You are on page 1of 19

KERTAS KERJA LAWATAN BERMAKLUMAT MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

INTEGRASI KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada proses pengajaran
dan pembelajaran luar bilik darjah malahan merupakan salah satu cara untuk memberi
pendedahan kepada pelajar berkeperluan khas mengenai contoh kerjaya dan kemahiran yang
boleh mereka ceburi. Proses pengajaran dan pembelajaran pelajar istimewa ini tidak hanya
tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran melalui aktiviti lawatan merupakan cara yang terbaik untuk memberi
pendedahan kepada pelajar mengenai kerjaya dan kehidupan masyarakat di persekitaran mereka

Untuk tujuan itu, program PPKI SMK Jenagor mengorak langkah dengan menggalakkan murid-
murid mengikuti lawatan sambil belajar ini.

2.0 RASIONAL
Pelajar Program Pendidikan Khas merupakan pelajar yang boleh dibimbing dan dibentuk. Oleh
yang demikian, pelajar perlu diberi pendedahan secara langsung mengenai corak kehidupan
harian serta kemahiran yang boleh diceburi dan membentuk kerjaya dan keperibadian dalam diri
setiap pelajar. Selain itu program lawatan juga berperanan untuk;
2.1 Murid dari luar bandar perlu didedahkan kepada dunia luar melalui aktiviti lawatan.
2.2 Sekolah bertanggungjawab melaksanakan serta menanam konsep lawatan dalam
negeri dan negara dengan tujuan untuk memberikan pengalaman kepada murid.
2.3 Murid dapat mengenali dan menikmati keindahan alam di Malaysia.
Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid menghilangkan
rasa tekanan akibat memberi tumpuan sepenuhnya sebelum ini terhadap pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Ia juga bagi menghargai jasa murid yang mengharumkan nama
sekolah di dalam bidang ko-kurikulum.
3.0 OBJEKTIF

Diharapkan melalui Lawatan Bermaklumat ini pelajar dapat;


3.1 Pendedahan kepada bidang kerjaya dan kegiatan ekonomi masyarakat setempat.
3.2 Pendedahan kepada corak kehidupan, aktiviti sosial dan kegiatan ekonomi
masyarakat setempat.
3.3 Memberi pengalaman melihat secara langsung dan terus tentang pembangunan fizikal
negara Malaysia amnya.
3.4 Menghargai keindahan alam semulajadi seperti pantai, sungai, bukit bakau serta
fauna dan flora.
3.5 Membantu dalam meningkatkan pemahaman dalam beberapa mata pelajaran.
3.6 Memberikan perluang kepada murid untuk mengenali negeri Melaka Bandaraya
Bersejarah
3.7 Menanam sikap tolong menolong, bertolak ansur dan berdikari di kalangan murid.

4.0 TEMA PROGRAM


” Melaka Bandar Bersejarah”
5.0 TARIKH
28 November 2023 hingga 30 November 2023 (Selasa-khamis)
6.0 LOKASI
Bandaraya Melaka.
7.0 SASARAN PESERTA
BIL PESERTA BILANGAN PESERTA
1 Murid MBPK 17 orang
2 Guru Pengiring 3 orang
3 Pembantu Pengurusan Murid (PPM) 1 orang
4 Ibu Bapa/ Penjaga Murid PPKI 17 orang
JUMLAH 38 orang
(Rujuk Lampiran 1 : Senarai Nama Peserta Lawatan)
8.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Sumber Kewangan :-

JUMLAH
BIL PERKARA (RM)

Kutipan yuran daripada: RM51


 Murid RM300.00 X 17 org 00.00
1  Guru dan PPM RM300.00 X 4 org RM1200.00
 Ibubapa/penjaga RM300.00 X 17 org RM5100.00

Tabung Jualan Kelab RM 300.00


2 Usahawan Muda PPKI

JUMLAH KESELURUHAN RM11700.00

8.0 KOS PERBELANJAAN

BIL KEWANGAN KOS (RM)


1 Pengangkutan (Sewa Bas) RM1200 X 3 hari RM3600.00
2 Makan pagi (17 orang Murid x RM 10.00) x 2 hari RM340.00
3 Makan tengah hari (17 orang Murid x RM 10.00) x 3 RM510.00
hari
4 Makan malam (17X RM 10.00) x 2 hari RM340.00
5 Tiket menara Taming Sari RM136.00
a. Murid (RM 8.00 x 17 Orang Murid)
6 Tiket River Cruise RM255.00
a. Murid (RM 15.00 x 17 Orang murid)
7 Tiket Mamee Double Decker (RM 30 x 17 orang Murid) 600.00
8 Penginapan RM1600.00
Homestay (RM 400 x 2 Unit x 2 Malam)
9 Lain-lain 300.00
JUMLAH RM7081
9.0 CADANGAN TENTATIF PROGRAM
(LIHAT LAMPIRAN)

10.0 AJK KERJA


(LIHAT LAMPIRAN)

11.0 PENUTUP

Diharapkan Program Lawatan bermaklumat ini memberi manfaat kepada semua murid khususnya
dalam usaha mendedahkan mereka dengan persekitaran pembangunan negeri Melaka, kehidupan
masyarakat dan mengaplikasikan nilai-nilai baik yang sesuai dalam pengurusan kehidupan
seharian mereka. Juga diharapkan dapat mendidik murid mengenai corak kehidupan yang lebih
bermakna di sekeliling mereka.

Disediakan oleh,

.........................................................
()
Setiausaha lawatan
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Jenagor, Kuala Berang.

Diluluskan Oleh,

...........................................................
(MANAN BIN MAT MIN)
Pengetua SMK Jenagor
21700 Kuala Berang
Terengganu

LAMPIRAN
TENTATIF JADUAL PROGRAM LAWATAN BERMAKLUMAT MURID
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENAGOR, HULU TERENGGANU
KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

TARIKH/ HARI AKTIVITI


24 Oktober 2023 8.00 Pagi
Selasa  Bertolak dari SMK Jenagor ke Melaka
4.00 Petang
 Di jangka tiba di tempat penginapan
( Mahkota Hotel Apartment )
Bertolak ke tempat bersejarah
 Muzium Tentera
 Muzium Samudera
 A Famosa
7.00 Malam
 Makan Malam
8.00 Malam
 Menara Taming Sari
25 Oktober 2023 6.00 Pagi
Rabu  Bangun Pagi
 Urus diri/ solat
 Sarapan pagi
 Persiapan lawatan
8.00 Pagi
 Lawatan bermula/ Kilang Mamee Ayer Keroh
 Kafe Mamee Jonker Walk
1.00 Tengah hari
 Makan tengah hari dan solat Jamak
 Bandar hilir/ The Shore
7.00 Malam
 Makan malam
8.00 Malam
 River Cruise
26 Oktober 2023 6.00 Pagi
Khamis  Bangun Pagi
 Urus diri/ solat
 Sarapan pagi
 Persiapan lawatan
8.00 Pagi
 Lawatan bermula
 Mahkota Prade
11.00 Pagi
 Bertolak pulang ke Hulu Terengganu
8.00 Malam
 DiJangka tiba Di SMK Jenagor
AHLI JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM LAWATAN BERMAKLUMAT
KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Penasihat : Tn. Hj Manan Bin Mat Min


(Pengetua, SMK Jenagor)

Pengerusi : Pn.Naimah Binti Omar


(PK Kokurikulum)

Penyelaras Program : Cg. Muhammad Shahril bin Mohammad Afandi


(Penyelaras PPKI SMK Jenagor)
Setiausaha : Cg. Noor Azimah Binti Mamat
Bendahari : Cg. Noor Faizah Bt A Rani

Ajk Pengangkutan : Cg. Muhammad Shahril bin Mohammad Afandi


Ajk Perhubungan : Cg. Noor Azimah Binti
AJK Penginapan : Cg. Noor Faizah Bt A Rani
Ajk Makanan : Puan Siti Zawiah binti Mamat
Ajk Kawalan & keselamatan : Puan Siti Zawiah binti Mamat
Ajk Kecemasan & Kebajikan : Cg. Muhammad Shahril bin Mohammad Afandi
Ajk Kebersihan : Puan Siti Zawiah binti Mamat

BORANG PPS 57

PERATURAN - PERATURAN (PELANCONGAN ) SEKOLAH 1957


(Hendaklah disempurnakan dalam 4 salinan serta di tambah satu salinan bagi negeri-negeri yang
hendak dilawati atau di lalui dan disampaikan ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
(U.P Unit Perhubungan/Pendaftaran ) lima minggu sebelum tarikh pelancongan

1. Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor,


21700 Hulu Terengganu, Terengganu

2. Nama Pengetua: Tn. Hj Manan bin Mat Min

3. Nama Guru Penyelia Rombongan dan No. K/Pengenalan:

Cg. Muhammad Shahril Bin Mohamad Afandi No. K/P: 901223- 11-5269

4. Nama-nama Guru Penolong Penyelia dan No. K/Pengenalan


1. Cg. Noor Azimah binti Mamat 780101-11-8332
2. Cg. Noor Faizah binti A Rani 870605-11-5126
3. Puan Siti Zawiah binti Mamat 770708-03-5980

5. Tujuan Melancong : Melawat negeri Melaka serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar
bilik darjah

6. Kenaikan yang hendak digunakan : Bas

7. Nama-nama tempat yang hendak di lawati serta tarikh-tarikh lawatan


( Kembarkan juga jadual Lawatan / Perjalanan)

Nama Negeri dan tempat yang Tarikh Alamat sebenar tempat


hendak dilawati Dari Hingga kediaman
Melaka 24 Oktober 26 Oktober Melaka
2023 2023

8.Program kewangan untuk pelancongan :


( a ) Yuran daripada murid-murid
Menurut senarai berkembar
( b ) Yuran daripada lain-lain ahli
Menurut senarai berkembar
( c ) Punca kewangan lain-lain
Sumbangan sekolah /
Jabatan Pelajaran Negeri (JPNT) = RM

JUMLAH = RM 6182.00
9. Nama guru yang di beri kuasa untuk mengutip dan membelanjakan wang pelancongan

BIL
NAMA GURU JAWATAN NO K/P ALAMAT

1
2
3
4
5
6
7

Senarai Nama Peserta Lawatan Bermaklumat


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA,
23000 DUNGUN, TERENGGANU
TEL / FAX : 09 8484 798
KOD SEKOLAH :TEA 1034

SMKS 009/01/01/Jld.IV/( )
Tarikh: 12 Julai 2015
Ibu Bapa/ Penjaga
Pelajar PPKIBP dan PPKIBD
SMK Sura, Dungun.

Tuan/puan,

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Program Pendidikan Khas


Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Salam sejahtera. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program di atas akan diadakan pada tarikh berikut;
Tarikh : 25.08.2015 hingga 27.08.2015(Selasa-Khamis)
Tempat : Seperti Lampiran
Kelengkapan : * Pakaian solat
* Pakaian persalinan
* Ubat-ubatan yang perlu
Bayaran : RM 15.00 (Makan dan tiket ke Zoo Kemaman)

3. Jika terdapat kemusykilan, tuan/puan boleh menghubungi guru-guru Pendidikan Khas:


3.1 Encik Zulkifli bin Abdul Wahab 012-9885267
3.2 Puan Nor Suriani bt Abdullah 013-9230919
3.3 Puan Roslailawati bt Ali 019-9842446
3.4 Puan W. Haslina bt W. Zaharudin 013-3198198
3.5 Puan Faezah binti A. Rani 010-5448324
3.6 Encik Wan Nur Adli bin Wan Ngah 013-4668461

4. Segala kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai

Sekian, terima kasih

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………....................
(NOR SURIANI BINTI ABDULLAH)
Guru PenolongKanan Pendidikan Khas Intergrasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Sura
23000 Dungun, Terengganu

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA,


23000 DUNGUN, TERENGGANU
TEL / FAX : 09 8484 798
KOD SEKOLAH :TEA 1034

SMKS 09/01/01/Jld.IV/( )
Tarikh:14.10.2009

Pengetua,
SM Intan Zaharah, Dungun
Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Bermaklumat Pelajar Program Pendidikan Khas


Integrasi Bermasalah Pembelajaran dan
Bermasalah Pendengaran ke Kemaman
Dengan hormatnya surat JPN Terengganu bil P.T 07016-03/01/(36) berkaitan perkara di atas
adalah dirujuk.

2. Sukacita kami memohon kebenaran tuan untuk mengadakan Program Lawatan


Bermaklumat yang akan diadakan pada tarikh seperti berikut;

Tarikh; 22.10.2009 (Khamis)


Lokasi; Daerah Kemaman
Bilangan Pelajar: 32 orang
Bilangan Guru Pengiring: 8 orang
Pembantu Pengurusan Murid: 3 orang

3. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja dan Jadual Lawatan untuk makluman dan
perhatian pihatk tuan.

4. Di atas perhatian dan sokongan tuan itu kami dahului dengah ucapan terima kasih jua.

Sekian.

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………............
(FAUZI BIN HAMZAH)
Guru Penyelaras
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Sura,
23000 Dungun, Terengganu.
s.k : Ketua Sektor - makluman
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA,


23000 DUNGUN, TERENGGANU
TEL / FAX : 09 8484 798
KOD SEKOLAH :TEA 1034

SMKS 09/01/01/Jld.IV/( )
Tarikh:14.10.2009

Kepada :

Sesiapa yang berkenaan,

Tuan,

PENGESAHAN MURID-MURID ISTIMEWA SMK SURA

Degan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Sura 23000 Dungun Terengganu ingin
memaklumkan kepada tuan bahawa murid-murid yang menyertai Lawatan Bermaklumat ke Melaka
ini adalah murid-murid istimewa Sekolah Menengah Kenbangsaan Sura Dungun Terengganu.

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan Lawatan Bermaklumat ke Melaka ialah untuk memberi
pendedahan dan pengalaman sebenar tentang dunia (persekitaran /komoniti) luar kepada murid-
murid istimewa di sekolah kami.

4. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, Wassalam

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...................................................
(MOHD SIDEK BIN EMBONG)
Pengetua
SMK Sura Dungun
Terengganu

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA,


23000 DUNGUN, TERENGGANU
TEL / FAX : 09 8484 798
KOD SEKOLAH :TEA 1034

SMKS 09/01/01/Jld.IV/( )
Tarikh: 08 Julai 2015
Pengurus Besar
Menara Taming Sari
Jalan Merdeka Bandar Hilir
75000 Melaka
(U/P: Cik Mufida bt. Talib)
Tuan,

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi

Salam sejahtera. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar dari program pendidikan khas SMK Sura, Dungun
Terengganu ingin mengadakan lawatan ke Melaka seterusnya ingin merasai pengalaman menaiki
Menara Taming Sari seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 25 Ogos 2015 (Selasa)


Masa : 08.00 Malam
Jumlah Pelajar : 25 Orang
Jumlah guru : 10 orang

3. Program pendidikan khas Intergrasi SMK Sura terdiri daripada pelajar yang di kategorikan
sebagai bermasalah pembelajaran seperti slow learner, lembam, down sindrom, bisu, pekak dan
lain-lain lagi.

4. Sehubungan dengan itu kami memohon jasa baik pihak tuan agar memberikan bayaran
tiket separuh harga kepada guru pengiring dan pelajar-pelajar tersebut memandangkan mereka
adalah pelajar istimewa serta mempunyai kad OKU (Orang Kelainan Upaya).

5. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan amat dihargai dan di dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


…………………………………............
(MOHD SIDEK BIN EMBONG)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sura
23000 Dungun, Terengganu

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA,


23000 DUNGUN, TERENGGANU
TEL / FAX : 09 8484 798
KOD SEKOLAH :TEA 1034

SMKS 09/01/01/Jld.IV/( )
Tarikh: 08 Julai 2015
Pengurus Besar
Melaka River Cruise
Jalan Laksamana
75000 Melaka

Tuan,

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi

Salam sejahtera. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar dari program pendidikan khas SMK Sura, Dungun
Terengganu ingin mengadakan lawatan ke Melaka seterusnya ingin merasai pengalaman menaiki
Melaka River Cruise seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 26 Ogos 2015 (Rabu)
Masa : 08.00 Malam
Jumlah Pelajar : 25 Orang
Jumlah guru : 10 orang

3. Program pendidikan khas Intergrasi SMK Sura terdiri daripada pelajar yang di kategorikan
sebagai bermasalah pembelajaran seperti slow learner, lembam, down sindrom, bisu, pekak dan
lain-lain lagi.

4. Sehubungan dengan itu kami memohon jasa baik pihak tuan agar memberikan bayaran
tiket separuh harga kepada guru pengiring dan pelajar-pelajar tersebut memandangkan mereka
adalah pelajar istimewa serta mempunyai kad OKU (Orang Kelainan Upaya).

5. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan amat dihargai dan di dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………............
(MOHD SIDEK BIN EMBONG)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sura
23000 Dungun, Terengganu

You might also like