You are on page 1of 5

KEMAHIRAN PROSES SAINS

MENGENAL PASTI PEMBOLEH UBAH

Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan


(berbeza) (keputusan eksperimen) (sama/tetap)

1. Pemboleh ubah ada 3:


(i) dimanipulasi
(ii) bergerak balas
(iii) dimalarkan
2. Pemboleh ubah bergerak balas ada dua jenis:
(i) pemboleh ubah bergerak balas nampak (boleh dilihat)
(ii) pemboleh ubah bergerak balas tak nampak (tidak boleh dilihat)

Contoh pemboleh ubah bergerak balas Contoh pemboleh ubah bergerak balas
(Nampak) (Tak Nampak)
Nyalaan mentol Kekonduksian elektrik
Bilangan gelembung gas Kereaktifan logam
Kekeruhan bubur nutrien Pertumbuhan bakteria
Bilangan koloni bakteria Pertumbuhan bakteria

3. Langkah menulis pemboleh ubah:


(i) Mesti tulis parameter untuk ketiga-tiga pemboleh ubah kecuali inersia,
momentum dan tekanan:

Parameter + bahan
Isi padu bubur nutrien
Kehadiran yis
Jisim logam

(ii) Jenis radas tidak dikira sebagai pemboleh ubah

PEPEJAL CECAIR GAS


Jisim logam Isi padu larutan Isi padu hidrogen
Ketebalan wayar Isi padu asid hidroklorik Isi padu oksigen
Panjang rod Kepekatan asid Isi padu karbon dioksida
Jenis paku Isi padu bubur nutrien Bilangan gelembung gas
Kehadiran garam Kepekatan larutan garam
Kehadiran yis
Berat bahan
Jisim tin
Kedalaman lekuk

4. Pemboleh ubah boleh dikenal pasti melalui:


(i) Pernyataan soalan
(ii) Rajah
(iii) Jadual
(iv) Graf

1
NorhainiPulongJun2022’
(i)Pernyataan soalan

Seorang murid menjalankan satu eksperimen Dimanipulasi: Kehadiran nutrien


untuk mengkaji kesan kehadiran nutrien ke
atas pertumbuhan anak benih jagung. Bergerak balas: Pertumbuhan anak
Rajah 4 menunjukkan keputusan yang benih jagung
diperolehi selepas lima hari. Dimalarkan: Masa

(ii) Rajah
Dimanipulasi: Jenis larutan
Anak benih
Bergerak balas: Saiz akar
Kapas
Dimalarkan: Jenis anak benih
Larutan kultur Larutan kultur
lengkap Kertas hitam
tanpa fosforus

(iii) Jadual
pemboleh ubah Pemboleh ubah Dimanipulasi: Jenis blok logam
dimanipulasi bergerak balas
Bergerak balas: Kedalaman lekuk
Jenis blok
Kedalaman lekuk (mm)
logam Dimalarkan: Saiz blok logam
Blok kuprum 1.0
Blok gangsa 0.5

(iv) Graf

Dimanipulasi: Jenis logam


Isi padu gas (cm3) pemboleh ubah
dimanipulasi
Pemboleh ubah Bergerak balas: Isi padu gas
bergerak balas Logam X
Dimalarkan: Masa
Logam Y

pemboleh ubah
dimalarkan

Masa (minit)

2
NorhainiPulongJun2022’
1 Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk membandingkan kekuatan tulang padat
dengan tulang berongga.

Penutup kotak
Silinder X Silinder Y

Rajah 1
Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen itu.
Jenis silinder Bilangan buku yang boleh disokong
X 15
Y 10
Jadual 1
(a) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.

(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan


...............................................................................................................................
(ii) Pemboleh ubah yang bergerak balas.
.................................................................................................................................
(iii) Pemboleh ubah yang dimalarkan.
.................................................................................................................................
2 Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kekerasan blok gangsa dengan blok kuprum.

Bebola keluli
Kaki retort

Blok logam

Rajah 2
Bola keluli dijatuhkan pada ketinggian 50 cm ke atas blok gangsa dan blok kuprum.
Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen.
Jenis blok logam Kedalaman lekuk (mm)
Blok kuprum 1.0
Blok gangsa 0.5
Jadual 2
(a) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i)Pemboleh ubah dimanipulasi:
…………………………………………………………………………………………………………
(ii)Pemboleh ubah bergerak balas:
…………………………………………………………………………………………………………
(iii)Pemboleh ubah dimalarkan:
…………………………………………………………………………………………………………

3
NorhainiPulongJun2022’
3 Rajah 3 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan cuka dan larutan
ammonia ke atas lateks.

Cuka
10 cm3 lateks Gumpalan lateks

Larutan ammonia

10 cm3 lateks 10 cm3 lateks


Rajah 3
(a) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasi:
…………………………………………………………………………………………………………
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas:
…………………………………………………………………………………………………………
(iii) Pemboleh ubah dimalarkan:
…………………………………………………………………………………………………………\
4 Rajah 4 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan nutrien ke atas
pertumbuhan bakteria, Bacilllus subtilis.

1 cm3 kultur bakteria 1 cm3 kultur bakteria


+ +
3
5 cm agar-agar nutrien 5 cm3 agar-agar tanpa nutrien

Rajah 4
Selepas 3 hari, bilangan koloni bakteria di dalam piring petri diperhatikan.
Keputusan direkodkan dalam Jadual 4.
Piring Kehadiran nutrien Bilangan koloni
petri dalam agar-agar bakteria
A Ada 6
B Tiada 0
Jadual 4
(j) Pemboleh ubah dimanipulasi:
…………………………………………………………………………………………………………
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas:
…………………………………………………………………………………………………………
(iv) Pemboleh ubah dimalarkan:
…………………………………………………………………………………………………………

4
NorhainiPulongJun2022’
JAWAPAN:

1 (i) Jenis silinder


(ii) Bilangan buku teks yang boleh disokong
(iii) Panjang dan diameter silinder

2 (i) Jenis blok logam


(ii) Kedalaman lekuk
(iii) Jisim bebola keluli/
Ketinggian bebola keluli daripada blok logam/
Saiz blok logam

3 (i) Jenis larutan // Penambahan cuka dan larutan


ammonia
(ii) Gumpalan lateks
(iii) Isi padu lateks // Tempoh eksperimen

4 (i) Kehadiran nutrien


(ii) Bilangan koloni bakteria
(iii)Isi padu kultur bakteria // Isi padu agar-agar

5
NorhainiPulongJun2022’

You might also like