You are on page 1of 9

Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

1. PENDAHULUAN

Program Karnival Pendidikan dan Keusahawanan merupakan salah satu program yang
melibatkan semua pelajar di Sekolah Kebangsaan seksyen 1 Bandar Kinrara. Ianya adalah anjuran
Kelab Bahasa Melayu bersama 4 Panitia mata pelajaran teras dan semua kelab dan persatuan serta
Kelab Bimbingan dan Kaunseling Sek. Keb. Seksyen 1 Bandar Kinrara yang dilaksanakan di
peringkat sekolah. Ini adalah salah satu usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan
berkemahiran di samping aktiviti keusahawanan dan sosial yang berkaitan.
Konsep program ini adalah pengukuhan kepada minda dan sikap melalui aktiviti ilmuan
dan uji minda kreatif murid di samping elemen-elemen lain seperti motivasi dan aktiviti interaktif
di tapak pameran. Program ini juga adalah bertujuan untuk menyampaikan pelbagai ilmu dan
maklumat kepada murid melalui pelbagai strategi dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Bagi tahun 2015 ini , tema program ini ialah “ Kemenjadian Murid secara Kreatif dan
Gembira”. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dimantapkan lagi selaras dengan Matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Pembangunan Individu dalam
Memenuhi Aspirasi Negara”.

2. TEMA

” KEMENJADIAN MURID SECARA KREATIF DAN GEMBIRA”

3. OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan murid, guru melibatkan diri secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran
di luar kelas

3.2 Mengembangkan bakat dan potensi murid secara aktif dalam aktiviti kelab/persatuan

3.3 Menyampaikan pelbagai ilmu bagi mata pelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik) dalam bentuk pameran dan aktiviti interaktif

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid sekolah rendah


4.2 Guru
4.3 Ibu bapa

5. IMPAK

Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu


SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 1
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

5.1 Melahirkan warga pendidik dan pelajar yang mempunyai pengetahuan,


kefahaman dan kemahiran dalam bahasa Melayu dan tiga subjek teras
yang lain

5.2 Melahirkan warga pendidik dan pelajar yang dapat merealisasikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan “Pembangunan Individu dalam
Memenuhi Aspirasi Negara”.

5.3 Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang mata pelajaran teras

6. TARIKH PELAKSANAAN

27 Macl 2015 |Jumaat

7. TEMPAT

Tempat Aktiviti/Pertandingan/ Pameran :

 Dewan SKS1 Bandar Kinrara


 Dataran PIBG SKS1 Bandar Kinrara

8. ANJURAN DAN KELOLAAN

Karnival Pendidikan dan Keusahawanan ini adalah anjuran Kelab Bahasa Melayu bersama 4
Panitia mata pelajaran teras dan penglibatan semua kelab dan persatuan serta Kelab Bimbingan dan
Kaunseling Sek. Keb. Seksyen 1 Bandar Kinrara dengan kerjasama daripada :
8.1 Pembekal Buku
8.2 Pembekal ABM

9. AKTIVITI ILMUAN/ACARA YANG DIJALANKAN

9.1 Pameran
9.3 Pertandingan Teka Kata
9.4 Aktiviti Keusahawanan

10. LOKASI AKTIVITI KEUSAHAWANAN

Tertakluk kepada pindaan

11. TENTATIF PROGRAM

27 Mac 2015 |Jumaat

Masa Aktiviti Tempat


8:00 pg Perasmian/taklimat Program - Dataran Perdana SKS1 Bandar Kinrara
Pn. Hajah Zalijah bt Mohd Nor
Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu
SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 2
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

Guru Besar
SKS1 Bandar Kinrara
- Ucapan Perasmian

Sesi 1 Pameran dan aktiviti interaktif: – - Dewan SKS1 Bandar Kinrara/


8:30 pg - Dataran PIBG SKS1 Bandar Kinrara
- i. Panitia Bahasa Melayu
11.30 pg ii. Panitia Bahasa Inggeris
iii. Panitia Sains
Sesi 2 iv. Panitia Matematik
2.30 ptg
-
4.30 ptg

Rehat 11.30pagi - 2.30 petang -

Sesi 1 Aktiviti Keusahawanan: - Dataran PIBG SKS1 Bandar Kinrara


8:30 pg
- - Semua Kelab/ Persatuan
11.30 pg - pembekal buku dan ABM

Sesi 2
2.30 ptg
-
4.30 ptg

4.30 ptg Bersurai

12. PENYERTAAN

12.1 Semua murid dan guru SKS1 Bandar Kinrara dan pembekal buku/ABM

13. HAKIM :

13.1 Pelantikan semua hakim akan diselaraskan oleh pihak jawatankuasa pengelola. Setiap
Jawatankuasa kelab yang terlibat akan mencalonkan hakim bagi kategori pertandingan
mengikut ketetapan pihak pengelola.

13.2 Hakim akan terdiri daripada, wakil-wakil pihak yang bekerjasam dan guru-guru
berpengalaman.

14. PEMASANGAN KAIN RENTANG / AKSARA LATAR KARNIVAL :

14.1 Urusetia mencadangkan kain rentang :

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN 2015


ANJURAN : KELAB BAHASA MELAYU DAN PANITIA BAHASA MELAYU
PENGELOLA : SKS1 BANDAR KINRARA
Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu
SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 3
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

TEMA : ”KEMENJADIAN MURID SECARA KREATIF DAN GEMBIRA”


TARIKH : 27 MAC 2015
MASA : 8.00 pagi – 4.30 petangi
TEMPAT : Dewan dan Dataran PIBG SKS1 Bandar Kinrara

Tema warna : Biru Tua, Merah, Putih dan kuning( warna logo sekolah)
Konsep : Ceria dan gembira

15. MAKLUMAT TAMBAHAN :

15.1 Semua peserta perlu mematuhi masa pendaftaran dan menjaga segala prosedur yang telah
ditetapkan oleh pihak jawatankuasa pengelola.
15.2 Segala peralatan / kemudahan yang disediakan oleh pengelola perlu dijaga dengan baik.
Sebarang kerosakan perlu dimaklum dan kos pembaikannya ditanggung oleh pihak terlibat
jika ia sengaja dilakukan.

16. JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PN. HAJAH ZALIJAH BT MOHD NOR


PENASIHAT :
GURU BESAR SKS1 BANDAR KINRARA

EN. KHAIRI ANUAR B MOHAMAD YUSOF


PENGERUSI : PK KURIKULUM

PN SABARIAH BT ALIAS
TIMBALAN PENGERUSI I
: PK KOKURIKULUM

PN MUNALIZA BT NAWAWI
TIMBALAN PENGERUSI II
: PK HEM

PN NORAFIZA IDAYU BT ZABIDI


TIMBALAN PENGERUSI III : PK PETANG

SETIAUSAHA PN NORMAH ISMAIL


:
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

JAWATANKUASA PENGELOLA

Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu


SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 4
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

PN ZALEHA HUSSAIN
PENGERUSI : PENYELARAS KELAB BAHASA MELAYU

PN. NORMAH ISMAIL


NAIB PENGERUSI I : KP PANITIA BAHASA MELAYU

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARAS : (Penolong Kanan Kokurikulum)

PENDAFTARAN : AJK Kelab Bahasa Melayu


Bidang Tugas
 Meyelaras pendaftaran peserta karnival .
 Menyediakan buku pendaftaran dan sistem bersesuaian
untuk kelancaran aktiviti.
 Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

SUMBANGAN /TAJAAN DAN : Ketua Panitia & S/U Panitia (BM,BI,SN dan MT),B&K, KPA
PAMERAN dan Pusat Sumber SKS1BK
Bidang Tugas
 Mendapatkan sumbangan atau tajaan bagi program ini.
 Menjemput peserta berkaitan untuk mengadakan pameran

TEKNIKAL PERTANDINGAN AJK Kelab/Persatuan 2


DAN PENGHAKIMAN : Bidang Tugas
 Menyediaan borang-borang penyertaan, borang
pemarkahan hakim dan rumusan markah pertandingan.
 Menyelaraskan pertandingan-pertandingan yang diadakan.
 Mendapatkan hakim-hakim bagi pertandingan

PERSIAPAN TEMPAT, AJK Kelab/Persatuan 3 ,


DEWAN DAN PENTAS : Bimbingan dan Kaunseling
Bidang Tugas
 Kelengkapan pentas/perhiasan pentas.
 Memastikan PA System berfungsi dengan baik.
 Memastikan ada back-up PA System.
 Bajet/kos jika perlu.
 Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

BUKU PROGRAM : AJK Kelab/Persatuan 4


Bidang Tugas
Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu
SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 5
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

 Mendapatkan maklumat/kandungan.
 Menyemak dengan teliti draf Buku Program untuk
mengelakkan kesilapan.
 Menyerahkan Buku Program kepada JK Sambutan yang
telah siap sebelum majlis berlangsung.
 Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

JEMPUTAN : S/U Kelab Bahasa Melayu


Bidang Tugas
 Menyediakan contoh kad jemputan.
 Membuat/mencetak kad jemputan.
 Menyediakan senarai jemputan.
 Mengedarkan kad jemputan 1 minggu sebelum majlis
berlansung.
 Bajet/kos.
 Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

BACKDROP, PUBLISITI DAN AJK Kelab/Persatuan 5


SERANTA : Bidang Tugas
 Membuat hebahan mengenai program.
 Menghubungi pihak akhbar yang pellbagai untuk publisiti
mengenai aktiviti sambutan.
 Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

CENDERAMATA, HADIAH& AJK Kelab/Persatuan 7 dan 8


SIJIL : Bidang Tugas
 Mendapatkan nama penerima hadiah dan menyediakan
sijil-sijil.
 Menyusun hadiah/cenderamata/ sijil di meja yang
disediakan.
 Mengatur pergerakan penerima hadiah/ cenderamata.
 Membuat penyelarasan dengan J/K Juruacara.
 Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

PENGACARA MAJLIS DAN AJK Panitia Bahasa Melayu


PEMBACA DOA : Bidang Tugas
 Mengenalpasti petugas untuk pengacaraan majlis.
 Menyediakan pembaca doa.
 Menyediakan skrip pengacara.
 Menetapkan pakaian pengacara.
 Berhubung terus dengan JK Hadiah & Cenderamata untuk
senarai nama penerima hadiah/ cenderamata dan
penyelarasan tugas supaya majlis lancar.
 Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu


SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 6
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

AJK Kelab/Persatuan 6
JAMUAN PESERTA Bidang Tugas
 Mengurus dan memastikan tempat jamuan khemah/
kerusi/ meja tersedia.
 Menguruskan persediaan tempat/ peralatan dan
: sebagainya yang berkaitan di meja makan tetamu
kehormat.
 Menetapkan menu jamuan tetamu kehormat.
 Berhubung terus dengan pembekal makanan.
 Mempastikan jumlah jemputan.
 Merancang menu yang bersesuaian.
 Mengenalpasti petugas/ pelayan.
 Menentukan tempat jamuan
 Bajet/ kos.
 Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan.

KAWALAN DAN AJK Kelab/Persatuan 9 dan 11


KESELAMATAN MURID & Bidang Tugas
KAWALAN LALULINTAS :  Memastikan murid dalam keadaan terkawal sepanjang
majlis berlangsung.
 Menyediakan petugas/ pengawas secukupnya
 Mengenal pasti tempat letak kereta tetamu kehormat.

RAKAMAN , AJK Kelab/Persatuan 10


PENGGAMBARAN DAN Bidang Tugas
DOKUMENTASI AKHIR :  Sesi penggambaran aktiviti/ semasa majlis sambutan.
 Menyediakan peralatan/ petugas secukupnya.
 Penggambaran penerima hadiah/ cenderamata.
 Menyediakan laporan akhir karnival.
 Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

PA SISTEM
: JK Panitia Bahasa Melayu
Bidang Tugas
 Memastikan PA Sistem disetiap venue dapat berfungsi
dengan baik.
 Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu


SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 7
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

KARNIVAL :
JK Kelab Bahasa Melayu
Bidang Tugas
 Menyelaras Karnival termasuk gerai & pameran.
 Mendapatkan gerai dan pemeran yang bersesuaian.
 Mengurus penyewa dan lain-lain keperluan
 Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

GIMIK PERASMIAN : JK Panitia Bahasa Melayu


Bidang Tugas
 Menyediakan gimik perasmian dari segi bahan, media
mahupun sumber manusia yang terlibat.
 Bekerjasama dengan JK Rakaman dan Dokumentasi
 Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

PERTANDINGAN :
JK Panitia Bahasa Melayu
Bidang Tugas
 Mengumpul maklumat berkaitan keputusan pertandingan
dan menyediakan jadual berkaitan.
 Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

TUGAS-TUGAS KHAS : AJK Kelab/Persatuan 12 dan 13


Bidang Tugas
 Menyediakan tag AJK Pengelola & Pelaksana
 Membantu JK Pameran dan Gerai dari segi keperluan
berkaitan.
 Memastikan keperluan teknikal setiap JK disediakan.
 Tugas-tugas lain yang perlu dan berkaitan.

17. ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA KOS JUMLAH SUMBER PERUNTUKAN


L (RM)
1. Makan/minum 35 org x RM5.00 RM175.00 - Unit Koko sekolah
murid(AJK)
50 orang (sijil) RM30.00 - Unit Koko sekolah
3. Hadiah/ Cenderahati 8 org (c/hati) RM40.00 - Unit Koko sekolah

Percetakan
* Bahan aktiviti RM24.00 RM24.00 - Unit Koko sekolah
4.  Backdrop RM20.00 RM20.00
 Banner RM50.00 RM50.00 - Hasil Jualan Panitia
 Buku Program RM0.20 x 30 RM6.00

Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu


SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 8
Karnival Pendidikan & Keusahawanan 2015

JUMLAH KESELURUHAN RM345.00

18. KESIMPULAN
Karnival Pendidikan dan Keusahawanan ini adalah satu aktiviti yang memberi galakkan dan
dorongan kepada murid-murid supaya lebih berminat untuk menguasai mata pelajaran teras dan
terlibat dalam aktiviti kelab/persatuan. Mereka mampu menimba ilmu pengetahuan dan
pengalaman berdasarkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dirancangkan. Aktiviti yang
dirancang mampu menerokai kemahiran pembelajaran di samping menyerlahkan lagi bakat kreatif
dan potensi masing-masing.
Semoga usaha ini dapat menyedarkan semua pihak terutama guru mata pelajaran teras tentang
pentingnya program ini dilaksanakan.

Disediakan oleh :

______________________
(PN. NORMAH BT ISMAIL)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia
Sk. Seksyen 1, Bandar Kinrara
(Setiausaha Program)

Disahkan oleh :

_______________________________
(PN. HAJAH ZALIJAH BT MOHD NOR)
Guru Besar
Sk. Seksyen 1, Bandar Kinrara

Kelab Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Melayu


SK Seksyen 1 Bandar Kinrara m/s 9

You might also like