You are on page 1of 23

SEMESTER A221

ANALISIS MOVIE
THE RON CLARK STORY (2006)

KELAS/KUMPULAN
SGDY 4022 APPLICATION OF
EDUCATIONAL PSYCHOLOGY (A-GROUP 1)

PENSYARAH
PROF MADYA DR FAUZIAH MD JAAFAR

AHLI KUMPULAN

NO. NAMA MATRIK

1 MUNA MOHD RODZI 831162

2 YUSRIYAH MOHD RODZI 830985

3 NOR NAJIHAH BINTI MOHD SHUKRI 831139

4 MOHAMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL 831425

5 MUHAMMAD NASHIRUDDIN BIN ZULKIFLI 831161

6 MUHAMMAD NOOR ZAIDAN BIN AHMAD ROSLAN 830972

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Watak & Perwatakan 2-3

3.0 Teori & Kritikan


3.1 Teori Vygotsky 4
● Isu 1 - Suasana Kelas Tidak Kondusif
- Situasi
- Praktis / Intervensi
● Isu 2 - Suasana Negatif Tidak Membantu Pelajar
- Situasi
- Praktis / Intervensi
3.1.1 Kritikan
3.2 Teori Jean Piaget 6
● Isu 1 - Pelajar Tidak Minat Belajar & Ego
- Situasi
- Praktis / Intervensi
3.2.1 Kritikan
3.3 Teori Erik Erikson 8
● Isu 1 -
- Situasi
- Praktis / Intervensi
3.3.1 Kritikan
3.4 Teori Kohlberg 11
● Isu 1 - Pelajar Gagal Menghormati Guru dan Kurang
Memberi Perhatian serta Kerjasama kepada Guru Mereka.
● Isu 2 - Ketidakpatuhan Kepada Undang-undang dan
Autoriti Sebagai Kontrak Sosial.

i
- Situasi
- Praktis / Intervensi
3.4.1 Kritikan
3.5 Teori Ivan Pavlov 13
● Isu 1 - Kelas Bising & Tidak Fokus
- Situasi
- Praktis / Intervensi
● Isu 2 - Pelajar Mengikut Arahan
- Situasi
- Praktis / Intervensi
3.5.1 Kritikan
3.6 Teori B.F Skinner 15
● Isu 1 - Pelajar tidak mematuhi arahan untuk membuat
barisan keluar kelas pada waktu rehat
- Situasi
- Praktis / Intervensi
● Isu 2 - Pelajar tidak mendapat makanan di kantin pada
waktu rehat disebabkan pelajar tidak mematuhi arahan guru
- Situasi
- Praktis / Intervensi
● Isu 3 - Murid mencuri wang ibunya
- Situasi
- Praktis / Intervensi
3.6.1 Kritikan
3.7 Teori Maslow 18
● Isu 1 - Motivasi berkesan untuk meningkatkan potensi dan
karakter pelajar
- Situasi
- Praktis / Intervensi

Kesimpulan 19
Rujukan 20

ii
1. Pengenalan
Filem “The Ron Clark” dilancarkan pada 13 Januari 2006 yang menceritakan
pengalaman mengajar seorang guru yang berhadapan dengan murid yang beragam sikap
dengan menggunakan pendekatan mengajar yang berbeza pada setiap murid. Encik Clark
pernah menjadi guru selama empat tahun di Snowden Elementary School di Aurora, North
California dan kemudian berpindah ke Inner Harlem Elementary School di New York. Beliau
diterima masuk ke sekolah baru di New York kerana menggantikan guru yang berpindah ke
sekolah lain disebabkan tidak mampu mengatasi sebilangan murid di sekolah tersebut.
Sebelum memulakan tugas sebagai guru di sekolah Harlem School, Encik Clark
terlebih dahulu dibawa oleh Mr. Tuner iaitu Pengetua sekolah untuk melihat kawasan sekolah
dan murid yang akan diajar dan dididik. Setelah itu, Encik Clark melakukan lawatan ke rumah
pelajarnya untuk lebih mengenali pelajar-pelajarnya dengan harapan beliau boleh
bekerjasama dengan waris-waris mereka. Hasil dari lawatan tersebut, beliau mendapati
pelajar-pelajar tersebut mempunyai pelbagai latar belakang dan karakter yang berbeza. Ketika
hari pertama Encik Clark masuk ke kelas, para pelajar menunjukkan sikap yang nakal dan
tidak menghiraukannya sama sekali. Encik Clark mencuba untuk mengawal keadaan dengan
menciptakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh para pelajarnya. Beliau mencuba untuk
menerapkan nilai kasih sayang dan menghargai satu sama lain meskipun usaha tersebut sukar
dan memerlukan sedikit masa supaya para murid dapat mengadaptasi diri dengan peraturan
tersebut.
Kemudian, Encik Clark menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat dan
melahirkan rasa seronok untuk murid. Beliau mencuba untuk mendekati para murid dengan
menyertai kesukaan mereka seperti bermain “skipping” bersama muridnya. Beliau juga
berusaha mencari tahu setiap permasalahan dan halangan yang dihadapi oleh muridnya dan
mencuba untuk mengatasinya. Usaha dan pengorbanan Encik Clark akhirnya mampu
membuahkan hasil ketika para pelajarnya bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk
belajar sehinggakan beliau mengadakan kelas tambahan untuk mengulangkaji topik
pembelajaran lalu agar lebih berkesan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.
Pengorbanan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru
dalam diri Encik Clark untuk mendidik walaupun dalam keadaan sakit dan perlu mendapatkan
rawatan di hospital menimbulkan rasa terharu dalam diri para pelajarnya. Inisiatif yang
digunakan Encik Clark ketika berada di hospital adalah dengan menyampaikan pengajaran
menggunakan rakaman video yang dapat dilihat oleh muridnya di sekolah. Akhirnya, para

1
murid dari kelas Encik Clark mendapat keputusan peperiksaan terbaik berbanding murid dari
kelas terbaik sebelumnya sehinggakan beliau diberi penghargaan oleh pengetua sekolah
sebagai guru terbaik.

2. WATAK DAN PERWATAKAN

No. WATAK PERWATAKAN

1. Encik Clark ● Merupakan watak utama dalam filem


ini.
● Seorang pendidik yang berdedikasi
yang mempunyai cita-cita yang sangat
tinggi, bersifat empati, inventif dan
kreatif.

2. Tayshawn ● Seorang kanak-kanak yang berfikiran


keras, berani dan tidak mengambil berat
dan tidak peduli hal orang lain

3. Shameika ● Pelajar yang berani, lantang, berani, dan


bersemangat serta mempunyai sikap
egonya yang tersendiri.

4. Badriyah ● Satu-satunya orang yang pertama kali


dapat menawan hati Encik Clark.
● Pemalu, pendiam, bijak, dan seorang
yang
● Sangat suka membaca dan bercita-cita
menjadi seorang doktor.

5. Pengetua Turner ● Seorang yang ego, tidak sopan, dan cuai

2
6. Marissa Vega ● Rakan sekerja yang hebat, cantik,
berdedikasi, dan juga seorang yang
berbakat.

7. Julio Vazquez ● Pelajar yang gemar berjudi, bermain kad


dan mencuri.

8. Ron Clark Sr ● Bapa kepada Encik Clark yang


penyayang dan bertimbang rasa.

9. Jean Clark ● Ibu Encik Clark yang bijak dan


penyayang.

10. Arena Raquel ● Merupakan pelajar yang suka tidur di


dalam kelas.

11. Bapa Badriyah ● Seorang individu yang autokratik,


diktator, dan tidak demokratik.

12. Doretha Wallac ● Ibu Shameika, seorang wanita yang


rajin dan bertimbang rasa.

13. Brampton Howard ● Ayah tiri kepada Tayshawn, suka


membuli dan tidak mengambil kisah
langsung mengenai Tayshawn.

14. Alita Sanchez ● Seorang pelajar yang bijak.

15. Yolanda ● Seorang penyambut tetamu hotel yang


sibuk, baik hati dan tegas.

3
3. TEORI DAN KRITIKAN
3.1 Teori Vygotsky
Lev Vygotsky (1978), merupakan salah seorang psikologi Rusia yang
meninggal dunia pada umur 38 tahun kerana menghidapi penyakit tibi. Beliau
menghasilkan penulisan berkaitan bahasa, pemikiran, psikologi seni, pembelajaran dan
perkembangan dan strategi mengajar kanak-kanak yang memerlukan perhatian khas.
Beliau dikenal sebagai pelopor dalam teori sosiobudaya. Teori ini menekankan peranan
masyarakat sekeliling dalam membentuk pola fikir dan tingkah laku seseorang melalui
interaksi. Fungsi dalam perkembangan kanak-kanak terdiri daripada dua aspek iaitu
pada peringkat sosial dan peringkat individu. Dengan lebih jelas dapat difahami bahawa
proses mental berlaku dalam diri perorangan kerana melakukan aktiviti secara bersama.
Beliau menekankan kepentingan interaksi sosial kanak-kanak dalam perkembangan
kognitif.

Isu 1
Keadaan kelas yang tidak kondusif sebagaimana dapat dilihat ketika pertama
kali Encik Clark masuk ke kelas untuk sesi PdPC. Kelas dilihat tidak menarik, susunan
kedudukan murid tidak teratur dan banyak contengan di dinding kelas yang
menyebabkan suasana untuk belajar menjadi suram.

Praktis/Teknik/Intervensi
● Encik Clark mencipta persekitaran bilik darjah yang kondusif dengan mengubah suai
bilik darjah dan meletakkan papan poster, kraf dan petikan inspirasi di sekeliling bilik
untuk menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang menarik untuk menggalakkan
interaksi dan perasaan kebersamaan yang amat dialu-alukan. Beliau juga menetapkan
peraturan semasa hari pertama pengajarannya iaitu 'We Are Family' untuk
menggalakkan rasa hormat antara satu sama lain.

● Persekitaran bilik darjah yang kondusif melibatkan interaksi dua hala antara pelajar
dan guru. Persekitaran bilik darjah jenis ini merangsang pembelajaran dan
membuatkan kedua-dua pengajar dan pelajar berasa puas yang akhirnya membawa
kepada proses pembelajaran yang berkesan. Encik Clark menggunakan teknik dan
strategi yang berbeza untuk mendapatkan minat pelajar. Dia memulakan pelajaran
tatabahasa supaya mereka boleh belajar dengan lebih baik dalam pembelajaran subjek

4
Bahasa Inggeris, pada masa itu, dia meneguk susu coklat setiap 15 saat untuk
membuatkan mereka kekal fokus pada pengajarannya.

● Dalam cerita ini, Encik Clark menyesuaikan diri untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dengan persekitaran fizikal bilik darjah dengan foto
pelajar dan frasa motivasi untuk membantu menggalakkan pelajar. Beliau juga
memerhati tingkah laku pelajar yang jelas dan konsisten serta mencipta peraturan khas
untuk membentuk tingkah laku mereka, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif. Dia memerhati mereka, menemui kekuatan mereka, dan kemudian
memberikan komen yang menggalakkan. Nampaknya ia tidak banyak memberi
perubahan pada mulanya, tetapi usaha ini perlahan-lahan melembutkan pelajarnya ke
tahap di mana mereka mempercayainya. Adalah penting bagi guru untuk mengenali
kekuatan pelajar mereka dan mengiktiraf teori individu yang berbeza. Dengan berbuat
demikian ia dapat memberi keyakinan bahawa mereka boleh berjaya pada masa
hadapan.

Isu 2
Keadaan persekitaran yang tidak menyumbang kepada perubahan positif
murid-murid. Sebagaimana Encik. Turner, pengetua SD Harleem, tidak menyukai
Encik Clark, malah Encik Turner telah memprovokasi beliau dengan berkata "Sekolah
saya, peraturan saya, cara saya!". Encik. Turner mengharapkan agar semua murid lulus
peperiksaan akhir, namun beliau dia tidak mempedulikan kaedah pengajaran Encik
Clark dalam kelas dalam erti kata lain tidak memberikan sokongan kepada Encik
Clark.
Praktis/Teknik/ Intervensi
Tanpa mempedulikan Encik Turner, Encik Clark menggunakan pendekatan dengan
dengan cuba memahami latar belakang setiap murid beliau. Dengan cara ini murid-
murid merasakan diri mereka dihargai biarpun mereka lahir dari pelbagai latar
belakang.

3.1.1 Kritikan terhadap Teori Vygotsky


Namun begitu, kelemahannya ialah sukar untuk guru membuat perancangan
dan kesukaran untuk memetakan ZDP setiap pelajar. Hartman (2002) menyatakan,
‘scaffolding’ membantu kegagalan pelajar dalam perkembangan kognitif, nasib diri,
dan maruah diri; dan kelemahannya ialah kadangkala pelajar kurang keyakinan dalam

5
menyiapkan tugasan mereka apabila bantuan dikurangkan/dihapuskan. Lipscomb et
al. (2005) menyebut 4 faedah daripada ‘scaffolding’ iaitu :
(1) meminimumkan tahap kekecewaan pelajar,
(2) memotivasikan pelajar untuk belajar,
(3) mewujudkan momentum, dan
(4) membolehkan pelajar mengenal pasti bakat mereka sejak kecil;

Sungguhpun begitu, terdapat 3 kelemahan ZDP iaitu :


(1) guru kurang/tidak dapat melakukannya dengan betul,
(2) memakan masa, dan
(3) kesukaran pemetaan ZDP pelajar.

Dapat disimpulkan bahawa guru perlu memberi perhatian kepada kekuatan


yang ada dan berusaha untuk mengambil kesempatan daripada kelebihan ini, tetapi
guru juga perlu sedar akan kekurangan supaya ‘scaffolding’ boleh memberi impak
positif kepada pembelajaran (Sugeng Sutiarso, 2009).

3.2 Teori Jean Piaget


Jean Piaget (1954) mencipta model yang menerangkan cara pemikiran
seseorang berdasarkan perkembangan kognitif/otak yang berubah secara radikal
walaupun secara perlahan bermula dari lahir hinggalah meningkat dewasa. Terdapat
empat tahap perkembangan iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Perkembangan ini juga dipengaruhi oleh kematangan biologi, aktiviti,
pengalaman sosial dan keseimbangan yang akan mempengaruhi perubahan dalam
corak pemikiran seseorang.

Isu 1

Murid-murid yang tidak berminat untuk belajar dan masing-masing


mempunyai ego yang tersendiri. Hal ini dapat dilihat ketika Encik Clark masuk ke
kelas untuk memulakan sesi pengajarannya, murid menunjukkan sikap tidak
menyukainya dan tidak berminat untuk belajar malah tidak menghormati dirinya
sebagai seorang guru. Murid berkelakuan tidak sopan seperti duduk diatas meja,
berbuat bising sehingga menimbulkan pergaduhan diantara mereka di dalam kelas.

6
Praktis/Teknik/ Intervensi

Untuk menangani permasalahan ini, Encik Clark menggunakan pendekatan


teori Jean Piaget iaitu memahami perkembangan kognitif murid-murid di kelas
tersebut yang berada pada tahap operasi formal. Perkembangan kongnitif menjelaskan
bagaimana cara manusia memahami dunia dengan mengumpul dan menyusun
maklumat yang diperoleh. Pada tahap ini, murid-murid melakukan taakulan
hipotetiko-deduktif iaitu menyelesaikan permasalahan dengan mengenali semua
faktor yang mungkin menjejaskan permasalahan tersebut dan menyimpul serta menilai
penyelesaian secara khusus. (Anita E.Woolfolk. (2012).

Selain itu, pada tahap ini juga murid-murid mempunyai egosentrisme yang
tinggi sebagai contoh dalam watak Shameika yang selalu inginkan kebenaran
memihak pada dirinya termasuk ketika berhadapan dengan gurunya Encik Clark. Oleh
itu, Encik Clark menggunakan strategi pembelajaran yang mampu menarik fokus
murid-murid seperti menggunakan media interaktif dalam PdPC, memulakan
pengajaran dengan bercerita sesuai dengan tajuk pembelajaran dan menggunakan
kaedah nyanyian supaya murid mudah untuk mengingat isi pembelajaran yang
disampaikan. Dengan ini murid-murid dapat mengadaptasi dengan perubahan cara
penyampaian PdPC yang lebih menyeronokkan dan dapat berfikir secara hipotetik,
menimbang pilihan dan menganalisis pemikiran diri sendiri yang memberi kesan yang
baik terhadap diri mereka.

3.2.1 Kritikan terhadap Teori Jean Piaget

Terdapat kelemahan dalam teori ini antaranya Jean Piaget dilihat


memperkecilkan kebolehan kanak-kanak sebagai contoh kanak-kanak pada peringkat
prasekolah dapat menyelesaikan masalah yang berada pada tahap lebih tinggi
berbanding tahap perkembangan yang dinyatakan oleh Piaget. Seterusnya, Piaget juga
tidak mengambil kira latar belakang kanak-kanak dan sosiobudaya yang dilihat
penting kerana setiap budaya akan mempengaruhi perkembangan kongnitif mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang hidup di bandar dan luar bandar mempunyai rutin
dan pendedahan kehidupan yang berbeza.

7
3.3 Teori Erik Erikson

Erik Erikson (1902) yang juga dikenali sebagai bapa Psikososial telah
menjelaskan bahawa perkembangan setiap manusia adalah berorentasikan konsep
krisis bagi membentuk kesadaran diri, pelarasan, pembangunan jiwa dan identiti.
Setiap fasa umur individu terdapat di dalamnya krisis dan cabaran yang perlu diatasi
untuk berkembang dengan lebih jauh. Beliau telah menggariskan 8 peringkat krisis
dan cabaran yang akan dilalui oleh setiap individu di dalam kitaran hidup hayat
mereka. Oleh hal yang demikian, hubungan manusia dan persekitaran sosial amat
berkait rapat dan saling berhubung.

Isu 1

Murid-murid yang kurang kepercayaan diri serta keyakinan terhadap potensi


diri mereka. Badriyah, seorang murid yang berasal dari India mempunyai bakat yang
besar di dalam pelajaran. Namun, kurangannya sokongan dan dorongan daripada
keluarga menjadikan dia hilang kepercayaan diri. Hal ini disebabkan kejumudan
keluarga Badriyah yang menganggap pelajaran kepada kaum wanita tidaklah terlalu
penting lantas membantutkan potensi dan minat anak mereka sendiri. Tambahan pula
status keluarga Badriyah yang imigran dari negara luar, menyebabkan Badriyah
sendiri merasa kurang yakin untuk bergaul bersama rakan-rakannya. Perbezaan
budaya dan cara pemakaian juga menjadikan dia terasa terasing daripada rakan-
rakannya. Babak Shameika dan rakan-rakan menerangkan kepada Badriyah, bahawa
jika ingin menjadi seperti mereka, maka ikutilah sikap dan cara mereka, telah
membawa mesej yang jelas tentang tahap keyakinan individu adalah bergantung
kepada penerimaan daripada rakan-rakannya.

Praktis/Teknik/ Intervensi

Langkah pertama yang dilakukan oleh Encik Clark iaitu mewujudkan


afmosfera yang harmoni di dalam kelas melalui peraturan – peraturannya berjaya
menyatupadukan murid-muridnya. Peraturan dan slogan seperti “We are family”
sedikit sebanyak telah mendidik murid rasa saling- menghormati dan berkasih- sayang
antara satu sama lain. Adegan Encik Clark yang menghalang semua murid ke kantin
selagi mana Shameika tidak mengakui kesalahannya pula dapat membentuk sifat

8
kerjasama dan tidak mementingkan diri. Melalui teknik ini, murid-murid yang kurang
berkeyakinan diri akan rasa dihargai dan selesa di dalam persekitaran mereka. Justeru
proses pembelajaran akan menjadi lebih lancar dan berkesan.

Selain itu, babak Encik Clark menitipkan kata-kata semangat kepada para
murid setelah mereka mendapat keputusan yang teruk seminggu sebelum Ujian
Kebangsaan bermula telah menyedarkan murid akan matlamat pembelajaran mereka
selama ini. Hampir semua murid di dalam kelas itu merasakan bahawa mereka ialah
murid yang gagal, tidak cemerlang dan tidak mampu memperoleh apa-apa pencapaian
yang baik. Namun sekali lagi Encik Clark berjaya mengingatkan mereka bahawa
matlamat pembelalajaran bukannya hanya terletak pada gred ujian semata-mata, tetapi
kerjasama dan sifat toleransi yang dihasilkan di dalam kelas selama ini juga
menunjukkan hasil pembelajaran mereka. Situasi ini selaras dengan saranan dari teori
Eriksen, tahap 3 yang menggambarkan murid di tahap ini amat memerlukan tunjur
ajar dan dorongan dari guru untuk mencapai tahap keyakinan diri yang tinggi.

Isu 2

Kerelaan dan kesudian daripada orang yang berpengalaman untuk


membimbing generasi seterusnya.Adegan memperlihatkan Brampton Howard, iaitu
bapa Tayshawn yang dipanggil ke pejabat pengetua sekolah. Dia seakan-akan tidak
kisah jika pengetua mahu mengeluarkan Tayshawn dari sekolah. Hal ini menyebabkan
Encik Clark menjadi terkesima dan menahan marah.

Praktik/Teknik/Intervensi

Teori Erikson pada tahap 7 menggariskan bahawa orang dewasa yang berjaya
akan lebih terbuka untuk berkongsi prinsip dan cara hidup kepada generasi yang lebih
muda. Berbeza dengan orang dewasa yang tidak terlalu bahagia dengan hidup mereka.
Mereka ini tidak terlalu gemar berkongsi idea serta nilai dengan generasi yang lebih
muda. Contoh ini dapat dilihat pada watak Brampton Howard yang bukan sahaja tidak
kisah jika Tayshawn dibuang sekolah dan disekolahkan di sekolah juvana malah
sanggup memukul dan memijak Tayshawn hanya kerana melukis mural di dinding
rumah. Menurut teori Erikson, orang yang sudah gagal dalam hidupnya tidak akan
pernah kisah lagi dengan apa yang berlaku kepada nasib generasi muda selepasnya.

9
Lain pula dengan apa yang dilakukan oleh Encik Clark dengan mendidik,
mengajar serta menanam minat belajar ke dalam diri Tayshawn. Malah beliau sanggup
pergi ke rumah Tayshawn untuk mencarinya kerana waktu persembahan teater sudah
hampir bermula. Tambahan dengan bantuan Encik Clark juga, Tayshawn berjaya
mendapatkan rawatan serta menginap di rumah Encik Turner. Perkembangan inilah
yang akan dilalui oleh semua individu dewasa mengikut Erikson, iaitu fasa
keberhasilan atau kegenangan.

Isu 3

Murid yang mengalami kekeliruan identiti dan mudah dipengaruhi oleh orang
di sekelilingnya. Babak Tayshawn bersama rakan-rakannya sedang membahagi
barang yang dicuri menunjukkan pengaruh buruk rakannya itu berjaya mempengaruhi
Tayshawn. Detik-detik terakhir filem pula menunjukkan Tayshawn lebih memilih
Encik Clark berbanding rakannya. Hal ini disebabkan Tayshawn sudah menjumpai
identiti dan jati dirinya.

Praktik/Teknik/Intervensi

Krisis kekeliruan identiti diletakkan dalam fasa ke 5 teori Erikson. Krisis ini
telah dibincangkan dengan lebih mendalam di dalam teori James Marcia dengan
melalui 4 peringkat. Peringkat pertama ialah identity diffusion. Pada fasa ini,
individu tidak mengambil berat mengenai apa-apa komitmen dan kesedaran tentang
masa depan. Berasa tidak yakin dan juga sering mengelakkan diri dari mengambil
risiko serta tanggungjawab yang besar. Peringkat kedua ialah identity foreclosure.
Individu pada fasa ini membuat keputusan berdasarkan pilihan orang lain tanpa
memikirkan pilihan apa yang terbaik yang sepatutnya dibuat. Peringkat seterusnya
ialah moratorium, iaitu keadaan apabila individu mempertimbangkan segala cara
pilihan dengan mencubanya. Mereka sukar membuat pilihan kerana masih lagi tidak
pasti dengan apa yang diingini. Misalnya, Tayshawn masih teragak-agak sama ada
ingin terus bersama rakannya yang bermasalah atau belajar bersama dengan Encik
Clark. Babak lain juga memaparkan Tayshawn keliru dalam membuat keputusan
mahu berjumpa dengan Encik Clark di kedai kopi atau tidak. Peringkat yang terakhir
ialah identity achievement, iaitu fasa individu sudah membentuk identiti mereka
berdasarkan minat dan bakat. Keputusan yang diambil juga sangat teliti kerana
melibatkan masa depan. Adegan Tayshawn yang membulatkan hati bersama dengan

10
Encik Clark membuat latihan matematik dan beriringan pergi ke sekolah memberi
isyarat yang jelas bahawa dia sudah berjaya membentuk jati diri sendiri. Hal ini
semuanya disebabkan oleh jasa Encik Clark yang tidak jemu-jemu membimbing serta
memberi tunjuk ajar kepada mereka.

3.3.1 Kritikan terhadap Teori Erik Erikson

Sememangnya tidak menafikan teori Eriksen ini memberi bayangan yang hampir tepat
mengenai kerangka perkembangan psikologi manusia. Namun terdapat beberapa
perkara yang telah diabaikan di dalam teori ini. Pertama, faktor kelainan bangsa dan
adat. Bangsa yang pelbagai akan mengaplikasikan adat dan cara yang berlainan dalam
mendidik anak-anak mereka. Masyarakat Muslim contohnya telah menerapkan soal
identiti dan keperibadian diri mulai dari kecil lagi. Begitu juga masyarakat Jepun dan
India yang mementingkan adat dan adab kesusilaan dalam hidup(Jamaluddin,2017).
Kedua ialah faktor kebanggaan warisan dan adat. Erikson menggesa setiap individu
untuk mencari identiti mereka tersendiri mengikut pilihan masing-masing. Namun
begitu terdapat segelintir etnik yang berbangga dengan warisan dan adat mereka lantas
menolak segala budaya dan identiti lain. Walaubagaimanapun, perkembangan
psikologi mereka sama sekali tidak terbantut malah mampu menyelesaikan
permasalahan etika lebih baik berbanding dengan yang lain. Sebagai kesimpulannya,
masih terdapat kebarangkalian teori Erikson ini tidak boleh diaplikasi terhadap semua
bangsa manusia.

3.4 Teori Kohlberg

Lawrence Kohlberg (1987). Merupakan pengasas bagi teori Perkembangan


Moral. Kohlberg menjadikan teori kognitif Jean Piaget sebagai asas kepada teori beliau,
dengan menumpukan kajian kepada aspek moral. Beliau banyak menumpukan
perhatian dalam mengkaji faktor yang menyebabkan orang ramai mengalami masalah
moral. Beliau telah .membahagikan teori beliau kepada kepada 3 peringkat iaitu Pra-
konvensional, Konvensional, dan Pos-konvensional di mana terdapat dua tahap bagi
setiap peringkat. Ini menjadikan semuanya berjumlah enam tahap.

11
Isu 1 :

Pelajar gagal menghormati Encik Clark sebagai seorang guru. Selain itu,
mereka juga kurang memberi perhatian dan kerjasama ketika keberadaan guru mereka
di dalam kelas.Encik Clark cuba menarik perhatian pelajar pada permulaan kelas
dengan memperkenalkan peraturan kepada pelajarnya. Beliau menyatakan terdapat
4 peraturan kelas yang mana jika pelajar mematuhi peraturan tersebut mereka akan
gembira namun jika sebaliknya mereka akan menerima akibatnya. Antara peraturan
tersebut adalah, mereka sebagai sebuah keluarga, maka mereka perlu saling
bekerjasama, melindungi dan sentiasa bersama. Peraturan kedua, mereka perlu hormat
satu sama lain, dan membuat barisan ketika rehat semasa keluar dan masuk
kelas.Perubahan positif dapat dilihat kesan daripada peraturan-peraturan tersebut
walaupun pada mulanya kebanyakan pelajar memprotes tindakan Encik Clark
tersebut.

Praktis/Teknik/ Intervensi

Melalui Teori Kohlberg didapati, situasi ini dapat dikaitkan dengan Peringkat
Pra-Konvensional, pada tahap pertama, berorientasikan kepatuhan dan hukuman.
Hukuman merupakan dasar perkembangan moral pada tahap ini. Individu akan
memfokuskan diri mereka pada kesan atau akibat daripada perbuatan mereka. Sebagai
contoh jika mereka memotong atau tidak berbaris ketika keluar dari kelas, mereka
tidak dapat makan pada waktu rehat tersebut. Maka mereka terpaksa mematuhi
peraturan tersebut dengan melihat kepada kesan itu agar mereka tidak kelaparan.

Isu 2:

Isu ketidakpatuhan kepada undang-undang dan autoriti sebagai kontrak sosial.


Situasi yang dimaksudkan adalah ketika sekumpulan pelajar bergaduh dan Encik
Clark cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Praktis/Teknik/ Intervensi

Situasi ini berada Pada tahap keempat Teori Moral Kohlberg. Asasnya adalah
“authority as social contract” iaitu akur kepada sistem sosial dan etika
peraturan.Doorey, M. (2022). Individu pada peringkat ini menghormati undang-
undang dengan keyakinannya terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula
memperjuangkan peraturan atau undang-undang tersebut. Filem ini menterjemahkan

12
Encik Clark sebagai model pada tahap keempat ini, di mana beliau menggunakan
autoritinya untuk menghentikan pergaduhan tersebut, dengan memikirkan tugasnya
dalam menegakkan undang-undang demi kepentingan dan keselamatan semua.

3.4.1 Kritikan terhadap Teori Kohlberg


Perkembangan psikologi moral banyak dipengaruhi oleh idea Kohlberg. Teori
ini telah diterima pakai secara meluas, namun beberapa ciri telah mendapat kritikan
atas beberapa sebab:
Walaupun teori Kohlberg memberi tumpuan kepada aspek moral, namun
masih terdapat perbezaan yang besar antara memahami apa yang perlu kita lakukan
dan benar-benar melakukannya. Penaakulan moral tidak selalu diterjemahkan ke
dalam tingkah laku moral. Jadi penaakulan moral tidak semestinya menghasilkan
tingkah laku moral.
Kedua, teori ini terlalu menekankan aspek keadilan. Menurut pengkritik
Cherry Kendra (2021), teori pembangunan moral Kohlberg memberi penekanan yang
berlebihan kepada keadilan dalam membuat keputusan moral. Pertimbangan moral
mungkin dipengaruhi dengan ketara oleh unsur-unsur seperti empati, keprihatinan dan
emosi interpersonal yang lain.

3.5 Teori Pavlov


Ivan Pavlov merupakan ahli psikologi Rusia. Pada tahun 1890 - 1900 Ivan
Pavlov telah mengkaji teori behavioristik yang mana kajian itu dikenali sebagai
“Pavlov Dog Experiment” yang mana kajian ini dijalankan kepada seekor anjing bagi
mengkaji respon dan tindak balas anjing terhadap stimulus ataupun rangsangan yang
diberikan secara berulang ulang sehinggkan memunculkan reaksi yang diinginkan.

Isu 1

Kelas bising dan pelajar tidak fokus.Isu ini dapat dilihat pada babak ketika
Encik Clark mahu memulakan pelajaran grammar. Kesemua murid didalam kelasnya
menunjukan respon tidak minat. Encik Clark telah menyediakan satu ransangan iaitu
susu kotak dan loceng dimana setiap 15 saat jika setiap murid dapat fokus dan diam
di dalam kelas, Julio akan membunyikan loceng dan beliau akan meminum sekotak
air susu.

13
Praktis/Teknik/ Intervensi

Dalam babak ini dapat kita lihat bahawa murid memberi respon tidak minat
pada permulaanya ketika Encik Clark mahu memulakan pelajaran. Hal ini kerana
murid-murid ini merupakan antara kelas yang mempunyai masalah dari segi pelajaran.
Dapat kita lihat pada babak Encik Clark kali pertama beliau tiba di Inner Harlem
Elementary School, dimana Tayshwan bergaduh dengan gurunya dihadapan sekolah.
Ini menunjukan bahawa sikap behavioristik pelajar ini sering melakukan salah laku di
sekolah. Jadi bagi menarik minat awal murid-muridnya, beliau telah membuat
perjanjian dengan murid-muridnya sekiranya mereke mampu fokus dan diam setiap
15 saat beliau akan meminum susu selama mana murid murid ini diam. Dan dapat
dilihat respon murid-murid ini teruja dan memberi perhatian semasa beliau mengajar.

Encik Clark telah menetapkan sekiranya muridnya dapat fokus selama 15 saat
ia akan minum sekotak susu dan begitulah pada 15 saat seterusnya. Hal ini selari
mengikut teori Ivan Pavlov yang mana dalam mendapatkan tindak balas ataupun
respon yang diingini stimulus dan rangsangan haruslah dilakukan secara berulang-
ulang.

Isu 2

Pelajar memberi respon positif ketika menonton rakaman kelas Encik Clark..
Pelajar di dalam kelas tetap menyahut pertanyaan Encik Clark dengan perkataan “Yes
Sir” walaupun ianya hanyalah tayangan video.

Praktis/Teknik/ Intervensi

Pelajar ini telah didedahkan dengan Prasyarat Encik Clark yang mana salah
satu syarat ini menetapkan bahawa muridnya haruslah memanggilnya dengan gelaran
“Sir”, dan syarat ini diulang dan ditampal di dinding kelas dan mengubah sifat
behavioristik murid ini dari tidak menghormati guru dan akhirnya dapat menghormati
guru dan masih mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan walaupun
ketiadaan Encik Clark di dalam kelas. Hal ini dapat kita lihat pada babak dimana Encik
Clark berada di hospital dan pelajaran hanya dilakukan melalui rakaman akan tetapi
muridnya tetap memberi respon “Yes Sir” dan tetap fokus pada pelajaran walaupun
ketiadaanya di dalam kelas.

14
Dapat kita kaitan dengan kajian Ivan Pavlov, dimana anjing masih
mengeluarkan air liur ketika mendengar bunyi loceng sahaja walaupun ketiadaan
makanan dihadapanya.

3.5.1 Kritikan terhadap Teori Ivan Pavlov


Kelemahan Teori ini bagi dipraktikan dan diterapkan ke atas manusia kerana
kajian yang dijalankan oleh Ivan Pavlov adalah keatas haiwan, jadi hasil dapatan
kajian beliau adalah merupakan hasil dapatan dari perubahan sifat behavioristik
haiwan dan bukanlah manusia. Dan proses pembelajaran dan perubahan sifat
behavioristik manusia tidak dapat dan sukar jika dianalogikan dengan haiwan kerana
perbezaan manusia dan haiwan amatlah ketara dari pelbagai aspek.

Seterusnya Penerapan teori yang tidak tepat didalam satu satu situasi dapat
mengakibatkan proses pembelajaran menjadi tidak kondusif bagi murid-murid,
contohnya guru hanya memberi tugasan yang sama berulang-ulang tanpa melihat
kepada respon dan tindak balas murid akan mengakibatkan pelajar akan cepat bosan.

3.6 Teori B.F Skinner


B.F. Skinner (1904-1990) telah mengkaji teori behaviourisme melalui ujian yang
dijalankan ke atas tikus yang dikenali sebagai ‘Kotak Skinner’. Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji perubahan tingkah laku bergantung kepada apa yang berlaku selepas
tindak balas sama ada positif atau negatif. Beliau beranggapan bahawa kebarangkalian
pengulangan tingkah laku berlaku ditentukan melalui kesan terhadap tingkah laku itu.
Skinner juga bercadang hendak membesarkan anaknya dengan teori ‘Kotak Skinner’
ini kerana mendakwa ia boleh diaplikasikan kepada manusia.

Isu 1

Murid tidak mematuhi arahan untuk membuat barisan keluar kelas pada
waktu rehat.Isu ini berlaku apabila loceng berbunyi menandakan tibanya waktu rehat
dan murid-murid bergegas hendak keluar dari kelas dalam keadaan tidak teratur.
Namun, Encik Clark bertindak mengunci pintu kelas tersebut sebelum mereka sempat
keluar. Beliau menegaskan bahawa mereka perlu beratur terlebih dahulu sebelum
pergi keluar berehat.

15
Praktis/Teknik/ Intervensi

Encik Clark meminta murid-murid untuk beratur dalam 1 barisan terlebih


dahulu sebelum dibolehkan untuk keluar pada masa rehat dan mereka tidak boleh
keluar selagi mana tidak berbaris dengan betul. Beliau mengunci pintu kelas dan
menegaskan mereka tidak boleh keluar walaupun jika masih terdapat salah seorang
dari mereka yang tidak mengikut arahan tersebut. Pada mulanya Shameika tidak mahu
menurutinya tetapi akhirnya akur kerana ia melibatkan rakan-rakan sekelasnya juga.
Akhirnya, mereka dapat pergi berehat apabila kesemuanya berbaris dalam 1 barisan
dengan baik di luar kelas. Perkara ini akan berlangsung setiap kali masa berehat.

Berdasarkan teori Skinner, Encik Clark menggunakan teori pelaziman operan


melalui penegasan negatif. Ia merupakan peningkatan tingkah laku selepas penarikan
keluar suatu rangsangan yang tidak menyenangkan. Encik Clark menetapkan supaya
perlu berbaris sebelum keluar dari kelas sebagai stimulus atau tingkah lakunya dan
dapat pergi ke kantin untuk masa rehat sebagai kesannya pula. Hasilnya, pengulangan
tingkah laku masa hadapan akan berlaku, iaitu berbaris dalam 1 barisan untuk
mendapatkan kesannya, iaitu dapat keluar masa rehat.

Isu 2

Murid tidak mendapat makanan di kantin semasa waktu rehat.Pihak


pengurusan di kantin sekolah tidak memberikan makanan kepada murid yang datang
ke kantin pada masa rehat disebabkan mereka tidak berbaris dalam 1 barisan. Murid
tidak dapat makan kerana tiadanya makanan untuk mereka hasil daripada kesilapan
mereka sendiri.

Praktis/Teknik/Intervensi

Encik Clark telah menggunakan juga teori pelaziman operan melalui hukuman
negatif dalam isu ini. Hukuman negatif ini adalah dengan memberikan hukuman bagi
menyingkirkan tingkah laku. Beliau telah bekerjasama dengan pihak pengurusan
kantin sekolah untuk tidak memberikan makanan kepada sesiapa yang tidak mengikut
arahannya untuk berbaris dalam 1 barisan semasa keluar berehat. Tingkah laku
merujuk kepada murid datang ke kantin dalam keadaan tidak berbaris, manakala

16
kesannya ialah tidak mendapat makanan sebagai stimulusnya. Hasilnya, terjadinya
penyingkiran tingkah laku datang ke kantin dalam keadaan tidak berbaris.

Isu 3

Julio mencuri wang daripada ibunya. Encik Clark dapat mengetahui rahsia
yang tidak baik tentang Julio. Beliau tahu bahawa Julio telah mencuri wang daripada
ibunya semasa di rumah. Encik Clark menghukum Julio dengan melakukan sesi
pembelajaran tambahan untuknya akibat daripada perbuatan mencuri tersebut.

Praktis/Teknik/Intervensi

Encik Clark telah menggunakan juga teori pelaziman melalui hukuman negatif
dalam isu ini. Beliau telah memberikan sesi pembelajaran tambahan kepada Julio
sebagai hukuman kepadanya. Ia bertujuan untuk menyingkirkan tingkah laku, iaitu
perbuatan mencuri tersebut. Oleh itu, Julio tidak akan mencuri kerana sudah
dikenakan hukuman penambahan sesi pembelajaran kepadanya.

3.6.1 Kritikan terhadap Teori B.F Skinner


Kelemahan behaviourisme Skinner ialah pengukuran perubahan tingkah laku
berdasarkan kepada hasil ujian terhadap haiwan juga seperti Pavlov, iaitu tikus. Beliau
beranggapan bahawa ia boleh diterapkan kepada manusia tetapi sebenarnya tidak begitu
tepat. Hal ini kerana perubahan tingkah laku manusia sangat berbeza berbanding haiwan
berdasarkan kepada psikologi dan fizikalnya (Setyaningsih, 2015). Selain itu,
pembelajaran dianggap sudah boleh dijangka tetapi sebenarnya ia tidak boleh dilihat
secara luaran sahaja kerana murid mempunyai perasaan atau emosi yang tidak boleh
dilihat. Proses pembelajaran juga dianggap seperti robot sahaja tetapi tidak mengambil
kira kognitif murid yang dapat bertindak balas dengannya (Adriani et. al, 2022). Ia turut
mengurangkan kreativiti dan produktiviti murid kerana menganggap aktiviti
pembelajaran semuanya sama sahaja atau sudah diselaraskan. Kesannya, murid tidak
dapat mengembangkan potensinya (Shahbana et. al, 2020).

17
3.7 Teori Maslow

Teori Abraham Maslow tidak asing lagi dalam dunia psikologi, dimana telah
diperkenalkan oleh Abraham Albert Maslow dlam kertas kerjanya “A Theory of
Human Motivation”pada tahun 1943. Teori ini mengandungi 5 peringkat keperluan
manusia antaranya ;

1) keperluan asas

2) keperluan keselamatan dan jaminan diri

3) keperluan untuk berkasih sayang

4) keperluan untuk kehormatan diri

5) keperluan untuk pencapaian diri.

Maslow juga menyatakan keperluan ini perlu dipenuhi mengikut peringkat.


Tischler (1999),menyatakan tingkat-tingkat keperluan ini sekiranya tidak dipenuhi, ia
akan menjejaskan peningkatan hidup serta tidak dapat memberikan fokus secara
berkesan dan tidak konsisten untuk meningkatkan keperluan seterusnya. Matlamat
utama pendidikan, menurut Hassan dan Bhat (2012), adalah untuk memupuk
pembelajaran terarah kendiri dan mewujudkan asas yang kukuh untuk perkembangan
peribadi. Untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi, pelajar mestilah
bermotivasi. Pelajar yang terdorong untuk belajar lebih cenderung untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti akademik yang boleh membantu mereka berjaya.
Oleh kerana setiap individu adalah unik dan kompleks, terdapat banyak teori
yang telah dicadangkan untuk menjelaskan motivasi. Untuk hasil terbaik, satu atau lebih
teori kadangkala disepadukan. Menurut Hassan dan Bhat (2012), terdapat lapan faktor
yang boleh membantu memotivasikan pelajar: semangat guru, struktur projek, tahap
kesukaran bahan, kepentingannya, penyertaan aktif pelajar, kepelbagaian teknologi
pengajaran, perkaitan. antara guru dan murid, dan penggunaan contoh yang sesuai.

Isu
Pelajar didapati termotivasi oleh Encik Clark buktinya semua pelajar sudah berubah
dari segi perwatakan dan akademik mereka menjadi sangat baik dan positif. Bermula

18
dari awal penceritaan, sudah menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja seorang guru
bahkan seorang motivator yang hebat.

Kesimpulan
Tugas menjadi seorang guru bukanlah hanya menyampaikan ilmu semata-mata tetapi
juga mendidik dan membimbing murid-murid menjadi insan yang berguna dan
cemerlang untuk bangsa, agama dan negara sesuai dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segenap aspek.
Sehubungan itu, setiap guru perlu memahami karakter murid dalam menangani isu dan
permasalahan yang dihadapi oleh pelajar sebagai contoh yang dapat kita ambil untuk
dijadikan pengajaran adalah strategi Encik Clark mengambil tahu latar belakang setiap
murid sebelum mengenakan tindakan ke atas murid tersebut.

Berdasarkan filem “The Ron Clark” juga mengajarkan kita supaya menjadi guru
yang sentiasa berusaha meningkat prestasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang interaktif dan berkesan. Guru juga perlu menjauhi sifat berputus asa ketika
berhadapan dengan pelajar dengan pelajar yang mempunyai sikap yang kurang baik.
Dalam hal ini, guru perlu menggunakan pendekatan secara individu untuk memberi
motivasi yang dapat mengubah keperibadian dan tingkah laku murid kepada yang lebih
baik.

Akhir sekali, guru juga perlu menjalinkan hubungan sosialisasi yang baik
terutama terhadap pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Dengan cara ini,
setiap perancangan ke arah kebaikan pelajar seperti melakukan aktiviti lawatan sambil
belajar dan aktiviti lainnya akan dapat dilaksanakan dengan mudah. Oleh itu, guru
bertanggungjawab menciptakan situasi pembelajaran yang selesa dan menyenangkan
kerana secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada murid untuk lebih
bersemangat dan seronok untuk belajar.

19
RUJUKAN

Anita Wolfolk,( 2012). Psikologi Pendidikan Edisi Kelapan, Terjemahan Educational


Psychology. UUM Sintok, Kedah.

Cherry , Kendra, (2021).Kohlberg's Theory of Moral Development.


Kohlberg's Theory of Moral Development (verywellmind.com)

Doorey,M.(2022).Lawrence Kohlberg. Encyclopedia Britannica.


https://www.britannica.com/biography/Lawrence-Kohlberg

Elvia Baby Shahbana, Fiqih Kautsar Fariqzi & Rachmat Satria. (2020). Implementasi Teori
Belajar Behavioristik dalam Pembelajaran. Jurnal Serunai Administrasi Pendidikan
9(1), 24-33.

Kiki Melita Andriani, Maemonah & Rz. Ricky Satria Wiranata. (2020). Penerapan Teori
Belajar Behavioristik B.F. Skinner dalam Pembelajaran: Studi Analisis Terhadap
Artikel Jurnal Terindeks Sinta Tahun 2014-2020. SALIHA: Jurnal Pendidikan &
Agama Islam 5(1), 78-91.

Kris Setyaningsih. (2015). Analisis Perbandingan Pemikiran Pendidikan antara Al-Ghazali


dengan B.F. Skinner. Jurnal Tadrib 1(1), 32-46.

Slavin, R.E. 2000. Educational Psychology: Theory and Practice. Sixth Edition. Boston:
Allyn and Baco

Sugeng Sutiarso, 2009. Scaffolding dalam Pembelajaran Matematik, Prosiding Seminar


Nasional Penelitian, Pendidikan dan Penerapan MIPA Fakultas MIPA, Universiti
Negeri Yogyakarta, Indonesia.

Jamaluddin M, Azizan , 2017. Kritikan Terhadap Teori Moral Barat: Analisis Keatas Faktor-
Faktor Yang Mempengaruhi Pertimbangan Moral. Jurnal Peradaban, Jil. 10,84-
118(2017) https://doi.org/10.22452/PERADABAN.vol10no1.5

20

You might also like