You are on page 1of 43

EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

PENGAJIAN AM

PENGGAL 3
NOTA LENGKAP

HAK MILIK CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM


@himpunan_nota_stpm_senior_cikgu
https://t.me/himpunan_nota_stpm_senior_cikgu

GROUP RASMI :
@SembangSTPM
https://t.me/SembangSTPM
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

BAB 1 : HUBUNGAN DIPLOMATIK

1.1) Kriteria Dan Ciri Dasar Luar Malaysia


➔ Dasar yang boleh dipercayai
◆ Meraih kepercayaan dan keyakinan negara lain
◆ Berasaskan prinsip tertentu yang diterima pada peringkat antarabangsa
◆ Berfungsi untuk kepentingan terbaik negara, menjadi anggota komuniti
antarabangsa yang bertanggungjawab

➔ Dasar yang menyedarkan


◆ Menjaga kepentingan rakyat melebihi daripada segala-galanya
◆ Malaysia diiktiraf dan dikagumi pada peringkat antarabangsa selain membolehkan
warga Malaysia menjaga warga dunia yang baik

➔ Dasar yang konsisten dan koheren


◆ Menjadikan Malaysia rakan yang boleh diterima dan boleh dipercayai dalam hal
ehwal antara negara
◆ Menjadikan Malaysia jenama yang disukai dalam hubungan antarabangsa

1.2) Faktor Penentu Dasar Luar Malaysia

Faktor Huraian

Kepentingan ➢ Mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari luar


nasional ➢ Malaysia tidak boleh menggunakan kekerasan dalam dasar
luarnya

Piagam Bangsa- ➢ Malaysia berpegang teguh prinsip-prinsip Piagam Bangsa-


Bangsa Bersatu Bangsa Bersatu, memelihara keamanan dunia, melindungi hak
(PBB) asasi manusia, menegakkan keadilan
➢ Malaysia berperanan aktif dan memberikan sumbangan melalui
penyertaan dalam agensi PBB
➢ Memberi sokongan terhadap Order Baru Ekonomi Antarabangsa
dan kegiatan Negara-negara 77 untuk mencapai keadilan dalam
sistem perdagangan

Kedudukan ➢ Malaysia terletak dalam kawasan yang penting dari sudut


geografi / geopolitik di rantau Asia-Pasifik
Geostrategik ➢ Menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh

Agama Islam ➢ Malaysia menitikberatkan hubungan baik dengan negara Islam


➢ Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam, menyokong
projek seperti Bank Pembangunan Islam

Bekas Jajahan ➢ Malaysia sebagai bekas jajahan British (Komanwel)


British ➢ Malaysia meneruskan hubungan dengan British dan Komanwel

1
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Dasar Berkecuali ➢ Malaysia mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa


mengira ideologi

Wawasan ➢ Malaysia mengambil kira wawasan dan visi pemimpin dalam


Pemimpin melaksanakan dasar luar
➢ Dasar luar berubah mengikut era kepimpinan yang berubah

1.3) Prinsip Dasar Luar Malaysia


➔ Berbaik-baik dengan negara lain
◆ Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui
perundingan dan menolak kekerasan dan paksaan

➔ Hidup bersama secara aman dan harmoni


◆ Malaysia memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya menyelesaikan
masalah dalaman tanpa campur tangan dari pihak luar
◆ Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik
untuk negara dan lebih memahami apa yang diperlukan

➔ Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain


◆ Malaysia mendukung prinsip penyelesaian sengketa dan kewujudan bersama
secara aman
◆ Malaysia menjadi negara berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana negara
lain dalam membuat keputusan

➔ Keadilan sejagat
◆ Malaysia berprinsip sesuatu keputusan hendaklah diselesaikan berasaskan prinsip
keadilan

1.4) Kepentingan Dasar Luar


➔ Menjamin keselamatan rakyat dan negara
➔ Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
➔ Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
➔ Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
➔ Menangani cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia
➔ Melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa
➔ Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan, dan keselamatan Malaysia
➔ Menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, dan kesejahteraan ekonomi

2
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

1.5) Cara Malaysia Melaksanakan Dasar Luar


➔ Mengekalkan hubungan yang harmoni dengan semua negara tanpa mengambil kira
ideologi dan sistem politik
➔ Mengambil pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik
serantau dan antarabangsa
➔ Menjalinkan hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara
terutamanya negara ASEAN dan negara serantau yang lain
➔ Menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini dengan membina keupayaan dan
mengambil pendekatan menyelesaikan konflik
➔ Melibatkan diri secara gigih dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya
dalam usaha membanteras ketidakadilan, penindasan dan menjunjung undang-undang
antarabangsa
➔ Mengangkat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang bertoleransi dan progresif

1.6) Kepentingan Hubungan Bilateral Dan Multilateral


➔ Perkongsian sumber-sumber bahan mentah dan makanan
◆ Malaysia tidak mempunyai bekalan makanan seperti beras dan sumber protein
yang mencukupi
◆ Malaysia bergantung kepada negara luar bagi memperoleh sumber makanan

➔ Pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi


◆ Malaysia bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara Jepun dan Korea

➔ Peluasan pasaran dan perdagangan


◆ Meningkatkan permintaan produk negara
◆ Produk Malaysia boleh dipasarkan ke negara-negara Asia Tenggara, Timur
Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat

➔ Perpindahan dan perkongsian modal


◆ Kemasukan pelaburan modal dan pelaburan asing akan mempercepat proses
pembangunan ekonomi negara

➔ Kemasukan tenaga kerja


◆ Kekurangan buruh dan tenaga pakar boleh ditampung oleh negara lain yang ada
hubungan atau badan yang dianggotai
◆ Malaysia terpaksa bergantung kepada tenaga kerja Indonesia dan Bangladesh
dalam sektor perladangan dan pembinaan

3
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

BAB 2 : PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN

2.1) ASEAN
2.1.1 Sebab Malaysia Melibatkan Diri Dalam ASEAN
➔ Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial
dan pembangunan serta kebudayaan serantau
➔ Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati
dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan negara kawasan serantau
serta mematuhi prinsip Bangsa-bangsa Bersatu
➔ Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama
dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran
➔ Membekalkan bantuan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam
kalangan negara anggota
➔ Mewujudkan kerjasama lebih berkesan dalam penggunaan sumber yang lebih
banyak dalam industri pertanian

2.1.2 Peranan Dan Sumbangan Malaysia Dalam ASEAN

Kawasan Aman ➢ Menjamin keamanan serantau melalui dasar


Bebas dan perkecualian serantau
Berkecuali ➢ Menjamin keamanan dan kestabilan politik dengan
(ZOPFAN) mengelakkan campur tangan oleh mana-mana pihak
luar dalam hal-hal rantau ini
➢ Sebarang pertikaian di Asia Tenggara harus
diselesaikan secara aman dan bukan kekerasan

Zon Bebas Senjata ➢ Untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada


Nuklear (SEANWFZ) ancaman senjata nuklear

Forum Serantau ➢ Untuk penyelesaian akibat daripada konflik antara


ASEAN (ARF) negara disebabkan oleh :
○ Pergeseran kuasa akibat pembentukan ekonomi
pesat
○ Konflik teritorial dan pertikaian yang belum
selesai

ASEAN + 3 (Jepun, ➢ Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi


Korea, China) termasuk pembentukan kawasan pembangunan
ekonomi Asia Timur
➢ Meningkatkan kerjasama dalam pembangunan sosial
dan sumber manusia
➢ Meningkatkan kerjasama dalam pembangunan
saintifik dan teknikal, budaya dan informasi dan
pembangunan infrastruktur

4
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Kawasan ➢ Meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pusat


Perdagangan Bebas perkilangan untuk pasaran dunia
ASEAN (AFTA) ➢ Membolehkan barangan ASEAN menembusi pasaran
anggota-anggota dengan bebas, pemansuhan tarif
antara wilayah, halangan bukan tarif, menghapuskan
sekatan perdagangan dua hala
➢ Menggalakkan kerjasama perdagangan
➢ Meluaskan dan meningkatkan pasaran negara
serantau

Pembangunan Segi ➢ Kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kecil di


Tifa Pertumbuhan dalam wilayah ASEAN melibatkan tiga buah negara
yang berjiran
➢ Kerjasama memajukan sub-wilayah yang berjiran
dalam ASEAN
➢ Kerjasama menumpukan kepada modal, buruh,
teknologi, telekomunikasi, keselamatan dan
perdagangan

Kawasan Segi Tiga ➢ IMS-GT : Indonesia, Malaysia, Singapura


Pertumbuhan ➢ IMT-GT : Indonesia, Malaysia, Thailand
➢ EAGA-BIMP : East Asian Growth Area - Brunei,
Indonesia, Malaysia, Filipina
➢ Pembangunan sektor pelancongan, pengangkutan
dan perhubungan, telekomunikasi, pertanian dan
perikanan, perindustrian, perhutanan, perdagangan,
pelaburan, teknologi
➢ Mempercepat pembangunan sumber alam
➢ Peluasan pasaran dan perdagangan
➢ Perkongsian pelaburan modal, teknologi, R&D,
inovasi baharu
➢ Pengaliran buruh dan tenaga pakar

Kerjasama dalam ➢ Majlis Perbankan ASEAN : untuk menyelaraskan


sektor kewangan kegiatan bank-bank perdagangan
➢ Syarikat Kewangan ASEAN : untuk memberi
kemudahan kewangan kepada projek usaha sama

Majlis Bahasa ➢ Meningkatkan mutu dan penggunaan bahasa Melayu


Brunei-Indonesia- sebagai lingua franca
Malaysia (MABBIM) ➢ Mengembangkan bahasa Melayu supaya menjadi
bahasa yang setaraf dengan bahasa moden lain
➢ Meningkatkan semangat persaudaraan antara negara
anggota

5
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Pertubuhan Menteri- ➢ Menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan,


menteri Pendidikan budaya, sains
Asian Tenggara ➢ Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)
(SEAMEO) ➢ Inovasi dan teknologi (INNOTECH)
➢ Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik
(RECSAM)

2.1.3 Isu Semasa Dalam ASEAN

Piagam ASEAN ➢ Prinsip


○ Penekanan terhadap kepentingan ASEAN dalam
kerjasama serantau
○ Hormat kepada prinsip keutuhan wilayah,
kedaulatan, sikap berkecuali dan identiti
kebangsaan negara anggota ASEAN
○ Pemupukan keamanan dan identiti serantau,
penolakan pencerobohan serta penyelesaian
pertikaian secara damai (dialog, rundingan)

➢ Tujuan
○ Mewujudkan mekanisme hak asasi manusia
○ Menjadikan ASEAN lebih relevan dan kuat
dalam menghadapi isu semasa
○ Menggariskan prinsip pegangan ASEAN selain
menubuhkan sebuah badan hak asasi manusia
○ Mengukuhkan Sekretariat ASEAN serta
menetapkan kriteria kemasukan anggota
baharu dan bagi menyelesaikan pertikaian

➢ Matlamat
○ Menghormati kemerdekaan, kedaulatan,
keutuhan wilayah negara anggota
○ Penyelesaian pertikaian secara aman
○ Tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
negara anggota
○ Hak untuk hidup tanpa gangguan luar

Komuniti Ekonomi ➢ Tujuan


ASEAN (AEC) / ○ Mewujudkan pasaran tunggal negara anggota
Pasaran Tunggal ○ Menarik minat pelabur luar ASEAN
ASEAN ○ Mengurangkan kemiskinan dan merapatkan
jurang kemiskinan
○ Meningkatkan taraf hidup negara serantau

6
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

➢ Faedah kepada Malaysia


○ Keluasan pasaran lebih 20 ganda
○ Peluang ekonomi yang luas
○ Peningkatan golongan pertengahan
○ Sumber asli yang banyak
○ Struktur ekonomi perindustrian
○ Pembangunan modal insan
○ Peningkatan pelaburan asing
○ Mewujudkan peluang pekerjaan

Komuniti ASEAN ➢ Tiga tonggak


○ Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN :
mengesahkan kemajuan kerjasama politik dan
keamanan
○ Komuniti Ekonomi ASEAN : menggalakkan
perkhidmatan dan pengaliran sumber manusia
serta mempercepat pelaksanaan visa tunggal
○ Komuniti Sosio-Budaya ASEAN :
Membincangkan projek pertukaran belia,
sukan, kebudayaan, pendidikan, jaminan sosial

➢ Fokus 10 tahun akan datang


○ Lebih penekanan terhadap rakyat ASEAN dan
kesejahteraan
○ Meningkatkan kesedaran tentang ASEAN dan
visinya untuk menjadikan komuniti lebih
bersatu dari segi politik dan integrasi, padu dari
segi ekonomi, bertanggungjawab dari segi
sosial
○ Memastikan kebebasan asas, hak asasi
manusia dan kehidupan lebih baik
○ Berwawasan dan menjadi pemain global
○ Melaksanakan agenda, memperjuangkan
aspirasi nasional yang menyumbang kepada
pembinaan komuniti
○ Memperkukuh ASEAN

7
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.1.4 Dokumen ASEAN 2025 : ‘Bersama Melangkah Ke Hadapan’


➔ Merupakan pelan tindakan berwawasan yang menggariskan matlamat dan
aspirasi ASEAN untuk merealisasikan hasrat bagi penyatuan integrasi dan
kesepaduan lebih jitu sebagai satu komuniti

➔ Fokus Komuniti 10 tahun akan datang


◆ Lebih penekanan terhadap rakyat ASEAN dan kesejahteraan
◆ Melibatkan semua warganegara ASEAN untuk menggalakkan komitmen
dan pengenalpastian dasar-dasar ASEAN dan kepentingan serantau
◆ Memastikan kebebasan asas, hak asasi manusia dan kehidupan lebih baik
bagi semua warga ASEAN
◆ Meningkatkan kapasiti untuk mengendalikan cabaran sedia ada dan bakal
muncul dan pada masa sama mengekalkan kesatuan ASEAN
◆ Berwawasan dan menjadi pemain global
◆ Memperkukuh sekretariat ASEAN

➔ Aspirasi utama
◆ Komuniti Politik-Keselamatan
◆ Komuniti Ekonomi
◆ Komuniti Sosiobudaya

➔ Elemen Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN 2025


◆ ASEAN berasaskan peraturan, berorientasikan dan berpaksikan rakyat di
rantau yang aman, stabil dan makmur
◆ Komuniti dinamik, berdaya tahan, dan harmoni yang bersatu, mampu
respon secara efektif terhadap cabaran yang menjejaskan ASEAN dari
dalam dan luar rantau
◆ Komuniti yang berpendirian teguh dalam mengekalkan kepusatan ASEAN
menerusi mekanisme serantau
◆ Meningkatkan kerjasama dan dialog dengan rakan luar ASEAN bagi
faedah dan kepentingan bersama

➔ Elemen Utama Komuniti Ekonomi ASEAN 2025


◆ Ekonomi yang berintegrasikan lebih padu dan mempunyai jalinan dengan
sistem ekonomi global
◆ Mesra perniagaan, dan persekitaran boleh dijangka yang boleh
meningkatkan keyakinan pelabur
◆ Meningkatkan penyertaan dalam aktiviti tambah nilai tinggi dan
berasaskan pengetahuan
◆ Kompetitif dan dinamik yang menggalakkan inovasi dan perniagaan
semua saiz berkembang maju
◆ Hak pengguna dilindungi

8
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

➔ Elemen utama Komuniti Sosiobudaya ASEAN 2025


◆ Menggalakkan kehidupan berkualiti tinggi dan akses sama rata kepada
peluang untuk semua
◆ Komuniti mapan yang menggalakkan pembangunan sosial dan
perlindungan alam sekitar
◆ Komuniti berdaya tahan dengan peningkatan kapasiti untuk respon dan
penyesuaian secara berterusan terhadap cabaran dan ancaman semasa
◆ Komuniti yang dinamik, terbuka, kreatif, dan bersesuaian dengan identiti
ASEAN

➔ Faedah kepada warga ASEAN


◆ Menikmati kehidupan di rantau yang lebih bersepadu, terjamin, aman,
dan bersatu
◆ Mendapat manfaat dan menikmati pelbagai keuntungan hasil daripada
tadbir urus dan amalan alam sekitar mapan
◆ Melindungi hak asasi manusia, kebebasan asas dan keadilan sosial
dengan akses sama rata kepada peluang-peluang untuk semua
◆ Menjadi sebahagian daripada komuniti yang bertanggungjawab terhadap
sosial dan berinteraksi dengan lebih baik antara satu sama lain di ASEAN
dan di dunia
◆ Menikmati akses kepada produk dan perkhidmatan dengan pilihan lebih
luas, selamat dan berkualiti

➔ Faedah kepada rakan kongsi ASEAN


◆ Mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau. Komuniti dinamik yang
komited dan mempunyai kapasiti untuk menyumbang ke arah rantau
yang aman, selamat dan stabil
◆ Menangani isu luaran yang menjadi kebimbangan bersama seperti
perubahan iklim, alam sekitar dan pembangunan mampan
◆ Menangani cabaran keselamatan bukan tradisional menerusi pelbagai
inisiatif dan projek
◆ Meningkatkan aktiviti ekonomi, perdagangan dan pelaburan melalui suara
dan peranan lebih luas dalam forum ekonomi global dan peningkatan
sumbangan terhadap tadbir urus ekonomi global

9
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.1.5 Isu Antara Malaysia Dengan Negara ASEAN

Singapura ➢ Tambak laut


➢ Jambatan menggantikan Tambak Johor
➢ Bekalan air mentah
➢ Simpanan Wang Pekerja
➢ Sempadan laut dan udara

Indonesia ➢ Pendatang asing tanpa izin


➢ Pertindihan sempadan
➢ Pencerobohan nelayan
➢ Lanun

Thailand ➢ Pencerobohan nelayan


➢ Keganasan di selatan Thailand
➢ Dwikerakyatan

Filipina ➢ Tuntutan ke atas Sabah


➢ Pendatang asing tanpa izin
➢ Lanun

Vietnam ➢ Tuntutan ke atas kepulauan Spratly

Myanmar ➢ Isu pelarian

2.1.6 Faedah Yang Diperoleh Malaysia Dalam ASEAN

Ekonomi ➢ Perjanjian Keutamaan Perdagangan, barangan


Malaysia boleh menembusi pasaran ASEAN dengan
lebih mudah tanpa sekatan
➢ Dapat mengurangkan pergantungan kepada negara
maju yang selalunya tidak adil dalam konteks
hubungan dua hala
➢ Perkongsian modal menerusi konsep pelaburan
bersama atau pelaburan silang
➢ Peluasan saiz pasaran

Sains dan teknologi ➢ Perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baharu


dan inovasi dalam semua bidang termasuk bidang
perindustrian, tenaga, pertanian, perikanan,
perhutanan, pengangkutan, telekomunikasi,
kewangan dan lain-lain

Sumber pengeluaran ➢ Faedah kerjasama dan perkongsian sumber


pengeluaran seperti sumber tenaga dan alam
➢ Kekurangan sesebuah negara boleh ditampung oleh
kelebihan dari negara lain

10
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Tenaga buruh dan ➢ Daripada kerjasama dan perkongsian tenaga buruh


kepakaran dan kepakaran
➢ Kekurangan buruh di Malaysia boleh ditampung
oleh penawaran buruh dari negara jiran

Kelestarian alam ➢ Perkongsian menjaga alam sekitar


sekitar ➢ Saling bekerjasama dalam menangani masalah alam
sekitar seperti jerebu dan tumpahan minyak

Kestabilan politik ➢ Menikmati faedah daripada kestabilan politik


dan keselamatan serantau menerusi konsep ZOPFAN, semangat
kejiranan dan dasar tidak tidak campur tangan hal
ehwal politik dalaman negara ASEAN
➢ Bersama dalam menjaga keselamatan serantau

2.1.7 Cabaran dalam ASEAN


➔ Kurangnya permintaan daripada pasaran dunia terhadap sumber bahan utama
seperti kelapa sawit dan getah asli negara ASEAN menyekat pertumbuhan
ekonomi di rantau ini
➔ Negara ASEAN terpaksa memberikan perhatian kepada sektor perkilangan dan
perkhidmatan. Negara-negara maju mempunyai kelebihan ekonomi akibat kos
pengeluaran dan kecanggihan teknologi
➔ Persamaan pengeluaran dan pemasaran barangan menyebabkan persaingan
sesama sendiri
➔ Melaksanakan pengeluaran dan pemasaran barangan menyebabkan persaingan
sesama sendiri
➔ Melaksanakan projek ekonomi mengikut kepentingan negara sendiri dan bukan
kepentingan serantau
➔ Kerjasama ekonomi terhindar kerana ketidakstabilan politik yang dialami oleh
negara tertentu
➔ Pergantungan kepada negara-negara maju masih berlanjutan
➔ Dasar perlindungan diamalkan oleh negara-negara maju

2.2) Malaysia Dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


2.2.1 Sebab Malaysia Menganggotai PBB
➔ Untuk mengekalkan perdamaian dunia, terutamanya daripada bahaya
peperangan dunia
➔ Untuk menyelesaikan masalah dunia dalam bidang politik, ekonomi, makanan,
kesihatan dan lain-lain
➔ Untuk memberi bantuan kepada negara yang perlu terutamanya dalam bidang
ekonomi dan sosiopolitik

11
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.2.2 Cara Malaysia Melibatkan Diri Dalam PBB

Majlis Perhimpunan ➢ Perhimpunan Agung PBB terdiri daripada semua ahli


Agung pertubuhan, bertemu setiap tahun di bawah
seorang presiden yang dipilih daripada wakilnya
➢ Forum untuk membincangkan persoalan undang-
undang antarabangsa serta membuat keputusan
tentang pengendalian pertubuhan ini
➢ Isu dan perjuangan Malaysia yang pernah
dibangkitkan seperti memerangi penyalahgunaan
dadah, masalah orang pelarian, menghentikan
Dasar Aparteid, menentang pencerobohan Rusia di
Afganistan, kekejaman Israel, masalah ekonomi
negara miskin, isu Antartika

Majlis Keselamatan ➢ Hanya dianggotai oleh 15 buah negara


➢ Terdapat lima anggota tetap iaitu Amerika Syarikat,
Rusia, Britain, Perancis, China
➢ Anggota tetap mempunyai kuasa veto iaitu kuasa
pembatalan sebarang keputusan majlis
➢ Untuk mendengar, membincang dan menyelesaikan
isu pertelingkahan antara negara anggota
➢ Bertanggungjawab memelihara keamanan dan
keselamatan antara negara
➢ Keputusan Majlis Keselamatan dinamakan sebagai
“Ketetapan Majlis Keselamatan PBB”

Majlis Ekonomi dan ➢ Untuk meningkatkan dan memberikan khidmat taraf


Sosial hidup penduduk dan negara-negara dunia
➢ UNESCO, UNHCR, WHO

Pertubuhan ➢ Untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia


Kesihatan Sedunia sejagat

Pertubuhan ➢ Menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan


Pendidikan, Saintifik dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa
dan Kebudayaan melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan
(UNESCO) ➢ Membantu negara anggota membina keupayaan
manusia dan institusinya dalam pelbagai bidang
➢ Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam
bidang pendidikan, sains, sosial, kebudayaan,
komunikasi
➢ Sebagai pusat yang menyebarkan dan berkongsi
maklumat dan pengetahuan
➢ Lima program : pendidikan, sains semula jadi, sains
manusia dan sosial, kebudayaan, komunikasi dan
maklumat

12
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Pertubuhan Makanan ➢ Meningkatkan pengeluaran makanan, membaiki


Dan Pertanian (FAO) sistem agihan makanan, mengatasi kebuluran

Pertubuhan Buruh ➢ Menegakkan keadilan sosial khasnya golongan


Antarabangsa (ILO) pekerja
➢ Menggubal standard buruh antarabangsa dengan
menetapkan standard hak asasi buruh
➢ Kebebasan berpersatuan, hak untuk mengendalikan
persatuan, perjanjian kolektif, pemansuhan buruh
paksa, kesamaan peluang dan layanan
➢ Menggalakkan pembangunan organisasi majikan
dan pekerja yang bebas serta menyediakan latihan
dan khidmat nasihat

Tabung Kewangan ➢ Menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa


Antarabangsa (IMF) melalui institusi tetap yang menyediakan jentera
bagi perundingan tentang masalah kewangan
antarabangsa
➢ Menggalakkan kestabilan tukaran wang asing dan
memelihara aturan tukaran wang asing yang
tersusun
➢ Memberikan bantuan kewangan sementara kepada
negara yang mengalami krisis kewangan untuk
membantu negara tersebut

Pesuruhjaya Tinggi ➢ Bertanggungjawab untuk memimpin dan


Tentang Orang menyelaraskan tindakan antarabangsa bagi
Pelarian PBB perlindungan orang pelarian dan menyelesaikan
(UNHCR) masalah mereka
➢ Melindungi hak dan kebajikan orang pelarian
➢ Berusaha untuk memastikan bahawa setiap orang
pelarian berhak untuk mendapatkan suaka dan
mencari tempat perlindungan yang selamat di
negara lain
➢ Membantu orang pelarian kembali ke negara asal
mereka atau menetap di negara lain

Persidangan ➢ Mengintegrasikan negara-negara sedang


Perdagangan Dan membangun ke dalam ekonomi dunia
Pembangunan PBB ➢ Mengurus isu perdagangan dan pembangunan
(UNCTAD) secara bersepadu serta isu-isu lain yang berkaitan
dalam bidang kewangan teknologi dan pelaburan
➢ Forum perbincangan antara kerajaan yang disokong
oleh perbincangan dengan pakar ekonomi serta
pertukaran pengalaman untuk mencapai
persetujuan sebulat suara

13
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Tabung Kanak-Kanak ➢ Badan dunia yang mempertingkatkan kehidupan


PBB (UNICEF) kanak-kanak
➢ Untuk bekerjasama dengan pihak lain untuk
mengatasi kemiskinan, keganasan, penyakit, dan
diskriminasi yang dihadapi oleh kanak-kanak
➢ Menganjurkan langkah untuk memberi kanak-kanak
penjagaan yang terbaik dalam kehidupannya
➢ Menggalakkan pendidikan untuk kanak-kanak
perempuan bagi memastikan mereka menghabiskan
pendidikan peringkat sekolah rendah sekurang-
kurangnya

Mahkamah ➢ Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang


Pengadilan diserahkan oleh ahli-ahli negara
Antarabangsa (ICJ) ➢ Memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-
undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-
agensi antarabangsa yang diberi kuasa

2.2.3 Sebab Utama Sikap Kurang Senang Malaysia Terhadap PBB


➔ PBB telah banyak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar dunia
➔ PBB menyelesaikan isu agak lambat dan mengamalkan dasar pilih kasih
➔ PBB tidak berupaya untuk mencegah keganasan Amerika Syarikat di Iraq, dan
Israel di bumi Palestin
➔ Majlis Keselamatan PBB tidak demokratik kerana lima anggota tetap mempunyai
kuasa veto

2.2.4 Sebab PBB Dianggap Tidak Efektif


➔ Setiap negara anggota memikirkan kepentingan mereka sendiri dan meletakkan
dunia sebagai prioriti kedua
➔ Majlis Keselamatan PBB kurang efektif melaksanakan tanggungjawab kerana
penggunaan kuasa veto dan hanyalah dijadikan satu alat oleh kuasa-kuasa besar
untuk mengekalkan kepentingan mereka
➔ PBB melaksanakan sistem pengundian dalam proses membuat keputusan yang
mendahulukan kuasa veto berbanding suara majoriti

14
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.3) Malaysia Dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)


2.3.1 Sebab Malaysia Menyertai OIC
➔ Memupuk perpaduan dalam kalangan negara Islam
➔ Bekerjasama dengan negara anggota lain dalam bidang ekonomi, sosial, budaya,
saintifik dan lain-lain
➔ Menyokong usaha OIC ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan
berasaskan keadilan
➔ Bersama meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah,
kemerdekaan dan hak
➔ Menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis
➔ Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara rundingan
➔ Membentuk hubungan harmoni antara agama

2.3.2 Cara Malaysia Melibatkan Diri Dalam OIC

Sidang Kemuncak ➢ Badan pembuat keputusan tertinggi OIC


Ketua-ketua Negara ➢ Menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam
Kerajaan OIC menilai perkembangan yang berlaku menurut
perspektif Islam
➢ Forum tertinggi OIC mengatur strategi bagi
melaksanakan dasar serta tindakan ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan

Persidangan Menteri- ➢ Para menteri luar negara anggota akan


menteri Luar OIC membincangkan keadaan sosioekonomi di dunia
Islam serta hubungan ekonomi antara negara Islam
dengan negara bukan Islam
➢ Membuat penilaian terhadap institusi Islam bagi
meningkatkan kerjasama ekonomi perdagangan
➢ Meluluskan pelan tindakan bersama ke arah
memaju dan meningkatkan taraf hidup penduduk

Lapan Negara ➢ Sebuah kumpulan negara membangun yang


Membangun (D8) membentuk satu pakatan pembangunan ekonomi
➢ Untuk membasmi kemiskinan, menambah peluang
pekerjaan, membasmi buta huruf, kemajuan
teknologi, menambah pelaburan
➢ Sumbangan seperti Perbankan Islam dan Takaful
Islam

15
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.3.3 Inisiatif Dan Sumbangan Malaysia Kepada Ekonomi

Sebagai sebuah ➢ Konteks pencapaian ekonomi dan kestabilan politik


negara Islam contoh ➢ Menjadi model pembangunan negara Islam dari
segi kemajuan dan pentadbiran

Sebagai pengerusi ➢ Malaysia berusaha membawa kemajuan dan


OIC memperkenalkan pelbagai inisiatif
➢ Berjuang memastikan isu konflik Timur Tengah dan
isu Palestin diselesaikan segera dan secara aman
➢ Membangun dan memajukan umat islam di dunia
termasuk minoriti Islam di negara bukan Islam

Sebagai negara ➢ Malaysia komited memupuk perpaduan dan


anggota meningkatkan kerjasama antara negara anggota
dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan
dan kebudayaan
➢ Memupuk dan mengeratkan kerjasama ekonomi
dan perdagangan antara negara anggota untuk
kekuatan ummah dan mengembalikan zaman
keagungan Islam

Menyertai dan ➢ Program Bina Upaya Bagi Negara Anggota :


menganjurkan Mengurangkan kemiskinan dan mengukuhkan
program pembangunan ekonomi terutamanya bagi negara
anggota yang mundur
➢ Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) :
Mewujudkan platform bagi membincangkan dan
menerapkan idea-idea terkini ke arah
merencanakan pembangunan ekonomi Ummah,
Menubuhkan Bank Pembangunan Islam
➢ Standard Halal Antarabangsa : Kepakaran Malaysia
dalam membangunkan standard dan sijil kelayakan
halal dijadikan penanda aras dalam membangunkan
Standard Halal Antarabangsa
➢ Organisasi Zakat Antarabangsa : Membentuk
kesepakatan kerjasama erat diperlukan bagi
mengkaji aplikasi zakat sebagai sumber kewangan
➢ Program Jaminan Kualiti di Institusi Pengajian
Tinggi : Membantu negara anggota membangunkan
Program Jaminan Kualiti IPT bagi membolehkan IPT
mereka bersaing di dalam dan luar negara
➢ Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer :
Malaysia dilantik sebagai pengerusi pasukan
tersebut. Bertindak untuk keselamatan teknologi
maklumat negara anggota

16
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.4) Malaysia Dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)


2.4.1 Sebab Malaysia Menyertai NAM
➔ Menghormati hak asasi manusia selaras dengan piagam PBB
➔ Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain
➔ Mengakui persamaan semua ras negara-negara dunia
➔ Menghayati polisi tidak campur tangan dalam hal ehwal negara asing
➔ Memupuk kerjasama erat dalam kalangan negara anggota
➔ Menjadi forum untuk menyuarakan pendirian tentang isu semasa
➔ Mengelakkan negara dari terlibat dalam peperangan ideologi
➔ Meningkatkan muafakat dan kesepakatan melalui rundingan

2.4.2 Peranan Malaysia


➔ Malaysia membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara
sedang membangun
➔ Membincangkan isu Palestin, isu Antartika dan kerjasama ekonomi
➔ Mengemukakan cadangan menghapuskan dasar Apartheid
➔ Menggalakkan negara membangun terus bersuara tentang masalah yang
dihadapi dan mengekalkan keamanan dunia
➔ Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama masalah
kemiskinan
➔ Mengisytiharkan Deklarasi Kuala Lumpur yang menggalakkan kerjasama
multilateral antara negara anggota
➔ Melancarkan portal e-Sekretariat NAM 2004 yang bertindak sebagai pangkalan
data

2.4.3 Deklarasi Putrajaya


➔ Merupakan lanjutan daripada Deklarasi Nairobi dan Deklarasi Beijing
➔ Tentang kemajuan wanita
➔ Objektifnya adalah untuk memperkasakan wanita, menggalakkan wanita
melibatkan diri dalam pelbagai sektor, memperkukuh kedudukan wanita
➔ Isu yang pernah dibincangkan termasuklah
◆ Wanita, kemiskinan dan pembangunan ekonomi
◆ Wanita dalam kuasa dan membuat keputusan
◆ Wanita dan pendidikan
◆ Wanita dan kesihatan
◆ Wanita, media dan ICT
◆ Wanita dan konflik bersenjata (Palestin dan Syria)
◆ Keganasan terhadap wanita
◆ Wanita dan situasi bencana
◆ Kesaksamaan jantina di arus perdana

17
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.5) Malaysia Dan Kerjasama Selatan-Selatan


2.5.1 Sebab Tertubuhnya Kerjasama Selatan-Selatan
➔ Hasrat penubuhan Kerjasama Selatan-Selatan dikuatkan berikutan daripada
kelemahan dialog Utara-Selatan
➔ Dialog Utara-Selatan : Pertemuan dan forum perbincangan antara negara maju
(Utara) dengan negara membangun (Selatan) dalam mana-mana persidangan
anjuran PBB
➔ Hasil dialog tersebut, wujudnya Sistem Keistimewaan Am (GSP) di mana negara
membangun berdagang dengan negara maju tanpa dikenakan sekatan tarif atau
duti
➔ Penubuhan Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan
(UNCTAD), pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dan pembentuk stok
penimbal bagi komoditi utama negara membangun

2.5.2 Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)


➔ Inisiatif negara Selatan untuk membetulkan ketidaksamaan dalam susunan
ekonomi antarabangsa
➔ Menghapuskan jurang antara negara maju dengan negara selatan
➔ Enam perkara yang dituntut :
◆ Rundingan semula beban hutang luar
◆ Penentuan semula syarat perdagangan
◆ Peluasan pasaran negara utara bagi eksport negara selatan
◆ Pemindahan teknologi utara ke selatan
◆ Penglibatan negara selatan yang lebih dalam proses membuat keputusan
International Monetary Fund (IMF)
◆ Bantuan pembangunan kepada negara selatan

2.5.3 Tujuan Malaysia Menyertai Kerjasama Selatan-Selatan


➔ Membentuk satu kerjasama yang lebih berkesan dalam kalangan negara selatan
dalam menghadapi perkembangan ekonomi dunia
➔ Untuk menghadapi masalah ekonomi negara anggota dari segi beban hutang
negara, kadar faedah yang tinggi, imbangan pembayaran yang defisit, kadar
pertukaran wang asing yang tidak menentu
➔ Mempromosi dan mengukuhkan integrasi ekonomi dalam kalangan negara-
negara selatan
➔ Meningkatkan kesan pengganda kerjasama teknikal
➔ Menyelaras dasar-dasar mengenai isu-isu pembangunan yang berkaitan dengan
beberapa negara-negara selatan
➔ Berkongsi teknologi negara dan pengenalan teknik yang lebih baik disesuaikan
dengan keperluan tempatan

18
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.5.4 Kumpulan Lima Belas (k-15)


➔ Ditubuhkan sebagai kumpulan mesyuarat peringkat negara selatan
➔ Untuk mewujudkan lebih kesefahaman dan faedah kerjasama di antara negara
membangun terutama sekali dalam rantau pelaburan, perdagangan dan teknologi
➔ Berperanan sebagai pemikir untuk kerjasama selatan-selatan yang bertujuan
untuk memudahkan usaha-usaha untuk membangun dan meningkatkan ekonomi
➔ Meningkatkan perpaduan dan kredibiliti kepada negara membangun dalam usaha
untuk meneruskan dialog Utara-Selatan yang lebih positif dan produktif
➔ Projek yang pernah dirancang adalah seperti penubuhan Pusat Pertukaran Data
Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)

2.6) Malaysia Dan Komanwel


2.6.1 Sebab Malaysia Menganggotai Komanwel
➔ Mengeratkan perhubungan dan perpaduan dalam kalangan negara anggota
➔ Menjaga dan memajukan negara dengan kerjasama negara anggota
➔ Membentuk kesepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam
pelbagai bidang dalam kalangan negara anggota
➔ Mendapat kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama
untuk pasaran barangan di negara anggota Komanwel
➔ Meningkatkan kepakaran dalam pelbagai bidang melalui kemudahan pendidikan
di bawah Rancangan Pelajaran Komanwel (Colombo Plan)
➔ Rancangan Colombo : Sediakan bantuan kewangan, teknikal, biasiswa. Malaysia
menerima manfaat pendidikan, sosial, budaya dan ekonomi

2.6.2 Sumbangan Komanwel


➔ Membantu negara anggota dalam pengurusan hutang
➔ Membangun pasaran modal tempatan
➔ Menyusun semula struktur ekonomi
➔ Membantu pendidikan melalui bantuan teknikal dan biasiswa menerusi
Rancangan Colombo
➔ Kerjasama keselamatan, ekonomi, sosial dan pembangunan
➔ Menyelesaikan masalah pendidikan, kemiskinan, penyakit berjangkit dan
kekurangan sumber

2.6.3 Sumbangan Malaysia


➔ Menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
➔ Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
➔ Menyuarakan isu Dasar Apartheid, pengedaran dadah, penjagaan alam sekitar
(Deklarasi Langkawi), isu hubungan ekonomi antara negara maju-membangun
➔ Menubuhkan Program Kerjasama Teknikal dengan memindahkan kepakaran,
teknologi dan kemahiran dalam bidang teknikal dan memberikan bantuan kepada
negara anggota

19
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.7) Malaysia Dan Badan Atau Kerjasama Lain

Kerjasama ➢ Forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan


Ekonomi Asia lautan Pasifik
Pasifik (APEC) ➢ Memajukan perdagangan bebas dan mengukuhkan kerjasama
antara negara anggota
➢ Tiga teras kerjasama APEC :
○ Liberalisasi perdagangan dan pelaburan
○ Kemudahan perdagangan dan pelaburan
○ Kerjasama ekonomi dan teknikal

➢ Objektif :
○ Untuk mengekal dan mengawal peningkatan ekonomi di
rantau ini dan dunia
○ Meningkatkan matlamat positif dengan menggalakkan
pengaliran barang, perkhidmatan, modal dan teknologi
○ Membangunkan dan menguatkan sistem perdagangan
terbuka pelbagai hala
○ Mengurangkan sekatan, menyelaraskan perdagangan
barang dan perkhidmatan

Deklarasi Kazan ➢ Menteri Pertanian APEC memuktamadkan Mesyuarat Peringkat


Menteri APEC kedua mengenai Jaminan Makanan
➢ Menggariskan tumpuan perlu diberikan ke atas usaha
meningkatkan pengeluaran dan produktiviti pertanian
➢ Memudahkan perdagangan dan pembangunan pasaran
makanan, meningkatkan keselamatan dan kualiti makanan
➢ Meningkatkan akses untuk makanan bagi kumpulan penduduk
yang mudah terjejas
➢ Memastikan pengurusan berasaskan ekosistem lestari

Sidang ➢ Syarat Menganggotai EAS


Kemuncak Asia ○ Menandatangani perjanjian persahabatan dan
Timur (EAS) kerjasama (TAC)
○ Menjadi rakan dialog ASEAN
○ Menjalin hubungan kukuh negara-negara anggota

➢ Tujuan Penubuhan
○ Merupakan sebuah forum yang terbuka, sedia menerima
semua, telus dan memandang ke depan dalam usaha
mengukuhkan norma global dan nilai yang diiktiraf
secara universal dengan ASEAN sebagai peneraju
bekerjasama dengan negara peserta lain Sidang
Kemuncak Asia Timur
○ Memberi fokus terhadap usaha menggalakkan
kerjasama dalam isu politik dan keselamatan

20
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

○ Berusaha menghapuskan kemiskinan dan merapatkan


jurang pembangunan
○ Menggalakkan persefahaman budaya, hubungan rakyat
dengan rakyat dan meningkatkan kerjasama

➢ Cabaran
○ Perbezaan besar dalam kebudayaan, ekonomi dan
politik
○ Persaingan antara negara China dengan Jepun
○ Perbalahan tentang kawasan laut di Asia Tenggara
○ Pemerintahan tentera di Myanmar

Mesyuarat Asia- ➢ Dialog informal rantau ke rantau bukannya blok ke blok


Eropah (ASEM) ➢ Memberi peluang para pemimpin saling bertukar pendapat
mengenai isu-isu semasa dan global
➢ Mengeratkan hubungan dua benua dari perspektif
perkembangan dan pembangunan ekonomi
➢ Mempromosikan pelaburan dan perdagangan
➢ Meningkatkan pembangunan sumber manusia
➢ Memperjelas persepsi negatif mengenai kebudayaan
➢ Menyumbang kepada isu global dan keamanan dunia
➢ Memperluas peranan anggota ASEM dalam ekonomi dunia

Kumpulan 20 ➢ Pertubuhan gabungan 19 negara ekonomi terbesar di dunia


(G-20) serta Kesatuan Eropah
➢ Forum baharu untuk kerjasama dan rundingan dalam isu-isu
yang berkaitan dengan sistem kewangan antarabangsa
➢ Mengkaji dan menggalakkan dialog antara negara-negara
industri dalam isu dasar kestabilan kewangan antarabangsa dan
menangani isu bukan tanggungjawab pertubuhan lain
➢ Melaksanakan dasar-dasar menggalakkan pertumbuhan tinggi
dan mantap ekonomi dunia
➢ Penguatkuasaan hak harta intelektual dan lain-lain
➢ Meliberalkan perdagangan antarabangsa

Organisasi ➢ Meliberalkan perdagangan antarabangsa


Pertubuhan ➢ Menetapkan peraturan perdagangan antarabangsa
Perdagangan ➢ Bertanggungjawab untuk berunding dan melaksanakan
Sedunia (WTO) perjanjian baharu perdagangan dan memastikan negara ahlinya
memegang kepada perjanjian WTO yang dimeterai

Dialog ➢ Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama dalam


antarabangsa kalangan negara membangun
Langkawi (LID) ➢ Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara Afrika
yang senada dalam isu global dan menghadapi kuasa-kuasa
besar

21
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Perjanjian ➢ Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan


Jaminan dengan negara membangun untuk menggalakkan pelaburan
Pelaburan (IGA) antara Malaysia dengan negara berkenaan
➢ Malaysia menawarkan insentif kepada firma untuk melabur di
seberang laut khususnya di negara Selatan-Selatan
➢ Pencapaian melalui teknologi bio, Malaysia telah menubuhkan
Biotech Corp untuk menghapuskan kemiskinan dalam tempoh
yang singkat dan membantu mengekalkan pertumbuhan
ekonomi dunia

Kesatuan Eropah ➢ Pertubuhan serantau yang terbesar di dunia. Negara


(EU) anggotanya memindahkan hak-hak penting kebangsaan seperti
dasar kewangan, pasaran dalam negara, perdagangan luar
kepada kesatuan ini
➢ Mengamalkan satu pasaran tunggal melalui Dasar Perdagangan
Umum, Dasar Pertanian/Perikanan Umum, Dasar Pembangunan
Serantau
➢ Warga EU berhak melabur, bermastautin, bergerak dan bekerja
di negara ahli EU lain dengan bebas tanpa pasport dan
pemeriksaan kastam (Perjanjian Schengen)
➢ Isu terkini
○ Pembesaran kesatuan, hubungan dengan Amerika
Syarikat dan penyertaan Euro di negara anggota masih
belum menerima mata wang EU ini
○ Isu penarikan diri Britain (Brexit)
➢ Penglibatan EU pada peringkat antarabangsa
○ Usaha penyelesaian konflik Palestine-Israel
○ EU meneruskan usaha perdamaian antara Palestine
dengan Israel telah membawa kepada Perjanjian Damai
Oslo

2.8) Konvensyen Geneva


➔ Mengandungi empat perjanjian yang menetapkan piawai bagi undang-undang
antarabangsa berkaitan kemanusiaan
➔ Empat perjanjian menjadi dasar kepada undang-undang kemanusiaan di seluruh dunia
➔ Berkenaan dengan layanan kepada orang yang cedera, orang awam, mangsa nahas
kapal dan tahanan perang
➔ Tidak melibatkan penggunaan senjata dalam perang yang berada dalam ruang lingkup
Konvensyen Hague 1899 dan 1907 serta Protokol Geneva berkenaan penggunaan
senjata gas dan biologi
➔ Penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah tahun 1863

22
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.9) Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM)


➔ Manifestasi Malaysia dalam konteks kerjasama antara negara Selatan-Selatan dan negara
lain-lain yang sedang membangun
➔ Negara yang sedang membangun boleh mempelajari pengalaman dan kepakaran dalam
pembangunan negara daripada negara yang sedang membangun sendiri
➔ Memperkukuh perkongsian pintar, meningkatkan hubungan dua hala dan menggalakkan
keupayaan pengalaman serta pembangunan modal insan
➔ PKTM berusaha bekerjasama rapat dengan sektor swasta dan NGO serta melaksanakan
program secara perkongsian kos dengan negara anggota
➔ Teras strategik : mempromosikan perkongsian kerjasama, penglibatan lebih giat sektor
swasta dan NGO serta pelancongan, industri, kesihatan dan pendidikan

➔ Tujuan
◆ Mengeratkan perhubungan Malaysia dengan negara-negara yang sedang
membangun
◆ Mempertingkat perhubungan perdagangan antara Malaysia dengan negara yang
sedang membangun seperti perdagangan langsung dan pasaran untuk barangan
Malaysia sendiri
◆ Memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia untuk menceburkan diri dalam
pelaburan di negara-negara tersebut
◆ Membantu negara yang mundur dan yang sedang membangun atas dasar
perikemanusiaan tanpa apa-apa balasan

➔ Bantuan dan kemudahan


◆ Biasiswa dan hadiah latihan untuk peserta yang mengikuti pelbagai kursus di
universiti dan institusi latihan di Malaysia
◆ Kemudahan lain untuk berlatih di pelbagai institusi latihan di Malaysia
◆ Lawatan sambil belajar serta penempatan di agensi kerajaan
◆ Kepakaran serta khidmat nasihat dalam bidang yang Malaysia mempunyai
kepakaran tertentu

➔ Empat cara Malaysia melaksanakan rancangan tersebut


◆ Malaysia menanggung semua kos bantuan
◆ Malaysia dan negara penerima bersama-sama menanggung kos bantuan
◆ Malaysia menyediakan segala kemudahan dan negara penerima akan
menanggung kos bantuan
◆ Malaysia menyediakan semua kemudahan dan pihak tertentu membiayai kos
penyertaannya

23
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.10) Penglibatan Malaysia Pada Peringkat Antarabangsa

Bidang ekonomi ➢ Malaysia turut komited untuk melaksanakan dasar luar


➢ Malaysia merupakan negara yang melaksanakan dasar
ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdagangan
➢ Usaha ke arah mempelbagaikan pasaran yang
dilaksanakan melalui inisiatif perdagangan dua hala,
serantau dan pelbagai hala
➢ Fasiliti perdagangan serta promosi perdagangan dan
pelaburan secara agresif telah membawa kepada
kemunculan pasaran eksport baharu untuk Malaysia

Bidang politik ➢ Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapan


sendiri berdasarkan prinsip keamanan sejagat
➢ Malaysia lantang bersuara menentang Dasar Aparteid
di Afrika Selatan dan menyarankan agar benua
Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di
bawah hak milik kuasa semua negara di dunia
➢ Malaysia berpendirian tegas dalam usaha
menyelesaikan isu Palestin iaitu dengan menganjurkan
Persidangan Antarabangsa
➢ Malaysia bekerjasama dan menyertai beberapa agensi
di bawah kelolaan PBB seperti FAO, WHO, UNESCO

Isu alam sekitar ➢ Malaysia meneruskan penekanan terhadap kerjasama


serantau dan antarabangsa untuk menangani isu alam
sekitar serantau dan global
➢ Perbincangan dan perkembangan di pelbagai forum
alam sekitar akan dipantau rapi untuk memastikan
kepentingan Malaysia tidak terjejas
➢ Malaysia komited dalam isu penjagaan alam sekitar
➢ Malaysia telah menandatangani beberapa perjanjian
alam sekitar termasuk yang meliputi isu-isu seperti
perubahan iklim, kepelbagaian biologi, bahan kimia

2.11) Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)


2.11.1 Apa Itu Perjanjian Perdagangan Bebas?
➔ Perjanjian antara dua atau lebih negara untuk membentuk kawasan bebas
dagang di mana perdagangan barangan dan perkhidmatan boleh dilaksanakan
dengan halangan bukan tarif dan tarif yang minimum
➔ Malaysia menandatangani enam FTA dua hala dan enam FTA serantau
➔ Contoh FTA dua hala seperti negara Jepun, Pakistan, New Zealand, Chile, India
➔ Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN seperti Brunei Darussalam, Indonesia,
Filipina, Singapura dan Thailand telah menjadi satu kawasan bebas dagang untuk
barangan dengan penghapusan duti import

24
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.11.2 Kepentingan FTA Kepada Malaysia


➔ Malaysia ialah negara pengamal ekonomi terbuka yang sangat bergantung
kepada perdagangan antarabangsa
➔ FTA memberi manfaat untuk memperoleh akses kepada pasaran lebih besar
➔ Produk Malaysia lebih kompetitif berbanding negara yang tidak mempunyai FTA
➔ Jumlah dagang Malaysia dengan negara yang menandatangani FTA semakin baik
➔ FTA mencipta peluang akses pasaran bagi komoditi Malaysia

2.12) Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)


2.12.1 Apa Itu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)?
➔ Inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas FTA dalam
kalangan 12 negara
➔ Skop TPPA meliputi elemen tradisi FTA di samping beberapa elemen baharu
untuk Malaysia seperti persaingan, buruh, alam sekitar, perolehan kerajaan dan
hak harta intelek
➔ Negara-negara yang menyertai rundingan bagi membentuk TPPA bebas untuk
membentang cadangan mengenai sebarang isu yang sedang dirunding
➔ 21 kumpulan telah ditubuhkan untuk rundingan selanjutnya seperti :-

Akses pasaran Pelaburan Perkhidmatan

Halangan teknikal Perkhidmatan kewangan Langkah sanitari dan


perdagangan psitosanitari

Harta intelek Buruh Alam sekitar

Peraturan tempasal Kerjasama kastam Telekomunikasi

E-dagang Pergerakan perniagaan Perolehan kerajaan

Persaingan Membina kapasiti Trade remedy

Non-conforming Isu-isu horizontal Perundangan dan


measures institusi

2.12.2 Rasional Malaysia Menyertai Rundingan TPPA


➔ Kerajaan berpendapat bahawa TPPA adalah inisiatif penting berikutan usaha
Malaysia untuk meluaskan peluang akses pasaran, meningkatkan kelebihan
kompetitif dan membina keyakinan pelabur
➔ Kajian komprehensif yang dijalankan UNDP turut mengenal pasti beberapa
kelebihan ekonomi utama kepada Malaysia termasuk keuntungan kebajikan
sebanyak 1.46 peratus dan gaji lebih tinggi bagi buruh mahir dan tidak mahir
menjelang tahun 2020
➔ Memperbaiki pertumbuhan KDNK berikutan akses pasaran lebih besar dalam
kalangan negara TTPA

25
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

2.12.3 Kelebihan TPPA Kepada Malaysia


➔ Wujudnya peningkatan permintaan dalam kalangan syarikat Malaysia untuk
pasaran dan kemudahan perdagangan yang lebih besar
➔ Minat dari syarikat asing dalam kalangan negara bukan TPPA yang berminat
untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi untuk membolehkan
mereka menikmati faedah TPPA
➔ Kombinasi akses pasaran yang lebih besar untuk produk dan perkhidmatan
Malaysia di bawah TPPA dan kemasukan pelaburan asing yang berterusan
memacu agenda transformasi ekonomi Malaysia
➔ Malaysia akan menjadi sebahagian daripada usaha integrasi ekonomi yang lebih
luas di rantau Asia Pasifik
➔ Mengukuhkan hubungan Malaysia dengan rakan dagang yang lain
➔ Malaysia mampu meningkatkan penyertaan dalam rangkaian bekalan global dan
serantau. Serta melebarkan akses produk dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran
yang lebih besar

2.13) Impak Globalisasi Kepada Dunia Pendidikan


2.13.1 Cara Sistem Pendidikan Mendepani Arus Globalisasi
➔ Memastikan taraf pendidikan semasa mematuhi standard antarabangsa kerana ia
juga berupaya memberi kesan kepada generasi muda dari aspek peluang
pekerjaan, kualiti pendidikan, penguasaan bahasa serta pembentukan rohani dan
jasmani
➔ Membuka peluang penubuhan cawangan universiti asing di Malaysia terutamanya
yang terkemuka dan berprestij
➔ Membangunkan sistem pendidikan dengan pemindahan kepakaran dan teknologi
➔ Pelbagai prasarana pendidikan diwujudkan bagi memenuhi kehendak semasa dan
menjadikan sistem pendidikan bertaraf dunia
➔ Institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta perlu membuka peluang
seluas-luasnya kepada pelajar asing untuk menimba ilmu di sini

2.13.2 Kesan Kepada Malaysia


➔ Kebanjiran pelajar asing ini sekali gus dapat memberi peluang berlakunya
pertukaran budaya antara pelajar tempatan dengan antarabangsa dan dapat
membina hubungan baik antara kedua-dua negara
➔ Memesatkan pengkomersialan pendidikan. Ada pihak yang menjadikan
pendidikan sebagai sumber untuk mendapatkan keuntungan. Hal ini akan
menafikan konsep pendemokrasian pendidikan
➔ Meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana terdapat banyak
maklumat digunakan dalam bahasa Inggeris
➔ Membolehkan pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengira masa dan tempat

26
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

BAB 3 : ISU DAN CABARAN

3.1) Politik
3.1.1 Manfaat Mengekalkan Hubungan Diplomatik

Aspek Huraian

Keselamatan ➢ Strategi mengadakan hubungan berbaik-baik di


antara dua negara
➢ Hubungan diplomatik yang terjalin kukuh antara
Malaysia dan jirannya juga telah membantu dalam
usaha menyelesaikan konflik yang tercetus di
perairan laut China Selatan

Keamanan ➢ Rantau yang selamat dan berkecuali akan dijamin


jika sebuah negara menjalin hubungan yang baik
➢ Negara ASEAN menikmati keamanan daripada
ancaman lanun kerana adanya perjanjian dengan
negara ASEAN

Ekonomi ➢ Kerjasama ekonomi dibentuk dengan tujuan untuk


mengawal kestabilan struktur perdagangan dunia
➢ Mengadakan perjanjian Free Trade Agreement di
antara negara terlibat

Pelaburan asing ➢ Kemasukan modal asing melalui pertumbuhan


kilang dan penyediaan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan
➢ Hubungan terjalin dengan pelabur dari Singapura
menggalakkan pembukaan kawasan Iskandar

Pemindahan ➢ Melatih rakyat Malaysia untuk mempelajari


teknologi teknologi Jepun dan Korea Selatan untuk mencapai
impian Malaysia menjadi negara maju
➢ Memudahkan pemindahan teknologi moden ke
dalam negara. Contoh, pembinaan LRT
➢ Pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar
dapat menjana kemajuan negara

Pendidikan ➢ Wujudnya peluang melanjutkan pelajaran oleh


rakyat dari negara membangun ke negara maju
➢ Universiti tempatan harus bekerjasama dengan
universiti di negara serantau dan global agar taraf
pendidikan rakyat dapat ditingkatkan

Kepentingan negara ➢ Masalah pendatang asing tanpa permit yang sah ini
dapat diselesaikan dengan wujudnya hubungan dua
hala yang baik di antara kedua-dua pihak

27
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

➢ Malaysia mengambil pendekatan dengan berunding


dengan kerajaan Indonesia dan Bangladesh bagi
menangani isu ini

Perdagangan ➢ Kerjasama dengan negara China membolehkan


Malaysia mengeksport minyak sawit mentah
dengan menguntungkan
➢ Malaysia merupakan pengeksport utama koko di
Asia sehingga membuka industri coklat untuk
tarikan pelancongan
➢ Malaysia dapat mengeksport pelbagai keluaran
pertanian dan produk industri ke negara-negara
yang lain

Pasaran buruh ➢ Buruh dari Indonesia, India dan Filipina menjadi


sasaran buruh asing di Malaysia
➢ Kerjasama yang baik dengan negara-negara ini
telah membolehkan Malaysia mendapat bekalan
buruh dengan kos upah yang berpatutan

3.1.2 Hubungan Luar Menjamin Keamanan Negara Dan Serantau


➔ Menjamin perkembangan ekonomi terus meningkat dari semasa ke semasa
➔ Malaysia mempunyai prinsip asas dalam menjaga keselamatan negara dan
hubungan negara-negara jirannya melalui rundingan, berkecuali, bertolak ansur,
menjadi perantaraan dan hubungan diplomasi
➔ Dasar Berkecuali Malaysia menjadikan Malaysia bebas dari percaturan kuasa-
kuasa besar dan tidak memihak mana-mana pihak
➔ Malaysia mempersetujui perjanjian SEANWFZ, Zon Bebas Senjata Nuklear
➔ Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan negara China untuk mendapat
jaminan tidak ada campur tangan dalam urusan Malaysia
➔ Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur dan menerima cadangan masing-
masing
➔ Malaysia menjadi orang perantaraan dalam isu Kemboja
➔ Malaysia masih kurang senang dengan kehadiran pangkalan tentera Amerika di
Singapura
➔ Malaysia juga berdepan dengan isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan

28
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

3.1.3 Hubungan Luar Dalam Menjamin Keamanan Global


➔ Malaysia telah menghantar tentera pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu dalam peperangan yang berlaku di Iraq, Kemboja
➔ Malaysia menyertai kumpulan Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia
➔ Malaysia memperjuangkan penyelesaian politik secara aman di Afghanistan
➔ Malaysia menyertai kumpulan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia
(UNOSOM II)
➔ Malaysia menentang keras sikap Israel yang tidak berperikemanusiaan dan
keganasan terhadap rakyat Palestine
➔ Malaysia berusaha menerusi badan antarabangsa PBB dan OIC untuk membuat
ketetapan supaya pasukan pengaman ditempatkan di seluruh wilayah Palestine
➔ Malaysia mengecam perbuatan mengadakan ujian bom nuklear
➔ Malaysia bekerjasama membanteras lanun yang berada di perairan antarabangsa

3.1.4 Cabaran Dalam Pembangunan Negara Islam

Cabaran Huraian

Kemiskinan ➢ Berpunca daripada keadaan bumi yang berbukit


bukau, kurang subur, gersang dan bergurun

Masalah buta huruf ➢ Berlaku khususnya dalam kalangan warga tua dan
kanak-kanak
➢ Masih terdapat negara Islam yang tidak
membenarkan anak-anak perempuan belajar

Kesukaran dalam ➢ Mengalami masalah komunikasi dalam bahasa


perhubungan dan Inggeris dengan negara barat
komunikasi ➢ Mengalami kekurangan teknologi dan ramai yang
tidak celik ICT

Bencana alam ➢ Terdedah dengan bahaya bencana alam seperti


banjir dan letusan gunung berapi

Masalah ➢ Terdedah dengan ancaman keselamatan terutama


keselamatan di negara Timur Tengah
➢ Pencerobohan Israel dan perang saudara
menyebabkan keselamatan rakyat terjejas

Masalah kesihatan ➢ Kurang penjagaan kesihatan dan kekurangan


kemudahan perubatan
➢ Berlakunya kematian akibat tidak mempunyai
bekalan makanan yang mencukupi (kelaparan)

Mangsa perebutan ➢ Berlaku begitu lama khususnya di Palestine


wilayah ➢ Kanak-kanak, warga tua, dan wanita sukar
diselamatkan kerana terperangkap

29
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

3.1.5 Faktor Menyebabkan Pelarian Dan Migran

Faktor Huraian

Perang saudara ➢ Masalah pelarian di Angola adalah kerana perang


saudara di antara tiga pihak yang menganggotai
kerajaan Angola

Pencerobohan ➢ Afghanistan merupakan salah sebuah negara yang


negara luar mempunyai pelarian yang ramai semasa
pendudukan Kesatuan Soviet
➢ Orang awam terpaksa melarikan diri demi mencari
tempat untuk berlindung dan menyelamatkan diri
daripada konflik

Peperangan ➢ Serangan ganas di negara Palestine dan Syria


➢ Penduduk Palestine menjadi pelarian di negara
sendiri dan di luar negara gara-gara rampasan
tanah oleh pihak Zionis

Kemiskinan ➢ Boleh disebabkan tiada peluang pekerjaan serta


kadar pengangguran yang tinggi kerana
kemelesetan ekonomi
➢ Punca pelarian di Colombia berpunca daripada
kemelesetan ekonomi dan kemiskinan

Konflik etnik ➢ Etnik minoriti menjadi mangsa kumpulan etnik yang


lain sehingga menyebabkan mereka diusir atau lari
dari tanah air untuk mendapatkan perlindungan

Bencana alam ➢ Mereka mengambil keputusan melarikan diri dari


tempat tinggal dan mencari tempat baharu untuk
melindungi diri dan menyelamatkan nyawa

3.1.6 Cabaran Dalam Isu Pendatang Asing

Cabaran Huraian

Bilangan semakin ➢ Peluang banyak di Malaysia dan kekurangan


bertambah pekerjaan di negara asal
➢ Kebergantungan majikan terhadap tenaga kerja
pekerja asing menyumbang kepada kebanjiran ini

Hubungan ➢ Hubungan diplomatik terjejas ketika menghantar


diplomatik pulang pendatang asing ke negara asal mereka
➢ Masalah penganiayaan terhadap pekerja asing oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab

30
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Peningkatan ➢ Perbelanjaan negara akan bertambah kerana


perbelanjaan menanggung kos penahanan sementara dan
kerajaan penghantaran pulang

Imbangan ➢ Pendatang asing tanpa izin khususnya yang tidak


pembayaran negara berdaftar, tidak membayar cukai pendapatan
terjejas ➢ Mereka menghantar duit pendapatan mereka ke
negara asal dan ini menyebabkan pengaliran mata
wang negara ke negara luar tanpa kawalan

Kes jenayah ➢ Pergaduhan berlaku dalam kalangan mereka dan


konflik dengan penduduk tempatan
➢ Ramai pendatang asing yang menjalankan kegiatan
jenayah dan hal ini menyebabkan ikutan kepada
penduduk tempatan
➢ Menjejaskan keselamatan penduduk tempatan

Masalah kesihatan ➢ Membawa pelbagai penyakit dan gejala sosial yang


tidak sihat
➢ Persekitaran yang kurang bersih menyebabkan
penyakit tersebar

3.1.7 Pendirian Terhadap Kependudukan China di Kepulauan Spratly


➔ Dua aspek isu Laut China Selatan
◆ Keperluan memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serta
kebebasan pelayaran dan penerbangan
◆ Tuntutan bertindih melibatkan beberapa buah negara seperti Brunei,
Filipina, Malaysia, China dan Vietnam

➔ Cara penyelesaian
◆ Malaysia berpendirian bahawa sebarang masalah, pertikaian dan
perbezaan hendaklah diselesaikan melalui dialog dan perundingan
◆ Negara ASEAN dan China telah menandatangani Deklarasi Tatalaku
Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan bagi memastikan
keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan
◆ Mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menggugat keamanan dan
kestabilan, menimbulkan ketegangan, kecurigaan dan provokatif
◆ Semua tuntutan dan penyelesaiannya hendaklah berdasarkan undang-
undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut 1982
◆ Rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan bagi
memastikan kepentingan dan keselamatan terpelihara
◆ Usaha-usaha diplomasi pada peringkat bilateral serta serantau dan
antarabangsa khususnya di bawah kerangka ASEAN terus dilaksanakan
dan dipertingkat

31
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

3.2) Ekonomi
3.2.1 Faktor Malaysia Berpotensi Meningkatkan Kadar Pertumbuhan Ekonomi

Faktor Huraian

Sumber bahan ➢ Malaysia mempunyai sumber bahan mentah yang


mentah yang banyak mencukupi untuk dimajukan
untuk dimajukan ➢ Pelbagai kegiatan ekonomi dapat diwujudkan
dengan adanya pemprosesan bahan mentah

Sumber tenaga ➢ Buruh asing dan warga tempatan akan bersaing


manusia yang mudah dan merupakan sumber tenaga yang produktif
diperoleh ➢ Hasil hubungan yang baik antara Malaysia dengan
negara luar telah menyebabkan Malaysia mudah
mendapatkan khidmat buruh asing

Sistem perbankan, ➢ Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia


kewangan kukuh berjumlah USD103.9 bilion

Hubungan ➢ Malaysia mempunyai hubungan dagangan yang


antarabangsa yang baik dengan negara China
baik ➢ Keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia
merupakan satu potensi yang besar

Dasar negara yang ➢ Malaysia mempunyai dasar negara yang bijak dan
meyakinkan dihormati oleh negara luar
➢ Malaysia melaksanakan transformasi dalam sektor
awam, ekonomi dan politik

Pasaran yang baik ➢ Malaysia menyokong Kawasan Perdagangan Bebas


ASEAN (AFTA) yang membolehkan Malaysia
menembusi pasaran luar negara dengan baik
➢ Rakyat dalam dan luar negara berfikiran terbuka
membeli barangan buatan Malaysia

3.2.2 Cabaran Dan Usaha Dalam Perkembangan Sektor Pertanian


➔ Cabaran Sektor Pertanian
◆ Wujud persaingan antarabangsa di mana terdapat negara lain yang
mempunyai tanaman yang sama
◆ Kurangnya teknologi moden yang menyumbang hasil berskala besar
◆ Dana tidak mencukupi bagi menanggung pertanian skala besar
◆ Pihak institusi kewangan masih kurang yakin untuk memberi pinjaman
◆ Kurangnya penyelidikan tentang pertanian moden dan sesetengah pihak
pengusaha tanaman bergantung kepada kajian terdahulu
◆ Tenaga kerja yang kurang mahir dan berkurangan
◆ Masalah cuaca, penyakit tanaman dan serangan musuh tanaman

32
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

➔ Usaha Antarabangsa Malaysia Dalam Sektor Pertanian

Usaha Huraian

Penganjuran ➢ Malaysia telah berjaya menarik lebih ramai peserta


pameran bertaraf luar negara
antarabangsa ➢ Membolehkan usahawan tempatan berkongsi
pengalaman dan kepakaran tentang dunia
pertanian

Program latihan dan ➢ Beberapa siri latihan tahunan bersama petani luar
usaha sama dengan negara telah diadakan
negara luar ➢ Mengutamakan industri agromakanan dan
penggunaan teknik pertanian moden

Penghasilan produk ➢ Penghasilan makanan ternakan iaitu rumput barli


makanan ternakan yang ditanam secara hidroponik telah berjaya
dan baka ternakan dilaksanakan dengan kerjasama negara Australia
dengan kerjasama ➢ Negara ASEAN menganjurkan Persidangan Makanan
pihak luar Ternakan Antarabangsa untuk berkongsi maklumat
penghasilan makanan ternakan yang berkualiti
dengan kos efektif melalui kaedah bioteknologi
➢ Malaysia melalui pihak Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI) telah meningkatkan import
haiwan baka dari luar negara untuk menghasilkan
kacukan haiwan ternakan tempatan yang berkualiti
tinggi

Keluaran padi ➢ Negara Malaysia aktif dalam penanaman padi


kacukan luar negara ➢ Penyelidikan telah dilakukan untuk mencari jenis
padi yang wangi, lembut dan enak

Penyelidikan ➢ MARDI menganjurkan Seminar Teknologi


ubahsuai genetik Kejuruteraan Genetik dan menjemput lima orang
tanaman pakar dari luar negara untuk membincangkan
keselamatan makanan melalui pembiakan tanaman
dan pengubahsuaian makanan

Eksport keluaran ➢ Terdapat hasil tanaman Malaysia telah dieksport ke


tempatan luar negara seperti China, Australia, Jepun dan
negara ASEAN
➢ Hubungan dagang yang baik dengan negara-negara
luar dapat meningkatkan eksport hasil tanaman
Malaysia

33
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

3.2.3 Aspek Dan Sumbangan Pelaburan Asing

Aspek Huraian

Tenaga kerja yang ➢ Malaysia mempunyai tenaga kerja berkemahiran


berkemahiran melalui pendidikan teknik dan vokasional
➢ Pekerja mahir dan separuh mahir yang banyak
dapat memenuhi tuntutan pelabur

Kestabilan politik ➢ Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan


rakyat dapat hidup secara aman
➢ Keamanan negara membolehkan pelabur asing
menjalankan pelbagai ekonomi menguntungkan

Kemudahan ➢ Seperti rangkaian jalan raya yang baik telah


infrastruktur memudahkan penghantaran bahan mentah dan
barangan siap ke pelabuhan
➢ Pelabuhan canggih serta kedudukan strategik di
Asia Tenggara mengeksport barangan

Skim galakan ➢ Seperti taraf perintis diberikan kepada pelabur sera


kerajaan pengurangan cukai dalam tempoh tertentu
➢ Kementerian perdagangan mengadakan promosi
dan jerayawara di luar negara

Sumbangan Huraian

Pembangunan ➢ Kawasan baharu akan dibuka untuk menempatkan


kawasan baharu kilang baharu.
➢ Kawasan Iskandar Malaysia dibuka untuk pelabur
dari Singapura

Peluang pekerjaan ➢ Pengangguran dapat dikurangkan


tersedia kepada ➢ Taraf hidup penduduk meningkat
penduduk setempat

Pendapatan negara ➢ Cukai tidak langsung semakin meningkat dan


bertambah melalui seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara
duti eksport

Pengaliran wang ➢ Pengaliran wang masuk daripada perbelanjaan


masuk yang dibuat oleh syarikat luar dan individu boleh
mendatangkan pendapatan kepada negara

Perkongsian ➢ Tunjuk ajar dan pengalaman mengendalikan


teknologi teknologi terkini dapat dikongsi bersama

34
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

3.3) Sains Dan Teknologi


3.3.1 Ancaman Senjata Pemusnah Besar-Besaran Dan Peranan Malaysia
➔ Ancaman Senjata Pemusnah Besar-Besaran

Ancaman Huraian

Kesihatan ➢ Malaysia pernah mengalami pelbagai penyakit virus


yang mengancam penduduk Malaysia
➢ Ancaman produk makanan seperti kandungan
bahan pencemar yang terdapat dalam susu tepung
bayi juga mengancam kesihatan penduduk Malaysia
dan negara yang lain

Keselamatan ➢ Keselamatan awam terancam jika penggunaan


senjata terkena orang awam
➢ Serangan bom di Bali pada tahun 2002 telah
mengorbankan ramai orang awam

Pencemaran alam ➢ Contoh, serangan di Amerika Syarikat melalui virus


dan penyakit anthrax dalam surat telah membunuh lima orang
dan 17 orang terkena jangkitan virus tersebut.
Penggunaan senjata ini memberi kesan kepada
kecacatan genetik ke atas keturunan

Kemusnahan ➢ Prasarana dan perhubungan terputus


prasarana dan ➢ Semua kemudahan seperti jaringan jalan raya,
perhubungan sekolah dan hospital turut rosak
➢ Letupan bom di Jakarta menyebabkan ramai
pelancong asing cedera dan maut

Aktiviti ekonomi ➢ Kerana ramai tenaga kerja yang cedera parah dan
terjejas maut
➢ Kerugian yang besar berlaku dan memerlukan kos
yang tinggi untuk membaiki kerosakan

Bahan makanan ➢ Serangan letupan atau kebakaran atau penggunaan


terjejas bahan beracun ke atas persekitaran selain sasaran
individu merupakan serangan CBRN yang kejam
➢ Menjejaskan sumber bahan mentah dan sumber
makanan
➢ Terdapat kegiatan penyeludupan dan rampasan
barangan eksport oleh pengganas menyebabkan
bekalan makanan semakin berkurangan

Kos pemulihan yang ➢ Memerlukan pengendalian kos yang tinggi


tinggi ➢ Banyak sumber kewangan, pengetahuan dan
teknologi yang diperlukan

35
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

➔ Peranan Malaysia Tentang Isu Ini


◆ Peranan peringkat global melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu:
Melalui cawangan utama PBB seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) dan Pertubuhan Makanan Dan Pertanian (FAO)
◆ Peranan peringkat serantau melalui ASEAN: Penubuhan Kawasan Aman
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang menjamin keamanan serantau
melalui dasar perkecualian serantau. Wujudnya Zon Bebas Senjata
Nuklear (SEANWFZ)
◆ Forum Serantau ASEAN (ARF): Penyelesaian akibat daripada konflik
antara negara disebabkan penggeseran kuasa akibat pembentukan
ekonomi yang pesat
◆ Peranan setiap negara di dunia: Malaysia memberi kerjasama
sepenuhnya berhubung ancaman gejala ini
◆ Malaysia menandatangani perjanjian untuk meningkatkan pengeluaran
makanan dalam negara dengan bantuan FAO
◆ Malaysia menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) untuk
mengadakan usaha diplomasi ke arah mengekalkan keamanan dunia

3.3.2 Kepentingan Pembangunan Teknologi Nuklear

Kepentingan Huraian

Sektor kesihatan ➢ Untuk mengesan penyakit berbahaya


dan perubatan ➢ Digunakan dalam teknik mengimbas pesakit bagi
mendiagnosis pesakit menggunakan x-ray
➢ Sinar gamma yang dihasilkan oleh bahan radioaktif
dapat dikesan pada organ yang dikaji
➢ Radioterapi digunakan untuk merawat kanser
dengan membunuh sel-sel kanser

Sektor perindustrian ➢ Dalam industri berat seperti kilang besi waja, teknik
nuklear digunakan untuk mengawal mutu produk

Sektor pertanian ➢ Pengaktifan neutron banyak digunakan dalam


kajian kesuburan tanah
➢ Spektroskopi sinar gamma digunakan dalam
keberkesanan aktiviti pembajaan tanah
➢ Penggunaan teknologi nuklear dalam menghasilkan
anak pokok, enzim dan baja

Bidang makanan ➢ Dapat membantu meningkatkan hasil, pendapatan


negara melalui pengeksportan buah-buahan
➢ Teknik penyinaran ke atas makanan dengan sinar
gamma boleh membantu meningkatkan tahap
kesegaran buah-buahan

36
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

Sektor pembuatan ➢ Membolehkan pengeluaran sarung tangan getah


dan resin yang dapat memberi sumbangan besar
kepada industri sarung tangan
➢ Teknologi Non Destructive Testing - NDT yang
menggunakan sumber tenaga nuklear melalui
peralatan seperti sinar Gamma dan sinar X
digunakan untuk mengesan kecacatan atau
kerosakan berlaku pada paip-paip minyak dan gas

3.3.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


➔ Malaysia menubuhkan sistem rangkaian jauh yang pertama yang menggunakan
gelombang mikro untuk membawa trafik telefon dan televisyen ke negeri-negeri
di Malaysia Timur dan membolehkan Sabah Sarawak dihubungi dengan pantas
➔ Sistem ini dihubungkan melalui litar kabel laut milik pihak Perhubungan Kawat
Komanwel SEACOM Malaysia dan Singapura
➔ Malaysia membina stesen satelit bumi di Kuantan yang dihubungkan dengan
ruang angkasa Lautan Hindi
➔ Malaysia melancarkan Dasar Telekomunikasi Negara dan Satelit Asia Timur
Malaysia (MEASAT)
➔ Malaysia mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada peringkat global yang
merupakan pemangkin multimedia di Malaysia untuk mewujudkan pasaran global
➔ Malaysia menubuhkan Panel Perundingan Antarabangsa MSC yang dianggotai
oleh pakar-pakar ICT dan multimedia dari seluruh dunia
➔ Malaysia terlibat dalam pembangunan ICT pada peringkat serantau
➔ Penubuhan Pusat Serantau Sains di Asia telah memesatkan penggunaan ICT
untuk pembangunan dan keselamatan

3.3.4 Kemajuan dan Sumbangan Teknologi Nano


➔ Kemajuan Teknologi Nano
◆ Merupakan bidang baharu dalam dunia industri berteknologi tinggi
◆ Malaysia berjaya mendapatkan peruntukan Inisiatif Nano Teknologi
Kebangsaan (INN)
◆ Universiti Putra Malaysia telah mengembangkan penyelidikan nano
teknologi ke peringkat antarabangsa dengan bantuan Syarikat Teknologi
Nano perubatan Pharmasol GmbH
◆ Dalam nano perubatan, nano robot berfungsi sebagai pembawa ubat
dalam darah untuk mengesan dan merawat penyakit tertentu
◆ Malaysia menyertai forum tahunan antarabangsa berhubung dengan
nano teknologi
◆ Malaysia turut menghantar delegasi untuk menghadiri pameran
antarabangsa berhubung nano teknologi. Para penyelidik berpeluang
mengadakan perbincangan awal bagi menjalinkan hubungan dalam
bidang penyelidikan teknologi hijau

37
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

➔ Sumbangan Nano Teknologi

Sumbangan Huraian

Bidang perubatan ➢ Memainkan peranan dalam diagnosis perubatan


melalui rekaan industri melibatkan nano robot
➢ Mampu membaik pulih molekul dalam badan
manusia, memusnahkan sel kanser, membuang
toksin, melambatkan proses penuaan
➢ Partikel nano seperti tiub karbon nano (CNT) dalam
rawatan onkologi kemoterapi

Bidang kesihatan ➢ “Mesin nano” yang disuntik ke dalam tubuh


digunakan untuk memperbaiki jaringan atau organ
tubuh yang rosak
➢ Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan
menggunakan teknologi nano yang dapat
menghasilkan imej organ dalaman organisma

Bidang perindustrian ➢ Produk nano yang telah dikomersialkan ialah bahan


berstruktur nano logam, plimer dan seramik,
mangkin, fabrik kalis kotoran, bahan pengadang
matahari, bahan pengikat gigi

Bidang teknologi ➢ Dunia informasi dan elektronik boleh menikmati


informasi dengan adanya kuantum yang mampu
mengirimkan data dengan cepat
➢ Digunakan untuk mencipta cip komputer dan
peranti elektronik lain bersaiz nano

3.3.5 Perkembangan Sains Forensik


➔ Berupaya membantu siasatan jenayah mengikut piawaian antarabangsa
➔ Siasatan kes dadah : menganalisis dadah untuk dikenal pasti jenis dan beratnya
➔ Siasatan kes keracunan : disiasat oleh Seksyen Toksikologi untuk mengesan dan
menganalisis semua jenis racun
➔ Siasatan kes jenayah : unit forensik menjalankan siasatan dan mengenal pasti
asid deoxyribonucleic (DNA) yang meliputi analisis ke atas barang bukti biologi
➔ Pemeriksaan dokumen : dokumen yang dipertikaikan ialah yang berkaitan
dengan tulisan tangan, tandatangan, pengubahsuaian dokumen
➔ Malaysia menyertai Asian Forensic Sciences Network (AFSN) bagi memastikan
analisis sains forensik Malaysia sentiasa berada pada tahap yang tinggi
➔ Malaysia sentiasa menyertai beberapa kursus dan latihan khas di dalam dan luar
negara berkaitan bidang ini
➔ Mulai tahun 2002, Malaysia telah menghantar kakitangan untuk mengikuti Kursus
Asas Sains Forensik dan Pengendalian Makmal di Pusat Sains Forensik, Victoria,
Melbourne, Australia

38
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

3.3.6 Halangan Pembangunan Inovasi dan Penyampaian Idea Inovasi


➔ Halangan Pembangunan Inovasi
◆ Kekurangan pendedahan tentang ilmu inovasi bertaraf dunia daripada
pelbagai peringkat
◆ Kurang sokongan pihak swasta untuk menaja projek inovasi
◆ Kekurangan teknologi yang canggih untuk menghasilkan dan
memasarkan produk inovasi ke luar negara
◆ Produk inovasi negara mendapat kurang sambutan pihak luar terutama
pasaran global
◆ Sikap anggota masyarakat yang pasif dan kurang bersaing terhadap
inovasi antarabangsa
◆ Kekurangan bahan mentah untuk dijadikan bahan sumber inovasi
◆ Penyelidikan yang kurang tentang inovasi bertaraf dunia

➔ Penyampaian Idea Tentang Inovasi


◆ Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
serta Yayasan Inovasi dan Keusahawanan Global (GIEF) telah menghadiri
Festival Ideas di Australia yang bertujuan untuk mengumpul idea
peringkat global tentang inovasi
◆ Ekoran daripada program ini, Malaysia berjaya menganjurkan aktiviti
Jejak Inovasi di seluruh negara bagi mengumpul hasil inovasi daripada
rakyat tempatan
◆ Malaysia telah menganjurkan satu forum World Innovation Forum Kuala
Lumpur (WIF-KL) bagi menarik lebih ramai pakar inovasi dari luar negara
◆ Malaysia menyertai Asia Grassroots Innovation Design Competition iaitu
sebuah pertandingan mencipta inovasi yang terbuka kepada 15 buah
negara Asia Pasifik
◆ Malaysia mencontohi negara luar seperti Switzerland yang menggalakkan
inovasi pada peringkat kanak-kanak
◆ Pakar-pakar inovasi di seluruh dunia termasuk Malaysia telah dijemput
untuk menghadiri simposium khas UNESCO untuk mengembangkan idea
inovasi

3.4) Isu Alam Sekitar


3.4.1 Program Alam Sekitar Pertubuhan PBB (UNEP)
➔ Berperanan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti alam sekitar
➔ PBB membantu negara sedang membangun melaksanakan dasar-dasar
kemapanan alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mantap dunia
➔ Mengadakan banyak konvensyen yang menggalakkan sains alam sekitar
➔ Bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dalam melaksanakan projek
berkaitan dengan alam sekitar
➔ Membantu dalam pemetaraian perjanjian-perjanjian antarabangsa yang
mengharamkan penggunaan bahan kimia berbahaya dan pencegahan
pencemaran alam sekitar

39
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

3.4.2 Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar

Kepentingan Huraian

Menstabilkan suhu ➢ Mengurangkan kesan pemanasan global melalui


persekitaran penyerapan karbon dioksida
➢ Menstabilkan ekosistem persekitaran
➢ Penjagaan sumber alam sekitar seperti hutan boleh
mengawal hakisan tanah dan banjir

Mengelakkan ➢ Mengelakkan pembiakan serangga yang membawa


penularan wabak penyakit berbahaya

Menjaga ➢ Merupakan sumber asli terpenting dalam kehidupan


kebersihan air manusia

Mengelakkan ➢ Memainkan peranan penting dalam alam semulajadi


kepupusan flora dan saling bergantung antara satu sama lain
dan fauna

Mengelakkan ➢ Berlaku kepupusan haiwan dan tumbuhan


kekurangan menyebabkan sumber makanan manusia semakin
sumber makanan berkurangan

Meningkatkan ➢ Menarik pelancong asing


ekonomi negara ➢ Dapat meningkatkan nilai tukaran wang asing

3.4.3 Perubahan Iklim


➔ Faktor Penyebab Perubahan Iklim

Faktor Huraian

Kepadatan ➢ Memungkinkan aktiviti penerokaan hutan berlaku


penduduk dunia dan pembangunan yang lain

Penggunaan bahan ➢ Akan menipiskan lapisan ozon yang akan


klorofluorokarbon menyebabkan kepanasan suhu bumi

Perkembangan ➢ Pembakaran bahan api dalam industri akan


dalam industri memberi kesan kepada iklim bumi

Peningkatan ➢ Menyebabkan peningkatan suhu bumi


penggunaan ➢ Kenderaan bermotor membebaskan gas karbon
kenderaan monoksida dan sulfur dioksida yang memerangkap
bermotor haba matahari

Pembakaran ➢ Pembakaran terbuka boleh menyebabkan


terbuka dan berlakunya jerebu

40
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

kejadian jerebu ➢ Terdapat juga pembakaran terbuka dari negara luar


seperti di Indonesia, tetapi kesan jerebu juga turut
dihadapi oleh negara Malaysia

Faktor semulajadi ➢ Matahari merupakan sumber tenaga daripada


hydrogen fusion yang memberi kesan dinamik
kepada pemanasan global
➢ Wujudnya gunung berapi di daratan

➔ Usaha Malaysia Menangani Isu Perubahan Iklim Secara Global


◆ Malaysia menghadiri persidangan antarabangsa anjuran Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu seperti Persidangan Kyoto 1997
◆ Melaksanakan pengurusan bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia
untuk memesatkan penggunaan ICT dalam kalangan negara anggota
khususnya dalam pembangunan dan keselamatan serantau
◆ Mengadakan Kempen Program “Earth Hour” seluruh dunia di mana
kempen ini mengajak penduduk seluruh dunia untuk bergelap dengan
memadamkan semua lampu tepat pukul 8.30 malam waktu tempatan
◆ Malaysia menyuarakan pendapat bahawa Antartika adalah Warisan
Bersama untuk Faedah Bersama serta menyatakan bantahan penerokaan
◆ Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
berhubung dengan perubahan iklim
◆ Malaysia telah menjalankan penyelidikan dengan kerjasama negara luar
di mana beberapa buah universiti tempatan telah menjalankan kajian ke
atas perubahan cuaca
◆ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia telah
melaksanakan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau
yang dinamakan sebagai “International Green Technology And
Ecoproducts Exhibition And Conference Malaysia 2010 (IGEM 2010)
◆ Malaysia telah menjemput syarikat-syarikat terkemuka dunia untuk
mengambil bahagian dan mempamerkan pelbagai jenis teknologi hijau
masing-masing

41
EDITOR : ADMIN MEKFA CREDIT TO : ADMIN MEKFA

PUBLISHER : CHANNEL HIMPUNAN NOTA-NOTA STPM

3.4.4 Kerjasama Antarabangsa Dalam Konteks Pembangunan Lestari


➔ Persidangan Stockholm (1972)
◆ Mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar
◆ Merangkumi pertumbuhan sosial, evolusi sains dan teknologi

➔ Persidangan Rio (1992)


◆ Menitikberatkan kesan penggunaan ekonomi terhadap alam sekitar fizikal
dan alam sekitar manusia yang mendatangkan pencemaran dan
kemusnahan sumber semula jadi dunia

➔ Persidangan Johannesburg (2002)


◆ Memberi tumpuan dalam penjagaan kualiti alam sekitar, mengurangkan
kemiskinan dunia, memperkasakan wanita dan mengekalkan biodiversiti

➔ Protokol Montreal
◆ Mementingkan kawalan terhadap lapisan ozon supaya tidak berlaku
masalah penipisan lapisan ozon yang boleh mendatangkan kesan
terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia

➔ Protokol Kyoto (1997)


◆ Menstabilkan gas rumah hijau di dalam atmosfera kepada tahap yang
tidak akan menjejaskan sistem iklim

➔ Deklarasi Langkawi (1989)


◆ Komitmen semua negara Komanwel untuk menjaga dan melindungi alam
sekitar demi menjamin pembangunan yang seimbang dan berterusan
agar dapat dinikmati oleh semua generasi

42

You might also like