You are on page 1of 13

1.

0 PENDAHULUAN

Pengajaran bermaksud satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar

bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses

pembelajaran. Manakala pembelajaran pula diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku

yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan. Pengajaran merupakan satu proses

penyampaian ilmu pengetahuan. Pengajaran yang berkesan ialah melalui perancangan

topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada

dan minat murid. Selain itu, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk

membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Ia juga merupakan aktiviti

intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.

Mengikut Kamus Dewan (1994), perkataan pengajaran dan pembelajaran adalah

berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan

kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau

mengajarkan (seperti caranya, sistemnya dan lain-lain).

Menurut Shea, 1994; Juhazren et al., 2005. pembelajaran ialah satu proses mental

atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku. Eh (1993), pula mengatakan

bahawa pembelajaran adalah satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan

nilai yang baru.

Pada tahun 1997 terdapat penambahbaikan terhadap ciri-ciri pengajaran dan

pembelajaran berkesan iaitu seperti yang dicadangkan oleh Anderson, 1991, seperti

dinyatakan dalam Turner, 2001 dalam bukunya Expert Teaching iaitu peranan guru dalam

menentukan hala tuju kelas, mewujudkan kelas berasaskan fungsi dan memperbaiki serta

mengekalkan momentum murid. Selepas Tahun 2000 iaitu memasuki era ke-21, pengajaran

dan pembelajaran berkesan turut dipengaruhi oleh penggunaan peralatan bantuan mengajar

1
Information and Communication Technologies (ICT) yang melibatkan penggunaan

komputer dan komponen lainnya.

Pernyataan ini juga disokong seperti berikut proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan elemen penting dalam memastikan para murid dapat mengikuti isi kandungan

subjek yang disampaikan (Muhd. Fauzi et al. , 2008)

Charles (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur

sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar.

Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap

pelajaran mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan

bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran

sebanyak 30% sahaja. Jadi saya mengambil pendekatan untuk menggabungkan di antara

kedua-dua faktor ini. Melalui pemerhatian, guru dapati minat pelajar semakin

bertambah apabila guru mengaplikasikan pendekatan ini semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

Secara kesimpulannya kejayaan seseorang guru untuk mengekalkan tahap motivasi

pelajar untuk belajar akan menyumbang kepada kejayaan murid itu pada masa akan datang.

Jika suasana pengajaran guru tidak menarik, proses pembelajaran murid akan terjejas.

Murid-murid akan malas dan tidak mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, tugas

guru amat penting dan mencabar untuk mempastikan suasana pengajaran serta

pembelajaran yang berkesan pada setiap masa.

2
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Pengalaman mengajar selama 9 tahun di dalam bidang pendidikan muzik sekolah

rendah ia amat bermakna kepada pengkaji. Segala pengalaman bertugas yang dilalui

samada secara induktif ataupun deduktif di dalam kelas dapat diguna pakai untuk

diadaptasikan terhadap murid dengan harapan peningkatan kemahiran mencapai sasaran

pencapaian murid ke tahap maksimum.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran bermain rekoder di kelas melalui

pemerhatian, pengkaji telah mendapati beberapa orang murid tidak menguasai kemahiran

membaca nama kedudukan not-not pada melodi skor lagu dengan betul dan baik. Pengkaji

mendapati mereka gagal membuat penjarian rekoder dan menghasilkan tiupan pic yang

tepat kerana murid tidak mengenal nama-nama kedudukan not semasa membaca melodi

skor yang hendak dimainkan oleh mereka. Ia akan menambahkan lagi kesukaran semasa

ingin memainkan melodi secara beraneka lagu dan semerta. Hal ini dibuktikan dengan

keputusan ujian amali bermain rekoder yang diberikan oleh pengkaji kepada lima orang

murid daripada Tahun Empat A, tidak dapat memainkan rekoder dengan pic yang tepat

mengikut kriteria seperti di atas.

Penghasilan peniupan kualiti ton yang baik adalah bergantung kepada lima cara iaitu

teknik postur, embouchure, penglidahan, pernafasan dan penjarian. Semua teknik ini sangat

membantu dalam penghasilan kualiti ton yang baik. Kegagalan murid membuat penjarian

akan menjejaskan sesuatu kualiti ton yang baik untuk persembahan. Sekiranya masalah ini

berterusan, mereka akan sukar untuk memainkan dan meniup not-not pada melodi skor dan

menghasilkan pic yang sumbang.

3
Sebenarnya, responden menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang permainan

rekoder ini. Responden berasa amat seronok dan gembira apabila, mereka berjaya

mengalunkan melodi lagu yang pernah dimainkan di dalam kelas. Tetapi, semasa mereka

memainkan lagu melodi baru, masalah yang timbul ialah kesukaran membaca kedudukan

not dan membaca not melodi adalah lambat.

Pengkaji juga mendapati tempoh masa 60 minit yang diperuntukan di dalam

seminggu sahaja untuk pengajaran pendidikan muzik sekolah rendah pada masa kini sedikit

sebanyak mempengaruhi permasalahan kemahiran bermain rekoder dalam kelas.

Kekurangan masa dan latih intensif akan menyebabkan murid menghadapi masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji mendapati permasalahan ini juga berlaku adalah kerana pembelajaran

bermain rekoder adalah merupakan subjek dan kemahiran yang baru diperkenalkan kepada

murid-murid di sekolah. Selain itu, masalah ketiadaan memiliki rekoder sendiri dan

pengaruh tinggal di kawasan kampung tidak menggalakkan murid untuk meminati bidang

bermain rekoder. Ketiadaan guru opsyen muzik dalam bidang kemahiran bermain rekoder

juga mempengaruhi permasalahan ini. Guru yang bukan opsyen muzik yang kurang

pendedahan dan tidak mahir dalam kemahiran bermain rekoder.

Oleh itu, pengkaji berminat untuk menggunakan teknik latih tubi dalam

menyelesaikan dengan cara menggantikan nama-nama kedudukan not dengan sistem

nombor dengan bahan bantu mengajar iaitu penggunaan perisian Encore. Ia bertujuan

untuk memudahkan responden mengingat dan memainkan rekoder.

4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Meningkatkan kemahiran bermain rekoder dengan membaca melodi skor

lagu secara semerta berpandukan sistem nombor.

3.2 Meningkatkan kemahiran memainkan rekoder dengan teknik latih tubi

dengan bahan bantu perisian Encore.

4.a PERSOALAN KAJIAN

4.a.1 Adakah sistem nombor dapat meningkatkan kemahiran bermain rekoder dengan

membaca melodi skor lagu secara semerta ?

4.a.2 Adakah teknik latih tubi dengan berbantukan bahan perisian Encore dapat

meningkatkan kemahiran bermain rekoder ?

4.b Tinjauan Literatur

Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR (2000), menyatakan bahawa

asas muzik iaitu irama (melodi) dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan

pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi

respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila

dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan

diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya

menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, samping memupuk

nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep

muzik yang asas.

5
Melalui rujukan laman web yang bertajuk kaedah dan teknik pengajaran

dalam catatannota.blog.com (2012), menyatakan bahawa latih tubi ialah

pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang pelajaran yang

diajar, ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu

perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran,

latih tubi harus dielakkan dalam pelajaran yang bercorak kemasyarakatan ini adalah

disebabkan latih tubi dalam matapelajaran tersebut akan mengalakkan hafalan tetapi

kaedah latih tubi amat digalakkan dalarn mata pelajaran pendidikan muzik. Latih

tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati sistem

nombor not melodi pada skor lagu. Kaedah ini telah lama digunakan iaitu sejak

beribu-ribu tahun sebelum masihi, dalam permainan gamelan dengan

menggunakan sistem nombor .

Untuk mengelak kebosanan dan kurangnya tumpuan murid, pelbagai bentuk latih

tubi boleh digunakan seperti mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam

kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang

sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian

dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat. Manakala, murid

yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang rekoder

dan menyebut notasinya dahulu , dari aspek nama not, mereka boleh menyebut dahulu

secara berulang-ulang dengan tujuan penghafalan. Apabila semua notasi dalam melodi lagu

yang ingin dimainkan telah diingat maka dengan mudah murid akan memainkan melodi

lagu tersebut dengan penghasilan ton yang tepat.

Merujuk petikan laman web scribd oleh Azman (2012), berhubung tentang proposal

kajian tindakan yang berkaitan dengan kaedah penjarian rekoder menggunakan sistem

pernomboran penulisan oleh Azhar, menyatakan bahawa permasalah murid yang tidak

6
menguasai kemahiran penjarian bermain rekoder dalam kelas. Pelbagai rujukan pendapat

dinyatakan dalam proposal beliau seperti menurut Dr Alfred Tomatis yang bertugas di

Peranchis, menyatakan muzik dapat memberi energi ataupun tenaga kepada otak.

Eksperimen telah dilakukan oleh seorang ‘pemuzik professional, Dorothy Retallack pada

tahun 1970 di Temple Buell College, Colorado kepada tanaman beliau. Beliau telah

menanam labu dan terdapat perbezaan pada tanaman beliau, misalnya labu yang dihalakan

kepada muzik klasik telah tumbuh dengan subur dan batangnya telah melingkari radio

tersebut, manakala labu yang dihalakan kearah radio yang mempunyai muzik rock tidak

tumbuh dengan baik. Ini menunjukkan muzik memainkan peranan dalam pertumbuhan

sesuatu hidupan.

Menurut Stephanie Merrit, Direktur Pusat Muzik Dan Penceritaan California

menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi seorang guru, dimana pada suatu hari

dilihat murid-muridnya tidak bersemangat serta daya kefahaman mereka lemah, jadi beliau

bertanya kepada muridnya adakah mereka bersarapan sambil mendengar muzik, mereka

menjawab tidak, jadi mulai detik itu beliau menyuruh murid-muridnya mendengar muzik

diwaktu pagi sambil bersarapan. Semenjak murid-murid beliau mengamalkan apa yang

telah beliau sarankan, perubahan telah berlaku kepada muridnya menjadi lebih cerdas, ceria

dan bersemangat. Melakukan aktiviti pergerakan ataupun bermain merupakan langkah yang

baik dalam perkembangan kemampuan seseorang.Aktiviti yang dilakukan tanpa paksaan

akan meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak. Aktiviti yang dilakukan mestilah

bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak serta kemampuan mereka. Menurut

Depdikbud (1999), mengatakan perkembangan individu dan kemampuan boleh

dikembangkan secara beransur-ansur dengan cara bermain sambil belajar, dengan ini

kanak-kanak tidak akan rasa dipaksa dan tertekan dalam proses pembelajaran.

7
Merujuk buku sumber guru pendidikan muzik KBSR (2003), rekoder tergolong

dalam kumpulan alat muzik tiup. Alat muzik ini mengandungi bahagian peniup atau

pemipit yang dipasangkan ke laras silinder yang mengandungi tujuh lubang, enam di

hadapan dan satu di belakang dan silinder yang terakhir mengandungi dua lubang

berkembar di hadapan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), mendefinisikan rekoder

adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Terdapat

pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Rajah 1 adalah merupakan struktur

keluarga rekoder seperti rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bes.

8
5.0 KAEDAH KAJIAN

Penguasaan meniup melodi lagu dalam permainan rekoder di dalam kelas amat

merisaukan pengkaji. Ini adalah kerana seramai lima orang responden tidak dapat meniup

rekoder dengan not yang betul dan tidak membaca skor lagu dengan baik. Walaupun,

responden telah menguasai nilai not namun, kelemahan yang dilihat adalah kerana

responden gagal mengingati kedudukan nama not dan tidak boleh membaca not-not melodi

lagu di skor dengan betul secara semerta. Kelemahan ini juga adalah berpunca dengan

kekurangan latihan secara intensif dan melodi lagu yang baru dipelajari oleh responden.

Responden yang menghadapi masalah ini adalah dikalangan murid Tahun Empat.

Kesungguhan minat responden terserlah apabila mereka memasuki kelas mata pelajaran

pendidikan muzik. Responden menganggap bahawa bermain rekoder adalah satu perkara

yang menyeronokkan malah dapat menonjolkan bakat dan kebolehan mereka. Kemahiran

bermain rekoder mempunyai prinsip yang penting iaitu dapat meniup rekoder berpandukan

melodi lagu dengan tepat dan betul.

Jelaslah bahawa, kemahiran asas yang pengkaji dapati ialah responden tidak dapat

mengenal nama kedudukan not dan ini akan menganggu kelancaran memainkan melodi

lagu dengan baik. Not asas yang perlu dikuasai dalam sukatan pelajaran pendidikan muzik

tahun empat ialah not B, A, G dan C’. Kemerduan pic melodi lagu yang dimainkan

terganggu kerana responden lambat membaca notasi melodi lagu yang baru. Kegagalan ini

akan mengakibatkan responden gagal menghasilkan keseragaman melodi lagu dalam

permainan rekoder di kelas. Oleh itu, pengkaji harus mengatasi mengatasi masalah ini

dengan cara meneliti, mengkaji, mendengar dan menunjukcara serta membimbing

responden untuk peningkatan kemahiran bermain rekoder.

9
Langkah-langkah pengkaji pada peringkat awal ialah memastikan responden

mengenal nama kedudukan not melodi lagu dengan meniup rekoder mengikut tempo

perlahan. Mereka tidak perlu diajar dengan cara paksaan atau terlalu cepat untuk menguasai

nama kedudukan not melodi. Pengkaji boleh membantu responden menyebut nama not

melodi terlebih dahulu sebelum membuat penjarian rekoder. Penguasaan penjarian rekoder

akan dikuasai sekiranya responden mengingati nama not melodi yang dipelajari.

Selain masalah mengingati nama kedudukan not melodi, responden menghadapi

masalah meniup rekoder secara semerta dengan melodi lagu baru yang diberikan oleh

pengkaji. Lagu yang baru sukar dimainkan kerana responden tidak pernah mendengar

melodi tersebut. Kekerapan mendengar melodi lagu yang dipelajari akan menyebabkan

responden boleh menghafal melodi lagu dan ini memudahkan meniup rekoder dengan

penjarian yang betul.

Sekiranya responden tidak menguasai kemahiran mengenal nama kedudukan not

melodi lagu dan memainkannya secara semerta, maka kesukaran pasti akan terjelma dengan

berpandukan prinsip Falsafah Pendidikan Negara yang mengharapkan memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Penglibatan secara aktif dalam

aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan

psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi.

10
6.0 SKOP DAN KEKANGAN

Sasaran kumpulan untuk kajian ini, pengkaji telah memilih seramai lima orang

responden yang bersekolah di daerah Segamat, Johor. Semua responden ini berumur sepuluh

tahun. Responden belajar di Tahun Empat. Seramai dua orang responden adalah lelaki dan tiga

orang adalah perempuan. Kumpulan ini adalah dari kalangan responden yang sangat lemah

dan lemah. Maklumat data ini diperolehi daripada keputusan ujian akhir tahun yang lalu.

Kajian pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas yang dijalankan oleh

pengkaji, didapati bahawa responden yang terlibat tidak menguasai kemahiran membaca dan

mengingat notasi melodi pada skor lagu. Kesukaran responden membaca melodi lagu secara

semerta menyukarkan dan mengganggu kelancaran persembahan dan permainan bermain

rekoder dalam kelas.

Justeru itu, pengkaji telah mengambil langkah drastik dengan memilih seramai lima

responden yang terlibat untuk mengaplikasikan dan mengkaji adakah kaedah sistem

pernomboran penjarian rekoder dengan berbantukan bahan bantu perisian Encore dapat

membantu meningkatkan kemahiran dan menguasai bermain melodi lagu secara optimum.

Sasaran peningkatan kemahiran akan dilakukan dengan pelaksaanaan pengesanan ujian

sebelum dan selepas.

11
7.0 THEOTERICAL FRAMEWORK

Menurut Falsafah Pendidikan Negara pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penglibatan

secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya

menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk

nilai sosialisasi. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat

Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman

mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri

dan patriotisme pada diri murid. Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan

Muzik KBSR pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka .

Menurut Mok (2010), konsep pendidikan di Malaysia boleh ditakrifkan daripada

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah digubal semula secara rasmi pada tahun

1996. FPK yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber

inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

12
8.0 JADUAL TINDAKAN KAJIAN

Tahun 2014
Bulan
Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
Topik
Penetapan Tajuk

Pengumpulan Maklumat
Pengumpalan data responden
Semakan Draf Kajian
Pelaksanaan Teknik latih tubi
Menganalisis & Penilaian Data
Penambahbaikan Laporan Kajian

Melengkapkan dokumentasi
Menjilid laporan Kajian
Menghantar laporan kajian

13

You might also like