You are on page 1of 87

001005-04-0314

1.0 PENGENALAN

Pengkaji telah memilih Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd untuk membuat satu
analisis tentang proses pengeluaran, perancangan pengeluaran yang merangkumi
aspek jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran, persekitaran umum yang
merangkumi persekitaran ekonomi dan persekitaran perundangan, persekitaran
tugas yang merangkumi pelanggan dan kerajaan, dan elemen campuran pemasaran
iaitu produk dan harga bagi pengeluaran produk roti yang telah mendapat
sambutan yang besar.

Gardenia pada asalnya diasaskan oleh Horatio Sye Slocum, seorang warga
Amerika, telah dihantar oleh ‘International Executive Service Corp’ (IESC) ke
Malaysia Timur untuk membuka kilang membuat roti. Mr. Slocum membawa
bersamanya 35 tahun pengalaman yang diperolehi dari salah satu rangkaian kilang
pengeluaran roti yang terbesar di Amerika. Maka lahirlah Gardenia. Roti pertama
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd telah diuli buat pertama kali dikilang
pengeluarannya pada tahun 1986. Gardenia menjadi peneraju di pasar roti dengan
kadar penarikan balik jenama 99% yang cemerlang dan 80% penarikan balik atas
minda dalam tempoh 4 tahun. Pada tahun 2001, Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd
menerima anugerah pembekal terbaik 2001 dalam kategori roti oleh Dairy Farm
Giant Retail. Gardenia melipatgandakan rangkaian produknya selama bertahun-
tahun, dan perlahan-lahan menjadi lebih baik dan sebaik mungkin. Memanfaatkan
kekuatan jenamanya, gardenia kini membekalkan banyak roti untuk memenuhi
tuntutan pengguna. Pada tahun 2006, Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd menerima
anugerah pilihan pengguna oleh Superbrans Malaysia. (Sumber: laman rasmi
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Latar Belakang, 2013)

Saya tertarik untuk mengkaji berkaitan syarikat ini kerana merujuk laman
sesawang rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, produk roti yang dihasilkan oleh
syarikat ini merupakan produk yang amat penting untuk pemakanan yang sihat
kepada masyarakat di Malaysia ini. Tahun demi tahun, Gardenia telah berjaya
berkembang dan mengeluarkan pelbagai cita rasa produk. Dengan kekuatan
jenamanya, Gardenia kini telah menghasilkan rangkaian produk untuk memenuhi
permintaan orang ramai.

1
001005-04-0314

2.0 OBJEKTIF

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif yang telah ditetapkan bagi
produk roti Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, iaitu:
1. Menghuraikan proses pengeluaran bagi pengeluaran produk roti yang
dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd.
2. Membincangkan perancangan pengeluaran bagi pengeluaran produk roti
yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd yang merangkumi
jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran.
3. Mengkaji dua persekitaran umum yang merangkumi persekitaran
antarabangsa dan persekitaran teknologi dan dua persekitaran tugas yang
merangkumi kerajaan dan masyarakat dalam mempengaruhi pengeluaran
produk roti yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd.
4. Menganalisis dua elemen campuran pemasaran bagi pengeluaran produk
roti yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd iaitu produk dan
promosi.

2
001005-04-0314

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Tajuk bagi kajian ini adalah analisis proses pengeluaran, perancangan


pengeluaran, persekitaran umum, persekitaran tugas dan campuran pemasaran
bagi pengeluaran produk roti oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd.

Pada tahun 1969, Horatio Sye Slocum, seorang warga Amerika, telah dihantar
oleh ‘International Executive Service Corp’ (IECS) ke Malaysia Timur untuk
membuka kilang membuat roti. Mr. Slocum membawa bersamanya 35 tahun
pengalaman yang diperolehi dari salah satu rangkaian kilang pengeluaran roti
yang terbesar di Amerika. Maka, lahirlah Gardenia. Roti pertama Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn. Bhd. telah diuli buat pertama buat pertama kali dikilang
pengeluarannya pada tahun 1986. Hanya dalam masa 4 tahun sahaja ianya berjaya
menerajui pasaran roti, satu pencapaian yang amat mengagumkan dengan kadar
99% ‘Brand Recal’ dan 80% ‘Top Mind Recal’. Tahun demi tahun dan langkah
demi langkah, Gardenia berjaya berkembang dan mengeluarkan pelbagai cita rasa
produk dengan kekuatan jenamanya, Gardenia kini telah menghasilkan rangkaian
produk untuk memenuhi permintaan orang ramai. (Laman Rasmi Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Latar Belakang, 2013)

Gardenia turut terlibat dengan aktif di dalam aktiviti-aktiviti amal. Setiap hari
Gardenia menghantar roti-roti segar secara percuma ke 45 buah rumah dan pusat
pertbuhan amal seperti rumah orang tua, rumah anak-anak yatim dan juga pusat-
pusat jagaan orang kurang upaya yang mana 8 diantaranya telah pun berada di
dalam senarai penerima bantuan tersebut sejak tahun 1991 lagi. Sebagai warga
korporat, Gardenia turut memainkan peranan di dalam program “Perangi
Epidemic Diabetis” (Fight Against Diabetes). Usaha bersama yang rapat diantara
Gardenia dan Institute Diabetis Kebangsaan (NADI) telah menghasilkan satu
program kearah mendidik dan memupuk kesedaran dikalangan orang ramai
tentang pencegahan dan pengendalian diabetis. Gardenia yakin setiap individu
memainkan peranan dalam memerangi obesiti. Usaha-usaha murni ini bukan
sahaja menjadi tanggungjawab pengusaha pemakanan, agensi-agensi kerajaan dan
pertubuhan-pertubuhan sukarela tetapi juga melibatkan pengamal-pengamal
kesihatan, pengusaha kedai-kedai runcit dan juga pengguna. Peranan penting ini

3
001005-04-0314

bukan sahaja akan membantu mempertingkatkan kesejahteraan rakyat malaysia,


tetapi juga meningkatkan kesihatan mereka yang menyeluruh dan untuk generasi
akan datang. (Laman Rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Activiti, 2013)

Proses pengeluaran menurut Abu Bakar Hamed (2005) memberi definisi input
sebagai bahan yang diperlukan dalam pengeluaran, transformasi sebagai kaedah
menukarkan bahan-bahan input kepada output manakala output pula ialah dapat
memberi utiliti kepada pengguna dalam bentuk masa, tempat, pemilikan, dan
bentuk. Menurut Abu Bakar Hamed (2005) input ialah sumber yang diperlukan
untuk digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran. Sumber-sumber yang diperlukan
sebagai input ialah aset, kewangan, bahan mentah, manusia dan maklumat. Aset
merangkumi bangunan kilang mesin, peralatan, dan sebagainya. Bahan mentah
pula adalah seperti kayu balak (untuk dibuat papan lapis), produk yang telah
dikilangkan seperti papan lapis (untuk dibuat perabot), kapas dan sebagainya. Ia
melibatkan bahan belum diproses atau telah diproses untuk kegunaan pengeluaran
produk atau industri. Sumber manusia melibatkan pekerja mahir, separuh mahir,
dan tidak mahir, penyelia, dan pengurus. Sumber kewangan merupakan wang
yang dilaburkan oleh pemilik, penjual saham, atau wang pinjaman. Maklumat
pula berhubung dengan sebarang maklumat yang boleh meningkatkan kecekapan
aktiviti pengeluaran dan kelebihan saingan kepada syarikat. Proses transformasi
atau pengeluaran ialah proses menukarkan input kepada output. Ia melibatkan
teknologi dan manusia. Teknologi merujuk kepada teknik dan kaedah yang
digunakan dalam proses penghasilan output. Output merujuk kepada barangan
atau perkhidmatan yang terhasil daripada aktiviti proses transformasi untuk dijual
kepada pelanggan.

Perancangan pengeluaran merupakan satu aspek penting dalam sesuatu


keputusan berkaitan dengan pengeluaran. Dalam kajian ini pengkaji
menghuraikan perancangan pengeluaran bagi pengeluaran produk roti yang
dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd yang merangkumi jenis
pengeluaran dan susun atur pengeluaran. Terdapat tiga jenis pengeluaran iaitu
pengeluaran mengikut tempahan, pengeluaran secara massa dan pengeluaran
secara berkelompok. M. B. Muda (2003) mendefinisikan pengeluaran mengikut
tempahan sebagai aktiviti pengeluaran yang melibatkan beberapa cara

4
001005-04-0314

pemasangan dan komponen setelah tempahan daripada pelanggan diterima.


Pengeluaran mengikut tempahan melibatkan penghasilan produk yang unik dalam
kuantiti yang kecil apabila menerima tempahan daripada pelanggan. jenis
pengeluaran ini melibatkan penggunaan tenaga pakar yang memiliki kemahiran
dalam bidang berkaitan. M. B. Muda (2003) mendefinisikan pengeluaran secara
massa sebagai penekanan kepada penyimpanan stok yang banyak dan
penghantaran segera kepada pesanan pelanggan. Pengeluaran massa adalah
merupakan cara pengeluaran berbentuk berterusan (continuous) yang khusus
untuk menghasilkan barangan yang serbasama (identical). Ciri utama sistem jenis
ini ialah kadar pengeluarannya yang tinggi, peralatan yang digunakan adalah
berdedikasi sepenuhnya untuk membuat sesuatu barangan dan kadar permintaan
terhadap barangan adalah sangat tinggi. Kadangkala bukan sahaja peralatan adalah
berdedikasi untuk menghasilkan satu jenis barangan, tetapi keseluruhan loji direka
bentuk secara ekslusif untuk mengeluarkan sesuatu barangan yang khusus sahaja.
Pelaburan ke atas mesin-mesin dan perkakas yang khusus adalah sangat tinggi.
Kemahiran pengeluaran telah dipindahkan dari operator kepada mesin. M. B.
Muda (2003) mendefinisikan pengeluaran secara berkelompok sebagai
penghasilan barang mengikut spesifikasi pelanggan, proses pengeluaran fleksibel
dan keperluan pelbagai. Sistem pengeluaran kelompok ialah di mana sebilangan
daripada barangan diproses di dalam kumpulan-kumpulan atau lot-lot. Lazimnya,
saiz lot-lot yang sederhana bagi barang yang serupa dikeluarkan. Lot-lot boleh
jadi dikeluarkan hanya sekali sahaja, atau pun ianya dikeluarkan berulang kali
pada skala (interval) tertentu.

Menurut M. B. Muda (2003) Susun atur pengeluaran merujuk kepada


penyusunan yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan terhadap mesin, jentera,
stesen kerja, tempat penyimpanan dan kedudukan tempat dan lorong dalam
sesebuah lokasi pengeluaran. Perancangan susun atur pengeluaran harus
dijalankan secara teliti dan teratur bagi mewujudkan persekitaran yang tersusun.
Terdapat empat jenis susun atur iaitu susun atur secara tetap, susun atur secara
proses, susun atur secara produk dan susun atur secara selular. Menurut M. B.
Muda (2003) susun atur secara tetap ialah merupakan kaedah mengumpulkan
aktiviti pengeluaran seperti sumber manusia, bahan mentah dan peralatan di lokasi
di mana pengeluaran hendak dibuat. Disebabkan oleh saiz yang besar dan berat

5
001005-04-0314

barangan tersebut terletak tetap di tempat pembuatan. Peralatan, mesin, bahan


mentah, jentera dan pekerja di bawa ke kedudukan yang telah ditentukan untuk
melakukan proses-proses pembuatan. Sesuai bagi produk yang mudah rosak,
mudah pecah, pukal atau terlalu berat untuk dialihkan. Kos berubah adalah tinggi,
manakala kos tetap agak rendah. Kedudukan produk yang dihasilkan tetap
manakala sumber-sumber pengeluaran dibawa ke lokasi. menurut M. B. Muda
(2003) menyatakan kelebihan susun atur secara tetap ialah dapat mengurangkan
rasa jemu para pekerja kerana terletak di luar organisasi dan dapat mengurangkan
pengendalian barang siap. kelemahan pula ialah sukar menarik pekerja mahir
kerana berjauhan tempat tinggal dan kos pengendalian dan pengangkutan yang
tinggi. Menurut M. B. Muda (2003) susun atur secara proses ialah di mana mesin-
mesin, proses-proses dan peralatan pengeluaran dikumpulkan pada jabatan atau
kawasan tertentu, secara umumnya mengikut jenis sesuatu proses pembuatan.
Aktiviti pengeluaran disusun dengan mengumpulkan manusia dan alatan yang
sama fungsinya dalam satu tempat atau jabatan mengikut sesuatu fungsi bagi
memudahkan pelaksanaan sesuatu tugas. Contohnya mesin-mesin larik diletakkan
pada satu jabatan, mesin gerudi, mesin kisar dan lain-lainnya semuanya terkumpul
di kawasan tertentu. Dikenali juga sebagai susun atur fungsian atau ‘jobshop’.
Peralatan dan mesin boleh dikongsi guna, lebih fleksibel dari aspek alatan dan
manusia serta tidak terhad untuk satu jenis produk tetapi pelbagai produk yang
dikeluarkan oleh organisasi. Produk akan bergerak dari satu bahagian kerja ke
bahagian lain untuk disiapkan. Kebaikan bagi susun atur ini ialah kos pengeluaran
lebih rendah kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi oleh sekumpulan tenaga
buruh untuk sempurnakan kerja tertentu. Selain itu, masa perlaksanaan yang
panjang, penyediaan (set-up) yang kerap, dan inventori kerja dalam proses yang
banyak. Disamping itu, penggunaan susun atur ini boleh diubahsuai mengikut
keperluan semasa. Akhir sekali, susun atur ini dapat mengendalikan pemerosesan
pelbagai jenis barangan dengan lebih baik. Sebagai contoh; hospital, pejabat pos,
bengkel kereta, bengkel perabot dan pasaraya. Menurut M. B. Muda (2003) susun
atur secara produk ialah Digunakan bagi kilang yang secara khusus mengeluarkan
satu jenis barangan dengan isipadu yang banyak secara berulangan berdasarkan
satu piawai yang telah ditetapkan. Oleh itu peralatan kilang perlulah disusun untuk
menghasilkan barangan tersebut secara cekap yang mungkin. Dalam susun atur
jenis ini, pemerosesan dan peralatan akan diletakkan di sepanjang barisan di mana

6
001005-04-0314

barangan akan dialirkan. Komponen berpindah dari satu stesen kerja ke satu
stesen yang lain sehinggalah ianya siap dihasilkan. Stesen kerja disusun mengikut
urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan
lancar dan sistematik. Biasanya satu jenis mesin atau jentera akan digunakan
secara khusus untuk mengeluarkan sesuatu produk dalam kilang. Aliran bahan
bentuk lini, penyediaan yang tidak kerap, masa kitaran pendek, inventori kerja
dalam proses yang sedikit. Susun atur mudah difahami, perlaksanaan lebih mudah,
kurang pengendalian bahan. sebagai contoh, pemasangan kereta dan produk
elektronik. susun atur secara selular merupakan satu tindakan menyusun peralatan
dan kerja yang serupa ke dalam satu kumpulan (sel) yang sama supaya bahagian
proses pengeluaran menjadi lebih kecil serta berkemampuan mengeluarkan
produk dengan cepat dan menjimatkan kos pengeluaran. Susun atur selular adalah
satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan hanya
menggunakan bahan dan alatan yang sedikit. Peralatan dan stesen kerja ini
disusun dalam urutan yang melalui sesuatu proses yang menyokong aliran atau
susunan bahan mentah dan komponen secara lancar, tanpa berlaku kelewatan.
Proses aliran yang menggabungkan operasi mesin dan secara manual yang sangat
efisien untuk menghasilkan bahan/produk yang mempunyai nilai tambah yang
tinggi tetapi mengurangkan kadar pembaziran. Menjimatkan ruang kerja,
meningkatkan produktiviti, meningkatkan kecekapan pekerja dan menjimatkan
masa.

Merujuk kepada Abu Bakar Hamed (2005) persekitaran umum merupakan


persekitaran makro yang boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada
sesebuah perniagaan jika mengalami perubahan. Terdapat tujuh faktor
persekitaran umum iaitu terdiri daripada persekitaran ekonomi, persekitaran
persaingan dan jaringan, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan
perundangan, persekitaran teknologi, persekitaran prasarana dan akhir sekali
persekitaran antarabangsa. Menurut Abu Bakar Hamed (2005), persekitaran
ekonomi merujuk situasi ekonomi dalam dan luar negara, sistem ekonomi, pasaran
wang dan kadar bunga yang mempengaruhi perkembangan perniagaan. Faktor
persekitaran umum yang kedua ialah persekitaran persaingan dan jaringan dimana
persaingan merujuk kepada aktiviti antara firma yang bersaing untuk
memaksimumkam keuntungan melalui pelbagai strategi manakala maksud

7
001005-04-0314

jaringan ialah merujuk kepada hubungan perjanjian yang dibuat secara formal atau
pakatan strategik antara perniagaan dengan pihak lain. Menurut Abu Bakar
Hamed (2005) persekitaran sosiobudaya yang merujuk kepada kepercayaan
agama, budaya, adat resam dan cita rasa penduduk sesebuah negara. Faktor
persekitaran umum yang keempat ialah persekitaran politik dan perundangan.
Persekitaran politik merujuk keadaan politik yang dapat mempengaruhi sesebuah
perniagaan manakala perundangan merujuk peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa terhadap perniagaan. Faktor persekitaran umum yang kelima ialah
persekitaran teknologi. Menurut Abu Bakar Hamed (2005) persekitaran teknologi
merujuk perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan
sesuatu yang baharu untuk membentuk tugas atau prosedur kerja yang baharu dan
lebih baik. Persekitaran yang keenam ialah persekitaran prasarana. Menurut Abu
Bakar Hamed (2005) prasarana merujuk kepada kemudahan atau infrastruktur
yang tersedia bagi memudahkan perniagaan beroperasi. Faktor persekitaran umum
yang ketujuh ialah persekitaran antarabangsa. Menurut Abu Bakar Hamed (2005)
antarabangsa merujuk semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia yang luar
daripada sempadan sesebuah negara. Dalam kajian ini pengkaji membuat kajian
tentang dua persekitaran umum yang terlibat bagi pengeluaran produk roti yang
dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) sdn bhd iaitu persekitaran antarabangsa
dan teknologi. Pengkaji ingin melihat sejauh mana persekitaran antarabangsa dan
teknologi mempengaruhi pengeluaran produk roti yang dijalankan oleh Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd.

Menurut Abu Bakar Hamed (2005) persekitaran tugas sebagai persekitaran


yang boleh memberi kesan langsung kepada sesebuah perniagaan. Terdapat lapan
faktor persekitaran tugas iaitu terdiri daripada pelanggan, pembekal, pembiaya,
pemodal atau pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, dan masyarakat. Menurut Abu
Bakar Hamed (2005) pelanggan merupakan pihak yang akan membeli barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaa. Menurut Abu Bakar Hamed
(2005) pembekal merupakan pihak yang menawarkan segala keperluan kepada
sesebuah perniagaan seperti bahan mentah dan pekerja. Menurut Abu Bakar
Hamed (2005) pembiaya merupakan pihak yang menyediakan kemudahan
pinjaman kewangan untuk perniagaan bagi membolehkan usahawan menjalankan
aktiviti perniagaannya. Menurut Abu Bakar Hamed (2005) pemodal atau pelabur

8
001005-04-0314

ialah pihak yang menyumbangkan modal atau keperluan kewangan perniagaan ke


dalam perniagaan mereka. Menurut Abu Bakar Hamed (2005) pesaing merujuk
perniagaan lain yang mengeluarkan sesuatu barangan untuk keperluan pelanggan
yang sama dalam sebuah industri yang sama. Menurut Abu Bakar Hamed (2005)
kerajaan merupakan pihak yang mentadbir sesebuah negara dan
bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar serta menguatkuasakan
undang-undang. Menurut Abu Bakar Hamed (2005) pekerja merujuk individu
yang menawarkan masa, tenaga, fikiran, dan kemahiran untuk melakukan kerja-
kerja dalam perniagaan. Menurut Abu Bakar Hamed (2005) masyarakat merujuk
jaringan perhubungan antara individu di dalam komuniti yang melibatkan
sesebuah negara. Dalam kajian ini pengkaji membuat kajian tentang dua
persekitaran tugas yang terlibat bagi pengeluaran produk roti yang dijalankan oleh
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd iaitu kerajaan dan masyarakat. Pengkaji ingin
melihat sejauh mana kerajaan dan masyarakat mempengaruhi pengeluaran produk
roti yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd.

Merujuk kepada M. B. Muda (2003) Campuran pemasaran merupakan


kombinasi pemboleh ubah pemasaran yang meliputi produk, harga, pengedaran
dan promosi yang boleh dikawal oleh pemasar untuk digunakan sebagai alat
dalam perancangan taktikal pemasaran. Menurut M. B. Muda (2003), Produk
merujuk kepada kmbinasi barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
perniagaan kepada pengguna di pasaran sasaran yang telah ditetapkan produk
meliputi objek fizikal, perkhidmatan, individu, tempat, organisasi, idea atau
kombinasi unsur-unsur tersebut. Menurut M. B. Muda (2003), harga merujuk nilai
pertukaran yang diletakkan bagi tujuan memberikan nilai ke atas sesuatu barang
atau perkhidmatan. Menurut M. B. Muda (2003), pengedaran merujuk proses
pemindahan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna pada masa dan
tempat yang dikehendaki. Menurut M. B. Muda (2003), promosi merujuk kepada
cara yang akan digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, memberi
penerangan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu
produk. Dalam kajian ini pengkaji menganalisis dua elemen campuran
pemasaran bagi pengeluaran produk roti yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries
(Kl) Sdn Bhd iaitu produk dan promosi.

9
001005-04-0314

4.0 KAEDAH KAJIAN

Data sekunder merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan maklumat
dari semua sumber yang sudah ada melalui media perantaraan yang diperoleh dan
dicatat oleh pihak lain. Manfaat yang diperoleh dari data sekunder adalah bahawa
seorang peneliti mampu memperoleh informasi lain selain informasi utama. Data
sekunder biasanya diperolehi dari berbagai sumber misalnya jurnal buku, laporan
dan sebagainya.
Pengkaji menggunakan kaedah data sekunder bagi memperoleh maklumat
sepanjang menjalankan kajian ini.

4.1 Data Sekunder


4.1.1 Buku
1) Merujuk buku Abu Bakar Hamed, 2005. Teks
Komprehensif STPM: pengajian perniagaan STPM kertas
1, Selangor: Cerdik publication Sdn. Bhd. untuk
mendapatkan maklumat berkenaan maksud proses
pengeluaran, persekitaran umum dan persekitaran tugas.
2) Merujuk buku M. B Muda, Saiful B. S dan Jumaat Abd
Moen, 2003. Pengajian Perniagaan 1 Edisi Kedua,
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. untuk
mendapatkan maklumat berkenaan maksud Perancangan
pengeluaran dan elemen campuran pemasaran.

4.1.2 Laman sesawang


Pelbagai laman sesawang telah dilayari oleh pengkaji bagi
mendapatkan maklumat mengenai pengeluaran roti oleh
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd.

10
001005-04-0314

1. Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Latar


Belakang (2013) untuk mendapatkan maklumat
berkenaan Latar Belakang Gardenia
2. Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Produk
(2013) untuk mendapatkan maklumat berkenaan jenis-
jenis roti yang dikeluarkan oleh Gardenia.

3. Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Aktiviti


(2013) untuk mendapatkan maklumat berkenaan
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Gardenia

4. Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Perihal


Halal (2013) untuk mendapatkan maklumat berkenaan
pengiktirafan ‘Halal’ oleh JAKIM terhadap keluaran
roti oleh Gardenia.

5. Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd Resepi


(2013) untuk mendapatkan maklumat berkenaan resepi
yang dicadangkan oleh pihak Gardenia dengan
menggunakan roti Gardenia sebagai bahan-bahan
utama.

6. Laman Youtube rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd


yang bertajuk “Gardenia Corporate Video” untuk
mendapatkan maklumat berkenaan Bahan Mentah,
Modal, Teknologi, Proses Transformasi, Output, Jenis
Pengeluaran dan Susun Atur Pengeluaran bagi
pengeluaran roti oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd.

7. Instagram rasmi Gardenia, bertajuk “World Bread Day”


untuk mendapat maklumat mengenai sambutan
Gardenia sempena World Bread Day yang mempunyai

11
001005-04-0314

kaitan dengan persekitaran teknologi bagi pengeluaran


roti oleh Gardenia.

8. Utusan Malaysia Online yang bertajuk “Gardenia edar


5000 sandwich sempena Hari Diabetes” untuk
mendapatkan maklumat mengenai sambutan Gardenia
sempena Hari Diabetes yang mempunyai kaitan dengan
persekitaran teknologi bagi pengeluaran roti oleh
Gardenia.

9. Bisnes Sinar online yang bertajuk “Gardenia Tak


Pernah Cuti” Liputan tentang kejayaan gardenia dalam
mempromosikan produk mereka.

10. Laman Facebook rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn


Bhd untuk mendapatkan maklumat mengenai Jamuan
Hari Raya Gardenia bersama-sama dengan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) Bukit Naga yang telah diadakan pada 22 Julai
2017.

11. Laman Facebook rasmi Gardenia Bakeries (KL) Sdn


Bhd untuk mendapatkan maklumat mengenai Majlis
Rumah Terbuka Hari Raya Gardenia bersama-sama
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
dengan kerjasama Masjid Al-Bakri Bukit Naga yang
telah diadakan pada 29 Jun 2019.

12. Laman sesawang Nutrition Month Malaysia online yang


bertajuk “Food Fit Fun Fair 2017” Gardenia
memberikan sampel roti gardenia Canadian Purple
Wheat Bread kepada peserta.

12
001005-04-0314

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Pengkaji telah memilih Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd untuk membuat satu
analisis tentang proses pengeluaran, perancangan pengeluaran yang merangkumi
aspek jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran, dua persekitaran umum iaitu
persekitaran ekonomi dan persekitaran perundangan, dua persekitaran tugas iaitu
pelanggan dan kerajaan, dan dua elemen campuran pemasaran iaitu produk dan
harga bagi pengeluaran produk roti yang telah mendapat sambutan yang besar.

5.1 Proses Pengeluaran


Proses pengeluaran menurut Sabri Hussin (2002) memberi definisi input
sebagai bahan yang diperlukan dalam pengeluaran, transformasi sebagai
kaedah menukarkan bahan-bahan input kepada output dan output ialah
dapat memberi utiliti kepada pengguna dalam bentuk masa, tempat,
pemilikan, dan bentuk.

Input Proses TransformasiOutput

Maklum Balas

Rajah 1: Proses Pengeluaran.

5.1.1 Input
Menurut Sabri Hussin (2002) input ialah sumber yang
diperlukan untuk digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran.

13
001005-04-0314

Input terdiri daripada bahan mentah, modal, modal insan dan


teknologi.

5.1.1.1 Bahan Mentah


Menurut laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd,
Baking Proses, 2013, bahan-bahan untuk membuat roti
keping gardenia ialah:
 Tepung gandum
 Gula pasir
 Lemak sayuran
 Air bertapis
 Tepung ubi kentang
 Garam
 Ragi
 Perisa yang dibenarkan

 Tepung gandum adalah tepung berwarna putih


berasaskan biji gandum dan ia digunakan
sebagai bahan asas untuk membuat pelbagai
jenis makanan seperti kuih, mee, roti, roti canai,
biskut, dan kek. Tepung gandum memang
didapati mengandungi karbohidrat kompleks
yang tidak larut dalam air. Gardenia Bakeries
(Kl) Sdn Bhd menggunakan tepung gandum
juga dilaporkan mengandungi protein dalam
bentuk gluten dimana ia juga berfungsi dalam
menentukan kekenyalan sesebuah roti.
 Gula pasir merupakan bahan bahan masakan
yang terbuat dari sari tebu dan dikristalkan

14
001005-04-0314

membentuk serbuk-serbuk seperti pasir. Gula


pasir memiliki rasa yang manis dan mudah larut
dalam air terutamanya air panas. Gula pasir
mempunyai kandungan karbohidrat sederhana
yang mudah diubah menjadi energy. Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd menggunakan Gula pasir
kerana ia cukup terkenal berkhasiat untuk
menambah energy, antioksidan, dan
menyihatkan kulit.
 Shortening atau lemak sayuran mengandungi
100% lemak sayuran (ada juga dari sumber
haiwan) yang beku pada suhu bilik. Lemak
sayuran bertindak sebagai bahan yang dapat
menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan
juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu
dan sebati dengan sempurna.
 Air yang bertapis merujuk kepada air tang
selamat daripada sebarang kotoran yang tidak
boleh dlihat dengan mata kasar seperti klorin,
florida, parasit, dan bakteria. Oleh itu, Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd menggunakan air yang
bertapis untuk memastikan keselamatan
pelanggan terpeihara.
 Tepung ubi merujuk digunakan untuk meliatkan
adunan yang dibuat semasa mengadun. Gardenia
bakeries (kl) sdn bhd menggunakan tepung ini
agar roti yang dihasilkan tidak terlalu lembik.
 Garam dikenali hanya sebagai garam dalam
bentuk garam halus atau garam kasar merupakan
mineral, hanya satu-satunya batuan yang
dimakan oleh manusia. Gardenia Bakeries (Kl)
Sdn Bhd menggunakan garam dalam roti untuk
membangkitkan rasa dan aroma bahan-bahan
lain, garam digunakan sebagai pengawet dalam

15
001005-04-0314

roti, selain itu garam juga memiliki astringent


effect dimana dapat memperkecilkan pori-pori
roti.
 Ragi merujuk kepada zat yang menyebabkan
fermentasi. Ragi biasanya mengandungi
mikroorganisme yang melakukan fermentasi dan
media biakan bagi mikroorganisme tersebut.
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd menggunakan
ragi sebagai bahan utama pengembangan adunan
roti agar roti gebu. Ini demikian kerana
pelanggan suka roti yang gebu.
 Perisa yang dibenarkan digunakan oleh
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd agar roti yang
dihasilkan berkualiti, tekstur yang stabil dan bau
yang harum dan rasa yang enak.

(Sumber: Laman Rasmi Gardenia Bakeries (Kl)


Sdn Bhd, Baking Proses, 2013)

5.1.1.2 Modal
Modal dalam Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd ialah
peralatan seperti mesin yang digunakan dalam proses
penghasilan roti gardenia. Jentera juga dilihat sebagai
modal yang digunakan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn
Bhd. (Rujuk Lampiran 1)
Gardenia juga menggunakan lebih kurang 700 buah lori
untuk menghantar produk roti yang
telah siap untuk dipasarkan. (Rujuk Lampiran 2)
(Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia,
Gardenia Corporate Video, 2016)

5.1.1.3 Modal Insan


Modal insan pula merupakan sumber tenaga manusia
yang digunakan sama ada dari segi fizikal atau mental

16
001005-04-0314

dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang. Gardenia


Bakeries (Kl) Sdn Bhd mempunyai pekerja kira-kira
seramai 2500 pekerja dari seluruh negara.

(Sumber: mStar Online, Gardenia Umum


Pembukaan Kilang Baru Yang Terbesar Di Asia
Tenggara, 2012)
Selain itu, Pekerja-pekerja kilang Gardenia dihantar ke
luar negara seperti American Institute of Baking bagi
mendapatkan latihan. Mereka juga diberi peluang
menghadiri pameran perdagangan untuk memastikan
seiring dengan trend global, teknologi dan produk
terbaru serta gaya hidup pengguna yang sentiasa
berubah.
(Sumber: Laman Rasmi Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Penyelidikan
Dan Pembangunan, 2013)

5.1.1.4 Teknologi
Teknologi dalam faktor pengeluaran merupakan kaedah
atau alat terbaru yang digunakan dalam proses
pengeluaran seperti teknologi robotic. Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd menggunakan teknologi yang
memudahkan proses pengeluaran roti dari kilang
Gardenia. Antaranya seperti system electropneumatic,
control valve, process measurement dan keseluruhan
sistem dalam proses pembuatan produk tersebut.

(Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia,


Gardenia Corporate Video, 2016)
5.1.2 Proses Transformasi
Proses transformasi atau pengeluaran ialah proses menukarkan
input kepada output. Ia melibatkan teknologi dan manusia.

17
001005-04-0314

Teknologi merujuk kepada teknik dan kaedah yang digunakan


dalam proses penghasilan output.
Menurut laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, 2013,
teknologi yang digunakan dalam proses pembuatan roti
gardenia ialah:
 Mixer (membantu untuk campuran bahan mentah.
Boleh mencampurkan sejumlah tepung yang besar
dalam sehari.)
 Divider (membahagikan doh kepada doh yang kecil
untuk memenuhi standard piawai.)
 Rounder (menguli setiap keping doh untuk memerap
karbon dioksida.)
 Checkweigher (untuk memeriksa berat doh supaya ia
tidak terkurang atau terlebih.)
 Proofer (menetapkan masa rehat sehingga 10 minit di
bawah keadaan yang sempurna 100 darjah f dan 85
peratus kelembapan.)
 Tunnel oven (doh akan dibakar selama 20 minit pada
suhu 200 darjah celsius.)
 Conveyer belts (membantu menggerakkan barang-
barang dari satu tempat ke tempat yang lain.)

(Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia,


Gardenia Corporate Video, 2016)

Menurut sumber Youtube rasmi Gardenia yang bertajuk


Gardenia Corporation Video (2016), proses pembuatan roti
Gardenia adalah seperti berikut:

18
001005-04-0314

Proses 1: automatic blending.

19
001005-04-0314

Gambar 1: automatic blending


Proses pengeluaran bermula dengan pencampuran berkomputer
dengan menjumlahkan bahan-bahan berkualiti yang diperlukan.
Ini membantu memastikan kebaikan yang sama dalam setiap
roti.

Proses 2: production of sponge mix

20
001005-04-0314

Gambar 2: production of sponge mix


Urutan yang digunakan oleh gardenia yang diperkayakan khas,
air yang dibersihkan, ragi, vitamin dan mineral diperlukan
bersama untuk membentuk span yang dilepaskan ke palung.

Proses 3: fermentation room

Gambar 3: fermentation room


Doh span kemudian disimpan di dalam bilik penapaian, di
bawah suhu dan kelembapan terkawal selama empat jam,
supaya karbon dioksida dapat dibebaskan, dan doh span boleh
naik. Proses penapaian ini membantu span untuk
mengembangkan tekstur, aroma dan rasa roti gardenia yang
unik.

Proses 4: production of dough mix

21
001005-04-0314

Gambar 4: production of dough mix


Pada peringkat ini, span dicampur lagi dengan bahan-bahan
lain untuk membentuk doh. Bergantung pada jenis roti yang
dibakar, ini boleh termasuk serbuk susu, lemak sayuran, germa
gandum, dedak, dan madu.
Proses 5: devider

Gambar 5: devider
Kemudian, doh dibahagikan mengikut berat yang ditetapkan
untuk setiap roti dan dihantar ke mesin pembulat.

Proses 6: rounder

22
001005-04-0314

Gambar 6: rounder
Di mesin ini, setiap doh dimampatkan agar karbon dioksida di
dalam doh akan terperangkap. Ini demikian agar roti yang
dibakar akan mempunyai tekstur yang lembut.

Proses 7: Checkweigher

23
001005-04-0314

Gambar 7: Checkweigher
Setiap kepingan doh akan dihantar ke mesin penimbang berat.
Di sini, setiap kepingan doh yang melebihi atau kurang
daripada piawaian yang telah ditetapkan akan dibuang.

Proses 8: Intermediate Proofer

24
001005-04-0314

Gambar 8: Intermediate Proofer


Kemudian, doh-doh yang menepati piawaian berat yang
ditetapkan akan di biarkan di dalam intermediate proofer dalam
masa 10 minit sebelum diuli dan di masukkan di dalam loyang.

Proses 9: Moulder

25
001005-04-0314

Gambar 9: Moulder
Di sini, setiap doh akan diuli dan dibentuk mengikut bentuk
yang diinginkan lalu dengan automatiknya diletakkan di dalam
loyang.

Proses 10: Automatic Lidder

26
001005-04-0314

Gambar 10: Automatic Lidder

Di sini, setiap loyang akan ditutup secara automatik untuk


membentuk roti yang bersegi empat tepat.

Proses 11: Final Proofer

27
001005-04-0314

Gambar 11: Final Proofer


Di sini, yis kan dibiarkan agar kembang dengan lebih banyak
dibawah suhu dan kelembapan yang terkawal. Seterusnya,
apabila doh sudah mengambang mengikut ketinggian yang
ditetapkan, ia akan dibakar.

Proses 12: tunnel oven

28
001005-04-0314

Gambar 12: Tunnel Oven


Disini, roti gardenia akan dibakar dalam masa 20 minit pada
suhu 200 darjah celsius.

Proses 13: Automatic Delidder and Depanner

29
001005-04-0314

Gambar 13: Automatic Delidder and Depanner


Roti yang baru selepas dibakar akan di dipindahkan sebelum
disimpan di tempat penyejuk roti.

Proses 14: Bread Cooler

30
001005-04-0314

Gambar 14: Bread Cooler


Penyejuk roti ini dalam penyimpan lebih 8000 roti perjam. Roti
yang panas baru selepas dibakar perlu disimpan di tempat ini
selama satu jam sebelum dibungkus.

Proses 15: Automatic Slicer and Bagger

31
001005-04-0314

Gambar 15: Automatic Slicer and Bagger


Apabila roti sudah disejukkan, roti akan dipotong mengikut
saiz yang ditetapkan dengan konsisten dan dibungkus secara
automatik. Roti yang telah siap dibungkus akan di ikat dengan
G-Lock.

32
001005-04-0314

Gambar 16: G-Lock


Berdasarkan proses-proses pembuatan roti diatas, pengkaji
mendapati bahawa roti telah diproses dengan sistematik agar
pengeluaran tidak terjejas dengan itu, pihak syarikat Gardenia
dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

(Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia,


Gardenia Corporate Video, 2016)

5.1.3 Output
Output merujuk kepada barangan atau perkhidmatan yang
terhasil daripada aktiviti proses transformasi untuk dijual
kepada pelanggan.

33
001005-04-0314

Output bagi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd adalah roti yang
memenuhi cita rasa pelanggan yang pelbagai.

Gambar 17: produk yang dihasilkan oleh Gardenia Bakeries


(KL) Sdn Bhd

Menurut laman rasmi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, 2013,


pada setiap awal pagi semasa semua orang masih tidur,
gardenia memulakan penyiapan untuk penghantaran setiap hari.
Roti gardenia yang siap dibakar dan dibungkus akan
dimasukkan ke dalam lori yang khas untuk penghantaran roti
gardenia selama tujuh hari seminggu dan dihantar ke 300 kedai
di dalam Malaysia. (Rujuk Lampiran 3)

5.2 Perancangan Pengeluaran


Pengeluaran merujuk kepada sebarang kegiatan atau aktiviti mengeluar,
mencipta atau menukar bahan mentah kepada barang siap dan memberikan

34
001005-04-0314

perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pengguna


(M.B. Muda, 2003). Perancangan pengeluaran merupakan satu aspek
penting dalam sesuatu keputusan berkaitan pengeluaran. Antara faktor
yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan pengeluaran adalah
keputusan reka bentuk pengeluaran, jenis pengeluaran, susun atur
pengeluaran dan penentuan lokasi kilang.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menghuraikan perancangan pengeluaran
bagi pengeluaran produk roti yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl)
Sdn Bhd yang merangkumi jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran.

5.2.1 Jenis Pengeluaran


Terdapat tiga jenis pengeluaran iaitu pengeluaran mengikut
tempahan, pengeluaran secara berkelompok dan pengeluaran
secara massa.

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa pengeluaran


produk roti yang dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn
Bhd, jenis pengeluaran yang terlibat adalah pengeluaran
secara massa. Hal ini demikian kerana, merujuk kepada proses
pengeluaran daripada sumber Youtube rasmi syarikat gardenia,
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd menggunakan jentera dan
mesin yang khusus untuk pengeluaran roti ini. Sebagai contoh,
Gardenia menggunakan mesin Mixer untuk membantu untuk
campuran bahan mentah. Boleh mencampurkan sejumlah
tepung yang besar dalam sehari. selain itu, Gardenia
menggunakan mesin Divider untuk membahagikan doh kepada
doh yang kecil untuk memenuhi standard piawai. Di samping
itu, Gardenia menggunakan jentera Rounder untuk menguli
setiap keping doh untuk memerap karbon dioksida. Seterusnya
Gardenia menggunakan mesin Checkweigher untuk memeriksa
berat doh supaya ia tidak terkurang atau terlebih. Mesin
seterusnya yang digunakan Gardenia ialah mesin Proofer yang
berfungsi untuk menetapkan masa rehat sehingga 10 minit di

35
001005-04-0314

bawah keadaan yang sempurna 100 darjah f dan 85 peratus


kelembapan.

(Sumber: Youtube rasmi syarikat gardenia,


Gardenia Corporate Video, 2016)

Menurut sumber Youtube rasmi syarikat gardenia, Gardenia


Bakeries (Kl) Sdn Bhd menghasilkan roti gardenia adalah
secara besar-besaran iaitu sebanyak 8000 roti perjam dan secara
berterusan. Selain itu, Gardenia menggunakan pelbagai jentera
dan mesin yang direka khas untuk pembuatan roti seperti mesin
Rounder yang digunakan khas untuk menguli doh roti.

(Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia,


Gardenia Corporate Video, 2016)

5.2.2 Susun Atur Pengeluaran


Wan Mansor Wan Mahmod (2000) mengatakan bahawa susun
atur kilang melibatkan penyusunan yang akan dijalankan oleh
pihak pengurusan terhadap mesin, jentera, stesen kerja, tempat
penyimpanan, dan kedudukan tempat dan lorong dalam
sesebuah lokasi pengeluaran. perancangan susun atur kilang
harus dijalankan secara teliti dan teratur bagi mewujudkan
persekitaran yang tersusun.
Faktor yang perlu diambil kira semasa merancang susun atur
kilang adalah seperti yang berikut:
a) keluasan dan kapasiti ruang yang akan digunakan.
b) saiz dan bentuk peralatan pengendalian yang akan
digunakan.
c) keadaan persekitaran kilang termasuk peletakan
kemudahan sedia ada.
d) kos untuk menggerakkan dan memindahkan setiap
produk yang dihasilkan dalam kawasan kilang.
e) corak pengeluaran yang telah dirancang.

36
001005-04-0314

susun atur kilang haruslah dikendalikan dengan sistematik agar


dapat mencapai objektif yang berikut:
a) meminimumkan kos pengendalian.
b) mengelakkan susun atur kilang yang sempit sehingga
menyukarkan proses pengeluaran.
c) memudahkan pergerakan keluar masuk produk bagi
mengelakkan pergerakan yang membazirkan tenaga dan
masa.

Terdapat empat jenis susun atur iaitu susun atur secara tetap,
susun atur secara proses, susun atur secara produk dan susun
atur secara selular.

Menurut Abu Bakar Hamed (2005) Susun atur pengeluaran


merujuk kepada penyusunan yang akan dijalankan oleh pihak
pengurusan terhadap mesin, jentera, stesen kerja, tempat
penyimpanan dan kedudukan tempat dan lorong dalam
sesebuah lokasi pengeluaran. Perancangan susun atur
pengeluaran harus dijalankan secara teliti dan teratur bagi
mewujudkan persekitaran yang tersusun.

Automatic Production of Fermentation Production of


blending sponge mix room dough mix

Intermediate
Checkweigher Rounder Divider
proofer

Automatic
Moulder Final proofer Tunnel over
lidder

37
Automatic Automatic
slicer and Bread cooler delidder and
bagger depanner
001005-04-0314

Rajah 2: Susun Atur Proses Pengeluaran Roti Oleh Gardenia Bakeries


(Kl) Sdn Bhd

(Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia,


Gardenia Corporate Video, 2016)

Rajah di atas menunjukkan proses pengeluaran roti oleh Gardenia


Bakeries (KL) Sdn Bhd akan melalui setiap proses terlibat diatas
mengikut urutan. Susun atur pengeluaran bagi pengeluaran roti
oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd adalah susun atur secara
produk.

Menurut Youtube rasmi syarikat gardenia, Gardenia Corporate


Video, 2016. Pengkaji mendapati terdapat lima belas peringkat
dalam pemprosesan pembuatan roti Gardenia.

Susun atur mesin pemprosesan pengeluaran roti Gardenia


dimulakan dengan proses Automatic Blending. Semasa proses ini,
bahan-bahan berkualiti yang diperlukan seperti tepung gandum,
gula pasir, lemak sayuran, air bertapis, tepung ubi kentang, garam,
ragi dan perisa yang dibenarkan akan dicampurkan secara
berkomputer. Ini membantu memastikan kebaikan yang sama
dalam setiap roti.

Proses pengeluaran roti diteruskan dengan Production of Sponge


Mix. Semasa proses ini, bahan-bahan lain seperti air yang
dibersihkan, vitamin dan mineral dimasukkan ke dalam palung
untuk menghasilkan span roti.

Proses pengeluaran roti yang seterusnya ialah Fermentation Room.


Semasa proses ini, Doh span kemudian disimpan di dalam bilik
penapaian, di bawah suhu dan kelembapan terkawal selama empat
jam, supaya karbon dioksida dapat dibebaskan, dan doh span boleh

38
001005-04-0314

naik. Proses penapaian ini membantu span untuk mengembangkan


tekstur, aroma dan rasa roti gardenia yang unik.

Proses pengeluaran roti yang seterusnya ialah Production of Dough


Mix. Pada peringkat ini, span dicampur lagi dengan bahan-bahan
lain untuk membentuk doh. Bergantung pada jenis roti yang
dibakar, ini boleh termasuk serbuk susu, lemak sayuran, germa
gandum, dedak, dan madu.

Proses seterusnya ialah Devider iaitu doh dibahagikan mengikut


berat yang ditetapkan untuk setiap roti dan dihantar ke mesin
pembulat. Proses seterusnya ialah Rounder. Pada peringkat ini
setiap doh dimampatkan agar karbon dioksida di dalam doh akan
terperangkap. Ini demikian agar roti yang dibakar akan mempunyai
tekstur yang lembut.

Proses seterusnya ialah Checkweigher. Semasa peringkat ini,


Setiap kepingan doh akan dihantar ke mesin penimbang berat. Di
sini, setiap kepingan doh yang melebihi atau kurang daripada
piawaian yang telah ditetapkan akan dibuang.

Proses seterusnya ialah Intermediate Proofer. Semasa Peringkat ini,


doh-doh yang menepati piawaian berat yang ditetapkan akan di
biarkan di dalam intermediate proofer dalam masa 10 minit
sebelum diuli dan di masukkan di dalam loyang.

Proses seterusnya ialah Moulder. Setiap doh akan diuli dan


dibentuk mengikut bentuk yang diinginkan lalu dengan
automatiknya diletakkan di dalam loyang.

Proses pembuatan roti seterusnya ialah Automatic Lidder. Semasa


Proses ini setiap loyang akan ditutup secara automatik untuk
membentuk roti yang bersegi empat tepat.

39
001005-04-0314

Proses yang seterusnya ialah Final Proofer. Semasa peringkat ini


yis kan dibiarkan agar kembang dengan lebih banyak dibawah suhu
dan kelembapan yang terkawal. Seterusnya, apabila doh sudah
mengambang mengikut ketinggian yang ditetapkan, ia akan
dibakar.

Proses yang ke dua belas ialah proses Tunnel Oven. Pada peringkat
ini, roti gardenia akan dibakar dalam masa 20 minit pada suhu 200
darjah celsius.

Proses yang ke tiga belas ialah Automatic Delidder and Depanner.


Pada peringkat ini, Roti yang baru selepas dibakar akan di
dipindahkan sebelum disimpan di tempat penyejuk roti.

Proses pembuatan roti yang ke empat belas ialah Bread Cooler.


Pada peringkat ini, Penyejuk roti ini dalam penyimpan lebih 8000
roti perjam. Roti yang panas baru selepas dibakar perlu disimpan di
tempat ini selama satu jam sebelum dibungkus.

Proses pembuatan roti yang terakhir ialah Automatic Slicer and


Bagger. Pada peringkat ini, Apabila roti sudah disejukkan, roti
akan dipotong mengikut saiz yang ditetapkan dengan konsisten dan
dibungkus secara utomatik

Dalam susun atur jenis ini, pengkaji mendapati bahawa


pemprosesan dan peralatan akan diletakkan di sepanjang barisan di
mana barangan akan dialirkan. Merujuk kepada rajah 2 diatas,
komponen berpindah dari satu stesen kerja ke satu stesen yang lain
sehinggalah ianya siap dihasilkan. Stesen kerja disusun mengikut
urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran
berjalan dengan lancar dan sistematik.

40
001005-04-0314

(Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia,


Gardenia Corporate Video, 2016)

5.3 Persekitaran Umum Dan Persekitaran Tugas


Pengkaji akan menghuraikan tentang persekitaran umum dan persekitaran
tugas yang terlibat dalam pengeluran roti Gardenia.

5.3.1 Persekitaran Umum


Persekitaran umum sangat luas dan mempunyai hubungan
secara tidak langsung dengan perniagaan. Hal ini bermakna,
persekitaran umum adalah pemboleh ubah tak langsung kepada
prestasi perniagaan. Sabri Hussin (2002) mendefinisikan
persekitaran umum sebagai persekitaran makro yang boleh
memberi kesan secara tidak langsung kepada sesebuah
perniagaan jika mengalami perubahan.

41
001005-04-0314

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji dua persekitaran


umum yang merangkumi persekitaran antarabangsa selain itu
persekitaran teknologi.

5.3.1.1 Persekitaran Antarabangsa


Menurut Mohd Nazari Ismail dan Aida Idris (2001)
aktiviti perniagaan antarabangsa berlaku apabila
berlakunya transaksi perniagaan yang melibatkan
individu atau organisasi daripada dua negara yang
berasingan. Antarabangsa merujuk semua aktiviti
perniagaan terdedah kepada dunia yang luar daripada
sempadan sesebuah negara. Antarabangsa memainkan
peranan yang penting dalam mengembangkan
perniagaan pada peringkat domestik. dengan itu,
perniagaan berupaya mengembangkan potensi
keuntungan pada kadar yang lebih tinggi. Pada era
globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada
persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan
harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang
perniagaannya supaya benar-benar berdaya saing
dengan peniaga-peniaga antarabangsa.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd ialah subsidiari
kepada sebuah syarikat kumpulan makanan, QAF Ltd,
yang juga mengendalikan kilang-kilang roti Gardenia di
Singapura, Filipina dan tidak lama lagi akan
mengembangkan operasinya di Fujian, China.

(Sumber: Laman Rasmi Gardenia Bakeries (Kl)


Sdn Bhd, Latar Belakang, 2013)

42
001005-04-0314

Gambar 18: Syarikat Multinational Gardenia

Merujuk kepada gambar 18 di atas, perkembangan Syarikat


Gardenia ke peringkat antarabangsa telah mempengaruhi
Gardenia untuk meningkatkan keluaran rotinya disamping
dapat memberi kemampuan terhadap Gardenia untuk berdaya
saing ke peringkat antarabangsa.

Menurut laman Rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Latar


Belakang, 2013, berikut adalah senarai pengiktirafan yang
diperolehi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd:

 2001: Pembekal Terbaik 2001 (Kategori: Roti),


Dairy Farm Giant Retail

43
001005-04-0314

 2002: Sistem Kuali Pengurusan Iso 9001, SIRIM


Qas International Sdn Bhd
 2002, 2003/2004, 2005: Anugerah Superbrands
Untuk 3 Penggal Berturut-Turut, Superbrands
Malaysia
 2004: Anugerah Kebangsaan Bagi Kreativiti Dan
Inovasi, Malaysia Design Technology Centre
 2005: MS 1480:1999 – jaminan pemakanan
mengikut tahap analisis risiko dan sistem
pengawasan kritikal (HACCP), SIRIM Qas
International Sdn Bhd
 2005: Sistem Integrasi Universal – ISI 2020,
Research Institute of Standard in Islam
 2006: Anugerah Pilihan Pengguna, Superbrands
Malaysia
 2006, 2007: Pengesahan Paras Rendah
Glycaemic, Dimeterai Mesra Diet Dan Mesra
Diabetic, Glycemic Research Institute,
Washington D.C.
 2007: Anugerah Produk Terpuji, Malaysian
Institute of Food Technology (MIFT)
 2008: Anugerah Pilihan Malaysia 2008,
Superbrands Malaysia
 2009: Anugerah 10 Jenama Terbaik Malaysia
2009, Gardenia Malaysia (Tempat Ke-7), The
Nielson Company, Superbrands Survey
 2011: Anugerah 10 Jenama Terbaik Malaysia
2009, Gardenia Malaysia (Tempat Ke-3), The
Nielson Company, Superbrands Survey
 2010, 2011, 2012: Anugerah Jenama Putra –
Gardenia Malaysia (Anugerah Emas),
Association of Accredited Advertising Agents,
Kajian Pengguna Mengenai Jenama Paling Disukai

44
001005-04-0314

(‘Most Preferred Brand’), (Bahagian Categori


Makanan).

Pengkaji mendapati bahawa, pengiktirafan yang


diperolehi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd daripada
dalam dan luar negara. Ini telah mewujudkan
kepercayaan yang kukuh oleh pelanggan terhadap
Gardenia tentang kualiti keluaran roti oleh
Gardenia. Ini telah meningkatkan permintaan
terhadap roti Gardenia. Maka, Gardenia akan
meningkatkan keluaran roti-rotinya.

5.3.1.2 Persekitaran Teknologi

45
001005-04-0314

Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti


Nabiha Abdul Khalid (1996) menyatakan bahawa
teknologi merupakan perubahan penggunaan sains yang
membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baharu
untuk membentuk tugas atau prosedur kerja yang
baharu yang lebih baik. Teknologi merujuk kepada
kaedah dalam proses pertukaran input kepada output. ia
melibatkan kaedah melakukan kerja dan peralatan yang
diperlukan dalam melaksanakan aktiviti pekerjaan.
teknologi berkait rapat dengan kemajuan sains dan
perkembangan baru yang berlaku pada produk,
pemprosesan, dan bahan-bahan serta pengurusan
maklumat. tingkat teknologi dalam sesebuah
masyarakat atau sesuatu industri akan menentukan
sejauh mana keupayaan barang dan perkhidmatan akan
dihasilkan, peralatan dan penggunaan mesin, dan
bagaimana operasi perniagaan dijalankan.

Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu


telah banyak meningkatkan daya saing Syarikat
Gardenia dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh
dunia. Syarikat telah menggunakan perisian, komputer
dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari
pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global.

Sebagai contoh, perkembangan teknologi telah


mewujudkan pelbagai aplikasi seperti Facebook,
Instagram, Youtube dan laman rasmi syarikat. Aplikasi
ini membolehkan Gardenia untuk menyebarkan
maklumat berkenaan promosi dan tanggungjawab sosial
yang telah dilancarkan oleh Gardenia ini. Hal ini dapat
meningkatkan imej bagi syarikat Gardenia disamping
dapat merapatkan hubungan dengan para pelanggan
atau pengguna laman sosial. Selain itu, Syarikat

46
001005-04-0314

Gardenia telah menggunakan pelbagai aplikasi ini untuk


menarik perhatian masyarakat untuk membeli roti yang
dipasarkan oleh syarikat ini. Hal ini dapat meningkatkan
permintaan terhadap roti Gardenia dari dalam negara
dan luar negara. Ini telah meningkatkan keluarannya
agar dapat menampung permintaan terhadap roti
Gardenia yang tinggi.

Selain itu, Gardenia berkongsi resepi-resepi yang


menarik dapat dibuat menggunakan roti Gardenia
melalui laman rasmi syarikatnya. (Rujuk Lampiran 4)
Contoh yang lain adalah seperti berikut:

Gambar 19: Gardenia menyambut World Bread Day


melalui Instagram rasminya.

(Sumber: Instagram Rasmi Gardenia,


World Bread Day, 2018)
Menurut Youtube rasmi syarikat Gardenia, Gardenia
Corporate Video (2016), rajah berikut adalah mesin dan

47

Membantu untuk campuran bahan mentah.


Mixer Boleh mencampurkan sejumlah besar tepung dalam satu hari.
Membahagikan doh ke dalam doh yang kecil untuk memenuhi standard
Divider piawai.
001005-04-0314

Menguli setiapjentera yang


kepingan dohdigunakan oleh Gardenia
untuk memerangkap Bakeries
karbon dioksida.(KL)
Rounder Sdn Bhd dalam pengeluaran roti:

Rajah 3:Untuk
Mesinmemeriksa
dan jenteraberat
yangdoh, supaya ia
digunakan tidak
Oleh akan kurang
Gardenia atau(KL)
Bakeries lebihSdn
Checkw daripada berat yang diperlukan.
eigher Bhd Dalam Pengeluaran Roti.
Berdasarkan Rajah 3 di atas, Penggunaan mesin dan jentera yang
Menetapkan masa rehat sehingga 10 minit di bawah keadaan yang
moden semasa proses
sempurna pengeluaran
100 darjah F dan 85roti telahkelembapan.
peratus memberi kemampuan
Proofer
terhadap Gardenia untuk menghasilkan roti dalam kuantiti yang
banyak dan berkualiti tinggi. Ini dapat meningkatkan permintaan
Tunnel Doh akan
terhadap rotidibakar selama 20 minit pada suhu 200 darjah celcius.
Gardenia.
oven
5.3.2 Persekitaran Tugas
Persekitaran tugas merangkumi pihak-pihak yang mempunyai
Conveyo Membantu menggerakkan barang-barang dari satu tempat ke tempat lain.
pengaruh langsung terhadap operasi dan prestasi perniagaan.
r belts
Pihak-pihak yang terdapat dalam persekitaran ini juga dikenali

Van yangsebagai pihak


membantu berkepentingan
Gardenia dalam perniagaan.
untuk menghantarkan Menurut
roti setiap hari keM.
Bread B. kedai-kedai
Muda et alyang berdekatan
(2003) dengan
persekitaran pengguna.
tugas merangkumi pihak-
bodies
pihak yang berkepentingan terhadap firma perniagaan. Faktor
persekitaran tugas mempengaruhi secara langsung cara
sesebuah perniagaan akan dikendalikan.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji dua persekitaran


tugas yang merangkumi kerajaan dan masyarakat.

5.3.2.1 Kerajaan
Kerajaan merupakan pihak yang mentadbir sesebuah
negara dan bertanggungjawab untuk melaksanakan
dasar-dasar serta menguatkuasakan undang-undang.
Menurut M. B. Muda et al (2003), tanggungjawab firma
kepada kerajaan adalah untuk memastikan perniagaan-
perniagaan yang dijalankan mengikut syarat, undang-
undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan
tersebut. Sebagai contoh, menurut laman rasmi
penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
yang ditubuhkan oleh perdana menteri kerana untuk

48
001005-04-0314

memastikan setiap makanan yang dihasilkan oleh


sesebuah perniagaan mematuhi syariat islam dan
makanan adalah bersih, suci, berkhasiat dan selamat
dimakan oleh rakyat Malaysia.

Menurut laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd,


Perihal Halal, 2013 Jawatankuasa Halal Khas
ditubuhkan untuk meneliti setiap aspek peraturan-
peraturan Halal dan untuk memastikan bahawa semua
keperluan dipatuhi. Sebagai langkah tambahan untuk
mengawal dan melindungi status halal Gardenia,
Gardenia telah melantik Penasihat Syariah Bebas di
mana Gardenia boleh rujuk dalam hal-hal yang

berkaitan ‘syariah’.
Gambar 20: Ahli-Ahli Jawatankuasa Halal

Menurut laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd,


Perihal Halal (2013), semua produk gardenia adalah

49
001005-04-0314

disahkan halal oleh JAKIM. Pemeriksaan kilang yang


kerap dijalanan oleh pegawai-pegawai dari JAKIM
untuk memantau dan memastikan bahawa operasi
keseluruhan yang mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh mereka.

Malaysia merupakan negara yang majoriti penduduknya


adalah beragama islam, oleh itu, permintaan terhadap
roti Gardenia di Malaysia adalah tinggi. Ini demikian
kerana roti yang dikeluarkan oleh Syarikat Gardenia
telah mendapat pengiktirafan ‘Halal’ daripada pihak
JAKIM. Hal ini memberi keyakinan terhadap pengguna
di Malaysia untuk membeli roti keluaran Syarikat
Gardenia ini kerana pengguna di Malaysia amat
menitikberatkan tentang status ‘Halal’ bagi sesebuah
produk. Dengan itu, pengeluaran roti Gardenia akan
meningkat.

5.3.2.2 Masyarakat
Konsep masyarakat berkait rapat dengan perkataan
social yang merujuk jaringan perhubungan antara
individu di dalam komuniti yang melibatkan sesebuah
negara. Menurut Max Weber, pengertian masyarakat
adalah suatu struktur atau perbuatan yang ditentukan
oleh harapan dan nilai-nilai pada diri rakyat dalam
sesebuah negara.

Gardenia turut terlibat dengan aktif di dalam aktiviti-


aktiviti amal. Setiap hari gardenia menghantar roti-roti
segar secara percuma ke 45 buah rumah dan pusat
pertubuhan amal seperti rumah orang tua. (Rujuk
lampiran 5).

50
001005-04-0314

Selain itu, gardenia juga menghantar roti-roti segar


secara percuma rumah anak-anak yatim dan juga pusat-
pusat jagaan orang kurang upaya yang mana 8
diantaranya telah pun berada di dalam senarai penerima
bantuan tersebut sejak tahun 1991 lagi. (Rujuk
Lampiran 6)

(Sumber: Laman Rasmi Gardenia


Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Activiti, 2013)

Selain itu, sejak tahun 1991 pintu kilang Gardenia telah


dibuka kepada orang ramai untuk membolehkan
Gardenia berkongsi perjalanan, aspirasi dan
peningkatan Gardenia bersama pelawat. Sehinggalah ke
hari ini Gardenia telah mengalu-alukan kunjungan lebih
25,000 orang pelawat setiap tahun dan pelawat telah
dibawa melawat ke kilang Gardenia secara percuma.
(Rujuk Lampiran 7)

(Laman Rasmi Gardenia Bakeries


(Kl) Sdn Bhd, Activiti, 2013)

Disamping itu, sebagai warga korporat, Gardenia turut


memainkan peranan di dalam program “Perangi
Epidemik Diabetis” (Fight Against Diabetes). Usaha
bersama yang rapat diantara Gardenia dan National
Diabetic Institute (NADI) telah menghasilkan satu
program kearah mendidik dan memupuk kesedaran
dikalangan orang ramai tentang pencegahan dan
pengendalian diabetis. kami (Gardenia) yakin setiap
individu memainkan peranan di dalam memerangi
obesity. usaha-usaha murni ini bukan sahaja menjadi
tanggungjawab pengusaha pemakaan, agensi-agensi
kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela tetapi

51
001005-04-0314

juga melibatkan pengamal-pengamal kesihatan,


pengusaha kedai-kedai runcit dan juga pengguna.
peranan penting ini bukan sahaja akan membantu
mempertingkatkan kesejahteraan Malaysia, tetapi juga
peningkatan kesihatan mereka yang menyeluruh dan
untuk generasi akan datang. (Rujuk Lampiran 8)

(Sumber: Laman Rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn


Bhd, Activiti, 2013)

Pengkaji mendapati bahawa hubungan yang rapat antara


Gardenia dengan masyarakat telah mengukuhkan lagi
kepercayaan masyarakat terhadap roti keluaran
Gardenia. Kepercayaan ini wujud disebabkan oleh
pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang telah dijalankan
oleh Gardenia. Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan
oleh Gardenia juga telah meningkatkan imej Gardenia.
Kepercayaan masyarakat terhadap roti keluaran
Syarikat Gardenia telah menggalakkan Gardenia untuk
meningkatkan kualiti roti yang dikeluarkan.
Peningkatan kualiti produk roti keluaran Syarikat
Gardenia telah meningkatkan lagi permintaan terhadap
roti keluaran Syarikat Gardenia. Dengan itu, Gardenia
akan meningkatkan keluarannya untuk menampung
permintaan yang tinggi terhadap keluaran roti Gardenia.

52
001005-04-0314

5.4 Campuran Pemasaran


Campuran pemasaran merujuk kepada kombinasi pemboleh ubah
pemasaran yang meliputi produk, harga, pengedaran dan promosi yang
boleh dikawal oleh pemasar untuk digunakan sebagai alat dalam
perancangan taktikal pemasaran. Menurut M. B. Muda et al (2003)
campuran pemasaran ialah sebagai adunan angkubah-angkubah pemasaran
boleh kawal yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk mencapai
objektifnya. Campuran pemasaran merupakan alat yang ingin dicapai di
dalam pasaran sasaran.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji dua elemen campuran


pemasaran yang merangkumi produk dan promosi.

5.4.1 Produk
Produk atau keluaran merujuk kombinasi barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan kepada
pengguna di pasaran sasaran yang telah ditetapkan. Menurut M.
B. Muda et al (2003) produk merupakan sesuatu yang
ditawarkan oleh penjual kepada bakal pembeli untuk perhatian,
pemilikan atau penggunaan yang boleh memuaskan kehendak
dan keperluan pembeli.

5.4.1.1 Klasifikasi Produk


Barang Mudah Beli

53
001005-04-0314

 Produk yang ditawarkan oleh Gardenia Bakeries


(Kl) Sdn Bhd kerap dibeli oleh pengguna kerana
ia adalah produk asas yang menjadi barang
keperluan kepada pengguna.

5.4.1.2 Keputusan Produk Individu


Atribut Produk
 Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd amat
mementingkan kualiti sesuatu produk yang telah
dikeluarkan. Contohnya, setiap buku roti yang
dihasilkan bertahan selama empat hari termasuk
hari penjualan.
 produk yang dihasilkan oleh Gardenia Bakeries
(KL) Sdn Bhd juga mempunyai reka bentuk
tersendiri. Contohnya, Gardenia Delicia Waffles
berbentuk segi empat. (Rujuk Lampiran 9)

(Sumber: Laman Rasmi Gardenia


Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Produk,
2013)

Pembungkusan
 Bungkusan yang berbeza bagi setiap roti.
 mempunyai keistimewaan tersendiri.
 Contohnya- bungkusan roti bun sambal bilis
berwarna oren (Rujuk Lampiran 10) manakala
bungkusan roti bun fluffy red bean berwarna
merah (Rujuk Lampiran 11)

Khidmat Sokongan
 Gardenia telah menyediakan khidmat pertalian
telefon yang khusus kepada pengguna membuat
sebarang aduan. (Rujuk Lampiran 12)

54
001005-04-0314

White Bread Fibremeal bread Speciality bread


- gardenia original - gardenia - gardenia delicia
classic wholemeal butterscotch
- gardenia bonanza - gardenia fine - gardenia delicia
big value wholemeal choco raisin
- gardenia original - gardenia 100% - gardenia delicia
classic jumbo wholegrain with raspberry milk &
- gardenia bonanza canadia purple cranberries
big saver wheat - gardenia bounjour
- gardenia bean & le classicque
wheatgrain sesawhite with
sunflower seeds
- gardenia
sommerset cottage
multi grain &
seeds

5.4.1.3 Lini Produk


Rajah dibawah menunjukkan Kelebaran Produk dan
Kedalaman Produk.

KELEBARAN

K
Jadual 1: Lini Produk Keluaran Produk Roti Yang Dijalankan Oleh Gardenia
E
Bakeries (Kl) Sdn Bhd
D
A (Sumber: Laman Rasmi Gardenia Bakeries (Kl)
L Sdn Bhd, Produk, 2013)
A
M 55
A
N
001005-04-0314

5.4.2 Promosi
Menurut M. B. Muda et al (2003) promosi didefinisikan
sebagai kaedah komunikasi yang digunakan oleh pemasar
untuk memberitahu, menggalak, dan meyakinkan pembeli-
pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan membeli
keluaran yang telah ada di pasaran. Promosi juga dikaitkan
dengan kaedah atau cara-cara yang digunakan untuk
berkomunikasi dengan pasaran. Promosi memastikan keluaran
yang sesuai dijual di tempat yang betul dan pada harga yang
berpatutan. Strategi promosi mengandungi empat unsur penting
yang meliputi pengiklanan, jualan persendirian, promosi jualan
dan publisiti.

Aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan produk dan


memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya. Syarikat
Gardenia perlulah mempromosikan produk mereka di pasaran
kerana persaingan yang berlaku di antara pengusaha roti yang
lain. Bagi menarik perhatian pembeli, Gardenia telah
melakukan pelbagai aktiviti promosi untuk melariskan lagi
produk mereka.

5.4.2.1 Pengiklanan
1) Syarikat Gardenia menggunakan televisyen sebagai
medium pengiklanan bagi melariskan produk
mereka. (Rujuk lampiran 13)

2) Selain itu, Gardenia menggunakan beberapa aplikasi


untuk pengiklanan seperti:

56
001005-04-0314

 Twitter (Rujuk Lampiran 14)


 Youtube (Rujuk Lampiran 15)
 Facebook (Rujuk Lampiran 16)
 Instagram (Rujuk Lampiran 17)
 Google - Laman rasmi Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd (Rujuk Lampiran
18)

5.4.2.2 Promosi Jualan


Semasa Food Fit Fun Fair 2017, memberikan sampel
roti gardenia Canadian Purple Wheat Bread.

57
001005-04-0314

Gambar 21: Gardenia memberikan sampel roti gardenia Canadian


Purple Wheat Bread semasa Food Fit Fun Fair 2017

5.4.2.3 Publisiti
Liputan tentang kejayaan gardenia yang bertajuk
“Gardenia Tak Pernah Cuti” dalam mempromosikan
produk mereka di Bisnes Sinar online.

Gambar 22: Liputan Tentang Kejayaan Gardenia Dalam


Mempromosikan Produk
5.4.2.4 Perhubungan Awam
1. Jamuan Hari Raya Gardenia bersama-sama
dengan Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Naga
yang telah diadakan pada 22 Julai 2017. (Rujuk
Lampiran 19)

2. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Gardenia


bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung (MPKK) dengan kerjasama Masjid
Al-Bakri Bukit Naga yang telah diadakan pada
29 Jun 2019. (Rujuk Lampiran 20)

58
001005-04-0314

3. Gardenia mengadakan Program Kemasyarakatan


dengan mengedarkan 5000 sandwich sempena
Hari Diabetes. (Rujuk Lampiran 21)

6.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah mengkaji proses


pengeluaran, perancangan pengeluaran, persekitaran umum, persekitaran tugas
dan elemen campuran pemasaran bagi pengeluaran produk roti yang dijalankan
oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd.

Dari segi proses pengeluaran, pengkaji mendapati bahawa produk roti yang
dijalankan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd melalui lima belas peringkat
pengeluaran sebelum diedarkan kepada pengguna. Setiap peringkat dijalankan
menggunakan jentera dan teknologi automatik dan moden. sebagai contoh
Gardenia menggunakan mesin Mixer untuk mencampurkan bahan mentah.
Seterusnya, Gardenia menggunakan mesin Divider untuk membahagikan doh

59
001005-04-0314

kepada doh yang kecil untuk memenuhi standard piawai. Di samping itu,
Gardenia menggunakan jentera Rounder untuk menguli setiap keping doh untuk
memerap karbon dioksida. Seterusnya Gardenia menggunakan mesin
Checkweigher untuk memeriksa berat doh supaya ia tidak terkurang atau terlebih.
Mesin seterusnya yang digunakan Gardenia ialah mesin Proofer yang berfungsi
untuk menetapkan masa rehat sehingga 10 minit di bawah keadaan yang sempurna
100 darjah f dan 85 peratus kelembapan. Seterusnya, Gardenia menggunakan
jentera Bread Cooler untuk menyejukkan roti. Penyejuk roti ini dapat penyimpan
lebih 8000 roti perjam. Roti yang panas baru selepas dibakar perlu disimpan di
tempat ini selama satu jam sebelum dibungkus. Akhir sekali, Gadenia
menggunakan Automatic Slicer and Bagger. Mesin ini berfungsi untuk memotong
roti mengikut saiz yang ditetapkan dengan konsisten dan dibungkus secara
utomatik. Penggunaan mesin- mesin ini semasa proses pengeluaran dapat
menghasilkan roti yang mempunyai kualiti yang sama sebelum diedarkan kepada
pengguna.

Dari segi perancangan pengeluaran produk roti yang dijalankan oleh Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd, kajian ini menekankan terhadap jenis pengeluaran dan
susun atur kilang. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa jenis pengeluaran
bagi produk roti oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd adalah pengeluaran secara
massa. Hal ini demikian kerana, merujuk Youtube rasmi syarikat gardenia,
Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd menggunakan jentera dan mesin yang khusus
untuk pengeluaran roti ini. Sebagai contoh, Gardenia menggunakan mesin Mixer
untuk membantu untuk campuran bahan mentah. Selain itu, Menurut sumber
Youtube rasmi syarikat gardenia, Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd menghasilkan
roti gardenia adalah secara besar besaran iaitu sebanyak 8000 roti perjam dan
secara berterusan. Selain itu, Gardenia menggunakan pelbagai jentera dan mesin
yang direka khas untuk pembuatan roti seperti mesin Rounder yang digunakan
khas untuk menguli doh roti. Penghasilan roti yang banyak ini adalah untuk
menampung permintaan terhadap roti yang tinggi. Susun atur pengeluaran bagi
pengeluaran roti oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd adalah susun atur secara
produk. Menurut Youtube rasmi syarikat gardenia, Gardenia Corporate Video,
2016. Pengkaji mendapati terdapat lima belas peringkat bermula dari proses
pencampuran bahan mentah kepada proses membakar sehingga kepada proses

60
001005-04-0314

pembungkusan. Susun atur ini amat sesuai bagi pengeluaran roti oleh Gardenia
Bakeries (KL) Sdn Bhd memandangkan permintaan terhadap roti adalah tinggi,
Gardenia menggunakan bantuan jentera dan mesin yang disusun mengikut
peringkat masing-masing agar syarikat dapat menghasilkan roti dalam kuantiti
yang selaras dengan permintaan oleh pelanggan di pasaran tempatan.

Dari segi persekitaran umum pula, pengkaji menjalankan kajian terhadap


persekitaran antarabangsa dan persekitaran teknologi yang memberi kesan secara
tidak langsung kepada Pengeluaran Roti Oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd.
Bagi persekitaran antarabangsa, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd ialah subsidiari
kepada sebuah syarikat kumpulan makanan, QAF Ltd, yang juga mengendalikan
kilang-kilang roti Gardenia di Singapura, Filipina dan tidak lama lagi akan
mengembangkan operasinya di Fujian, China. (laman rasmi Gardenia Bakeries
(Kl) Sdn Bhd, 2013). Perkembangan Syarikat Gardenia ke peringkat antarabangsa
telah mempengaruhi Gardenia untuk meningkatkan keluaran rotinya disamping
dapat memberi kemampuan terhadap Gardenia untuk berdaya saing ke peringkat
antarabangsa. Bagi persekitaran teknologi pula, perkembangan teknologi telah
mewujudkan pelbagai aplikasi seperti Facebook, Instagram, Youtube dan laman
rasmi syarikat. Aplikasi ini membolehkan Gardenia untuk menyebarkan maklumat
berkenaan promosi dan tanggungjawab sosial yang telah dilancarkan oleh
Gardenia ini. Hal ini dapat meningkatkan imej bagi syarikat Gardenia secara
langsung dapat meningkatkan permintaan terhadap roti Gardenia dari dalam
negara dan luar negara. Ini telah memberi galakan kepada Gardenia untuk
meningkatkan keluarannya agar dapat menampung permintaan terhadap roti
Gardenia yang tinggi. Selain itu, Gardenia berkongsi resepi-resepi yang menarik
dapat dibuat menggunakan roti Gardenia melalui laman rasmi syarikatnya.
Penggunaan mesin dan jentera yang moden semasa proses pengeluaran roti telah
memberi kemampuan terhadap Gardenia untuk menghasilkan roti dalam kuantiti
yang banyak dan berkualiti tinggi. Ini dapat meningkatkan permintaan terhadap
roti Gardenia kerana kualitinya yang tinggi.

Dari segi persekitaran tugas pula, pengkaji menjalankan kajian terhadap


kerajaan dan masyarakat yang memberi kesan secara langsung kepada
Pengeluaran Roti Oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd. Bagi persekitaran tugas

61
001005-04-0314

bagi kerajaan ialah, Gardenia telah menubuhkan Jawatankuasa Halal Khas untuk
meneliti setiap aspek peraturan-peraturan Halal dan untuk memastikan bahawa
semua keperluan dipatuhi. Sebagai langkah tambahan untuk mengawal dan
melindungi status halal Gardenia, Gardenia telah melantik Penasihat Syariah
Bebas di mana Gardenia boleh rujuk dalam hal-hal yang berkaitan ‘syariah’.
Manakala bagi masyarakat ialah Gardenia turut terlibat dengan aktif di dalam
aktiviti-aktiviti amal. setiap hari gardenia menghantar roti-roti segar secara
percuma ke 45 buah rumah dan pusat pertubuhan amal seperti rumah orang tua,
rumah anak-anak yatim dan juga pusat-pusat jagaan orang kurang upaya yang
mana 8 diantaranya telah pun berada di dalam senarai penerima bantuan tersebut
sejak tahun 1991 lagi. (laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, 2013)

Dari segi elemen campuran pemasaran pula, kajian ini lebih memfokuskan
kepada elemen produk dan promosi. Bagi elemen produk, produk yang dihasilkan
oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd ialah produk fizikal iaitu boleh dilihat,
dirasai, disentuh dan mahupun dibuka. Produk utama dalam kajian ini yang dikaji
adalah roti. Produk yang ditawarkan oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd adalah
roti yang kerap dibeli oleh pengguna kerana ia adalah produk asas yang menjadi
barang keperluan kepada pengguna. Setiap roti Gardenia mempunyai bungkusan
yang berbeza antara satu sama lain selain dibungkus dengan pelbagai warna yang
dapat menarik perhatian para pelanggan di pasaran. Selain itu, Gardenia telah
menyediakan perkhidmatan sokongan. Sebagai contoh, Gardenia meletakkan
nombor telefon khusus syarikat Gardenia di setiap bungkusan roti bagi
memudahkan pengguna untuk menghubungi pihak syarikat Gardenia membuat
sebarang aduan. Bagi elemen promosi pula, Gardenia telah melakukan pelbagai
aktiviti promosi untuk melariskan lagi produk mereka. Antara medium
pengiklanan yang syarikat Gardenia telah gunakan bagi melariskan produk
mereka ialah radio, televisyen, billboard dan pelbagai lagi medium. Selain itu,
Gardenia menggunakan beberapa aplikasi untuk pengiklanan Twitter, Youtube,
Facebook, dan Instagram.

Kesimpulannya, kajian ini mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki.


Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam dan skop yang lebih meluas
pada masa akan datang amatlah dialu-alukan agar hasil yang lebih terperinci

62
001005-04-0314

berkenaan Pengeluaran Roti Oleh Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd. Untuk
memperbaiki prestasi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, pengkaji ingin
mencadangkan beberapa cara agar perniagaan ini mampu meningkatkan lagi
penguasaannya terhadap pengeluaran produk roti dalam pasaran. Pengkaji
berpendapat agar Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd memperbaharui corak
pembungkusan setiap dua tahun sekali supaya pelanggan lebih tertarik untuk
membeli roti Gardenia. Penukaran pembungkusan akan membuatkan permintaan
terhadap roti meningkat kerana pembeli gemar melihat keunikan setiap kali corak
pembungkusan bertukar. Selain itu, pengkaji juga berpendapat agar Gardenia
Bakeries (Kl) Sdn Bhd mempelbagaikan lagi perisa yang bersesuaian dengan cita
rasa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti contoh roti keping berperisa
Durian. Akhir sekali, membuat promosi kepada pembeli untuk mendapatkan
galakan pembelian secara pukal sebagai contoh, beli dua buku roti percuma jem
seri kaya. Dengan ini, perniagaan dapat meluaskan pengaruhnya dalam pasaran.

7.0 RUJUKAN

Abu Bakar Hamed, 2005. Teks Komprehensif STPM: Pengajian Perniagaan


STPM Kertas1, Selangor: Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Bisnes Sinar online (2018). Gardenia Tak Pernah Cuti. Dicapai pada Ogos, 8,
2019 dari https://www.bisnessinar.com/gardenia-tak-pernah-cuti/

Facebook Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd (2017). Jamuan Hari Raya Gardenia
bersama-sama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) Bukit Naga Dicapai pada Ogos, 10, 2019 dari
https://web.facebook.com/GardeniaKL/posts/1382619388459245?_rdc=1&_rdr

63
001005-04-0314

Facebook Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2019). Dicapai pada Julai, 28, 2019
dari https://web.facebook.com/GardeniaKL?_rdc=1&_rdr

Facebook Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2019). Majlis Rumah Terbuka Hari
Raya Gardenia bersama-sama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
dengan kerjasama Masjid Al-Bakri Bukit Naga. Dicapai pada Ogos, 19, 2019 dari
https://web.facebook.com/GardeniaKL/posts/majlis-rumah-terbuka-hari-raya-
gardenia-bersama-sama-majlis-pengurusan-komuniti-/2224489720938870/?
_rdc=1&_rdr

Gardenia Bakeries (2013), Baking Process. Dicapai pada Julai, 5, 2019 dari
https://www.gardenia.com.sg/bakery.aspx

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2013), Aktiviti. Dicapai pada Jun, 24, 2019 dari
http://www.gardenia.com.my/activities-m.html

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2013), Latar Belakang. Dicapai pada Jun, 20,
2019 dari http://www.gardenia.com.my/aboutus-m.html

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2013), Penyelidikan. Dicapai pada Jun, 28,
2019 dari http://www.gardenia.com.my/rnd-m.html

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2013), Perkara Halal. Dicapai pada Julai, 2,
2019 dari http://www.gardenia.com.my/halal-m.html

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2013), Produk. Dicapai pada Julai, 4, 2019 dari
http://www.gardenia.com.my/products-m.html

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2013), Profil Perniagaan. Dicapai pada Jun, 19,
2019 dari http://www.gardenia.com.my/index-m.html
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2013), Resipi. Dicapai pada Jun, 29, 2019 dari
http://www.gardenia.com.my/recipes-m.html

Instagram Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2019). Dicapai pada Ogos, 14, 2019
dari https://www.instagram.com/gardenia_kl/

M. B Muda, Saiful B. S dan Jumaat Abd Moen, 2003. Pengajian Perniagaan 1


Edisi Kedua, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Nutrition Month Malaysia online (2017). Gardenia memberikan sampel roti


gardenia Canadian Purple Wheat Bread kepada peserta Food Fit Fun Fair 2017
Dicapai pada Julai, 29, 2019 dari
https://www.nutritionmonthmalaysia.org.my/events/food-fit-fun-fair-2017/

64
001005-04-0314

Twitter Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2019). Dicapai pada Ogos, 11, 2019
dari https://twitter.com/Gardenia_KL

Utusan Malaysia Online (2016). Gardenia edar 5000 sandwich sempena Hari
Diabetes Dicapai pada Ogos, 22, 2019 dari
https://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/gardenia-edar-5-000-sandwic-
sempena-hari-diabetes-1.414979

Youtube Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (2019). Gardenia Corporate Video.
Dicapai pada Julai, 4, 2019 dari https://www.youtube.com/watch?
v=FAT9vJUXnrI&t=442s

8.0 Lampiran

Lampiran 1

65
001005-04-0314

Gambar 23: Jentera “Bread Cooler” yang digunakan oleh Gardenia Bakeries
(Kl) Sdn Bhd untuk menyejukkan roti sebelum dibungkus

Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia, Gardenia Corporate Video, 2016

Lampiran 2

66
001005-04-0314

Gambar 24: Gardenia juga menggunakan lebih kurang 700 buah lori
untuk menghantar produk roti yang
telah siap untuk dipasarkan

Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia, Gardenia Corporate


Video, 2016

Lampiran 3

67
001005-04-0314

Gambar 25: Roti gardenia yang siap dibakar dan dibungkus akan dimasukkan ke
dalam lori yang khas untuk penghantaran roti gardenia selama tujuh hari
seminggu dan dihantar ke 300 kedai di dalam Malaysia.

Sumber: Youtube Rasmi Syarikat Gardenia, Gardenia Corporate Video, 2016

Lampiran 4

68
001005-04-0314

Gambar 26: Gardenia berkongsi resepi-resepi yang menarik dapat dibuat


menggunakan roti Gardenia melalui laman rasmi syarikatnya.

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Resepi (2013).

Lampiran 5

69
001005-04-0314

Gambar 27: gardenia menghantar roti-roti segar secara percuma ke 45 buah


rumah dan pusat pertubuhan amal seperti rumah orang tua.

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Aktiviti (2013).

Lampiran 6

70
001005-04-0314

Gambar 28: gardenia juga menghantar roti-roti segar secara percuma rumah
anak-anak yatim

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Aktiviti (2013).

Lampiran 7

71
001005-04-0314

Gambar 29: Gardenia telah mengalu-alukan kunjungan pelawat setiap tahun dan
pelawat telah dibawa melawat ke kilang Gardenia secara percuma.

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Aktiviti (2013).

Lampiran 8

72
001005-04-0314

Gambar 30: Gardenia turut memainkan peranan di dalam program “Perangi


Epidemik Diabetis” (Fight Against Diabetes). Usaha bersama yang rapat diantara
Gardenia dan National Diabetic Institute (NADI)

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Aktiviti (2013).

Lampiran 9

73
001005-04-0314

Gambar 31: Gardenia Delicia Waffles keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn
Bhd.

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Produk (2013)

Lampiran 10

74
001005-04-0314

Gambar 32: Roti Bun Sambal Bilis keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Produk (2013)

Lampiran 11

75
001005-04-0314

Gambar 33: Roti Bun Fluffy Red Bean keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn
Bhd.

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Produk (2013)

Lampiran 12

76
001005-04-0314

Gambar 34: Gardenia telah menyediakan khidmat pertalian telefon yang khusus
kepada pengguna membuat sebarang aduan

Sumber: Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd, Hubungi Kami (2013)

Lampiran 13

77
001005-04-0314

Gambar 35: Syarikat Gardenia menggunakan televisyen sebagai medium pengiklanan


bagi melariskan produk mereka

Lampiran 14

78
001005-04-0314

Gambar 36: Twitter rasmi Gardenia Bakeries Sdn Bhd sebagai medium
pengiklanan

79
001005-04-0314

Lampiran 15

Gambar 37: Youtube rasmi Gardenia Bakeries Sdn Bhd sebagai medium
pengiklanan

80
001005-04-0314

Lampiran 16

Gambar 38: Facebook rasmi Gardenia Bakeries Sdn Bhd sebagai medium
pengiklanan

81
001005-04-0314

Lampiran 17

Gambar 39: Instagram rasmi Gardenia Bakeries Sdn Bhd sebagai medium
pengiklanan

82
001005-04-0314

Lampiran 18

Gambar 40: Google - Laman rasmi Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd sebagai medium
pengiklanan

83
001005-04-0314

Lampiran 19

Gambar 41: Jamuan Hari Raya Gardenia bersama-sama dengan Jawatankuasa


Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Naga yang telah diadakan
pada 22 Julai 2017

84
001005-04-0314

Lampiran 20

Gambar 42: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Gardenia bersama-sama Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama Masjid Al-Bakri
Bukit Naga yang telah diadakan pada 29 Jun 2019.

85
001005-04-0314

Lampiran 21

Gambar 43: Gardenia mengadakan Program Kemasyarakatan dengan


mengedarkan 5000 sandwich sempena Hari Diabetes

Berdasarkan gambar 43 di atas, telah menunjukkan bahawa roti gardenia adalah


sihat dan sesuai dengan pelbagai peringkat umur kerana kandungannnya yang
dilengkapi dengan pelbagai vitamin, zat dan khasiat yang diperlukan oleh
pengguna. ini telah memberi keyakinan bahawa roti yang dikeluarkan oleh
Syarikat Gardenia adalah selamat. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap roti

86
001005-04-0314

Gardenia akan meningkat. Ini akan memberi galakkan buat Gardenia untuk
meningkatkan keluarannya.
(Sumber: Utusan Malaysia Online, Gardenia edar 5000
sandwich sempena Hari Diabetes, 2016)

87

You might also like