You are on page 1of 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

Tarikh : 5 JANUARI 2022


Masa : 10.40 pagi – 12.40 TENGAH HARI
Tempat : DEWAN SERI JENDERIS
Pengacara Majlis : PN SITI WOOK GUMATI BINTI AYUB
: CG. ALIF ZHAFRI BIN MOHAMAD ZAKI

PERKARA/ BUTIRAN CATATA


PEMBACA N
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan Yang Diraikan
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cg Zainah Binti Mat Hassan,


diiringi Ustaz Megat Abdul Karim @ Rosmady, Pengetua SMK
Kuala Jenderis masuk ke Dewan Seri Jenderis.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis bertambah berseri

Pada hari yang indah dan penuh ceria,


Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian


Kasih” sempena persaraan, Cikgu Zainah Binti Mat Hassan , mantan
Guru Kanan Teknik dan Vokasional yang amat kita sayangi.

Kata aluan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,


dan salam penyayang untuk semua.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang diraikan CIKGU ZAINAH BINTI MAT HASSAN, mantan ,


Guru Kanan Teknik dan Vokasional SMK Kuala Jenderis

Yang berusaha, USTAZ MEGAT ABDUL KARIM @ROSMADY

1
BIN MEGAT HUSSAIN, PENGETUA SMK KUALA JENDERIS

Seterusnya,

Barisan pentadbir, guru kanan matapelajaran, guru-guru dan murid-


murid sekalian.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah


kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada hari ini untuk meraikan persaraan Mantan Guru
Kanan Teknik dan Vokasional SMK Kuala Jenderis dalam
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dicurahkan oleh beliau sepanjang perkhidmatan
sebagai seorang pendidik di SMK Kuala Jenderis.

Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan,

Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mazli Bin Yusoh. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

2
kepada Ustaz Mazli Bin Yusof atas bacaan doa itu tadi.

Tadarus Al - Quran Hadirin dan hadirat yang di rahmati Allah sekalian,

Marilah kita Bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT


SUCI AL- QURAN yang akan disampaikan oleh
________________________________. Ayat suci al -Quran yang
akan diperdengarkan daripada surah _________________ bermula
ayat__________________ hingga ayat__________________

***********Bacaan Al-Quran**

Shodakollahul’ azim

Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi


penghargaan kepada ___________________ atas bacaan al -Quran
tadi.

Ucapan Pengetua Hadirin yang dihormati sekalian

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yang Berusaha Ustaz Megat Abdul Karim @Rosmady
Bin Megat Hussain, Pengetua SMK Kuala Jenderis Harun untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

***************(ucapan Pengetua)************

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan sebentar


tadi.

Ucapan Wakil Guru


Hadirin sekalian

3
Seterusnya dipersilakan , wakil Guru SMK Kuala Jenderis untuk
memberikan ucapan. Dipersilakan.

***********(ucapan wakil guru)**********

Terima kasih diucapkan kepada ___________________atas ucapan


beliau sebentar tadi.

Ucapan Pengetua
Hadirin yang dihormati sekalian

Bacaan Biodata Diri


Hadirin yang dikasihi sekalian

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Izinkan kami membaca serba sedikit latar belakang orang yang dirai
pada hari yang berbahagia ini.

Nama diberi Zainah Binti Mat Hassan

Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1967 di Kampung Tanjung Baru,


Kuala Berang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Pauh pada tahun 1974 sehingga 1979.

Beliau meneruskan pendidikan di peringkat menengah di Sekolah


Menengah Agama Mahmudiah pada tahun 1980 sehingga
1982.Selepas itu beliau menyambung persekolahan di Kolej
Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 1983 hingga
1984 di peringkat SPM. Seterusnya beliau telah meneruskan
pengajian asasnya juga di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin
dalam Diploma Pengurusan Personel pada tahun 1985 sehingga
1988 dan seterusnya menyambung pengajiannya dalam Ijazah

4
Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan pada tahun 1988 hingga
1992.

Memulakan tugas beliau sebagai pendidik di SMK Pengiran Omar,


Sipitang, Sabah pada tahun 1997 hingga 2001, seterusnya beliau
dapat berkhidmat di negeri sendiri pada tahun 2001 hingga 2002 di
SMK Cheneh Baru , Kemaman seterusnya di SMK Matang ,Kuala
Berang pada tahun 2005 hingga 2011 dan akhirnya mencurah bakti
di SMK Kuala Jenderis pada bulan Februari 2011 hingga 1 Januari
2023. Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah dan sentiasa
ikhlas semasa menjalankan tugasnya.

Hadirin sekalian
Ucapan yang dirai
Tidak sempurna rasanya majlis kita pada hari ini jika tiada ucapan dan
pesanan akhir daripada insan yang diraikan. Dengan itu majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Diraikan Cikgu Zainah Binti
Mat Hassan, untuk menyampaikan sepatah dua kata buat azimat kami
yang ditinggalkan. Majlis mempersilakan.

*******Ucapan Cikgu Zainah Mat Hassan *******

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Diraikan Cikgu


Zainah Binti Mat Hassan Pentadbiran atas ucapan sebentar tadi.

Malam hari berlagu unggas


Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tuan dalam ingatan

Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
Khas kita saksikan persembahan murid-murid SMK Kuala Jenderis.
Dipersilakan.

****** persembahan murid

5
Terima kasih kepada murid-murid SMK Kuala Jenderis yang telah
menjayakan persembahan istimewa sebentar tadi dan diharapkan
semua hadirin terhibur.

Penyampaian Hadiah & Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan
cenderamata cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
raikan pada hari ini. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Yang berusaha, USTAZ MEGAT
ABDUL KARIM @ROSMADY BIN MEGAT HUSSAIN,
PENGETUA SMK KUALA JENDERIS
mengiringi Yang Diraikan Cikgu Zainah Binti Mat Hassan untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada(Check


List)

****** (penyampaian cenderamata-rujuk senarai nama)

1)
2)
3)
4)
5)
6)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Cikgu


Zainah Binti Mat Hassan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi

Kain songket cantik kilauan


Ditenun oleh orang Kemaman
Tak terbalas budimu tuan
Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan.

Hadirin sekalian

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang –kenangan


dan Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha

6
Tuan Pengetua SMK Kuala Jenderis atas kesudian mengiringi Yang
Diraikan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Ubi manis ubi keladi


Kalau ada ditambah lagi
Sekiranya umur panjang direstui
Kita pasti berjumpa lagi

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan


Penutup Cikgu Zainah Binti Mat Hassan kerana sudi untuk bersama kita pada
hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan bertambah ceria dan bahagia dalam menjalani kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu


dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai


ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Sekian. Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh

Send off Dipersilakan Yang Diraikan untuk ke kereta bagi acara “send off”.

7
Bagi upacara send off, diminta semua guru membuat lambaian
terakhir kepada guru guru yang dirai pada hari ini.

Majlis menjemput semua tetamu, hadirin dan hadirat serta guru-guru


untuk menjamu selera di belakang dewan yang disediakan.

You might also like