You are on page 1of 3

LAPORAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH BUKIT KIARA

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kiara Kali Ke-9 iaitu sesi

2020/2021 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah

ditetapkan. Tepat jam 8.00 pagi ibu bapa telah membuat

pendaftaran di Dewan Masjid walaupun pada hari hujan. Walaupun

pada awalnya kehadiran amat kurang pada awal pagi namun ianya

bertambah selepas jam 9.00 pagi.

Mesyuarat agung dimulakan dengan bacaan doa oleh ustat Azrul

serta diikuti oleh ucapan Tuan guru besar SK Bukit Kiara.Mesyuarat

pada kali ini dirasmikan oleh Yusof Bin Abdullah selaku Tuan Iman

masjid .

Setelah selesai semua agenda, perbincangan, soal jawab ibubapa

dan Ahli jawatan kuasa PIBG 2020/2021. Dengan rasminya YDP

membubarkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan memberikan laluan

kepada Guru Besar Bukit Kiara untuk menjadi Pengerusi majlis.

Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Kiara telah mengetuai proses

perlantikan Ahli jawatan kuasa PIBG bagi sesi 2021/2022 dengan

melantik YDP dan NYDP dan seterusnya AJK Ibubapa dan Guru.
En.Zakry sekali lagi telah diterima sebagai YDP sebulat suara oleh

kesemua guru dan para ibu bapa. Beliau dibantu oleh En. Ahmadi

sebagai PYDP sekolah Bukit Kiara. Majlis diteruskan dengan

perlantikan AJK dikalangan ibubapa dan juga AJK dari pihak Guru

Sebanyak 5 orang waris telah dipilih bagi membantu melicinkan

segala aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru di

sekolah. Guru besar telah meminta agar kesemua AJK baru untuk

memperkenalkan diri . Beliau meminta supaya AJK yang dipilih

menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

Sejurus selepas perlatikan AJK dibuat Guru Besar telah

membentangkan senarai bayaran tambahan sekolah bagi sesi tahun

2021. Pengumpulan dana RM 20 bagi murid-murid tahun 6

dipersetujui oleh ibu bapa dengan sebulat suara. Pelbagai usul yang

telah dibangkitkan telah dibincangkan di mesyuarat tersebut.

Mesyuarat telah ditangguhkan dengan ucapan Tuan Guru Besar

SK Bukit Kiara .Dalam ucapan ,beliau meminta waris mendapatkan

sebarang info dalam what’s app kelas.Selain itu beliau juga meminta

agar PDPR tidak diteruskan kerana ia membebankan para guru dan

ibu bapa. Dengan ucapan tersebut maka berakhirlah mesyuarat

agung PIBG SK Bukit Kiara dengan jayanya.


Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………….. ……………………..

You might also like