You are on page 1of 19

SEMESTER A221

KURSUS/ KELAS/ KUMPULAN:

SGDY4022 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN / A / 3

TAJUK:

ANALISIS FILEM RON CLARK

PENSYARAH:

PROF MADYA DR FAUZIAH MD JAAFAR

AHLI KUMPULAN:

1. MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD FADZLI (830919)

2. NOR MASYITAH BINTI RAMLI (830929)

3. SITI NUR SYAFIKA BINTI RAMLI (830939)

4. NURRIN AIMUNY BINTI AMER (831143)

5. MAWADDAH BINTI MOHAMAD HILMI (831158)

6. AHMAD SYIHAN BIN MD HAMZAH (831174)


ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN .................................................................................................................... 3

2.0 TEORI PIAGET ................................................................................................................... 4

2.1 PENGENALAN TEORI PIAGET ...................................................................................... 4

2.2 ANALISIS BABAK FILEM ............................................................................................... 4

2.3 INTERVENSI .................................................................................................................... 4

3.0 TEORI VYGOTSKY ............................................................................................................. 5

3.1 PENGENALAN TEORI VYGOTSKY................................................................................ 5

3.2 ANALISIS BABAK FILEM ............................................................................................... 5

3.3 INTERVENSI .................................................................................................................... 6

4.0 TEORI ERIK ERIKSON ....................................................................................................... 7

4.1 PENGENALAN TEORI ERIK ERIKSON.......................................................................... 7

4.2 ANALISIS BABAK FILEM ............................................................................................... 7

4.3 INTERVENSI .................................................................................................................... 8

5.0 TEORI MARCIA .................................................................................................................. 9

5.1 PENGENALAN TEORI MARCIA ..................................................................................... 9

5.2 ANALISIS BABAK FILEM ............................................................................................... 9

5.3 INTERVENSI ...................................................................................................................11

6.0 TEORI KOHLBERG ...........................................................................................................11

6.1 PENGENALAN TEORI KOHLBERG ..............................................................................11

6.2 ANALISIS BABAK FILEM ..............................................................................................12

6.3 INTERVENSI ...................................................................................................................13

7.0 ASPEK YANG MEMBERI KESAN DALAM FILEM ...........................................................14

8.0 KESIMPULAN ....................................................................................................................16

RUJUKAN ................................................................................................................................17

2
1.0 PENGENALAN

Psikologi dalam pendidikan merupakan perkara yang sangat penting kepada guru dan juga
ibu bapa. Hal ini kerana ia dapat mengkaji tingkah laku manusia dalam pelbagai peringkat umur.
Menurut Nofri (2016) dengan adanya ilmu psikologi pendidikan, proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lancar dan dapat mencapai tujuan. Guru boleh menggunakan ilmu ini di
sekolah manakala ibu bapa pula boleh menggunakannya di rumah.

Terdapat beberapa teori yang diasaskan oleh psikologis-psikologis untuk membantu


mengkaji tingkah laku manusia. Antaranya ialah teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget dan
Vygotsky, teori perkembangan moral oleh Lawrence Kohlberg, teori perkembangan psikososial
oleh Erik Erikson dan banyak lagi.

Dalam pada itu, filem dilihat sebagai satu saluran penyampaian makna kepada masyarakat
(Imang, 2015). Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan filem direka berserta pengajaran
dalamnya supaya penonton boleh mengambil iktibar dan digunakan dalam kehidupan. Walau
bagaimanapun, ada filem yang kurang sesuai dan tidak elok untuk ditonton. Keputusan memilih
untuk menonton filem yang baik atau yang buruk berada di tangan masing-masing.

Salah satu filem yang baik untuk ditonton ialah The Ron Clark Story (2006). Filem ini
memberi banyak ilmu dari segi psikologi pendidikan dan pengajaran kepada guru kerana ia
mengisahkan seorang guru yang ikhlas dalam mengajar. Ron mencari sekolah yang mempunyai
ramai murid kurang cemerlang dalam pelajaran walhal beliau telah pun bekerja sebagai seorang
guru yang stabil di sekolah lamanya. Hal ini demikian kerana, beliau berasa akan lebih berguna
jika berada di sekolah yang mencabar.

Sepanjang mengajar di sekolah baru yang mencabar itu, banyak dugaan yang beliau hadapi.
Lazimnya, sebagai seorang manusia akan berasa putus asa jika sesuatu perkara berat untuk
dihadapi begitu juga dengan Ron. Beliau juga pernah berasa putus asa dengan sikap murid-
muridnya yang sangat keras kepala. Tetapi, beliau tidak berhenti di situ dan kembali bersemangat
untuk mengajar dengan pelbagai kaedah yang lebih kreatif dan inovatif. Akhirnya, beliau berjaya
mengubah murid-murid itu menjadi lebih baik dan cemerlang.

3
2.0 TEORI PIAGET

2.1 PENGENALAN TEORI PIAGET

Piaget membahagikan teori perkembangan kognitif kepada empat bahagian iaitu tahap
pertama: Sensorimotor yang bermula pada 0 hingga 2 tahun. Tahap ke dua: Praoperasi yang
bermula dari waktu bayi boleh bercakap sehingga berumur 7 tahun. Tahap ke tiga: Operasi konkrit
yang bermula 7 sehingga 11 tahun dan tahap ke empat: Operasi formal yang bermula dari remaja
sehingga dewasa. Menurut teori Piaget, pada tahap ke empat, seseorang boleh berfikir secara
hipotesis dan deduktif, pemikiran menjadi lebih saintifik, dapat menyelesaikan masalah abstrak
dengan logik, boleh mempertimbangkan pelbagai perspektif dan mula mengambil berat mengenai
isu-isu sosial, identiti peribadi, dan keadilan (Woolfolk, 2016).

2.2 ANALISIS BABAK FILEM

Berdasarkan teori Piaget, murid Ron Clark yang berumur 12 tahun sepatutnya berada di
tahap keempat. Namun apa yang digambarkan di awal filem adalah sangat bertentangan dengan
apa yang berlaku di dalam kelas di mana mereka tidak mengambil berat isu sosial seperti
berlakunya pergaduhan, tidak mengenali identiti peribadi seperti tidak mengetahui apa yang
diingini pada masa hadapan. Ditunjukkan juga isu seperti murid-murid yang lemah subjek
matematik yang sepatutnya sudah dikuasai mereka pada umur 12 tahun. Kelemahan teori ini
dikritik oleh beberapa sarjana kerana Piaget menetapkan peringkat umur dan menyatakan bahawa
ianya bersifat universal. Sarjana-sarjana mengakui bahawa perkembangan kognitif akan
berkembang mengikut tahap namun ianya tidak terikat dengan peringkat umur kerana beberapa
faktor seperti faktor sosial dan persekitaran (Hyun et al. 2020).

2.3 INTERVENSI

Intervensi yang dilakukan oleh Ron Clark kepada murid-muridnya adalah mengikut
kesesuaian tahap kognitif murid-murid tersebut. Tayshawn diberi bantuan yang lebih kerana
perkembangannya dilihat yang paling rendah. Shameika diberi ruang dan kebebasan untuk
mencuba manakala Badriyah hanya diberi kata-kata semangat untuk terus berusaha kerana telah
mencapai tahap kognitif yang sepatutnya. Namun begitu, di akhir filem dapat ditunjukkan bahawa

4
semua murid telah mencapai tahap kognitif yang sepatutnya kerana keadaan persekitaran dan
intervensi yang sesuai telah dijalankan oleh Ron Clark (Hyun et al. 2020).

3.0 TEORI VYGOTSKY

3.1 PENGENALAN TEORI VYGOTSKY

Teori konstruktif sosial oleh Vygotsky ialah perkembangan kognitif kanak-kanak yang
dapat dibangunkan melalui interaksi sosial (Suci, 2018) dan perkongsian mahupun pertembungan
ilmu atau pengetahuan bersama orang sekeliling (Ellis & Barkhuizen, 2005; Jamali & Gheisari,
2014; Lantolf & Thorne, 2006; Ismail & Sim, 2016) di mana ia tidak dimiliki ketika bersendirian
(Foster & Ohta, 2005; Shahril Ismail & Sim, 2016) dan turut dapat ditingkatkan melalui
perantaraan dan bantuan bahasa iaitu peralatan budaya. Interaksi melalui perantaraan bahasa ini
mampu meningkatkan pembentukan fungsi kognitif kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi serta
mampu menggalakkan proses penyelesaian masalah (Shahril Ismail & Sim, 2016) serta
mempertingkatkan percakapan dengan diri sendiri atau private speech dalam diri kanak-kanak
(Anita, 2016).

Tahap perkembangan kanak-kanak juga mampu mencapai ke tahap lebih tinggi melalui
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD). Ia adalah kawasan di antara tahap perkembangan sebenar
dengan tahap perkembangan potensi kanak-kanak di mana tahap perkembangan sebenar adalah
tahap di mana kanak-kanak mampu menyelesaikan masalah dengan sendiri tanpa memerlukan
sebarang bantuan. Berbeza pula dengan tahap perkembangan potensi iaitu tahap yang memerlukan
kepada bantuan orang dewasa mahupun seseorang yang lebih mahir untuk mencapainya
(Woolfolk, 2016). Zon perkembangan proksimal merupakan bantuan yang perlu diperoleh
daripada mereka yang mahir di mana ia memerlukan pula kepada scaffolding. Peranan scaffolding
pula sebagai pembimbing ketika dan setakat yang diperlukan di mana kanak-kanak sendiri akan
meneroka sesuatu secara aktif sebelum dan selepasnya (Maidin, 2020).

3.2 ANALISIS BABAK FILEM

Teori konstruktif sosial Vygotsky ini dapat dilihat pada awal persekolahan iaitu ketika
kebanyakan murid sedang bermain di halaman sekolah di mana ada yang bermain bola keranjang,

5
lompat tali dan ada yang bermain kad bersama rakan-rakan mereka. Aktiviti-aktiviti ini
menggalakkan perkembangan kognitif murid apabila mereka saling bertukar pengetahuan perihal
permainan, mencari cara untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dalam permainan tersebut
seperti Shameika yang memberikan tali kepada orang lain apabila kawannya tidak mahir untuk
menggerakkannya di mana ia tidak diperoleh apabila bermain sendiri. Bagi aspek bahasa, ia dapat
dilihat di dalam kelas semasa Ron Clark memberikan arahan dan memperkenalkan peraturan-
peraturannya kepada murid-murid, cara murid-murid berinteraksi dan membalas kata-kata Ron
Clark dan cara mereka bertingkah laku juga menunjukkan berlakunya perkembangan kognitif yang
mungkin dipelajari dari kawan sekelas mereka walaupun secara hakikatnya perkara tersebut dilihat
tidak baik.

Proses penyelesaian masalah dapat dilihat apabila semua murid dari kelas Ron Clark
menyuruh Shameika untuk mengalah dan mengaku kesalahannya secepat yang mungkin apabila
mereka masih ditahan oleh Ron Clark dari pergi ke kantin disebabkan perbuatan Shameika yang
memotong barisan. Zon perkembangan proksimal pula dapat dilihat apabila Shameika dan
Tayshawn meminta tunjuk ajar Ron Clark dalam menyiapkan tugasan yang mereka dapati susah
untuk diselesaikan sendirian di mana scaffolding juga diaplikasikan iaitu ketika Ron Clark
memberikan mereka ruang dan peluang untuk menyelesaikan permasalahan tersebut setelah
memberikan tunjuk ajar yang sepatutnya.

3.3 INTERVENSI

Intervensi yang dibuat oleh Ron Clark dalam menggalakkan perkembangan kognitif murid-
murid kelas tersebut antaranya adalah dengan cara memberikan mereka soalan untuk diselesaikan
bagi mengenalpasti tahap dan sejauh mana bantuan atau bimbingan perlu diberikan untuk
mencapai tahap perkembangan potensi dan mencapai objektif pembelajaran. Ia juga dilaksanakan
dengan melakukan sesi soal jawab di dalam kelas selepas penerangan perihal sesuatu pelajaran
telah dibuat di mana ia menggalakkan murid mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari dengan
perkara yang lebih dekat dengan diri.

Selain itu, Ron Clark juga mengambil langkah selalu menyebut dan memanggil nama
Shameika termasuk menyuruhnya untuk memantau ahli kelas tersebut sementara Ron Clark
mengejar dan memujuk Tayshawn untuk tidak lari keluar dari sekolah buat kali yang keempat

6
pula. Ron memilih untuk mempengaruhi pemikiran Shameika dengan selalu berinteraksi
dengannya kerana Ron melihat kebanyakan murid dalam kelas tersebut akan melihat dan meniru
sikap dan layanan Shameika terhadapnya disebabkan sifat kepimpinan Shameika yang menyerlah
itu di mana Ron ingin mengubahnya menjadi lebih baik pula. Pemahaman terhadap perkembangan
kognitif seseorang kanak-kanak adalah penting bagi pengajar dan pendidik di mana penerokaan
terhadap kaedah dan cara terbaik untuk mengajar murid dapat diketahui dan difahami sebaiknya
bagi diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah (Sutisna & Laiya, 2020).

4.0 TEORI ERIK ERIKSON

4.1 PENGENALAN TEORI ERIK ERIKSON

Peringkat perkembangan Psikososial Erikson terbahagi kepada lapan peringkat. Pertama:


bayi berumur 0 sehingga 23 bulan yang menunjukkan tahap percaya lawan tidak percaya. Kedua:
kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun yang menunjukkan tahap autonomi lawan malu. Ketiga:
awal kanak-kanak berumur 5-8 tahun yang menunjukkan tahap inisiatif lawan rasa bersalah.
Keempat: pertengahan kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun menunjukkan tahap produktiviti
lawan rendah diri. Kelima: remaja berumur 13 hingga 19 tahun menunjukkan tahap identiti lawan
kecelaruan peranan. Keenam: awal dewasa yang berumur 20 hingga 39 tahun yang menunjukkan
intimasi lawan isolasi. Ketujuh: pertengahan dewasa yang berumur 40 -59 yang menunjukkan
tahap generatif atau jumud. Kelapan: akhir dewasa yang berumur 60 ke atas yang menunjukkan
tahap integriti ego atau kehampaan (Samsanovich, 2021).

4.2 ANALISIS BABAK FILEM

Dalam filem Ron Clark ini, terdapat dua tahap yang difokuskan di dalam teori Erikson iaitu
tahap keempat di mana murid-murid sekolah yang terlibat telah pun berumur 12 tahun berdasarkan
sistem persekolahan di New York ketika itu yang mana ditunjukkan melalui perbualan Shameika
dengan Ron Clark semasa kali pertama dia melawat rumah Shameika “Im 12 years old and I got
3 kids”. Tahap yang seterusnya ialah tahap keenam yang ditunjukkan melalui Ron Clark yang
merupakan guru yang masih muda. Namun begitu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh
Samsanovich (2021) lebih daripada separuh peserta kajian didapati tidak mengikut secara tepat
tahapan umur yang dinyatakan Erikson. Oleh itu berdasarkan analisis kepada latar filem ini,

7
pengkaji telah memilih untuk meletakkan Ron Clark pada tahap ketujuh iaitu Generatif atau
Jumud.

Antara contoh murid Ron Clark yang berada di tahap keempat, dapat dilihat melalui adegan
yang berlaku seminggu sebelum peperiksaan negeri berlangsung. Ron Clark berasa terkilan
dengan keputusan peperiksaan mereka sebelum ada seorang murid yang menyatakan “There is no
way we are gonna pass those tests. We always mess up”. Ini menunjukkan mereka merasakan
sikap rendah diri yang terhasil dari kegagalan-kegagalan sebelum ini dan menyebabkan mereka
berputus asa dari mencuba untuk menjadi produktif. Sekiranya masih hendak dimasukkan mereka
ke tahap ke lima iaitu identiti dan kecelaruan peranan, hampir kesemua murid masih tidak dapat
mencapai identiti kecuali Badriyah yang pernah memberitahu Ron Clark “I want to be a doctor”
dan berusaha untuk mencapai cita-cita yang diimpikannya. Manakala, mungkin kerana Ron Clark
merupakan seorang guru, sifat generatifnya yang menonjol pada tahap ke-7 adalah lebih menonjol
di dalam filem ini dibandingkan dengan tahap ke-6 iaitu keintiman yang ditunjukkan di dalam
beberapa babak sahaja. Kita dapat melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh Ron Clark untuk
memastikan generasi-generasi murid ini dapat berjaya di dalam kehidupan mereka dengan
meluangkan masa, tenaga, emosi dan pemikirannya.

4.3 INTERVENSI

Intervensi yang telah dilakukan oleh Ron Clark adalah merawat sikap rendah diri murid-
murid bermula dari awal filem dengan memberi didikan kepada mereka terutama di sekolah seperti
membimbing Shameika untuk berfikir dan menyelesaikan tugasan, membantu Tayshawn dalam
masalah tugasan dan menunjukkan pilihan yang lebih baik dalam aktiviti seharian serta
menyelamatkan dia daripada terus dianiaya oleh bapa tirinya, serta memberi semangat kepada
Badriyah untuk mengejar cita-citanya dan menunjukkan kepada seluruh murid kelas setiap
peraturan yang tertera di dinding kelas mereka untuk membuktikan kepada mereka “You are not
loser. These rules, they represent everything you have accomplished this year”.

Ron Clark menyedari mereka bukanlah murid yang tidak mampu, apa yang mereka
perlukan hanyalah dorongan dan semangat dari orang yang mereka boleh percayai, orang yang
mereka yakin sedang berusaha membantu mereka. Pendekatan Ron Clark ini bertepatan dengan
satu kajian yang telah dilakukan di mana pendekatan guru dalam membentuk sifat berdikari murid

8
akan menyebabkan murid mampu memupuk sikap berdikari dan percaya diri yang akan membuka
peluang kepada murid untuk mengembangkan kemajuan kognitif, sosial dan emosi. Ini juga akan
memberi satu kepuasan kepada murid apabila kepercayaan kepada diri itu membawa kepada
penguasaan sesuatu subjek (Khasawneh, 2021).

5.0 TEORI MARCIA

5.1 PENGENALAN TEORI MARCIA

James Marcia (Kroger, Martinussen & Marcia seperti dinyatakan dalam Woolfolk, 2016)
telah mengembangkan teori pembentukan identiti Erikson di mana terdapat empat peringkat
perkembangan identiti. Penekanan diberikan kepada dua perkara penting dalam wujudnya identiti
tersebut iaitu eksplorasi atau krisis berkisar pemilihan sesuatu perkara, pertimbangan dari segi
risiko dan peluang terhadap pilihan tersebut setelah mengumpul sebanyak-banyaknya informasi
dan alternatif yang ada (Anggraeni, 2018). Komitmen pula merupakan keupayaan dalam
melaksanakan sesuatu perkara yang telah dipilih (Marcia, 1966 seperti dinyatakan dalam
Anggraeni, 2018).

Peringkat perkembangan identiti pertama ialah identity diffusion di mana remaja pada
peringkat ini masih tiada sebarang komitmen apatah lagi krisis dalam pemilihan terhadap sebarang
ideologi mahupun pekerjaan. Kedua ialah identity foreclosure di mana remaja pada peringkat ini
sudah mempunyai komitmen walaupun masih belum melalui krisis disebabkan pengaruh orang
sekeliling seperti ibu bapa dan kawan-kawan menyebabkan remaja itu tidak berkesempatan
membuat eksplorasi terhadap pekerjaan mahupun ideologi. Pada peringkat identity moratorium,
remaja sedang mengalami krisis walaupun masih belum mempunyai komitmen ataupun telah
mempunyai komitmen tetapi masih kabur. Peringkat terakhir adalah identity achievement di mana
remaja telah melalui kedua-duanya iaitu telah melalui krisis dan telah mempunyai komitmen
(Sunuhadi et al., 2013).

5.2 ANALISIS BABAK FILEM

Dalam filem Ron Clark, peringkat pertama teori Marcia dapat dilihat ketika babak para
remaja yang berada di kelas belakang masing-masing hanya membuang masa di dalam kelas,

9
walaupun ketika guru sedang mengajar, apatah lagi ketika ketiadaan guru, tiada motivasi dan
perancangan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat seperti belajar. Teori ini juga dapat dilihat
bilamana Ron Clark melihat Julio mencuri duit dari beg tangan ibunya tanpa pengetahuan apatah
lagi tanpa keizinan ibunya yang mana menunjukkan dia masih berada dalam peringkat pertama
tersebut. Seterusnya, pergaduhan Tayshawn dengan guru lelaki di hadapan sekolah dan dikatakan
telah dikenakan hukuman tahanan, hampir dikenakan hukuman atas serangan yang dibuat dan
hampir dihantar ke tempat tahanan juvana atas tiga kesalahan besar yang telah dilakukannya. Ia
juga ditunjukkan ketika kelas belakang tersebut membuat vandalisme terhadap perabot-perabot
dan barang-barang di dalam kelas tersebut yang sebelumnya telah dihias cantik oleh Ron Clark
kerana ingin membalas dendam terhadap gurunya itu yang telah menahan mereka dari makan di
kantin tepat waktu.

Peringkat kedua iaitu identity foreclosure dapat dilihat melalui Badriyah yang selalu dilihat
membaca buku ketika masa terluang seperti di kelas, sebelum sekolah bermula dan di tangga
sekolah. Hal ini menunjukkan dia telah mempunyai komitmen untuk belajar dan berusaha
mencapai cita-citanya walaupun sering ditertawakan oleh rakan-rakannya. Shameika juga
tergolong dalam peringkat ini selepas mendapat motivasi dan sokongan dari Ron Clark dan ibunya
untuk belajar dengan bersungguh-sungguh selepas ibunya mengetahui potensi yang ada pada diri
Shameika.

Bagi peringkat ketiga pula iaitu identiti moratorium, Tayshawn berada di peringkat ini
ketika dia masih samar-samar dalam membuat pilihan untuk menyertai kelas tambahan oleh Ron
Clark atau tidak di mana dia masih tidak dapat membuat keputusan terbaik meskipun dia
sebenarnya sudah berada berdekatan dengan tempat perjumpaan tersebut dan sudah ada niat untuk
menyertainya. Tayshawn juga masih samar-samar sama ada dia hendak buat yang terbaik dalam
Matematik yang diminatinya atau hanya teruskan bermain dengan alatan seni yang turut
diminatinya itu. Ia juga dapat dilihat melalui Badriyah yang cuba menyorokkan kembali buku Dr,
King Journal yang diminta oleh Ron Clark apabila melihat semua rakan sekelasnya terutamanya
Shameika tidak membawa buku tersebut. Hal ini menunjukkan Badriyah masih tidak dapat
memilih yang terbaik untuk dirinya meskipun dia sebenarnya ingin menjadi murid yang baik.

10
Peringkat terakhir pula dapat dilihat melalui Badriyah yang bercita-cita untuk menjadi
seorang doktor dalam masa yang sama dia sememangnya bersungguh-sungguh dalam pelajaran
untuk mencapai cita-citanya itu.

5.3 INTERVENSI

Intervensi yang telah dilaksanakan oleh Ron Clark adalah pelbagai di mana semuanya
bertujuan memberi kesedaran, tunjuk ajar dan motivasi kepada murid-murid agar mereka
mempunyai tujuan dan sasaran untuk berjaya. Antara intervensinya adalah dengan
memperkenalkan murid dengan peraturan-peraturan kelas sebelum sesi pembelajaran bermula
agar mereka dapat menghayati keseronokan pembelajaran tersebut. Memberi motivasi dan kata-
kata semangat ketika berlaku sesuatu yang membuatkan murid tidak yakin diri, mencantikkan lagi
kelas selepas di vandalisme oleh murid untuk menunjukkan sikap bersungguh-sungguh dan tidak
putus asa yang ada pada Ron Clark dan perlu dicontohi oleh murid kelas tersebut.

Selain itu, membuat lawatan ke rumah-rumah murid sebelum memulakan pengajaran untuk
mendapatkan maklumat umum perihal murid, memberikan hadiah dan ganjaran kepada murid
selepas mereka membuat sesuatu perkara dengan terbaik seperti memberi pujian, memberi tiket
tayangan dan sebagainya agar mereka berasa dihargai selain mengingati satu persatu nama mereka.
Ia juga secara tidak langsung merupakan satu galakan kepada murid iaitu remaja agar dapat
mencari identiti diri yang terbaik. Hal ini kerana masa remaja adalah fasa terpenting dalam
pencarian identiti diri agar remaja mampu menghadapi situasi dewasa kelak (Sunuhadi et al.,
2013).

6.0 TEORI KOHLBERG

6.1 PENGENALAN TEORI KOHLBERG

Teori Kohlberg kebanyakannya dipengaruhi daripada idea teori Piaget dalam


perkembangan moral. Kohlberg memperkenalkan tiga tahap dalam peringkat perkembangan moral
iaitu prakonvensional, konvensional dan pascakonvensional (Zakaria Stapa et.al, 2012). Tahap
pertama adalah tahap prakonvensional iaitu penghakiman berdasarkan keperluan dan persepsi
sendiri. Peringkat pertama dalam tahap pertama adalah Orientasi Ketaatan iaitu mematuhi

11
peraturan untuk menghindari hukuman dan kesan buruk. Peringkat kedua pula adalah Orientasi
Ganjaran iaitu keperluan peribadi menentukan sesuatu perkara itu betul atau salah.

Tahap kedua adalah tahap konvensional iaitu mengambil kira persepsi masyarakat dan
undang-undang. Peringkat ketiga dalam tahap kedua adalah Orientasi Perhubungan iaitu berbuat
baik untuk menyenangkan orang lain manakala peringkat keempat adalah Orientasi Undang-
Undang iaitu mematuhi undang-undang dan sistem sosial.

Tahap pascakonvensional ialah prinsip keadilan peribadi yang tidak semestinya ditentukan
oleh undang-undang dan penghakiman. Orientasi Kontrak Sosial adalah peringkat kelima iaitu
moral ditentukan oleh piawaian yang dipersetujui secara sosial. Peringkat keenam pula adalah
Orientasi Prinsip Etika Sejagat iaitu mengenepikan undang-undang dan persepsi masyarakat demi
menegakkan prinsip universal, maruah dan keadilan sosial. Perkembangan moral yang lebih tinggi
menekankan kepentingan pemikiran abstrak. Pemikiran abstrak diaplikasikan apabila berlakunya
perubahan daripada kanak-kanak yang membuat keputusan untuk mematuhi peraturan kepada
melakukan sesuatu perkara kerana prinsip abstrak, iaitu seperti keadilan dan belas kasihan
(Woolfolk, 2016).

6.2 ANALISIS BABAK FILEM

Dalam filem Ron Clark, peringkat kedua dapat dilihat ketika murid-murid Ron Clark
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan olehnya iaitu beratur sebelum pergi ke kantin. Hal ini
kerana, sekiranya mereka melanggar peraturan itu, mereka tidak akan dibenarkan untuk pergi ke
kantin. Kejadian Shameika memotong barisan menyebabkan Ron Clark bersikap tegas dan
menyuruh Shameika mengaku kesalahannya. Sekiranya Shameika tidak mengaku kesalahannya,
semua murid-murid lain juga tidak diberi kebenaran untuk makan pada waktu rehat. Oleh hal yang
demikian, Shameika mengambil keputusan untuk mengakui kesalahannya dan beratur di barisan
yang paling belakang. Kejadian ini jelaslah menunjukkan murid-murid Ron Clark berada pada
peringkat kedua iaitu Orientasi Ganjaran, dalam tahap pertama iaitu prakonvensional. Perkara ini
dapat dibuktikan apabila murid-murid Ron Clark terpaksa mematuhi peraturan kerana memikirkan
keperluan peribadi mereka iaitu makan pada waktu rehat. Nurul Hayati Latif (2020) ada
menyatakan individu pada tahap pertama iaitu prakonvensional akan mematuhi peraturan kerana
takut kepada hukuman atau untuk kepuasan diri.

12
Selain itu, peringkat ketiga dapat dilihat ketika kejadian Julio bergaduh dengan Tayshawn.
Murid-murid lain hanya melihat pergaduhan tersebut tanpa melakukan sesuatu perkara kerana
majoriti daripada mereka berbuat demikian. Setiap daripada mereka bertindak sedemikian supaya
tidak rasa terasing dari rakan yang lain. Tindakan murid-murid Ron Clark menunjukkan mereka
berada pada peringkat ketiga iaitu Orientasi Perhubungan, dalam tahap kedua iaitu tahap
Konvensional. Hal ini kerana, murid-murid hanya melihat pergaduhan tersebut tanpa melakukan
sesuatu, maka murid-murid yang lain juga terikut untuk melakukan hal yang sama supaya tidak
rasa terasing daripada rakan yang lain. Peringkat Orientasi Perhubungan dapat difahami apabila
murid-murid hanya melihat pergaduhan tersebut tanpa melakukan sesuatu perkara supaya tidak
rasa terasing dari rakan yang lain. Menurut Nurul Hayati Latif (2020), individu yang berada pada
tahap konvensional mengukur sesuatu nilai dengan mementingkan apa yang diharapkan oleh orang
lain.

Peringkat keempat iaitu peringkat Orientasi Undang-Undang pada tahap konvensional


dapat dikenalpasti ketika Ron Clark cuba meleraikan pergaduhan antara Julio dan Tayshawn. Ron
Clark meleraikan pergaduhan tersebut kerana mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di
sekolah. Pada peringkat Orientasi Undang-Undang, perbuatan yang betul adalah apabila seseorang
individu menghormati undang-undang dan memelihara peraturan sosial (Fatma Laili Khoirun
Nida, 2013)

6.3 INTERVENSI

Pada pendapat pengkaji, Ron Clark berada pada peringkat Orientasi Kontrak Sosial
(peringkat kelima) iaitu pada tahap pascakonvensional. Tahap pascakonvensional adalah tahap di
mana sesuatu perkara itu tidak semestinya ditentukan oleh undang-undang (Woolfolk, 2016). Hal
ini dapat dikenalpasti apabila meneliti kesungguhan Ron Clark dalam membantu murid-muridnya
untuk lebih berminat dengan pelajaran. Antaranya adalah Ron Clark pergi ke rumah Shameika
untuk membantu Shameika menyiapkan tugasannya. Namun, Shameika perlu menyediakan makan
malam dan tidak dapat menyiapkan tugasannya. Oleh hal yang demikian, Ron Clark membantu
Shameika menyediakan makan malam supaya Shameika dapat menyiapkan tugasannya. Jelaslah
di sini bahawa Ron Clark berada pada peringkat Orientasi Kontrak Sosial kerana sanggup pergi ke

13
rumah Shameika dan membantunya menyiapkan makan malam semata-mata untuk memberi
waktu kepada Shameika untuk menyiapkan tugasannya.

Intervensi yang telah diaplikasikan oleh Ron Clark adalah dengan melaksanakan empat
peraturan di dalam kelas. Intervensi tersebut berkesan kerana murid-murid berada pada peringkat
kedua iaitu Orientasi Ganjaran. Sekiranya murid-murid tidak mematuhi peraturan tersebut, mereka
akan dikenakan denda. Namun demikian, murid-murid Ron Clark mungkin tidak mengendahkan
denda tetapi mereka mematuhi peraturan kerana memikirkan keperluan peribadi mereka iaitu
mendapatkan keizinan untuk makan pada waktu rehat.

Selain itu, Ron Clark menggunakan satu kaedah untuk menarik minat murid-muridnya iaitu
dengan cara melakukan sesuatu yang membuatkan dirinya ditertawakan. Ron Clark telah membuat
satu perjanjian dengan murid-muridnya iaitu beliau akan minum sebanyak lapan kotak susu coklat
sepanjang tempoh 15 saat sekiranya murid-muridnya fokus ketika sesi pembelajaran. Ron Clark
meyakinkan murid-muridnya bahawa mereka boleh melihat dirinya muntah sekiranya mereka
mematuhi syarat perjanjian tersebut. Oleh itu, murid-murid berasa tertarik dengan perjanjian itu
dan mereka fokus ketika sesi pembelajaran. Jelaslah di sini bahawa murid-murid Ron Clark berada
pada peringkat kedua iaitu Orientasi Ganjaran. Mereka fokus ketika sesi pembelajaran kerana
memikirkan keperluan peribadi mereka iaitu untuk melihat Ron Clark muntah.

7.0 ASPEK YANG MEMBERI KESAN DALAM FILEM

Filem The Ron Clark Story (2006) ini secara keseluruhannya menceritakan tentang seorang
guru muda yang bersikap idealis, berfikiran kreatif dan bersemangat dalam usaha menggilap
murid-muridnya untuk mencapai potensi penuh dalam pembelajaran mereka. Pendekatan yang
diberi oleh Ron Clark dalam usaha membina kepercayaan antara beliau dengan murid-murid
adalah dengan memberi dorongan dan semangat kerana murid-murid dalam kelas tiada suntikan
semangat yang mampu mengeluarkan potensi penuh pembelajaran mereka. Pembinaan
kepercayaan ini bukanlah sesuatu proses yang singkat, malah memerlukan kepada masa dan
beberapa percubaan. Menurut Idhar Idhar (2012), guru perlu mempunyai sifat keterbukaan,
menghargai keterbukaan untuk membina kepercayaan dalam suatu hubungan dengan murid, serta
mengambil tahu situasi yang sesuai dalam membicarakan tentang hal yang dianggap sulit.

14
Terdapat beberapa aspek yang memberi kesan ke atas pengkaji berdasarkan filem The Ron Clark
Story ini.

Antara aspek yang memberi kesan ke atas pengkaji dalam filem ini adalah kesungguhan.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ron Clark sebagai guru dalam mengubah mentaliti murid
dalam kelas yang mana pada mulanya dapat dilihat dalam filem, murid-murid dalam kelas ini
bersikap loser atau cepat menyerah. Misalnya, ketika peperiksaan negeri yang bakal dijalankan,
mereka telah meletakkan satu mentaliti bahawa mereka tidak akan lulus dalam peperiksaan
tersebut rentetan daripada kegagalan-kegagalan sebelum itu. Ron Clark telah membantu murid-
murid tersebut supaya lebih berminat dalam pelajaran melalui intervensi. Pendekatan yang berbeza
dilakukan terhadap murid yang berbeza kerana keperluan pembelajaran yang dituntut juga
berbeza. Dalam filem ini, kita dapat menyaksikan bahawa Ron Clark memberi pendekatan yang
berbeza dalam pelajaran kepada Shameika, Badriyah dan Tayshawn. Hasil daripada pendekatan
terhadap tiga murid ini memberi satu gambaran jelas bahawa murid-murid ini bukanlah murid
yang tidak pandai, namun kekurangan dorongan dan suntikan semangat menyebabkan mereka
berada pada takuk yang sama. Pendekatan yang digunakan oleh Ron Clark ini dinamakan
pengajaran terbeza. Menurut Nurfaradila Nasri dan Geovani George (2021), pengajaran terbeza
ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran yang memerlukan seseorang guru untuk menjadi
lebih fleksibel dalam kurikulum, metode pembelajaran, bahan PdPc, kegiatan PdPc dan hasil
dalam usaha memenuhi perbezaan keperluan murid dalam proses PdPc. Teori psikologi yang
berkaitan dengan aspek kesungguhan ini adalah Teori Kohlberg pada tingkatan pasca-
konvensional yang mewakili tahap 5 pada perkembangan moral iaitu kontrak sosial. Pendekatan
Ron Clark pada murid yang berbeza bukan kerana bersikap pilih kasih, malah keperluan murid
tersebut yang berbeza memerlukan tahap tumpuan dan ketelitian yang berlainan.

Aspek lain yang dilihat memberi kesan adalah berkaitan kasih sayang. Dalam filem ini,
ketika pada awal Ron Clark dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih kelas ini, kebanyakan
murid dalam kelas tersebut tidak mengendahkan beliau sebagai guru malah kewujudannya itu
seperti tiada erti kepada murid-murid. Pada permulaan penceritaan filem ini, Ron Clark juga agak
terkesan dengan sikap dan tingkah laku murid-muridnya. Namun setelah menilai dan membuat
beberapa kaedah yang dirasakan sesuai dengan murid yang mempunyai latar belakang demografi
yang berbeza, Ron Clark telah berjaya membawa beberapa perubahan ketara kepada murid

15
khususnya murid kelas bawahan yang biasanya diletakkan sudut pandang atau stereotaip yang
buruk. Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan oleh Ron Clark dalam usaha mengubah
suasana bilik darjah yang berpusatkan guru. Pertama, Ron Clark telah melakukan pengukuhan
positif yang mana pemberian sesuatu ganjaran setelah satu perlakuan ditunjukkan. Guru mestilah
berusaha untuk memenangi hati muridnya dengan memberikan penghargaan atau semangat agar
mereka terdorong untuk melakukan tingkah laku yang baik. Situasi ini dapat dilihat apabila Ron
Clark memberi ganjaran kepada murid yang bersungguh dalam peperiksaan, memberi tugasan
kepada Julio untuk mengetuk balang kaca pada setiap 15 saat dan memberi pujian kepada Anita
kerana menjawab soalan tatabahasa dengan tepat. Jika seseorang guru itu telah berjaya memenangi
hati murid di dalam kelas, maka suasana pembelajaran yang kondusif akan wujud. Kedua,
pelaksanaan peneguhan negatif yang berfungsi sebagai pencegah pengulangan tingkah laku yang
tidak diingini. Kaedah ini adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam
suatu tingkah laku dalam pada masa sama mengelakkan salah laku berulang. Teori psikologi yang
dapat dikenalpasti pada aspek ini menunjukkan teori Erik Erikson tahap 7 iaitu Generatif dan
Jumud. Ini bertepatan dengan pekerjaan Ron Clark sebagai seorang guru yang berperanan bukan
sahaja mengajar namun mendidik murid menjadi manusia. Ini dikuatkan lagi dengan pernyataan
Dwi Ningwang Agustin (2018) yang mana menjelaskan peranan guru sebagai seorang yang
mampu melaksanakan kepelbagaian tugas dalam keadaan tidak bersedia. Ron Clark telah
menunjukkan bahawa beliau bukan hanya seorang guru di kelas. Malah dia juga menjadi sahabat
kepada murid-murid, pembimbing dalam memperelok tingkah laku dan ahli keluarga. Ini
berdasarkan contoh yang ditunjukkan dalam filem, iaitu dialog “We are family” memberi indikasi
bahawa guru adalah insan paling dekat dengan murid.

8.0 KESIMPULAN

Konklusinya, filem The Ron Clark Story (2006) sangat baik untuk ditonton. Berdasarkan
analisis yang dilakukan dalam filem ini, terdapat banyak ilmu yang mengandungi aspek psikologi
pendidikan dan pengajaran kepada guru. Pengkaji juga telah menganalisis nilai-nilai pendidikan
dalam filem tersebut berdasarkan beberapa teori yang diasaskan oleh pakar-pakar psikologi untuk
membantu mengkaji tingkah laku manusia. Antaranya ialah teori perkembangan kognitif oleh Jean
Piaget dan Vygotsky, teori perkembangan moral oleh Lawrence Kohlberg, teori perkembangan
psikososial oleh Erik Erikson dan banyak lagi.

16
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, pengkaji merumuskan terdapat 9 nilai
pendidikan yang terkandung dalam filem "The Ron Clark Story", iaitu kejujuran, disiplin,
sosialisasi, kreativiti, rajin, hospitaliti, toleransi, demokrasi, dan menghargai pencapaian. Filem ini
dilihat sebagai satu saluran penyampaian bermakna kepada masyarakat khususnya kepada warga
pendidik disebabkan banyak ilmu dan pengajaran yang diterapkan dalam filem ini agar penonton
boleh mengambil iktibar dan digunakan dalam kehidupan khususnya dalam bidang pendidikan.
Oleh hal yang demikian, filem ini sewajarnya dijadikan rujukan bagi warga yang ingin bergelar
seorang pendidik kerana banyak manfaat yang bakal diperoleh hasil menonton filem ini. Hal ini
dikatakan demikian kerana banyak ilmu dan nilai pendidikan terkandung dalam filem ini yang
boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru untuk mencontohi nilai-nilai positif yang
terdapat dalam diri guru bagi filem ini.

RUJUKAN

Agustin, D. N., (2018). Serambi Guru, Bukan Sekadar Mengajar. SEMESTA AKSARA
Publications.

Anggraeni, D. L. (2018). Pengaruh status identitas terhadap perceived wellness remaja


homoseksual pada komunitas “x” (Tesis Sarjana, Universitas Pendidikan Indonesia, Jawa
Barat, Indonesia). Repositori Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).
http://repository.upi.edu/44549/

Dodi, N. (2016). Pentingnya guru untuk memmuridi psikologi pendidikan. NUSANTARA: Jurnal
Ilmu Pengetahuan Sosial, 1(1).

Hyun,C. C., Tukiran, M., Wijayanti L. M., Asbari. M., Purwanto, Agus., Santoso, P. B., (2020).
Piaget versus Vygotsky: Implikasi pendidikan antara persamaan dan perbedaan. Journal of
Industrial Engineering & Management Research, 1(3), 286-293.
https://doi.org/10.7777/jiemar.v1i3.92

Idhar, I. (2012). Hubungan antara Komunikasi Positif Guru dan Murid dengan Kecerdasan Emosi
Murid di SMP Negeri 13 di Kota Malang. Undergraduate Thesis, Universitas Islam Negeri
Maulana Malik Ibrahim.

17
Iman, U. (2015). Sifat dan motivasi penontonon filem dalam kalangan penonton filem di Malaysia.
Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB).

Khasawneh, M. A. S. (2021). The effectiveness of a training program based on Erikson’s theory


in developing independence skills among students with learning disabilities in Jordan.
"Science and Education" Scientific Journal. Volume 2 Issue 8, 457-471.

Latif, N. H., Jamaludin, M., Zakaria, M. A., Hussin, I., Anwar, L. (2020). Teori Perkembangan
Moral Kognitif Dalam Membuat Keputusan Pertimbangan Moral, Kecekapan Moral Dan
Keputusan Moral. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial, Vol. 3 Issue 1.

Maidin, R. (2020). Pendekatan sosiobudaya Vygotsky dalam pendidikan awal kanak-kanak.


Jurnal Moden Antarabangsa Pendidikan, 2(7), 42-58.

Nasri, N. M., & George. G., (2021). Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan Amalan
Guru Kelas Bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian Literatur Sistematik). Jurnal
Dunia Pendidikan.

Nida, F. L. K., (2013). Intervensi Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg Dalam
Dinamika Pendidikan Karakter. Edukasia: Jurnal Penelitian Pendidikan Islam.

Samsanovich, A. (2021). "Theory and diversity: A descriptive study of Erikson’s Psychosocial


Development Stages" Electronic Theses, Projects, and Dissertations. 1230.
https://scholarworks.lib.csusb.edu/etd/1230

Shahril, I & Sim, T. S. (2016). Aktiviti pengaturan menggunakan Zone of Proximal Development
dalam menstruktur ayat bahasa Sepanyol. Jurnal Pengajian Bahasa,16(3), 167-185.

Stapa, Z., Ismail, A. M., Yusuf, N . (2012). Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan
pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari Special Edition, (2012) 155-172.
www.ukm.my/jhadhari

Suci, Y. T. (2018). Menelaah teori Vygotsky dan interdepedensi sosial sebagai landasan teori
dalam pelaksanaan pembelajaran kooperatif di sekolah dasar. Naturalistic: Jurnal Kajian
Penelitan Pendidikan dan Pembelajaran, 3(1), 231-239.

18
Sunuhadi, B., Deliana, S. M., & Hendriyani, R. (2013). Status identitas remaja dengan latar
belakang keluarga etnis Jawa dan Tionghoa. Jurnal Psikologi Sosial dan Industri, 2(1), 45-
49.

Sutisna, I., & Laiya, S. W. (2020). Metode pengembangan kognitif anak usia dini. UNG Press
Gorontalo.

Woolfolk, A. (2016). Educational Psychology (13th Ed). Pearson Education.

19

You might also like