Professional Documents
Culture Documents
Tugasan Kon Pembelajaran Dale
Tugasan Kon Pembelajaran Dale
OLEH:
NUR AFIQAH BINTI AZRI
D20121058809
NAMA PENSYARAH: DR. MOHMAD
NOOR BIN MOHMAD TAIB
Kon Pembelajaran Dale
• Kon Pengalaman Pembelajaran Dale
merupakan garis panduan yang boleh
digunakan oleh guru dalam proses P&P supaya
pelajar dapat memahami dengan mendalam
mengenai apa yang cuba disampaikan.
• Dalam Kon ini, Dale menegaskan dan
mengklasifikasikan media dan teknik yang
boleh digunakan dalam P&P untuk proses
pembelajaran berkesan.
Beliau menjelaskan bahawa murid hanya akan
mengingat:
Abstrak Persimbolan
Pemerhatian
Konkrit Penglibatan
Rajah
Kon Pembelajaran Dale
• Persimbolan
Pada tahap persimbolan, Dale memecahkannya kepada dua
bahagian iaitu:
- Simbol lisan
- Simbol penglihatan
• Pemerhatian
Pada tahap pemerhatian, Dale telah memecahkannya kepada
empat bahagian iaitu:
- Rakaman radio dan gambar
- Televisyen
- Pameran
- Demontrasi atau tunjuk cara
• Penglibatan
Pada tahap penglibatan, Dale memecahkannya kepada 3
peringkat:
- Lakonan/main peranan
- Penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak 3
dimensi
- Pengalaman langsung
- Lawatan
• Kon ini bermula dari konkrit ke abstrak.
Televisyen
- Televisyen merupakan satu contoh pengunaan media yang sangat
membantu sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Murid dapat
melihat sendiri peristiwa kemerdekaan yang ditayangkan di televisyen.
Walaupun aktiviti ini merupakan aktiviti pasif dimana murid hanya
melihat, ia sebenarnya meninggalkan semangat yang mendalam
sekiranya mereka menghayati jalan cerita yang disampaikan sekaligus
dapat menanamkan semangat cintakan negara.
Pameran
- Pameran juga merupakan antara perkara yang terdapat
di bawah Kon Pengalaman pembelajaran dale di mana
pameran juga dapat mengukuhkan minda pelajar kerana
mereka akan ditayangkan dengan pelbagai alatan atau
juga poster, pamplet serta sebagainya lagi yang secara
tidak langsung turut bercerita mengenai peristwa
kemerdekaan itu sendiri. Hal ini diakui oleh Edgard Dale
apabila beliau menyatakan bahawa seseorang murid itu
akan lebih mudah untuk memahami sesuatu perkara
sekiranya dia mendengar, melihat dan melaui sendiri
peristiwa itu.
Demonstrasi/ Tunjuk cara
- Dalam kaedah ini, guru memainkan peranan
utama dalam menunjukkan contoh supaya lebih
difahami oleh murid. Misalnya, di dalam peristiwa
Merdeka, Tunku Abdul Rahman akan diiring oleh
kereta mengelilingi Dataran Merdeka dan dikelilingi
oleh ribuan rakyat untuk melaungkan kata-kata
keramat ” Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Sebanyak 3 kali. Seterusnya, pelajar akan lebih
mudah untuk mengingati mengenai peristiwa
merdeka tersebut.
Persimbolan
Simbol Penglihatan
Dalam proses ini, guru boleh duduk bersama pelajar
dan membincangkan pokok-pokok utama dalam isu
kemerdekaan negara berdasarkan tayangan gambar,
video serta bahan bantu mengajar yang lain
sebelum mereka terus ke langkah seterusnya iaitu
menulis karangan.
Simbol Lisan
Murid kemudiannya akan diminta menulis sebuah
karangan mengenai ”Proses Kemedekaan Negara”.