Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 telah berada di gelombang kedua
memacu peningkatan sistem (2016 – 2020) . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat
untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan
Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspirasi akses
memerlukan 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020 .
Oleh itu antara inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani keciciran
murid ialah melaksanakan inisiatif peningkatan akses daripada prasekolah hingga menengah atas,
meneruskan sokongan Pendidikan sedia ada termasuk bantuan asrama, pengangkutan, Rancangan
Makanan Tambahan, dan bantuan persekolahan, menubuhkan jawatankuasa pemandu dan
jawatankuasa teknikal bagi menangani dan memantau isu keciciran murid, pengumpulan data murid
berisiko cicir di sekolah rendah dan menengah.
Berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 tahun 2012
mengenai perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, KPM telah
menggariskan 4 fokus untuk penekanan guru bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah
peningkatan disiplin murid dengan fokus adalah untuk memupuk disiplin diri murid termasuk
intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala- gejala disiplin dan
anti sosial yang lain. Hasilnya agar dapat membentuk perwatakan murid yang berketrampilan dan
terpuji.
6.1.1 Bilangan GDB/Guru Dibimbing sekolah Fokus DTP/PSO : 8 hingga 10 orang setahun
6.1.2 Bilangan kekerapan bimbingan setiap GDB sekolah Fokus DTP/PSO : Minima 8 kali
setahun.
6.1.3 Bilangan kekerapan bimbingan setahun: Minima 80 kali (Sekolah Fokus) dan
20 kali ( Sekolah Fokus Bidang ), keseluruhannya 100 kali setahun.
6.1.4 Peningkatan kualiti GDB/Guru diukur berdasarkan skor kualiti guru dalam Standard 4,
SKPMg2 dan pencapaian mata pelajaran Bahasa.
Berdasarkan rumusan dan dapatan daripada Kajian Impak Keberkesanan Bimbingan dan Kajian
Impak Keberkesanan Kompetensi SISC+ seperti dalam Kertas Kerja Induk.
14.0 RUMUSAN/PENUTUP
Segala proses kerja adalah berasaskan Kertas Kerja Induk 2023 dan bimbingan/ arahan dari
semasa ke semasa dari Pegawai Pendidikan Daerah/JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jawatankuasa Murid Cicir akan terus mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan PLC dengan harapan peratus murid cicir
mencapai sasaran.
Disediakan oleh :
Asmah
(ASMAH BINTI NGAH)
SISC+ BAHASA PPD PASIR GUDANG
LAMPIRAN 1