertai perjuangan mereka (10)
_____________ Inggeris. Keesokan harinya, mereka pergi ke kubur arwah Ismail untuk
membuat sedikit tahlil.
Bab 12 (Tipu Helah Inggeris)
Clifford menyediakan amanat Desborough bercampur
Darat kelubi berundur membina menembak memancing

Tiga minggu selepas perang, Semantan kembali tenang. Mat Lela (1) ______________ jadual
bertugas bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh pula menyusun jadual latihan
(2)_________________ manakala Tuk Selampit pula mengarahkan orang Asli menyiapkan
khemah dan kubu di (3)_________________. Datuk Bahaman juga menyampaikan
(4)__________________ bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar. Mereka akan
menghadapi lima puluh orang mata-mata Sikh yang di ketuai oleh (5)________________
manakala satu lagi pasukan terdiri daripada tiga ratus askar-askar sultan yang diketuai oleh
Tengku Ali.Beliau memutuskan sekiranya askar sultan bersama-sama dengan askar Sikh,
mereka akan (6)_________________ sahaja. Mereka tidak ingin berbunuhan dengan askar
sultan. Mereka meneruskan perjalanan ke Batu Hampar. Apabila sampai di sana, mereka
(7)_________________ kubu. Zahid dan Samad diarahkan mengintip musuh di sebelah hilir.
Zahid berpura-pura (8)________________ untuk memantau pergerakan musuh. Apabila
terlihat tiga buah perahu musuh, mereka segera melaporkan kepada pasukan. Namun, Datuk
Bahaman dan pasukan berada dalam dilema apabila melihat askar sultan
(9)________________ dengan mata-mata Sikh. Mereka mengambil keputusan untuk pulang
ke Lubuk Terua. Di situ mereka membina kubu pertahanan. Selang beberapa hari, Mat Kilau
datang dari Pulau Tawar. Beliau memberitahu Datuk Bahaman bahawa
(10)________________ tidak berpuas hati dan akan melancarkan serangan besar-besaran.
Bab 13 (Sebuah Perjanjian)
Batu Hampar perjanjian sultan perkhabaran berpindah
menembak Rodger Kelam kabut kepakarannya Berpuas hati

Berita kedatangan musuh ke Semantan menyebabkan keadaan mula (1)______________.


Datuk Bahaman membuat keputusan untuk pergi ke (2)______________ bagi menyiasat
dakwaan sama ada Rodger datang bersama (3)_________________. Selepas empat hari,
Datuk Bahaman kembali membawa (4)________________ yang sultan turut serta bersama
(5)________________ dalam serangan terbaru itu. Tuk Selampit menawarkan
(6)________________ untuk menyumpit Rodger tetapi ditolak oleh Datuk Bahaman. Beliau
risau akan keselamatan sultan ketika Tuk Selampit menyumpit. Tindakan Datuk Bahaman
menyebabkan Tuk Selampit tidak (7)_______________. Pada sebelah malam, mereka
(8)_______________ ke Darat Pasir Tuk Anjang. Di situ, mereka akan berkubu untuk
pertempuran. Datuk Bahaman menggunakan ilmunya untuk berjumpa dengan sultan. Beliau
menyatakan satu (9)________________ telah dibuat. Askar sultan akan
(10)_______________ ke udara semasa pertempuran nanti dan pasukan Datuk Bahaman
diminta melarikan diri. Ini untuk mengaburi Rodger.
Bab 14 (Jatuhnya Lubuk Terua)
menyerah diri Askar-askar marah ditembak Darat Kelubi
Mat Kilau surat pengampunan udara sungai Tembeling bantuan

Hari pertempuran telah tiba. (1)________________ sultan mula mengambil kedudukan dan
menghalakan senapang ke (2)______________. Kedua-kedua pasukan mula berbalas
tembakan ke udara. Namun, tanpa disangka-sangka Mat Lela telah (3)_______________ oleh
askar sultan yang belot. Begitu juga dengan Awang Muhamad yang ditembak di dada.
Keadaan mula menjadi cemas. Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja datang memberi
(4)_______________. Namun Awang Muhamad meninggal dunia. Datuk Bahaman dan
Datuk Panglima Raja telah berselisih faham. Datuk Panglima Raja yang
(5)_______________ mula bertindak tetapi ditembak. Imam Perang Weh dan Tuk Muda
Bidin mengambil langkah (6)________________ tetapi dibunuh oleh ketua askar sultan.
Menjelang zuhur, perajurit Semantan mula berundur ke (7)________________. Askar-askar
sultan mula bersorak di atas kemenangan mereka. Pada suatu petang, (8)_______________
datang ke Darat Kelubi menemui Datuk Bahaman. Beliau membawa satu salinan
(9)__________________ beramai-ramai kecuali pengampunan untuk Datuk Bahaman. Datuk
Bahaman meminta Hassan Tahmid menghebahkan orang ramai supaya pulang ke kampung
masing-masing. Mat Kilau memberitahu satu perancangan besar untuk melawan Inggeris.
Namun, rancangan itu gagal kerana Inggeris berjaya mengesan terlebih dahulu. Akhirnya
Datuk Bahaman mengambil keputusan untuk mudik ke (10)________________ dan bersatu
dengan Tuk Gajah serta Mat Kilau.

You might also like