You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAU

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2/2023

Tarikh : 24 Julai 2023

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Lepau

Pengerusi/Kehadiran : 1. En. Mahhadi bin Majid (Guru Besar)


2. En. Mazri Bin Ishak
3. Pn. Zarina Bt Jaafar
4. En. Ahmad Arsyad Bin Bakri
5. Pn. Siti Amirah Bt Zulkifli
6. Pn. Norhafizah Bt Abd Manan
7. Cik Fatihah Nabilah Bt Zulkefli

Kehadiran(Bilangan) : 7 Orang

Turut Hadir (Jika ada) :

Agenda 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Memulakan majlis dengan ucapan salam.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu –alukan kehadiran semua guru pada
mesyuarat panitia sains kali kedua 2023 ini.
1.3 Membentangkan beberapa agenda pada mesyuarat kali ini.

Agenda 2: Ucapan Penasihat (GPK 1)

2.1 Mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan tahniah di atas kehadiran guru-guru pada
mesyuarat kali kedua ini tahun 2023.

2.2 Penasihat mengingatkan panitia agar sentiasa mengemaskini fail panitia bagi persediaan
pemantauan.

2.3 Guru sains juga turut diingatkan agar memaksimumkan penggunaan alatan sains bagi
proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi menjalankan aktiviti penilaian kerja
amali.

2.5 Keceriaan makmal juga diharap dapat ditingkatkan pada tahun ini agar ianya lebih ceria
dan dapat menarik minat untuk belajar.
Tindakan : Semua guru sains

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Agenda 3: Membentang dan mengesahkan minit yang lalu

3.1 En. Ahmad Arsyad B. Bakri membentangkan minit mesyuarat yang lalu
3.2 Pn. Siti Amirah Bt Zulkifli mencadangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

Agenda 4: Dasar Kurikulum

4.1 Pengerusi menjelaskan bahawa ujian pertengahan tahun secara dalaman akan diadakan.
4.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang dasar-dasar lain seperti I-Think, PBS, serta
dasar-dasar lain seperti yang terkandung dalam PAK 21.
Tindakan: Semua guru sains

Agenda 5: Penggunaan Radas Makmal

5.1 Ketua panitia telah memberitahu bahawa guru panitia sains perlu kreatif dalam
menggunakan alatan radas dan bahan eksperimen. Tidak semestinya mengharapkan
alatan makmal semata-mata. Guru juga boleh menggunakan bahan luar untuk membantu
dalam proses PDP dan melakukan eksperimen. Walaubagaimanapun, panitia akan
memperuntukan duit PCG tahun hadapan untuk menambahkan lagi bilangan alatan
makmal.
Tindakan: Semua guru sains

Agenda 6: Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan juataan terima kasih kepada semua guru di atas sumbangan idea
dan komitmen guru-guru selama ini.
6.2 Mesyuarat disudahi dengan surah Al-Asr dan ditangguhkan pada pukul 4.30 tgh.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 ptg.

Disediakan Oleh, Disemak dan disahkan oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(Ahmad Arsyad Bin Bakri) (Mahhadi bin Majid)
Ketua Panitia Sains Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lepau Sekolah Kebangsaan Lepau
Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kluster Kecemerlangan

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like