You are on page 1of 8

SEMESTER A221

ANALISIS MOVIE:
RON CLARK

SGDY4022:
APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

PENSYARAH:
PROF MADYA DR. FAUZIAH MD. JAAFAR

AHLI KUMPULAN

NURUL ZAFIRAH BT ABDUL HALIM : 831111


NUR SYARIFAH BINTI ABDULLAH : 831128
MOHD SYAHMI BIN MOHD NASIR : 831310
HAFIZAH BINTI MOHD BOKRI : 831218
NOR FATIHAH BINTI AHMAD : 831241
1.0 Pengenalan

Dewasa ini, ilmu psikologi kini sudah menjadi suatu perkara penting dalam kehidupan
masyarakat majmuk. Lebih-lebih lagi ilmu psikologi sering diaplikasikan oleh para guru dan
ibu-bapa. Hal ini demikian kerana, psikologi dapat mengkaji tingkah laku dan peranan fungsi
mental individu dan sosial. Oleh itu, ia dapat membantu para guru dan ibu-bapa untuk lebih
memahami perubahan sikap remaja yang mereka hadapi.

Menurut Dodi (2016), betapa pentingnya bagi seorang guru mendalami ilmu psikologi
pendidikan agar proses pengajaran menjadi mudah dan lancar di dalam kelas. Dalam pada itu,
ilmu psikologi tidak hanya diaplikasikan oleh para guru sahaja di sekolah bahkan ibu-bapa juga
perlu mengamalkannya di rumah. Di samping itu, guru yang mahir tentang ilmu psikologi
sudah tentu akan mementingkan beberapa perkara misalnya psikososial, pengurusan
persekitaran fizikal serta peraturan dan rutin bilik darjah. Pada waktu yang sama, alatan
pengajaran atau bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting seperti penggunaan
video atau filem boleh dijadikan medium kajian atau bahan eksperimen bagi murid dengan
menggunakan kaedah seperti mencari, mengenal pasti dan menguji pengetahuan

Antara filem yang baik untuk dijadikan kajian dalam ilmu psikologi salah satunya
adalah The Ron Clark Story (2006). Melalui dapatan filem ini, terdapat pelbagai ilmu dari segi
psikologi pendidikan yang harus dijadikan sandaran oleh para guru kerana filem ini
mengisahkan tentang seorang guru muda bernama Ron Clark yang bersifat inovatif, kreatif,
pantang menyerah dan idealis. Beliau seorang guru yang berjaya dan cemerlang di sekolah
kampung halamannya iaitu Snowden Elementary School di Aurora di North California. Beliau
menjalani kehidupan dengan selesa serta memperolehi penghormatan dari masyarakat setempat
tetapi beliau memilih untuk berhijrah dengan berpandukan perasaan sanubari (inner calling) ke
sekolah yang mempunyai prestasi yang rendah iaitu Inner Harlem Elementary School dari segi
akademik dan demografi latar belakang yang berbeza. Oleh itu, terdapat pelbagai ciri-ciri teori
dan ilmu psikologi yang kita boleh temui melalui filem ini.

2
2.0 Teori Pembelajaran yang terdapat di dalam Movie

i. Teori ZPD Lev Vygotsky

Teori Vygotsky iaitu teori Zon Perkembangan Proksimal atau ZPD ialah julat prestasi yang
boleh dicapai oleh kanak-kanak dengan bantuan orang dewasa atau prestasi seseorang kanak-
kanak yang boleh dicapai tanpa bantuan atau dikatakan sebagai masalah yang dapat
diselesaikan oleh anak muda tanpa bantuan sesiapa. Suasana persekitaran akan berkembang
sewaktu pertukaran maklumat antara guru dan murid berlangsung. Ketika itu, arahan guru akan
efektif terhadap murid (Woolfolk 2016). Menurut teori Vygotsky juga, guru harus memberikan
bantuan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Tetapi apabila murid
mulai berkembang dan mampu menyelesaikan sendiri bantuan dari guru akan berkurang dan
guru hanya menjadi pemudahcara dan membantu ketika murid benar-benar tidak dapat
menyelesaikan masalah sendiri. Menurut Ismail dan Sim (2016) aktiviti pemindahan maklumat
yang melibatkan bantuan pakar seperti guru, tutor mahupun rakan sebaya dalam menyelesaikan
sesuatu masalah akan meningkatkan fungsi mental. Interaksi dua hala ini (murid dan guru)
dilihat menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan keupayaan murid.

ii. Teori Hieraki Keperluan Abraham Maslow

Hieraki keperluan Abaraham Maslow ialah satu teori motivasi yang menjelaskan bahawa
terdapat lima kategori keperluan manusia yang mengawal perlakuan seseorang individu. Lima
kategori yang dinyatakan Maslow ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan
kasih sayang dan kepunyaan, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan aktualisasi kendiri.
Dalam movie ini hieraki keperluan dilihat menyentuh keperluan dari sudut kasih sayang dan
kepunyaan, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan aktualisasi kendiri.

Menurut Abdullah dan Idris (2017), teori Maslow menekankan tentang perkembangan
moral dan potensi seseorang individu. Mengikut teori ini beberapa aspek seperti nilai
kemanusiaan, hak individu, tindakan diri dan harga diri sangat penting dalam setiap tindakan
yang diambil. Maslow percaya bahawa perlunya sokongan dan motivasi dalam
mengembangkan potensi individu.

3
iii. Teori Pelaziman Operan B.F Skinner

Teori Pelaziman Operan B.F Skinner ini satu kaedah di mana Hubungan atau interaksi yang
berlaku di antara stimulus dan tindak balas akan menimbulkan perubahan tingkah laku
(Alizamar 2016) atau tahap pembelajaran yang boleh meningkat dan merosot akibat daripada
ganjaran dan hukuman. Teori pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama. Konsep
pertama, peneguhan iaitu konsep di mana sesuatu rangsangan yang dilakukan itu adalah untuk
menggalakkan agar kelakuan itu berulang-ulang. Peneguhan terbahagi kepada dua iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah apa sahaja rangsangan
positif yang menambah kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu berlaku berulang-ulang kali
seperti murid yang lulus dalam ujian akan mendapat pujian dan hadiah. Manakala peneguhan
negatif pula apa sahaja rangsangan negatif yang menambah kebarangkalian sesuatu tingkah
laku itu serta merta akan berlaku sebagai contoh guru memarahi murid yang tidak menyiapkan
kerja sekolah, tingkah laku yang berlaku serta merta ialah murid dengan segeranya menyiapkan
kerja sekolah.

Konsep kedua pula ialah konsep hukuman atau dendaan di mana apa jua rangsangan
yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu berkurang. Konsep hukuman turut
terbahagi kepada dua iaitu hukuman positif dan negatif. Kedua-dua bentuk hukuman positif
dan negatif ini akan mengurangkan sesuatu tingkah laku. Contohnya guru akan mendenda
murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah untuk menyalin jawapan yang sama sebanyak lima
muka surat. Jadi pada masa hadapan murid akan lebih berhati-hati dan tidak akan mengulangi
lagi kesalahan tersebut.

3.0 Contoh dan teori yang dikenalpasti berkaitan Movie


Berdasarkan movie The Ron Clark, contoh yang boleh diberikan dalam scene pertama adalah
dari segi pengajaran guru. Dimana, Mr. Clark sebagai guru, menggunakan teknik nyanyian
dalam pengajarannya di bilik darjah. Teknik pengajaran adalah nyanyian rap yang ditulis oleh
Mr. Clark berkaitan maklumat sejarah Presiden Amerika masa lalu yang merupakan
sebahagian budaya remaja pada era itu. Selain itu, Mr. Clark mengubahsuai persekitaran bilik
darjah dengan meletakkan poster dan petikan inspirasi di sekeliling bilik darjah untuk
menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang menarik untuk belajar. Di samping itu, Mr. Clark
telah menetapkan peraturan semasa pada hari pertama menjadi guru kepada pelajar untuk
menghormati satu sama lain melalui perkataan ‘Kami adalah Keluarga” atau “We Are Family”.

4
Teori yang dikenalpasti dalam scene pertama ini adalah teori vygotsky iaitu
menggunakan konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD). Melalui konsep utama ZPD dalam
teori vygotsky adalah guru menunjukkan bagaimana konsep untuk mendapat tumpuan
pembelajaran pelajar. Oleh itu, melalui pembelajaran cara nyanyian sebegini dapat menarik
perhatian pelajar dan dapat mengetahui perkembangan pelajar dalam bilik darjah. Seterusnya,
teori ini sebagai bimbingan guru untuk menyesuaikan terhadap persekitaran pembelajaran yang
kondusif dan sebagai motivasi untuk membantu pelajar. Hal ini, boleh dikatakan sebagai usaha
guru untuk melembutkan kelakuan pelajar dalam pembelajaran. Dengan ini, dapat memberi
keyakinan kepada pelajar untuk berjaya pada masa hadapan.
Selain itu, contoh scene kedua dalam movie ini adalah Mr. Clarks menggunakan teknik
pengajaran mata pelajaran Matematik dengan menggunakan kad untuk menarik pelajar
bernama Julio yang suka kepada perjudian atau pertaruhan. Mr. Clarks juga mengubah
berkaitan skema pelajaran lama kepada baharu bagi peperiksaan Negeri untuk menjadi
pengajaran secara menyeronok dan relevan serta membuatkan pelajar berminat untuk terus
belajar. Oleh itu, Mr.Clarks menggunakan kaedah yang mudah dalam bentuk atau proses
pengajaran dalam bilik darjah. Melalui contoh ini, adalah menggunakan teori Jean Piaget. Di
mana, teori Jean Piaget pada peringkat 4 operasi formal adalah untuk guru menggunakan bahan
bantu mengajar yang konrit seperti Mr. Clarks gunakan teknik kad dalam matapelajaran
matematik serta arahan yang jelas dan pendek. Contonya, Mr. Clarks meminta pelajarnya
beratur di luar kelas untuk pergi rehat secara diam dengan arahan jari di mulut.
Seterusnya, contoh scene ketiga dalam movie ini adalah Mr. Clarks memberi hukuman
kepada pelajar dengan mengunci pintu bilik darjah supaya tidak dapat beratur untuk pergi
makan tenghari di kantin. Hukuman ini dilakukan oleh Mr. Clarks disebabkan salah seorang
pelajarnya tidak mengikuti arahan dan mengakibatkan semua pelajar akan mendapat hukuman
tersebut. Mr. Clarks juga, bersepakat dengan pekerja kantin supaya tidak memberi makanan
kepada pelajarnya yang tidak beratur. Selain itu, dalam scene ini juga, Mr. Clarks dapat
mengetahui pelajarnya yang bernama Julio mencuri duit ibunya dan Mr. Clarks memberi
hukuman belajar secara tambahan. Teori yang terdapat dalam contoh ini adalah teori B.F
Skinner atau teori Pelaziman Operan. Di mana, teori ini merupakan teori peneguhan dan
hukuman kepada pelajar yang melanggar kepada arahan serta membantu atau memberi manfaat
kepada pelajar dalam sesuatu perkara.

5
4.0 Intervensi berdasarkan teori yang dipelajari berkaitan movie.

Berdasarkan movie ini, intervensi yang pertama yang dapat dilihat ialah intervensi membina
hubungan. Pada peringkat pertama, membina hubungan merupakan pendekatan yang paling
penting antara guru dengan pelajar bertujuan untuk membina hubungan yang mesra, saling
mempercayai dan rasa selamat antara guru dan pelajar. Berdasarkan penceritaan ini pada
awalnya Mr. Clark cuba mencari jalan untuk menarik perhatian pelajarnya walaupun
pelajarnya tidak memberi kerjasama yang baik tetapi Mr. Clack cuba mencari jalan yang lain
untuk membina hubungan dengan pelajar kelasnya.
Intervensi yang digunakan dalam kajian adalah teknik penerokaan. Teknik penerokaan
merupakan satu teknik untuk mengenal pasti masalah pelajar. Berdasarkan jalan penceritaan
movie ini, Mr. Clark cuba meneroka pelajar sekolah Inner Harlem Elementary School. Pada
peringkat penerokaan, guru memainkan peranan yang penting untuk memahami personaliti
pelajar yang Mr. Clark hadapi. Sebagai contoh Mr. Clark menggunakan kaedah home visit
home untuk mengetahui latar belakang keluarga, keperibadian seseorang pelajar. Hasil dari
kaedah ini, Mr Clark menjumpai pelbagai personaliti pelajarnya. Hal ini kerana faktor utama
mendorong kejayaan seseorang pelajar bermula dari keluarga.
Seterusnya, peringkat seterusnya ialah peringkat perkembangan pelajar hasil daripada
proses penerokaan yang telah dilaksanakan oleh guru. Pada peringkat ini guru perlu mengambil
serius mengenai matlamat dan perancangan dalam subjek mata pelajaran yang guru ingin
fokuskan. Sebagai contoh yang dapat dikaitkan dalam movie ini ialah selepas Mr. Clark
meneroka personaliti pelajarnya, Mr Clark menyedari pelajarnya sangat nakal dan sukar
mendengar arahan semasa proses pembelajaran. Oleh itu, Mr.Clark mewujudkan beberapa
peraturan kepada pelajarnya iaitu we are family, we are respect each other. Melalui peraturan
dapat mengajar pelajar mempunyai sikap saling menolong antara satu sama lain serta
mewujudkan suasana keluarga dalam kelas tersebut. Kaedah yang digunakan pada peringkat
perkembangan boleh dikaitkan dengan Teori Vygotsky iaitu teori Zon Perkembangan
Proksimal atau ZPD yang menumpukan kepada persekitaran serta guru harus memberikan
bantuan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung.
Peringkat perkembangan juga sebagai guru perlu mencari idea untuk mewujudkan satu
perubahan yang baharu dari segi cara pembelajaran. Berdasarkan movie ini Mr. Clark cuba
membuat pembaharuan dalam proses pembelajaran seperti mengajar dalam bentuk nyayian
iaitu lagu rapping supaya pelajar tidak bosan dan lebih bersemangat. Selain itu, dalam
pembelajaran perlu ada kaedah ganjaran dan dendaan yang diterapkan oleh Teori Pelaziman
6
Operan B.F Skinner ini satu kaedah pembelajaran yang boleh meningkat dan merosot akibat
daripada ganjaran dan hukuman. Ganjaran yang boleh kita lihat di hujung penceritaan ini,
Mr.Clark lebih menekankan penilaian dan penghargaan yang tinggi dapat mendorong kepada
pelajar menjadi lebih positif serta memberi perubahan yang baharu kepada pelajar.

5.0 Adakah terdapat aspek movie yang menarik? jelaskan bagaimana teori diaplikasi.

Situasi atau bahagian yang paling menarik perhatian penonton yang menonton “movie” ini
adalah di akhir movie, yang di mana Ron Clark telah membuat satu majlis penghargaan kepada
pelajarnya sebagai tanda menghargai usaha pelajarnya. Dalam pemerhatian ini, teori yang
terlibat dalam situasi ini adalah “Teori Skinner”. Dalam teori ini ianya lebih memfokuskan
kepada aspek peneguhan atau pengukuhan positif. Menurut definisi psikologi bagi “term”
peneguhan positif adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan yang pertama adalah bertujuan untuk
memuaskan kehendak individu dan keduanya adalah untuk mengurangkan tekanan dan
merangsang otak dengan perkara yang positif. Berdasarkan “scene” dalam ron clark tersebut.
Aspek peneguhan ini perlu wujud kerana ianya dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan
“enjoy” dengan pembelajaran tersebut. Teori ini boleh diaplikasi bagi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran terutamanya dalam bilik darjah. Sebagai contoh:

Situasi: Guru memberi ganjaran kepada pelajar yang menjawab soalan yang diajukan
di dalam bilik darjah.

Tingkah laku Kesan/ akibat Tingkah laku masa hadapan

Pelajar menjawab Guru memberi ganjaran Pelajar akan lebih berdaya saing
soalan dengan baik dalam bentuk bentuk pujian, untuk menjawab soalan yang
dan jelas wang, makanan dan lain- dikemukakan oleh guru.
lain.

Jadual 1

7
6.0 KESIMPULAN

Natijahnya, adalah penting untuk guru menguasai dan menghimpunkan pelbagai teori
pembelajaran pendidikan yang mempunyai konsep dan ciri-ciri yang sama atau berbeza lalu
diaplikasikan dalam pengajaran bagi memastikan seseorang murid itu dapat memenuhi
kepelbagaian, meminimumkan isu tingkah laku apabila pelajar tersebut terlibat dalam
pengalaman pembelajaran hidup mereka. Guru mestilah memahami, mengambil perhatian
terhadap keperluan pelajar mereka dan mesti sering memotivasikan pelajar untuk belajar. Lain
daripada itu, guru juga mestilah mahir memberi peneguhan positif dan negatif kepada pelajar.
Akhir sekali, persiapan dan kesediaan guru dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
disertai dengan mengambil berat isu dan kemajuan arus moden dunia pada hari ini mampu
untuk para guru mendepani isu-isu semasa yang berkaitan tingkah laku bermasalah dalam bilik
darjah dengan baik.

7.0 RUJUKAN

Abdullah, C. A. C., & Idris, M. N. (2017). Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki


Keperluan Maslow.

Alizamar, A. (2016). Teori Belajar dan Pembelajaran: Implementasi dalam Bimbingan


Kelompok Belajar di Perguruan Tinggi.

Ismail, S., & Sim, T. S. (2016). Aktiviti Pengaturan Menggunakan Zone of Proximal
Development dalam Menstruktur Ayat Bahasa Sepanyol. GEMA Online Journal of
Language Studies, 16(3).

Dodi, N. (2016). Pentingnya guru untuk mempelajari psikologi pendidikan. NUSANTARA:


Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial, 1.

Woolfolk, A. (2016). Educational Psychology. The Ohio State University. Pearson.

You might also like