You are on page 1of 23

BAB 3: PENGLIBATAN,

PERANAN DAN
SUMBANGAN
3.1 PERINGKAT SERANTAU-PERSATUAN
NEGARA-NEGARA TENGGARA (ASEAN)
A. Mengapa Malaysia melibatkan diri dengan Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN)?
1. Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi,
kemajuan sosial dan pembangunan serta kebudayaan serantau.
2. Mengekal keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan
menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan
negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Bngsa-bangsa
Bersatu.
3. Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan
bersama dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan
pentadbiran.
4. Membekalkan bantuan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan
dalam kalangan negara anggota.
5. Mewujudkan kerjasama lebih berkesan dalam penggunaan sumber
yang lebih banyak dalam industri pertanaian.
6. Memperluaskan perdagangan dan kajian masalah perdagangan
komoditi antarabangsa.
7. Meningkat kemajuan bidang pegangkutan dan perhubungan serta
bekerjasama menaikkan taraf hidup rakyat negara anggota.
8. Meningkat bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia
Tenggara.
9. Mengekal kerjasama erat dan berfaedah menerusi pertubuhan
serantau dan pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan
mempunyai matlamat yang sama.
B. Bagaimana Malaysia memainkan peranan dan
sumbangan dalam Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara(ASEAN)?
1.Bekerjasama dalam Bidang Politik dan Keselamatan
• Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda
utama ASEAN pada peringkat aal penubuhannnya.
Kawasan Aman, Bebas, dan Berkecusli (ZOPFAN). Perisythiharan Kuala
Lumpur 1971
Tujuan perisytiharan ZOPFAN ialah:
1. Menjamin keamanan serantau melalui dasar perkecualian serantau.
2. Menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan mengelakkan campur tangan
oleh mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat, dan Negara China dalam hal-hal
rantau ini.
3. Sebarang pertikaian di Asia Tenggara harus diselesaikan secara aman dan bukan secara kekerasan.
4. Tidak harus melibatkan diri dalam pertikaian di antara kuasa-kuasa desar.
5. Setiap negara harus dibenarkan menentukan nasib sendiri.
Wujudnya Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ)
Tujuannya :
• untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuklear.

• Forum Serantau ASEAN (ARF)


> Tujuan ARF dibentuk ialah:
- untuk penyelesaian akibat dari konflik antara negara disebabkan:
a) Penggeseran kuasa akibat pembentukan ekonomi yang pesat.
b) Kepelbagaian dalam kawasan menyebabkan perbezaan pendekatan
masalah.
c) Konflik territorial dan pertikaian yang belum selesai.
2. Bekerjasama dalam Bidang Ekonomi
a)Menyertai kerjasama ASEAN +3 (Jepun, Korea dan China).
> Merupakan satu pakatan kerjasama antara negara-negara anggota
ASEAN dan tiga negara di Asia Timur Laut (Jepun, Korea dan China).
> ASEAN + 3 berasal daripada EAEC yang kemudiannya menjadi ASEAN + 3 atas
cadangan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
> Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur:
a) ekonomi (termasuk pembentukan kawasan pembangunan ekonomi Asia
Timur.
b) kewangan (termasuk memerhati aliran modal kawasan).
c) pembangunan sosial dan sumber manusia.
d)pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi, dan pembangunan
infrastruktur.
• Menganggotai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
o Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dapat
direalisasikan melalui perjanjian Skim Tarif Keutamaan Sama Rata
(CEPT).
o Tujuan AFTA adalah untuk:
i. meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pusat perkilangan untuk
pasaran dunia.
ii. membolehkan barangan ASEAN menembusi pasaran anggota-anggota
dengan bebas, melalui pemansuhan tarif antara wilayah dan halangan
bukan tarif.
iii. sektor perkilangan ASEAN akan menjadi lebih efisien dan kompetitif.
iv. menghapuskan sekatan perdagangan dua hala.
v. menggalakkan kerjasama perdagangan. meluaskan dan meningkatkan
pasaran negara serantau.
• Pembangunan Segi Tiga Pertumbuhan merujuk kepada:
• kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kecil di dalam
wilayah ASEAN melibatkan tiga atau empat buah negara yang
berjiran/sempadan
• kerjasama memajukan sub wilayah yang berjiran di dalam
ASEAN.
• kerjasama menumpukan kepada modal, buruh, teknologi,
telekomunikasi, keselamatan dan perdagangan.
• Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan :
 IMS-GT - Indonesia, Malaysia, Singapura - Growth Triangle
(Selatan)
 IMT-GT - Indonesia, Malaysia, Thailand - Growth Triangle (Utara)
 EAGA-BIMP - East Asian Growth Area- Brunei, Indonesia, Malaysia,
Filipina.
• Rancangan pembangunan ekonomi Segi Tiga Pertumbuhan :
i. pembangunan sektor pelancongan.
ii. pembangunan sektor pengangkutan dan perhubungan.
iii. pembangunan sektor telekomunikasi.
iv. pembangunan sektor pertanian dan perikanan.
v. pembangunan sektor perindustrian.
vi. kerjasama sektor perhutanan.
vii. kerjasama infrastruktur fizikal.
viii. perdagangan.
ix. pelaburan.
x. pengeluaran buruh.
xi. teknologi.
• Tujuan kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN:
i. mempercepatkan pembangunan sumber alam di kawasan yang terbabit.
ii. perluasan pasaran dan perdagangan.
iii. perkongsian pelaburan modal.
iv. perkongsian teknologi, R&D, dan inovasi baru.
v. pengaliran buruh dan tenaga pakar.
• Masalah-masalah dalam kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN:
i. kegawatan ekonomi serantau menjejaskan pelaksanaan projek yang
dirancang.
ii. masalah fizikal - bentuk muka bumi- bergunung ganang, berpulau, sukar
dimajukan.
iii. masalah teknologi dan kepakaran yang rendah.
iv. masalah politik - tuntutan bertindih, ancaman lanun.
v. masalah pasaran terhad - jumlah penduduk, kemiskinan menyebabkan
kuasa beli rendah.
• Kerjasama dalam sektor kewangan
i. Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) telah
ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan bank-bank
perdagangan di rantau ASEAN.
ii. Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberi
kemudahan kewangan kepada projek-projek usaha sama ASEAN.
3. Bekerjasama dalam Bidang Sosial dan Budaya
• Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM)
i. Meningkatkan mutu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua
franca.
ii. Mengembangkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang setaraf
dengan bahasa moden yang lain.
iii. Meningkatkan semangat persaudaraan antara negara anggota.
• Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
i. Menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, budaya dan sains.
ii. Projek yang telah dilaksanakan:
a) RELC (Pusat Kajian Bahasa Inggeris) – Singapura
b) INNOTECH (Inovasi dan Teknologi) – Filipina
c) RECSAM (Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik) –
Malaysia.
C. Piagam ASEAN
• SIDANG Kemuncak ASEAN ke-13 di Singapura melahirkan satu gagasan baru
apabila semua 10 negara anggotanya menandatangani persetujuan untuk
mewujudkan Piagam ASEAN.
• Piagam ASEAN akan menetapkan rangka kerja institusi yang baru dan sah
untuk memperbaik pelaksanaan, penyelarasan dan proses membuat
keputusan.
> Prinsip Utama: 1 Penekanan terhadap kepentingan ASEAN dalam
kerjasama serantau.
> Prinsip Utama: 2 Hormat kepada prinsip-prinsip keutuhan wilayah,
kedaulatan, sikap berkecuali dan identiti kebangsaan negara anggota ASEAN.
> Prinsip Utama: 3 Pemupukan keamanan dan identiti serantau, penolakan
pencerobohan serta penyelesaian pertikaian secara damai melalui dialog dan
rundingan.
TUJUAN
Mewujudkan mekanisme hak asasi manusia di rantau ini.
Membentuk satu landasan perundangan dan mengubah wajahnya
daripada satu himpunan longgar negara serantau kepada yang terikat
dengan peraturan.
Menjadikan ASEAN lebih relevan dan kuat dalam menghadapi isu
semasa pada peringkat serantau dan global.
Menggariskan prinsip pegangan ASEAN selain menubuhkan sebuah
badan hak asasi manusia di negara serantau.
Mengukuhkan Sekretariat ASEAN di Jakarta serta menetapkan kriteria
kemasukan anggota baharu dan bagi menyelesaikan pertikaian.
• Matlamat-matlamat piagam ini adalah seperti berikut:
> Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah
Negara negara anggota.
> Penyelesaian pertikaian secara aman.
> Tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara
anggota.
> Hak untuk hidup tanpa gangguan dari luar.
D. Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)/Pasaran Tunggal Asean
• Mewujudkan pasaran tunggal negara anggota.
• Menarik minat pelabur luar ASEAN.
• Mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang kemiskinan.
• Meningkatkan taraf hidup negara serantau.
• ersatu menghadapi cabaran ekonomi antarabangsa.
Faedah AEC kepada Malaysia
• Keluasan pasaran lebih 20 ganda.
• Peluang-peluang ekonomi yang luas memandangkan rantau ASEAN
sedang pesat membangun.
• Peningkatan golongan pertengahan di ASEAN (bilangan pengguna
semakin meningkat).
• Peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung. • Mewujudkan
lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
E. Komuniti ASEAN
• Komuniti Asean akan berasaskan pada tiga tonggak utama
> Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN mengesahkan kemajuan
kerjasama politik dan keamanan.
> Komuniti Ekonomi ASEAN menggalakkan perkhidmatan dan
peraliran sumber manusia serta mempercepat pelaksanaan visa
tunggal, selain integrasi mata wang dan kewangan.
> Komuniti Sosio-Budaya ASEAN membincangkan projek
pertukaran belia, sukan, kebudayaan, pendidikan dan jaminan sosial.
Fokus bagi Komuniti ASEAN untuk 10 tahun akan datang ialah:
• Lebih penekanan terhadap rakyat ASEAN dan kesejahteraan mereka.
• Meningkatkan kesedaran tentang ASEAN dan visinya untuk menjadi
komuniti yang lebih:
o Bersatu dari segi politik dan integrasi.
o Padu dari segi ekonomi.
o Bertanggungjawab dari segi social.
• Memastikan kebebasan asas, hak asasi manusia dan kehidupan lebih
baik bagi semua warga ASEAN.
• Berwawasan dan menjadi pemain global.
• Melaksanakan agenda ASEAN dan pada masa yang sama
memperjuangkan aspirasi nasional yang menyumbang kepada
pembinaan Komuniti ASEAN.
• Memperkukuhkan ASEAN.
F. Dokumen ASEAN 2025: Bersama Melangkah Ke Hadapan‘
1. Ditandatangani pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27
dan Sidang-Sidang Kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur pada Nov 2015.
2. Menggariskan laluan bagi pembinaan Komuniti ASEAN bagi 10 tahun
akan datang.
3. Dokumen itu merupakan pelan tindakan berwawasan yang
menggariskan matlamat dan aspirasi ASEAN untuk merealisasikan
hasrat bagi penyatuan, integrasi dan kesepaduan lebih jitu sebagai satu
komuniti.
4. Fokus bagi Komuniti ASEAN untuk 10 tahun akan datang, ialah:
o Lebih penekanan terhadap rakyat ASEAN dan kesejahteraan mereka.
o Meningkatkan kesedaran tentang ASEAN dan visinya untuk menjadi Komuniti
yang lebih bersatu dari segi politik, integrasi lebih padu dari segi ekonomi dan
lebih bertanggungjawab dari segi sosial.
o Memastikan kebebasan asas, hak asasi manusia dan kehidupan lebih baik bagi
semua warga ASEAN.
o Meningkatkan kapasiti untuk mengendalikan cabaran sedia ada dan bakal muncul, dan
pada masa sama mengekalkan kesatuan ASEAN.
o Berwawasan dan menjadi pemain global.
o Melaksanakan agenda ASEAN dan pada masa sama memperjuangkan aspirasi nasional yang
menyumbang kepada pembinaan Komuniti ASEAN.
o Memperkukuhkan Sekretariat ASEAN.
5. Aspirasi utama dokumen ini termasuk semua tiga teras ASEAN iaitu:
o Komuniti Politik-Keselamatan
o Komuniti Ekonomi
o Komuniti Sosiobudaya
6. Elemen utama Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN 2025:
o ASEAN berasaskan peraturan, berorientasikan dan berpaksikan rakyat di
rantau yang aman, stabil dan makmur.
o Komuniti dinamik, berdaya tahan dan harmoni yang bersatu.
o Komuniti yang mampu respons secara efektif terhadap cabaran yang menjejaskan ASEAN
dari dalam dan luar rantau.
o Komuniti yang berpendirian teguh dalam mengekalkan kepusatan ASEAN menerusi
mekanisme serantau.
o Meningkatkan kerjasama dan dialog dengan rakan luar ASEAN bagi faedah dan kepentingan
bersama.
7. Elemen utama Komuniti Ekonomi ASEAN 2025:
o Ekonomi yang berintegrasi lebih padu dan mempunyai jalinan dengan system
ekonomi global.
o Mesra perniagaan, dan persekitaran boleh dijangka yang boleh meningkatkan
keyakinan pelabur.
o Meningkatkan penyertaan dalam aktiviti tambah nilai tinggi dan berasaskan
pengetahuan.
o Kompetitif dan dinamik yang menggalakkan inovasi dan perniagaan semua
saiz berkembang maju.
o Hak pengguna dilindungi.
o Komuniti yang mendapat manfaat daripada integrasi ekonomi yang dikongsi
secara saksama di antara dan kalangan Negara Anggota ASEAN.
o Memperluas capaian pasaran dan sumber barangan dan perkhidmatan
strategik dengan penambahbaikan dari segi rangkaian pengangkutan dan
infrastruktur.
8. Elemen utama bagi Komuniti Sosiobudaya ASEAN 2025:
o Menggalakkan kehidupan berkualiti tinggi dan akses sama rata kepada
peluang untuk semua.
o Komuniti mapan yang menggalakkan pembangunan sosial dan perlindungan
alam sekitar.
o Komuniti berdaya tahan dengan peningkatan kapasiti untuk respons dan
penyesuaian secara berterusan terhadap cabaran dan ancaman semasa.
o Komuniti yang dinamik, terbuka, kreatif dan bersesuaian dengan identiti
ASEAN.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like