You are on page 1of 1

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5

UNIT 2: INDIVIDU GLOKAL

INDEKS: LATIHAN STRUKTUR UNIT 2 TARIKH: 9 FEB. 2021

1. Perkahwinan mengikut tradisi lokal sering dipertahankan oleh generasi tua manakala generasi
muda lebih selesa untuk berkahwin mengikut cara moden individu global.

VS.

a) Nyatakan 3 kelebihan bagi generasi muda zaman kini sekiranya memilih untuk mempertahankan
perkahwinan mengikut tradisi.
i. Keluarga akan merasa gembira kerana dapat adakan perkahwinan tradisional.
ii. Kita dapat mengekalkan tradisi nenek moyang
iii. Dapat mempunyai kenangan yang manis berkahwin mengikut cara tradisi.
(3 markah)

b) Nyatakan 3 kesan sekiranya golongan muda lebih cenderung untuk berkahwin dengan mengikut cara
moden individu global.
i. Adat tradisi perkahwinan ini akan dilupakan dan menjadi pupus.
ii. Keluarga akan merasa sedih kerana tiduk ikut perkahwinan secara tradisi.
iii. Tidak dapat mempunyai pengalaman mempraktiskan perkahwinan secara tradisi.
(3 markah)

c) Anda dan pasangan merancang untuk berkahwin dengan cara moden namun keluarga anda berkeras
untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan mengikut adat tradisional. Jelaskan perasaan anda.
Bagaimanakah anda dan pasangan dapat menyelesaikan isu ini mengikut pertimbangan individu
glokal.
Saya merasa agak sedih kerana keluarga mahukan perkahwinan secara tradisi. Namun begitu saya
dan pasangan boleh menyelesaikan masalah ini dengan berfikir secara glokal dan bertolak ansur.
Kami boleh mengadakan perkahwinan secara tradisi untuk kaum keluarga dan juga secara moden
bersama rakan-rakan.
(4 markah)

You might also like