You are on page 1of 1

SET 1 - PT3 SEJARAH - BAB 6 (T3) - BAHAGIAN B - SOALAN STRUKTUR - 10 MARKAH

SET 1 - PT3 SEJARAH - BAB 6 (T3) - BAHAGIAN B - SOALAN STRUKTUR - 10 MARKAH

Rajah berikut menunjukkan kesan pentadbiran moden berkaitan dengan ekonomi yang diperkenalkan oleh
British di negara kita.

Pentadbiran moden
- Perundangan
-X
-Y
-Z

(a) British melaksanakan pentadbiran moden berkaitan dengan ekonomi bagi memastikan
kelangsungannya di negara kita.
Apakah X, Y dan Z? [3 markah]
(i) X: kewujudan syarikat perwakilan
(ii) Y: jabatan dan agensi kerajaan
(iii) Z: perwujudan sistem kewangan dan insurans

(b) Nyatakan perundangan berkaitan dengan tanah yang diperkenalkan oleh British di ..... [5 markah]
(i) Negeri-negeri Melayu -Pada tahun 1913,Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah
Simpanan Melayu.
(ii) Sarawak - Land Order yang memperuntukkan hak milik tanah simpanan peribumi diwartakan pada
tahun 1931.
(iii) Sabah - Urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum tahun 1888 dianggap
tidak sah.

(c) Perkembangan pesat dalam perusahaan bijih timah dan getah menyebabkan British menggalakkan
kemasukan tenaga buruh dari negara luar. Nyatakan cara kemasukan tenaga buruh ke negeri-negeri
Melayu. [2 markah]
(i)melalui sistem kredit yang merupakan sistem terawal dalam membawa imigran dari China ke
TanahMelayu
(ii) melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri

You might also like