You are on page 1of 3

SPP BIL.

1 TAHUN 2016
PJS

PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING PESURUHJAYA SUKAN BILANGAN 1 TAHUN 2016

GARIS PANDUAN BAGI MENGEMUKAKAN


MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKB)
OLEH BADAN SUKAN

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini menggantikan Surat Pekeliling Pesuruhjaya Sukan 1 Tahun


2008.

1.2 Menetapkan kaedah bagi mengemukakan maklumat yang kena diberi


oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.

1.3 Menetapkan supaya semua badan sukan mengemukakan MYKB kepada


Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh 30 hari selepas mesyuarat agung
diadakan atau sebagaimana di syaratkan semasa kelulusan pendaftaran
diberi.

1.4 Menetapkan supaya semua badan sukan menjalankan mesyuarat agung


mengikut perlembagaan badan sukan berkenaan.

2. MAKLUMAT YANG KENA DIBERI

2.1 MYKB adalah maklumat wajib dikemukakan oleh semua badan sukan
yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Maklumat yang
wajib dikemukakan ke Pejabat ini ialah:

2.1.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa/Majlis yang menetapkan serta


bersetuju dengan tarikh, masa, tempat, agenda dan lain-lain
tetapan mengenai mesyuarat agung badan sukan. Contoh adalah
sebagaimana di Lampiran D;

2.1.2 Notis Panggilan Mesyuarat Agung. Contoh adalah sebagaimana di


lampiran E. Bagi persatuan yang memerlukan dua notis, ianya
hendaklah mengikut sebagaimana tercatat dalam perlembagaan;

2.1.3 Minit Mesyuarat Agung yang mengandungi tarikh dan tempat


mesyuarat, senarai ahli-ahli berdaftar yang hadir serta keputusan
pemilihan Ahli Jawatankuasa dan Laporan Aktiviti – pertandingan,
latihan, kursus, seminar dan lain-lain. Contoh adalah sebagaimana
di Lampiran F;
-1-
SPP BIL. 1 TAHUN 2016
PJS

2.1.4 Senarai nama pemegang jawatan utama dan ahli-ahli


jawatankuasa dengan mencatatkan jawatan, nama, nombor kad
pengenalan, tempat lahir, alamat rumah, pekerjaan, nombor telefon
bimbit dan nama serta alamat majikan. Sebagaimana format yang
telah ditetapkan

2.1.5 Laporan aktiviti tahunan. Contoh adalah sebagaimana di Lampiran


G;

2.1.6 Penyata Kewangan yang diaudit serta butir-butir mengenai share/


bon/ simpanan tetap/harta tak alih yang dipunyai oleh badan
sukan, jika ada sertakan juga salinan geran atau surat hakmilik
yang sah sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat yang
telah diberi terdahulu.

2.1.6.1 Badan Sukan Kebangsaan perlu mengemukakan Penyata


Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan serta Kunci Kira-
Kira yang telah diaudit oleh Juruaudit bertauliah yang
dilantik dalam Mesyuarat Agung. Contoh adalah
sebagaimana di lampiran Lampiran H1 dan Lampiran H2;

2.1.6.2 Badan Gabungan / Kelab perlu mengemukakan Penyata


Pendapatan dan Perbelanjaan yang telah diaudit oleh
Juruaudit dalam yang dilantik dalam Mesyuarat Agung.
Contoh adalah sebagaimana di Lampiran H1;

2.1.7. Nama dan alamat badan sukan, yang mana persatuan/kelab ini
menjadi ahli gabungan; (Lampiran B. MYKB 1. Per. 11)

2.1.8. Senarai Ahli terkini badan sukan. Contoh adalah sebagaimana di


Lampiran J;

2.2 Badan Sukan yang mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa atau
Mesyuarat Agung Khas wajib mengemukakan laporan mesyuarat
berkenaan seperti berikut:-

2.2.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa atau Majlis yang menetapkan tarikh,


masa dan tempat Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Mesyuarat
Agung Khas;

2.2.2 Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Mesyuarat Agung Khas;

2.2.3. Minit Mesyuarat Agung Luar Biasa/Mesyuarat Agung Khas;

2.2.4 Senarai kehadiran yang mengandungi nama ahli dan nombor kad
pengenalan;

2.2.5 Senarai Ahli terkini badan sukan.

-2-
SPP BIL. 1 TAHUN 2016
PJS

3. PELAKSANAAN

3.1 Kaedah mengemukakan maklumat yang kena diberi adalah tertakluk


kepada peraturan berikut:-

3.1.1 Menghantar maklumat yang kena diberi bagi Mesyuarat Agung


Tahunan dengan menggunakan Borang MYKB 1 dalam tempoh 30
hari selepas Mesyuarat Agung Tahunan diadakan; (Lampiran B)

3.1.2 Menghantar maklumat yang kena diberi bagi Mesyuarat Agung


Luar Biasa atau Mesyuarat Agung Khas dengan menggunakan
Borang MYKB 2 dalam tempoh 30 hari selepas Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan; (Lampiran C)

3.2 Tiap-tiap salinan maklumat, laporan atau dokumen yang dikemukakan


hendaklah ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama badan
sukan dan dengan mereka mengaku saksikan sedemikian pada muka
akhir setiap salinan. Nama dan jawatan yang dipegang jawatan
berkenaan hendaklah ditaip atau ditulis dalam huruf besar dengan jelas di
bawah atau di sebelah tandatangan mereka.

3.3 Badan-badan sukan adalah hendaklah mematuhi tetapan tarikh dan


agenda Mesyuarat Agung seperti terkandung dalam Perlembagaan
masing-masing.

4. TINDAKAN KEGAGALAN MENGEMUKAKAN MAKLUMAT YANG KENA


DIBERI

4.1 Pesuruhjaya Sukan boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran


badan sukan jika Pesuruhjaya berpuashati bahawa badan sukan itu gagal
mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi dalam tempoh 30 hari dari
tarikh mesyuarat agung tanpa sebab yang munasabah.

5. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA

5.1 Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua badan sukan yang
berdaftar dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Kuatkuasa garis
panduan ini adalah mulai dari tarikh Surat Pekeliling ini dikeluarkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

T.T.
(DATO’ ZAITON BINTI OTHMAN)
Pesuruhjaya Sukan Malaysia

09 September 2016

-3-

You might also like